Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, January 4, 2017

Sesi Persekolahan 2017


Lebih penat daripada tahun lepas..
Tahun lepas boleh gak kadang lajak bangun 6.30 pagi..
Tahun ni.. 5.30 pagi tu dah kira lewat!!

Khaleef ni walaupun cerewet makan..
Tapi dia jenis pagi tak makan..
Dia makan waktu rehat je..
Dan dia tak kisah sama ada bawa bekal..
Atau makan kat kantin..

Tapi..
Adik dia pulak..
Jenis sebelum masuk sekolah mesti makan nasi..

Tahun lepas..
Lepas anta abang sekolah..
Ada laa masa dalam 30 minit lagi nak bawa dia makan..

Skang.. kena laaa masak pagi2..
Mana nak cari nasi lemak telur goreng kul 6.45 pagi tu..
Nak benti beli pun tak sempat..

Depa 2-2 masuk waktu yang sama..
7.30 pagi..
Dan sekolahnya agak jauh antara satu sama lain..

Hantar Khaleef dulu..
Kemudian adik pulak..
Padahal masa anta abang..
Dah lalu sekolah adik..
Tapi dia nak pergi sekolah nombor 2..

Penat seyyyyy!!!


Kat pejabat..
Memang omak layan mata jelah..
Masih belum boleh adjust kul 5.30 pagi dah tunggang tungging busy..

Lepas kul 11.00 pagi gitu baru laaa segar sket..
Tak sabar rasanya nak masuk #TeamGolek..
Lepas settle anak sekolah..
Leh tido sampai kul 12.00 tgh hari :)


Mek Cha darjah 1 wei!!!
Nasib baik sangat dia boleh sesuaikan diri sekolah yg panjang waktunya..
Sekolah Integrasi Ibnu Sina ni bawah PAS juga sebenarnya..
Sama seperti PASTI..
Sebelum ni 2 tahun Hasya tadika PASTI...

Yang tak tahu apa itu Sekolah Integrasi ni..
Maksudnya sistem persekolahan bersepadu antara yg ditetapkan oleh KPM dan ilmu agama serta pra-tahfiz
Sama je cam Kalep..
Pagi sekolah kebangsaan..
Petang sekolah agama..
Cumanya di Ibnu Sina ni..
Sekali harung pagi petang di sekolah smpi pukul 4.30 petang..
Rehat makan ada 2 kali..
Sekali jam 10.30 pagi.. sekali lagi waktu tengah hari..
Makan disediakan..

Kalau kat belah-belah Lembah Klang sana..
Sistem Sekolah Ibnu Sina ni lebih kurang Sekolah Sri Al-Amin...
Yuran bulanan pun lebih kurang sama dengan Al-Amin..

Tengok dulu sampai habis tahun ni camne..
Kalau Hasya okay dan murah rezeki mami & papa..
Sambunglah terus.. Harap2 biarlah kekal..

Khaleef pulak Darjah 5..
Masih kekal di sekolah yang sama wpun asalnya mami nak tukarkan dia sekolah..
Tapi dia tak mahu..
Untuk mengelakkan dia stress..
Mami biarkan jelah..
Dia yang nak belajar..

Semoga kedua-dua anak mami berjaya dunia dan akhirat :)
.
.
.




No comments: