Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, October 30, 2016

Ada Apa Dengan Aiman Tino?


Ikutkan..
Aku dulu kenal Aiman Tino ni dari anak2 aku..
Akukan suka lagu2 terkini..
Tu sebab aku tak suka Sinar FM :))

Makin lama..
Makin jadi kegilaan lak Aiman Tino ni..
Hasya suka.. Kaira suka.. Airis suka..

Sampai laaaa 2 minggu sudah bawa Kaira g cek telinga kat HKL...
Tetiba doktor bagi tarikh operate untuk masuk salur buang air kat telinga dia..
Ni pembedahan kedua dia..
Yang kali pertama tahun sudah..
Buang tonsil..
So, dia dah pernah merasalah camne dok HKL tu..

Susah gak ler nak memujuk dia untuk setuju ngn operation ni..
Keluar laaa cam2 syarat..
Nak tengok Taman Pikachu..
Nak pizza..
Nak itu.. nak ini..

Last2... NAK JUMPA AIMAN TINO!!!

Hari tu ada Aiman Tino ni datang Tg Malim..
Tapi salah info tarikh laaa pulak..
Melepas..

Maka...
Aku pun secara santainya..
Hantar DM pada Aiman Tino..
Mencuba tak salahkan...



Itu butiran DM aku..
Simple je..
Tak payah nak gitu gini..
Straight to the point..

Mntak maaf ye kak...

Sebenarnya.. dia balas tak smpi pun 2 jam lepas aku anta DM..
Mgkn sebab DM ini tidak berunsur gedix..
Cepat laaa dia balas ;)



Baikkan budaknya...
Mak setuju je kalau ni nak jadi menantu :))



Esoknya...
Dia terus up gambar untuk sapa2 yang free nak jumpa dia..
Malangnya aku tak free...
Mak si Kaira ni pun tak free..
Tak dapat laaa jumpa..

Takpe.. kami terus menunggu saat dan ketika..


Tetiba Khamis ke Rabu lepas..
Aiman Tino up info yang dia akan berada di BCH Rawang..
Jauh tak jauh.. Dekat tak dekat..
Tapi ni dah peluang laa kan..
Tak dapat jumpa.. dapat tengok dekat2 pun jadi laaa



Makcik Zel DM lagi...
Senang kalau dah tahu waktu yang sebenar...
Tak payah nak menyangok kat situ lama-lama..

Kul 8.00 malam kami dah smpi tau..
Siap join doa selamat & bacaan Yassin lagi..



9.45 malam Aiman Tino pun muncul....
Adoooiii yaaaiiii...
Sesak dengan bebudak baru nak up..
Terselit segelintiran makcik-makcik yang menjaga anak masing-masing..


Aku tolak-tolak Hasya & Kaira..
Dapat laa depa berdua dok betul2 depan Aiman Tino...


Kaira yang tutup telinga...
Bunyi kuat membuatkan telinga dia sakit..
Tapi dia yang nak sangat jumpa Aiman Tino kan..



Ni nak meet & greet pun bukannya senang...
Nak kena ada resit pembelian dulu..
Berbekalkan resit beli minyak urut..
Dapat juga laaaaa jumpa Aiman Tino dekat-dekat..


Sekali lagi...
Aiman Tino ni baik budaknya..
Kak Punjel pun tetiba cam dah minat sangat ke dia..
Balik ni nak hafal lagu Permata Cinta pulak :))


Tak pasti laa kenapa budak berdua ni muka camni..
Bukan depa yg teruja jumpa Aiman Tino..
Tapi dah cam Aiman Tino pulak yang teruja jumpa depa..


Mula-mula hari tu nak jadi Adik Aiman Tino..
Semalam berubah dah..
Mek Cha bagitau mami..
Dia plan nak kahwin dengan Aiman Tino..
Dan menyerahkan Papa pada mami..
Selama ni Papa laaa dia paling sayang & nak kahwin Papa..

Bye Papa...

Anak dara awak dah ada 1st crush dia!!


Nilah gerombolan rombongan kami...
Tangan makcik tua camni laaa..
Semua gambar kabur..


Tudung biru tu sapa?
Aku igt hari tu dia Naib Presiden Kelab Peminat Aiman Tino..
Tapi bila dia kepung peminat dari serbu Aiman Tino kat belakang dia tu..
Rupanya...
Dia BodyGuard daaaa...

Hahahaha...

Gurau Mak Yong!!!!!
Mak Yong dah smpi hari tu nak melahirnya...

Sebelum pi beranak..
Ni lagu untuk @makcikrehan


Akhir entry..
Aiman Tino ko memang terbaik...
Kalau masuk pencalonan Bintang Popular tahun ni..
Akak janji akan undi ko banyak-banyak kali
.
.
.

1 comment:

Natrah Norlin said...

kak..kalau aiman tino baca mesej ni..akak akan dinobatkan mak fan yang paling sempoi :D...baik akak hafal cepat2 lagu akak nak hafal tu :D..