Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, February 6, 2014

Si 35 tahun yang cengeng...


Ni rahsia terbesar yang Kak Zel nak kongsi bersama reader LWC..
Kira hadiah untuk korang yang setia bersama LWC..
LWC ni umurnya tahun ni 5tahun..
So, akak 35 tahun.. Facebook 5 tahun.. Blog pun 5 tahun..
Harap2 tahun ni semua kebahagian akan ganda 5 juga :))

Mesti korang tak percaya kalau aku cakap aku ni cengeng juga sebenarnya..
Yang tak tahu cengeng tu apa..
Cengeng tu maknanya cepat sangat nak mengalir air mata..

Tapi aku bukan cengeng pada perkara-perkara biasa..

Cengeng aku luar biasa sket..

Bergaduh dengan MIJ.. aku tak nangis..
Kena marah dengan parent.. aku tak nangis..
Merajuk aku tak nangis..
Mengamuk pun aku tak nangis..

Ok ni aku senaraikan 5 perkara yang boleh buat aku menangis cam bodo..



5- Binatang kena langgar


Kalau yang mati terus aku tak berapa sedih sangat..
Tapi jangan tengok yang tergeliat2 sakit lepas kena langgar..
Rasa cam nak berhenti pastu menangis tepi jalan..

Aku pernah terserempak dengan anjing kena langgar..
Kereta depan aku gelek betul2 atas perut dia..
Lepas tu menggelupur anjing tu tengah jalan..

Aku boleh menangis.. dari Rawang.. sampai Tg Malim..
Mengongoi-ngongoi dalam kereta sorang-sorang..


4- Phir Bhi Dil Hai Hindustani


Bukan sebab Sharukh Khan..
Tapi sebab jalan cerita filem ni..
Nak-nak masa yang perempuan kena rogol tu nak mati..
Dia menjerit2 panggil ayah dia..
Mak dia meraung-meraung menangis..

And of course.. Kak Zel pun meraung sama..

Tengok la 10 kali pun..
10 kali gak laa menangis sampai pening kepala..



3- Hari Anugerah


Ni vodoh gak ni..

Dedulu masa aku mula-mula keje PID..
Aku selalu laa kena jemput dek sekolah..
Pergi Hari Penyampaian Hadiah..

Tapi takde laa aku mencengeng beriya-iya..
Cuma kadang-kadang..
Kalau ada student yang naik tu aku kenal..
Pastu cam tahu keluarga dia susah..
Pastu tengok pulak muka mak ayah dia cam happy yg tak boleh nak ucap..

Aku pulak yang beriya-iya menyebak..
Kadang2 sampai mengalir air mata..




2- Dokumentari Pondok Pak Ya


Yang ni pulak..
Kalau yang telemovie nyer tu aku tak berapa sedih..
Maybe sbb aku tau itu pelakon..
Berlakon semata-mata..

Tapi jangan tengok dokumentari..
La ni dok tayang  kat Astro Maya HD..
Tiap kali Kak Jah tu nangis..
Aku pun ikut laa nangis sama..



1- The Voice


Terpaling termangkuk cengeng sekali..

Aku pantang tengok blind audition The Voice ni..
Depa nikan pelik sket..
Tak dapat pun nangis..
Dapat pun nangis..
Nak pulak bila family yang tunggu kat belakang tu nangis..

Akak yang berada beribu-ribu kilometer ni pun sedih sama..

Skang dah season 5..

Mmg aku takkan miss setiap episod..
Tapi blind audition je..
Bila dah battle betul.. aku tak tengok pun..
So, tak payah tanya aku sapa pemenang season2 lepas..

Itulah dia the other side aku yang selama ni takde sapa tahu :)
.
.
.

4 comments:

Dalin said...

Salam kak..
ehehee.. lawak sgtt.. gelak2 saya.. thanks for sharing and make my day kak! :)

Iza kulim said...

kakakakakakakaka..part yg ko nangis tu serius wt aku gelak kak oiii...kikikikiki

Min Aina Ila Aina said...

Memang luar biasa

Unknown said...

Hahahaha...kak same 2 part ngn sy....part hqri anugerah dgn blind audition the voice...huhuhu....nangis x hengat....hahaha