Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, February 6, 2014

Jiwa Kacau - Edisi lagi 5 tahun nak umur 40




Seperti biasa..
Tambah umur..
Lagi tambah jiwa kacau!!

Tahu tak.. kalau masuk umur 35..
Premium insuran pun bertambah mahal..
Tahu tak.. kalau BMI lebih dari 30..
Tak layak untuk dapat medical card..

Ini sesalan menginjak 35 tahun..
Padahal aku dah ada med card dulu..
Tapi disebabkan gaji aku setahun setengah terumbang ambing..
Maka aku cancelkan med card aku tu..

Masa tu takde pilihan..
Takkan aku tak bayar kereta.. kang kena tarik..
Takkan tak bayar astro.. kang tak boleh tgk tv..
Takkan tak bayar streamyx.. kang camne nak download..
Takkan tak bayar CC.. kang datang surat mahkamah..
Takkan tak bayar PTPTN... mmg tak bayar pun..
Takkan tak bayar med card Khaleef... maka mami korbankan med card mami...


Takpe laa.. aku pasrah dah bab med card ni..
Ditakdirkan aku sakit..
Kang korang-korang jangan tak derma lak untuk aku :))

Hehehe..

Ok.. cukup2 citer jiwa kacau!!

Skang ni masuk citer umur 35 tahun..
Seperti tahun-tahun sudah..
Mesti nak review..
Apa yang aku dah buat dan dapat selama 34 tahun sebelum ni..

Suami masih yang itu..
Anak masih dua..
Kerja masih yang sama..
Rumah yang sama..
Kereta yang sama..
Berat je makin naik!!

Maknanya masih di takuk LAMA!!

Takpe la..

Secara ikhlasnya.. aku gembira je dengan hidup aku sekarang..
Hidup aku cam orang lain jugak..
Ada masa meningkat.. ada masa menurun..
Tahun lepas ok jugak..
Dibandingkan dengan tahun2 sebelumnya..
Masa 34 tahun ni rezeki murah..

Petua nak rezeki murah?

Senang je..
Bukan bekerja hampir mampos nak dapat rezeki murah ni..
Bagi aku senang je..

BUAT BAIK DENGAN MAK :)

Itu jelah petuanya..

Sebab mak aku.. bila aku belanja dia..
Bawa dia jalan.. belikan sesuatu.. tolong anta dia sana sini..
Dia mesti cakap.. murahlah rezeki anak mama..

Akhir kalam..

SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR 
KE-35 WAHAI ZALIA HEZLIN
.
.
.

5 comments:

Nurrul Mohamad said...

epy bedey kak zel!!

ibh_sue said...

Selamat Hari Lahir Zel... Apa pun jadi kita enjoy dan bahagia dengan hidup kita..
Kita still sweet lagi apa.. Sweet 35 (^_^)

rasmi aras said...

assalamualaikum tuan umah... jom singgah blog sy juga... tq
http://rasmiaras.blogspot.com

desperate mama said...

happy bestday kak zel!!!!

I want to lose weight said...

Tq-Tq :)