Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, April 21, 2013

Kota Kinabalu Part 6 - Kinabalu Park


Kalau tak bawak tablet yang ada GPS..
Memang akan sesat barat dalam Sabah ni..
Cam yang aku tulis sebelum ni..
Papan tanda kat sana.. short distance..

Kalau cam kat semenanjung ni..
Dari Tg Malim..
Dah ada signboard hala ke Bukit Kayu Hitam..

Kat sana.. papan tandanya ala2 10km - 20km ke hadapan..

Untuk ke Gunung Kinabalu..
Mula2 hala ke Tuaran dulu..
Sampai ler ke Tamparuli..
Dari Tamparuli.. Pastu hala ke Ranau..
Dah ada signboard tulis Kundasang..
Ikut jelah jalan tu.. nnt sampai Kinabalu Park dulu..
Pastu baru jumpa Kundasang...


Nak sampai kat tempat mendaki ni...
Jauh jugak perjalanannya..
Ramai yang jalan kaki dari bawah..
Menikmati pemandangan indah kehijauan..
Lagi udara yang sejuk sepoi-sepoi..
Hujan rintik2..

Tapi.. dengan Kak Zel..
Kalau boleh nak park kereta sebelah ambulan tu..


Langkah kiri pi sini..
Sebab pi musim hujan..
Tak nampak apa sebab kabus..
Takpe laaa..

Janji kalau orang tanya ko dah pi Gunung Kinabalu..

Jawabnya.. SUDAH.. KO HADE?!


Camni ler berkabusnya...
Sejuk tak terkata..
Nyaris takde salji je lagi..


Hasya muka dia memang lebam dan sembab sepanjang masa..
Sebab keje dia takde lain..
Melalak.. melalak.. melalak..
Menangis.. memerap.. merajuk...
Tu sebab muka jadi camtu..

Kalau tak pasal kabus tebal..
Belakang MIJ tu laa Gunung Kinabalu..


Dia ni pulak.. terlampau excited nak pi KK..
Malam tu gi umah nenek.. tak bawak selipar.. tak bawak kasut..
Nyaris naik flight pakai kasut sekolah..
Nasib baik jumpa kasut lama dia kat umah nenek..
Ntah zaman bila pula.. ketat sangat pun..
Tapi dah takde pilihan terpaksa laa pakai jugak..

Nasib baik sekali lagi..
Dalam flight..
Tetiba dengan setiap makanan yang diorder..
Dapat free gift..
Kami order 2 nasi ayam..
Dapat laa 2 selipar..
Dan.. saiz Khaleef lak tu :)


Atas ni banyak tupai jinak2..


Ni tempat orang nak mula mendaki..
Dan juga tempat ketibaan pendaki..
Kalau tengok ke tangga..
Depa kena turun dulu..
Smpi kat kaki gunung..
Baru start mendaki pulak..



MIJ ada cita-cita nak panjat Gunung Kinabalu..
Mungkin satu hari nanti boleh ler panjat..
Tapi bukan laa dengan bini sihat dia ni..
Maybe dengan Khaleef atau dengan adik-beradik dia..

Bini dia kalau terpitam kat atas tu..
Nak kena helikopter yang datang menyelamat :)
.
.
.

No comments: