Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, April 9, 2013

Kota Kinabalu Part 2 - Promenade Service Apartment


Atas saranan Ezey..
Kami menginap di Promenade Service Apartments..
Dekat dengan KKIA..
Dekat dengan pusat bandar KK..
Dekat dengan segala macam pasar..

Letaknya di belakang Marina Court dengan Promenade Hotel..
Dah namanya service apartment..
Memang dok campur2 dengan permanent resident..
Senang je nak beza..
Hat hotel.. pintunya takde grill..
Kalau rumah orang ada grill..

Memang cukup puas hati dok sini..


Yang ni Family Room..
Untuk mak, adik aku + 3 orang anak + adik bongsu aku..
2 katil queen.. sangat luas!!!

Satu malam.. RM110.00 sahaja..

Yang ni bilik aku..
Kecik sket.. 2 katil bujang tu..
Tapi jauh laa lebih luas dari T*ne Hotel..
Hat tu smpi nak solat pun payah punya sempit..

Bilik air pun luas..
Siap ada bath tup..
Lega laa bebudak ni mandi sampai lebam..

Harga.. RM70.00 satu malam..


Paling best.. ADA KITCHEN!!

So, bagi yang rajin.. boleh laa masak..
Serba lengkap..
Periuk nasi karen pun ada..
Pinggan.. periuk.. kuali..
Sudu.. mangkuk nasi.. mangkuk sup..

Kalau was-was..
Boleh bawak sabun Taharah tu.. samak dulu..

Satu je tak best..
Bila dah memasak dalam bilik tu..
Memang lantai berminyak giler..
Sebab bilik yang ada kitchen ni..
Tak pakai karpet..
Pastu bilik tengik laa bau masakan..

Tapi memang syok laa..
Pagi2 bangun pi pasar besar..
Pastu beli sotong, udang, ikan fresh2..
Dah laa murah nak mampus..
Korang pernah dengar SOTONG SEKILO SINGGIT..
Kat Sabah ada :)

Memang puas laa kamiorang makan seafood..
Sampai terasa merindui ayam goreng.. :))

TIPS..

Kalau nak booking Promenade Service Apartments ni..
Better terus book kat website depa..

PROMENADE SERVICE APARTMENTS

Aku hari tu hampir terbook melalui booking & asiarooms..
Nasib baik tak jadi.. sebab bukan lebih murah..
Lebih mahal.. direct lagi jimat..

2 malam = 1 family room + 1 studio = RM417.00
.
.
.

13 comments:

nickindajungle said...

salam sis...saya akan ke sabah next month..nak menginap di sini juga cadangnyer... nak tanya masa check in tu memang ke bayar rm300 ker?

I want to lose weight said...

akak bayar online..
masa check in takde bayar apa2 dah..
tunjuk booking slip je

Mofe Farid Madiya Mohd. Raffe said...

Assalam

Family Suite tu RM110 nett ke? dah masuk govt tax?

Nape kat website diorang RM155 ek?

And satu lagi, room Family Suite tu yang jenis mane? kat website ada 2. 155 and 138 per malam.

Terima Kasih.

I want to lose weight said...

110 tu harga masa saya pergi.. mungkinlah skang ni harga dah naik.

family yg saya ambik ni ada 2 katil queen

Mofe Farid Madiya Mohd. Raffe said...

oh mungkin kot. thanks for the reply ye. kat website untuk reserve tu tak brapa jelas.

btw, pic family suite kat blog u tu u gambar sendiri or dari web lain? nampak bagus sikit gambar dalam post ni berbanding dengan review kat booking.com =/

Nor Aslina-AS said...

nk tny bole.. klu family suite bole masuk lebih dr 6 pax tak...dorang check tak?tq

Nor Aslina-AS said...

nk tny bole.. klu family suite bole masuk lebih dr 6 pax tak...dorang check tak?tq

I want to lose weight said...

tsk cek..
ni bukan cam hotel..
cam apartment biasa..
siap ada jiran tetangga :)
cuma bawahnya ada guard..

I want to lose weight said...

tp.. yg family suite takde dapur

Nor Aslina-AS said...

oo takde dapo ye...takpe kot asalkan bole masuk lebih ramai....sbb dia ltk max mcm 6 pax je...tq

Capyqa said...

assalamualaikum,

kak nak tanya.
saya bakal pergi sabah 6 orang semuanya. and plan nak amek family suite. dorang kira tak berapa max person yang masuk bilik? takut kene charge pulak..

terima kasih :)

I want to lose weight said...

Depa tak tau pun bape orang yang masuk ke bilik..

Sebabnya tempat ni cam ada banyak apartment.. ada 4-5 blok..

Lobi hanya ada di Blok A..

Kat setiap blok hanya ada guard untuk buka pintu dan lif sahaja.

Lebih kurang cam kat Resort Gambang, Kuantan tu

Raziman Rent Car Sabah said...

Mohon Maaf kami ingin menumpang iklan...

TIPS PERCUTIAN MURAH KE SABAH!!!
Mari Bercuti Ke Sabah.... 2017

*Tel : 0129600702 / 0163751978*
Assalamualaikum Tuan Puan...
Bercuti la ke Sabah....!!
Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini...

Kami menyediakan Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..

a) Nissan Urvan RM230 sehari
b) Toyota Innova RM200 sehari
c) Toyota Avanza RM160
d) Nissan Grand Livina RM170
e) Proton Exora RM150
f) Produa Alza RM140
g) Toyota Vios RM160
h) Proton Saga Flx RM120
i) Produa Myvi RM120
j) Produa Viva RM100
k) Proton Waja RM120
l) Proton Preve RM150
m) Viva 660 RM70

* Harga di atas adalah minimum sewa
untuk 3 hari ke atas...
* Penghantaran kereta percuma ke
Airport dan tempat penginapan.
* Kadar harga lebih rendah untuk sewa
secara bulanan.

Kelebihan yang anda dapat apabila memilih kereta sewa kami adalah :

1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
istimewa daripada kami bermula harga
RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
kundasang...

2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm250 semalam!!!

3. Pemandu Pelancong..
Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah... upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari...

4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM20.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tak termasuk jetty fee, island fee...
Kami juga memberikan harga istimewa untuk Water Sport berikut:
* Banana Boat RM30 (15 mnt)
* FlyFish RM60 (15 mnt)
* Parasailing RM55 (15 mnt)
* Jetski RM140 (30 mnt)
* Sea Walking RM150 (30 mnt)

5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies... Klias Beaufort..
Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam...

*Screenshot iklan ini sebagai voucher Diskaun dan whatsapp ke nombor di bawah*

Hubungi kami
0129600702
0163751978
Boleh Call atau Whatsapp