Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, November 30, 2014

Siri Jelajah hampir tamat...

Bulan 11 & 12 ni mmg penuh jadual...
Bermula dengan aku g Saigon hujung bulan Oktober..


Ni aku g berdua je ngn mak aku..
Tapi mak aku ada bawa 4 orang kawan dia..
3 hari 2 malam kami kat sana..
Mmg puas hati sbb dapat shopping smpi lebam...


Balik dari Saigon..
Selang seminggu lepas tu..
Terbang pulak ke Langkawi..
Annual holiday.. 3 hari 2 malam..
Setahun sekali wajib pi Langkawi..


Minggu pas balik Langkawi..
Selang sehari pastu..
MIJ pulak ke Bukit Jawi Golf Resort..
Ada PM Conference kat sana 3 hari 2 malam..

Mula-mula nak follow..
Tapi tetiba keje2 pejabat aku cam hujan turun dari langit..
Terus cancel nak mengekor..


Balik je MIJ dari Penang..
Selang 3 hari pastu..
Aku lak kena g Gambang..
Retreat tahunan PID..

Aku g Khamis..
MIJ dan anak2 datang hari Jumaat..
Kat sini 4 hari 3 malam..


Balik tu nyinggah pulak Bukit Tinggi..
MIJ tak pernah pergi..
Aku ngn bebudak ni dah pernah pergi 1 kali...
So, pergi laa berjimba2 kat situ..


Balik dari Pahang..
Dapat laa rehat 2 hari..
Tetiba dapat panggilan..
Suh outstation ke Tg Kling, Melaka 2 hari...

Oleh kerana mendadak..
MIJ tak boleh cuti..
Jangan suruh dia EL atau MC..
Sebab nnt Pos M'sia akan bangkrap.. :))

Mak aku pulak tgh jaga adik aku pantang..
Dah laa baby nyer dok kuning..

Takde pilihan.. adik bongsu aku kena ikut..
Aku pilih Everly Resort..
Seram tapi alhamdulillah okay takde apa2 yg jadi..

Aku gi Jumaat..
Sabtu petang balik ke Tg Malim..


Sampai lebih kurang jam 10.00 malam..
Sesak jalan.. nak2 hujan dari Melaka smpi Tg Malim..

Esoknya bangun tido..
Terus siap2 nak ke Karnival di Langkap..
Patutnya duk Langkap 3 hari 2 malam..
Tapi disebabkan kena pi Melaka..
Maka disingkatkan jadi sehari sahaja..
Staff2 PID Zon aku yg kena duk sana 3 hari 2 malam..

Ingat dah habis siri jelajah hujung tahun aku ni..
Tetiba dapat pula arahan meeting kat Putrajaya..
Esok kena pi dah..
Meeting pagi.. petangnya ada kursus pulak..

Balik tu aku nak singgah Amcorp mall ambik preview pass BBW..
Dah ambik.. esoknya tentu laa kena pergi BBW...
Tak sabor nak shopping buku cerita!!!

Pastu Jumaat aku cuti sbb nak buat persiapan kenduri Khaleef..
Sabtu pun gitu juga..
Ahad kendurinya..
Isnin malam sunatnya..
Lepas tu aku cuti 2 hari jaga Khaleef...

-n-

note : pasni makan 2 minggu lak tak hapdet blog

:))
.
.
.




1 comment:

Gorjes Ke?? said...

wah busy gitu, dah macam ahkak ros jibby