Oleh kerana ramai adik2 sesama PID yang bertanya tip-tip
Kak Zel boleh lulus Ujian SPA..
Maka dengan sungguh murah hati..
Meh Kak Zel kongsi rahsia macamana nak lepas Ujian Bertulis SPA untuk jawatan F29 ni..
Akak berpengalaman luas gak dalam exam bertulis SPA ni..
Rasanya 5 kali dah kot..
PTD.. N41.. F29.. KPLI.. LHDN..
Jangan tak percaya.. SEMUA AKAK LULUS!!
Kebiasaannya aku akan sangkut kat interview..
Bukan sebab aku bangang..
Sebabnya aku ni jenis pandai goreng..
Dan pandai bercakap..
Aku syak pasal G.E.M.U.K :))
Untuk Ujian Bertulis minggu depan ni..
Aku tak payah ambil lagi..
Sebab hari tu dah lulus..
So, dikecualikan... LEGA!
Peperiksaan bertulis ni akan dibahagikan kepada 3 seksyen
Seksyen A - Pengetahuan Am
Seksyen B - Daya Penyelesaian Masalah
Seksyen C - Sahsiah dan Minat
Soalan - 50
Masa - 40 minit
Dah nama pun Pengetahuan Am..
Make sure laa study sikit-sikit..
Selalunya kalau gred F29 ni..
Soalan yg keluar
- Berkenaan teknologi dan sains komputer
- Berkenaan kementerian-kementerian dan tugas2
- Segala hape skim 1 Malaysia
- Sukan
- Politik dan isu semasa
- Sejarah ada sikit-sikit (pelbagai jenis Perjanjian)
Janganlah banyak sangat buang masa berfikir..
Go through dulu sekali lalu..
Mana yang senang jawab terus..
Yang susah2 tinggal dulu..
Masa : 45 minit
Ini seksyen yang paling ditakuti..
Sebab melibatkan Matematik..
Dah tu tak boleh pakai calculator..
Pastu soalannya berbelit-belit..
Aku paling suka seksyen ni...
Sebab mmg otak kiri kanan depan belakang semua guna..
Cth Soalan :
Ali pergi ke kedai pada pukul 10.30 pagi. Dia membawa kereta dengan kelajuan 60km/j. Jarak kedai dari rumah Ali ialah 100km. Pukul berapa Ali sampai ke kedai jika dia berhenti rehat di R&R selama 25 minit?
Igt balik zaman kita sekolah rendah dulu..
Yang penting CONTENG SAMPAI FAHAM SOALAN..
Bab2 masa ni soalan favorite dalam ujian bertulis..
Buat garis masa..
Kebiasaannya pilihan jawapan..
Mesti cam tak jauh beza..Tapi.. ada tip and trick kat sini..
A : 12:50
B : 01:50
C : 12:35
D : 12:45
Cam contoh aku bagi tukan..
Masa kira MINIT.. dah dapat 35..
Dalam pilihan jawapan... hanya ada 1 yg hujungnya 35..
ITU DIA!!
Jangan BUANG MASA kira sampai habis..
Dah hujung tu dah betul..
Pilih je.. pasti dah yang depan tu betul..
Lagi nanti ada soalan PECAHAN..
PERATUS.. BEZA TINGGI.. BEZA UMUR...
Ingat!!! lukis atau conteng sampai faham..
Tapi jangan laa smpi 1 soalan ambik sampai 10 minit nak paham..
Ada 40 soalan dalam masa 45 minit!!!
Satu lagi yang aku perasan..
Soalan-soalannya.. sebenarnya SUSAH DITENGAH-TENGAH...
Kan ada 40 soalan..
Yang susah tu selalunya berada di no.18 hingga no.30..
Kemudian.. semakin ke hujung semakin senang..
Oleh itu..
Guna cara jawab mudah-mudah dahulu smpi ke soalan no.40..
Kemudian baru kembali ke soalan susah dan panjang..
Kerana selalunya soalan mudah adalah lebih banyak dari soalan susah..
Tapi kalau tahun ni tukar pulak..
Nasib kome le :))
Tapi ada beratus-ratus..
Yang ni tak payah nak pecah kepala fikir..
Selalunya yg jaga exam tu akan announce..
JAWAB IKUT APA YANG PERTAMA TERLINTAS DIFIKIRAN..
ITULAH DIRI ANDA YANG SEBENAR!!
Ok.. boleh juga guna pesanan tu..
Tapi... JANGAN JADI BANGANG!!!!
Soalan sahsiah dan minat ni..
Tip nak lulus senang je..
JAWAB YANG ELOK-ELOK BELAKA..
satu lagi..
MATCHING ANTARA SATU SAMA LAIN...
Soalannya.. kalau anda perasan..
Ia berulang-ulang..
Jadi make sure jawapan anda konsisten..
Cth..
Adakah anda suka memimpin atau dipimpin?
PILIH - memimpin (wpun anda sebaliknya)
Cth lagi...
Adakah anda boleh menerima pendapat orang bawahan sedangkan anda ada idea yang lebih baik
PILIH - terima (wpun anda sebenarnya diktator)
Pasal soalan matching pulak..
Contoh kat depan anda dah pilih yang ANDA SUKA MELAHIRKAN PENDAPAT DALAM PERBINCANGAN.
Jangan pulak.. bila tiba dibelakang.. pilih pulak SAYA SUKA MENYENDIRI BILA ADA PERBINCANGAN
Camtu laa lebih kurang..
Gunakan akal fikiran korang..
Apa jenis sahsiah dan minat yang diperlukan dalam perkhidmatan awam..
Pilih yang sepositif mungkin..
Itu laa yang dimaksudkan JANGAN MEMBANGANG :))
Ok..
Panjang lebar dah ni..
Akhir kata..
Untuk adik-adik F29 Pusat Internet Desa..
Selamat maju jaya Kak Zel ucapkan..
Untuk yang lain2..
Yang terbaca entry tip and trick la sangat ni..
Good Luck juga untuk anda..
No comments:
Post a Comment