Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, March 24, 2014

Bercuti Medan Part II - Bertemu Pak Budi

Lepas je cek bag kat kastam..
Terus cari Pak Budi..
Aku mmg dah booking tourist guide sebelum bertolak ke Medan..
Bukan apa.. lebih mudah kalau dah ada yang menunggu..

Memula aku google dulu..
Cari tourist guide yang biasa digunakan oleh orang M'sia..
Dapat laa maklumat pasal Pak "R" ni..
Ramai gak blogger yang guna khidmat Pak R ni..

Aku pun whatapps la dia..
Pastu minta dia emelkan quotation..
Tengah hari ni tu dapat laa itinerary untuk 3 hari 2 malam..

Ikutkan aku kurang puas hati dengan itinerary yang dibagi tu..
Hari pertama ada 2 tempat je..
Istana Maimon dengan Medan Mall..
Petang takde apa..

Hari ke dua pergi tengok buaya..
Lepas tu pi shopping..

Hari ke tiga pergi spa & massage..
Kul 12 hantar pergi airport..

Bape tau Pak R minta..

Rp 9 JUTA!!!! bersamaan lebih kurang RM1800.00
Termasuk tol, makan 2x sehari, entrance fee..
Mineral water.. welcome snack..

Mahal nak mampus!!

sebelah Khaleef tu ler Pak Budi


Nak jadikan rezeki..
Tetiba mak aku teringat kawan dia..
Yang selalu pergi Medan..
Call dia dan dapat contact number Pak Budi..

Itinerary Pak Budi

Hari pertama - Shopping sampai pitam
Hari kedua - Berastagi + Pasar Ikan
Hari ketiga - Melawat dan jalan-jalan sekitar Medan

Dia minta Rp 2 Juta sahaja.. bersamaan RM600.00
Tak termasuk entrance fee dan makan..
Tapi tol.. duit parking.. tip semua atas dia..

Berastagi tu jauh hokay..
Dari Medan.. lebih kurang 2 jam perjalanan..
Cam pergi Cameron Highland..
Pastu dia guna Avanza..
Selesa laa untuk kami 4 dewasa + 3 kanak-kanak..

Maka.. kami pilih laa Pak Budi..

Memang tak menyesal.. Pak Budi memang best..
Cakap je nak kemana..
Walaupun tempat tu takde dalam planning..
Dia bawa je.. tanpa ada tambahan kos..

Antara permintaan kami yang takde dalam itinerary..

NAK TENGOK RUMAH-RUMAH ALA SINETRON..

Rumah orang-orang kaya kat Medan la..
Takde hal.. Pak Budi bawa sampai ke airport lama..
Kat situ laa banyak rumah besar2 cam istana..

Hajah Norlia pula.. kalau dia shopping..
Dia akan ulang tempat yang sama sekurangnya 2 kali..
Pun Pak Budi tak kisah..
Cam hari pertama kami dah pergi kedai Wajir..
Hari nak balik tu mak aku teringat nak shopping lagi..
Takde masalah.. dia bawa lagi sekali..

Pastukan.. kalau ke negara orang ni..
Kalau tourist yang beli..
Harga jadi lain..

Pak Budi tak kisah kalau kita suruh dia yang pergi belikan..
Contohnya..
Masa nak balik beli buah salak..
Kalau kita tanya.. budak tu nak Rp30000 untuk sebonjot (1kg)..
Bila Pak Budi yg belikan..
Terus jadi Rp10000 (RM3)..

Secara keseluruhannya..
Kami puas hati la dengan perkhidmatan Pak Budi..
Hari last tu.. siap bawa kami jumpa isteri dan anak-anak dia..
Berkenalan katanya.. :)

Untuk sesiapa yang berminat nak dapatkan khidmat Pak Budi..
Boleh laa emel untuk tanya aku no. phone Pak Budi :)

Pak Budi, isteri dan anaknya

NO PHONE PAK BUDI

+6281375071639
.
.
.

5 comments:

Unknown said...

Salam sis... sy nk g medan bln 3 taun depan... bole dpatkn sy cntact no pak budi x? Btw, thx 4 ur info ttg medan...

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

+6281375071639 - PAK BUDI

Unknown said...

Sis...sy nak email pak budi boleh?

Suria Amanda said...

Hi..macam mana I nak dapatkan no hp pak budi?

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

Kat komen kedua tukan dah ada no phone Pak Budi