Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Saturday, September 4, 2021

Budak Nak Sekolah


Mami ni yakin tak yakin je baby Eshaal dah nak mula sekolah 2022 nanti
Abang dengan Kakak dia mmg cepat sekolah
Khaleef 3 tahun lebih dah sekolah
Hasya, genap 4 tahun start Pasti

Eshaal ni sebenarnya tahun 2022, ikut umur sekolah dah 5 tahun
Tapi, sebab dia lahir hujung November
Rasa cam kecik sangat pulak lagi

Dengar kata sessi persekolahan tahun depan mula bulan Mac kan
Lama la lagi tempoh mami nak bersedia
Eshaal pun masih pakai diaper lagi
Satu lagi masalah dia, cakap tak berapa lagi
Kadang2 ada bunyi butir apa dia nak bagitau
Tapi selalunya susah nak faham dan dia suka bunyikan bunyi yang sama
Contoh.. tititi titi tiitittiii

Nak pulak Eshaal dapat Pra-Sekolah SKHB
Sekolah kerajaan
Bukan senang suka-suka nak berhentikan anak sekolah kalau rasa tak sesuai
Peraturan sekolah pun sama laa cam sekolah betul
Lain cam kakak dengan abang dia masuk Tadika 
Khaleef dulu sebulan tak pergi sekolah pun pernah

Saja-saja cuba je memohon hari tu
Rezeki Eshaal dapat la pulak
Bukan senang nak dapat pra sekolah umur 5 tahun!!

Semoga semua baik-baik sahaja
Yang pasti, mami dia akan tunggu berhari-hari kat bus stop tepi sekolah pra
Sedangkan Kalep yang tua tu aku boleh jengah selang sehari kat hostel
Inikan pulak baby momei aku 😆

 

No comments: