Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, April 22, 2015

KWSP - Merempan di media sosial sahaja tidak cukup

Untuk yang ada i-akaun..
Sila log in dah isi kaji selidik kwsp ni..
Mudah dan ringkas sahaja


1- Log in i-akaun

Kalau takde i-akaun, boleh buat di mana2 kiosk KWSP..
Selain di pejabat KWSP..
RHB Bank selalu ada kiosk KWSP ni..

Takde i-akaun..
Sila laa terus merempan di facebook!!


2- Klik Sertai Kaji Selidik..



3- Baca laa Objektif ke hape ke..
Lepas tu klik...
Argh!! lupa lak aku klik button apa..
Tapi kaler merah laa..
Bila klik tu baru kaji selidik ni bermula..



4- Isi laa apa yang diminta..
Semuka je pun..

Dia punya style..

SANGAT TIDAK SETUJU hingga SANGAT SETUJU..

Tapi ayat2 yang digunakan..
Akan membuatkan korang serba salah nak pilih pengeluaran 55 tahun..
Sila teguhkan pendirian anda..

PILIH UNTUK KELUAR SEMUA PADA UMUR 55 TAHUN



5- Last sekali ada kotak putih..
Dalam  ni boleh laa nak mengamuk ke..
Nak tulis elok-elok ke..
Ini peluang anda..

Last sekali..

Jangan lupa klik HANTAR!!!

Senang jekan..

Oleh itu tunaikan tanggungjawab anda ;)
.
.
.

Tuesday, April 14, 2015

Ins4nity Max : 30



Akhirnya... sampai seru aku memproses workout baru :)

Aku pilih... INSANITY MAX : 30

Ini adalah rentetan dari Insanity.. Insanity Asylum... T25..

Satu lagi workout terjelan lidah..


Dari yang aku dah baca kat blog2..
Max 30 ni kelebihannya..
Boleh transform body kepada best shape of your life!!!!

Dalam banyak2 jenis workout..
Max 30 ni antara yang terbaik..

Tapi tu ler..
Nak kena kuat semangat buat ni..
Kalau T25 guna 3 bulan..
Max 30 hanya guna 2 bulan...

60 hari..
Tapi beri result yang sama spt workout yg guna cycle 90 hari..
Hebatkan!!!

Satu lagi..
Max 30 takde guna equipment..
So hanya ANDA + BAJU + SELUAR + KASUT + LANTAI

Kemudian pasal masa la..
Hanya perlu 30 MINIT sahaja sehari..

Lepas balik keje..
Masak.. basuh kain.. sidai..
Sebelum mandi tu..
Layan dulu 30 minit..
Pastu mandi dan berehat..


Aku dah tengok step-stepnya..
Agak dahsyat juga..
Kalau ko orang nyer push up pun terkial-kial..
Max 30 bukan ler untuk kamu..

Untuk capai level ketahanan to the MAXIMUM!!
Aku nasihatkan korang masa workout tu..
Volume TV tu kuatkan..

Sebab kalau rasa nak mengalah..
Korang akan boleh dengar Shaun T bagi semangat..
Jangan putus asa..
Kalau tak larat angkat tangan tinggi..
Angkat tangan rendah pun takpe..
Janji jangan tinggalkan tempat berdiri anda..




Yang biru tu bulan pertama..
Yang merah tu bulan kedua..

Namun... disebabkan aku nak minimakan penggunaan DVD..
Maka.. aku dah gabung2kan..
Cam biasa..

Sapa yang berhajat nak sekeping2 camni pun aku layan..
Bagitau je..

Harga di pasaran... USD40 lebih kurang..
Harga pasaran gelap?
Hubungi aku kalau nak tahu ;)




Max 30 - Ab Maximizer..
Pendek2 je..
Tapi set ni bukan sekali dengan Max 30 bulan pertama ngn kedua tu..

Ini yang lain..
Tapi digabungkan dengan Max 30..
Ada jadual lain..

Dengan rasa baik hatinya..
Aku includekan sekali Ab Maximizer ni secara percuma!!!



Nampak tak?
Semua orang naik ke udara...
Tapi ada seorang perempuan belah kanan tu..
Dia masih berpijak di bumi nyata..

So.. dia ada modifier!!
Minah tu layan low impact level..

Untuk yang tak boleh buat to the max..
Atau baru nak berjinak2 workout..
Boleh follow perempuan itu..


Walaupun nampak photoshop..
Tapi mamat ni telah menang Max 30 Challenge

Perut tayar michellin cepat hilang dengan Max 30 ni


Dahsyat wei!!!!!



Dia ni testimoni paling aku suka..
Dan beza sebegini banyak..
Hanya dalam masa 1 minggu!!!!

Ini membuktikan sapa2 pun boleh buat Max 30 ni..
Takde had berat..
Oleh itu..
Jika mahu,,,
Anda tahu apa mau buat!! ;)


.
.
.
.



Thursday, April 9, 2015

Pinocchio

Bercintanya nak review drama Korea skang ni..
Sebenarnya banyak dah drama yang available..
Tapi aku tak review...
Boleh kata up to date smpi ler ke Hyde, Jekyll and Me

So, sapa2 yang nak drama yg latest..
Boleh whatsapp je aku tanya okay..


Pinocchio ni lama dah habis..
Aku baru je habis tengok minggu lepas..
Dramanya okay.. best laa jugak..
Aku suka..

Bila part happy.. seronok jer..
Bila part sedih.. meleleh air hidung woi!!!


Ni ler hero ngn heroin..
Aku mmg suka hero ni..
Dia ni berlakon apa pun menjadi saja..

Hero ni asalnya mempunyai kehidupan yang bahagia dengan family dia..
Dia dan abangnya sama-sama cerdik pandai..
Ayah depa seorang Chief bomba..

Sampai laaa satu hari..
Ada insiden yang menimpa..
Ayah mereka dituduh sebagai penyebab kematian banyak nyawa..
Nak jadi berita hangat...
Ayah depa dituduh menghilangkan diri..

Yang paling menyakitkan hati..
Wartawan-wartawan yang memanipulasi kenyataan dari keluarga mereka..
Akibat tidak tahan tekanan..
Mak mereka bunuh diri bersama hero..
Tapi hero terselamat..
Namun.. dia menghilangkan diri sehingga berbelas tahun lamanya..


Dalam masa dia hilangkan diri tu..
Sebenarnya dia tinggal bersama keluarga heroin..
Tapi masa tu dia jadi pakcik angkat kepada heroin..
Kerana atuk heroin telah mendaftarkan hero sebagai anak dia..

Yang jadi tajuk PINOCCHIO ni..
Adalah kerana heroin ada mengidap sindrom Pinocchio ni..
Maknanya heroin tidak boleh bercakap bohong dan tidak bercakap benar..
Bila dia berbohong.. dia akan SEDU..
Itu yg dipanggil Pinocchio..

Wpun dia ada masalah Pinocchio..
Cita-cita heroin adalah mahu menjadi wartawan TV..
Sama seperti mak dia..



Mak heroin ni..
Adalah penyebab utama mak hero bunuh diri..
Abang hero sangat dendam dengan mak heroin ni..

Bila heroin dan hero dah habis belajar..
Depa sama-sama apply jadi wartawan..
Depa berjaya jadi wartawan..
Tapi bukan dalam stesen TV yang sama..

Perangai mak heroin ni sebenarnya masih belum berubah..
Akhirnya cite lama dia tu terbongkar juga pada anak dia..


Yang heroin ni pulak rasa bersalah sangat pada hero..
Padahal masa tahu tu.. depa ni dah couple..
Atas sebab rasa bersalah dan dendam..
Mereka putus cinta..



Tapi bab putus cinta tu.. takde sedih pun..
Citer abang & adik ni yang sedih bebenor..

Kan hero ada abang yang terpisah..
Rupanya abang dia lagi jadi pendendam berbanding dengan hero..
Sampaikan dia dah bunuh beberapa orang yang terlibat dalam kes ayah dia..
Target dia yang terakhir adalah mak heroin..

Tapi.. nasib baik hero dapat tahu hal abang dia tu..
Jadi dia nasihatkan abangnya supaya berhenti dan serah diri..
Ni ler antara part-part yang meleleh ayaq hidung!!
Sedih wei!!!


Ni pun sedih laa juga..
Cinta dan rasa bersalah bergabung..
Yang hero pulak.. cinta dan dendam..
Dia masih dendam pada mak heroin..

So, nak tahu apa sudahnya drama ni..
Kena laa tengok sendiri..
Memang best..
Koleksi wajib ada untuk peminat drama korea...
.
.
.

Wednesday, April 8, 2015

Makin menjadi pulak...


Dia ni kan...
2 bulan pertama kemain suka sekolah...
Masuk bulan ketiga.. baru nak buat drama..
Menangis laa pergi sekolah..
Dah smpi tak nak masuk...

Masuk bulan keempat..
Lansung tak nak pergi..
Minggu ni dah cam selang bunga..
Hari ni tak pergi.. esok pergi.. lusa tak pergi..
Tulat tak pergi.. Tonggeng pun tak pergi...

Dah kenapa?!!

Aku ni malas sungguh nak bergaduh pagi-pagi ngn dia..
Kalep dulu.. camne tak nak pergi sekolah pun..
Bila aku jerit suruh bersiap..
Dia bersiap juga walaupun muka masam jeruk purut..

Yang ni.. style dia lain sket..
Dia akan start menangis dari bangun tido..
Abih dah menangis mengongoi-ngongoi..
Ngan aku kelam kabut nak anta abang apa bagai..
Jawabnya mmg tak sekolah ler...
.
.
.