Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Saturday, July 31, 2021

Khairin Nur Eshaal

Throwback ye
Memandangkan lama dah blog ni tidak ditulis

Khairin Nur Eshaal
Anak last Kak Zel
Lepas yang ni tiada lagi forever
Sebab Kak Zel memutuskan untuk menjalani BTL kerana komplikasi darah tinggi dan kencing manis

Lahir pada 21/11/2017 jam 12.00 tgh hari di Hospital Sungai Buloh
1st time Kak Zel bersalin di hospital kerajaan tapi guna skim FPP
Next entry la cerita FPP tu apa
Ceaser juga tetapi elektif
Maksud elektif tu Kak Zel yang pilih sendiri nak bersalin ceaser
Mudah... tak payah letih2 nak cuba-cuba normal 😅

Pregnant dia ni seganda lebih letih dari Hasya
Sebabnya pregnant2 je terus detect darah tinggi dan GDM
Kak Zel start check up seminggu sekali seawal 5 bulan
Lagi dahsyat bila kena buat BSP sehari 3 kali
Hari-hari pulak tuh..

Check up 2 hospital
Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh sampai bersalin

Nasib laa lahir-lahir comel :D
Hehehe semua mami rasa baby dia paling comel

Sekarang umur dia dah 3 tahun 8 bulan
Nanti laa Kak Zel letak memory Eshaal ni sikit demi sikit dalam blog ni 
Kesian dia.. 
Abang Kakak banyak entry dalam ni
Dia pulak takde sebab tiba-tiba start pregnant je mami jadi malas buat entry
.
.
.

Friday, July 30, 2021

Khaleef :: Hasya :: Eshaal

 


2021

Anak Kak Zel dah ada 3 orang

Last berblog dulu, 2 orang

Khaleef dah 15 tahun
Hasya 10 tahun
Eshaal, tahun ni 4 tahun

Kak Zel sudah tidak bekerja lagi
Sekarang ni full time bisnes di Shopee
Dah full time stay at home mom

2020-2021 - COVID 19

Semua dah tau kisahkan

Nak mulakan balik blog ni supaya beraktiviti sikit hidup Kak Zel ni

.

.

.