Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, February 21, 2023

My Husband In Law


Drama ni dah takde dalam Netflix rupanya
Baru nak ulang tengok
Drama ni pun best
Cumanya 1 episod tu sejam setengah
Letih juga nak menunggu habis
Nasib  baik takde iklan-iklan.. 

My Husband In Law
Kisahnya pasal kahwin kontrak antara Tien (hero) dan Muei (heroin)


Mak hero dengan mak heroin ni kawan baik
Mak hero memang dah anggap Muei ni macam anak dia sendiri
Depa ni asalnya duduk kat Phuket
Bila keluarga hero pindah ke Bangkok depa terpisah
Tapi Muei dapat sambung belajar kat Bangkok
Jadi mak hero bawa Muei tinggal sekali

Sampai dah habis belajar pun Muei masih tinggal situ
Jaga makan pakai Tien
Sebenarnya kat rumah tu ada Tien sorang je sebab maknya masih duduk kat rumah kat Phuket sementara abang Tien pulak dah kahwin dan tinggal rumah lain



Tien ni ada buat hal dengan isteri orang
Dah laa isteri mafia pulak tu
DIa tak tau perempuan tu bini orang 
Bila kantoi, laki orang tu memang kenakan Tien sampai tahap nak membunuh
Untuk elakkan kena kacau, Tien kata yg dia dah nak kahwin
Dia guna nama Muei 
Bila mak dia dapat tau, memang dia paksa Tien kahwin dengan Muei wpun Tien tak nak
Mak dia memang dah lama mengidam nakkan Muei jadi menantu

Oleh itu, Tien buat perjanjian yang perkahwinan depa rahsia
Tiada resepsi hanya majlis kecik sahaja
Muei setuju je sebab dia memang suka sangat dengan Tien dari kecik


Tien ni kerja arkitek
Muei pulak kerja kat satu company IT 
Disebabkan merging, company Muei diserap masuk ke company Tien
Sepejabat laa depa


Tien ni bukanlah dia benci kat Muei ni
Cumanya dia layan acuh tak acuh je
Dingin je dia kalau dengan Muei
Lepas depa dah sepejabat banyak cerita pasal kerja je
Adalah beberapa insiden yang buat Tien bengang dengan Muei



Satu hari Tien arahkan Muei dan kawan-kawan dia untuk bekerja di site Myanmar
Muei sedihlah juga sebab dia igt Tien dah benci kat dia
Rupanya beberapa minggu lepas tu Tien datang sana
Kat sana laa baru depa berbaik-baik
Itu pun sebab Muei dah nekad nak minta cerai

Masalah lain pulak, bini orang dengan laki dia dok kacau Tien balik
Selain tu ada pulak yang berkenan dengan Muei dok mengorat dia
Lagilah menggelabah Tien sebab dia sebenarnya sayang je kat Muei
Tak reti nak tunjuk


Satu hari Muei hilang
Katanya tugas dia disamping Tien dah selesai sebab masalah mafia tu dah settle
Jadi dia tak perlu lagi jadi isteri Tien
Cam nak gila Tien dok cari dia
Bila jumpa, rupanya Muei pregnant
Ingat dah happy ending, rupanya masalah lain pulak
Muei ada sakit

Apa-apa pun, happy ending ler
.
.
.

 

Game Sanaeha / Game of Affection


Rugi lambat tengok drama ni
Sebab best sangat
Lambat tengok tu bukan apa, sebab takde dalam netflix @ viu
Nak kena download pulak

Drama ni tahun 2018
James Jirayu hero.. hensem mak datok
Genre family & romantic
Jalan cerita biasa je, tapi pelakon2 yg jadikan best


Nhok (heroin) baru balik dari luar negara
Elok sampai, barulah dia tau yang mak pak dia bercerai
Ayah dia pulak nak kahwin baru dengan bekas ratu cantik
Dan paling dia tak puas hati ialah sepupu angkat, Luckhanai (hero) menyandang jawatan penting dalam syarikat ayah heroin


Nai ni jadi sepupu angkat sebab mak dia ialah anak angkat kepada nenek heroin
Tapi dia lari dari rumah dan tinggalkan Nai ni pada nenek dia
Nenek dia punya marahlah sebab mak Nai ni lari
Dan buatkan dia benci sangat pada Nai

Oleh itu, mak pak heroin yang  bela Nai ni dari kecik sampai besar
Hubungan Nhok dengan Nai ni tak pernah baik
Sebab dipengaruhi oleh nenek Nhok yang selalu panggil Nai ni sampah
Nhok pun layan Nai ni dengan sangat kasar



Nhok ni kalau tak puas hati je dengan Nai memang dia maki habis-habisan
Nai ni bawa bersabar je
Sebab dia mmg sukakan Nhok ni dari kecik
Watak dia dalam ni kadang2 cam baik tak bertempat pun ada
Dah last2 episod baru Nai tunjuk power


Lagi menambahkan sakit hati Nhok, Nai sebenarnya pernah ada hubungan dengan tunang ayah dia
Dah tu pulak, tunang ayah dia ni masih sayang ke Nai
Nai je dah tak nak ke dia

Bila ayah dia kahwin lagi, makin menjadi2 perangai Nhok
Tapi Nhok ni sebenarnya dia kasar dengan hero je
Dengan orang lain, dia baik je berbudi bahasa


Dengan Nai ni, lepas dia masuk kerja kat company sama barulah nampak cam berbaik sikit
Tapi sebenarnya dia merancang nak rampas kedudukan Nai

Dalam-dalam tu adalah mak dengan nenek Nhok ni cuba nak cari pasangan untuk dia
Tapi takde satu pun Nhok berkenan



Disebabkan satu skandal
Nhok setuju kahwin dengan Nai
Tapi sebenarnya dia bukan kahwin sebab nak tutup skandal tu
Sebab utamanya ialah nak menyakitkan hati mak tiri dia
Sebab dia tau mak tiri dia masih simpan perasaan pada Nai

Dah kahwin ni pun, bergaduh tetap...



Bergaduh-gaduh pun, mengandung pulak Nhok ni
Sebenarnya dia happy je pregnant
Cumanya sebab perangai ego kepala angin kuat marah dia tu
Dia tercakap kat Nai yg dia tak suka baby dalam perut tu
Sebenarnya dia terbawa2 perasaan yang Nai marah kat dia pasal mak Nai sakit dia tak bagitau

Jadi depa buat perjanjian
Nanti bila baby tu lahir, Nai akan dapat anak
Dia akan serah semua harta dan letak jawatan dia syarikat ayah Nhok
Kemudian depa akan bercerai

Nai buat betul lepas baby tu lahir
Dia keluar dari rumah dan bawa baby sekali tinggalkan Nhok
Masa tu baru Nhok sedar yang dia sayangkan Nai dengan Baby

Masalahnya dia ni payah sangat nak cakap kat Nai
Dah nak habis drama barulah dia cakap
Itu je pun yang Nai nak dengar
Teruslah berbaik semula 


Dalam drama ni sebenarnya yang jadikan drama ni best ialah lain-lain watak
Paling aku suka, mak Nhok
Dia nak kenenkan anak kawan dia pada Nhok
Tapi sudahnya dia yang dapat 😆
Mak dia jenis cool
Ayah dia baik bertanggungjawab
Dia je berangin 24 jam

Watak jahat pulak ada juga
Bolehlah... buat-buat perencah sesedap rasa
.
.

Thursday, February 16, 2023

Hari Anugerah SK Hulu Bernam dan SRA Kalumpang



Ni pertama kali Khayla Hasya dapat hadiah naik pentas untuk akademik
Sebelum2 ni dia hanya menang contest2 kat sekolah
Sekolah pagi dapat markah tertinggi subjek Sains darjah 5
Untuk sekolah petang pula anugerah peningkatan prestasi

Kakak ni dia pandai sebenarnya
Cepat tangkap bila diajar
Satu je masalah dia
Malas dan tak suka nak bersungguh-sungguh
Kadang2 sakit juga hati mami ni
Kalau mengajar dia tu memang suara akan naik 
Macamana cuba bersabar pun
Pasti hilang sabar

Semoga darjah 6 nanti kakak berubah
Dan mami lebih sabar ajar kakak

Apa pun Tahniah KHAYLA HASYA
.
.
.

 

Wednesday, February 15, 2023

Nanje Mami grad prasekolah 5 tahun


 















Nasib baik mood dia nak bergambar tu cam okay sikit
Tak senyum, mata ke lain tu biasa laaa

Ni grad 5 tahun
Kang 6 tahun ada lagi
Darjah 6 ada lagi
Tingkatan 5 lagi sekali

Camtulah budak2 skang
Cikgu2 rajin buat event2 camni
Best juga
Boleh jadi kenang-kenangan

Apa pun semoga Eshaal terus maju jaya dan rajin belajar
.
.
.

Little Women



2 hari marathon drama ni
Drama berat sederhana
Dah terhadap... tengok jelah sampai habis


Pelakon utama drama ni 3 beradik yang hidup dalam kemiskinan
Miskin sebab bapak depa banyak hutang Ah Long
Mak pulak tak boleh diharap

Kakak sulung kerja di sebuah syarikat
Kakak kedua seorang wartawan
Yang last pulak masih belajar lagi


Depa ni sebagai kakak sebolehnya nak bagi semua kat adik depa
Bagi adik depa tak rasa rendah diri dengan kawan-kawan
Malangnya mak depa ni jenis mementingkan diri sendiri
Sikit pun tak rasa bersalah pada anak-anak
Lagi menyusahkan adalah


Kisah berat drama ni bermula bila kakak sulung  ni berkawan baik dengan seseorang dalam syarikat dia bekerja
Lepas tu kawan dia ni dijumpai bunuh diri
Dan tinggalkan dia 7 billion won
Duit yang dia tinggalkan ni bukan menyenangkan
Menyusahkan lagi ada laa
Sebab duit ni adalah sekelumit dari total 72 billion won yang kawan dia curi dari penggelapan wang haram syarikat depa ni bekerja

Tapi dah nama pun duit
Sapa je tak sukakan
Adalah dia guna sikit2 untuk diri sendiri
Mengenangkan masa dia miskin apa pun tak dapat buat



Adik bongsu ni pulak tersangkut dengan keluarga kaya ni
Dia ni tak tau la apa pendirian dia
Sampai sanggup tinggal dengan keluarga kaya tapi pelik ni

Sebenarnya duit 72 billion tu adalah kepunyaan keluarga ni
Nampak cam bapak dia mendominasi semua kejahatan
Tapi sebenarnya ada orang lain



Kakak kedua ni paling berprinsip sekali
Walaupun keluarga depa nak sangat duit tu
Tapi dia tak setuju kakak dia ambik duit tu
Siasat punya siasat pasal duit ni mana datang
Banyaklah kes-kes jenayah lama ikut terbongkar
Dalam-dalam tu ada juga kes2 kematian tejadi lagi



Mula tgk ada Joo Dan Tae (Penthouse)
Dah boleh agak mesti watak gelap juga ni
Ala-ala dalam Penthouse juga
Cumanya yang paling jahat dalam drama ni bukan dia

Dalam drama ni walaupun dia jahat
Tapi dia paling senang sekali mati watak
Terjun bangunan dan settle



Ni bini dia
Macam ada masalah otak sikit dia ni


Ni lebih kurang watak hero
Tapi takde laaa hero sangat
Mula2 aku ingat kakak sulung tu akan bercinta sakan dengan hero ni
Rupanya sipi-sipi je
Takde laa watak cintan cintun sangat dalam drama ni
Adalah sikit-sikit nanti

Drama ni macam 70% tak logik
Pengakhiran happy tak happy je gitu
.
.
.

 

Monday, February 13, 2023

Oh My Boss - Nai Kha Ya Ma Oi



Aku tengok drama ni sebab nak membuang masa sementara terlayan drama korea ongoing kat Netflix
Seksa sungguh nak menunggu Sabtu
Jadi kalau terjebak ongoing ni, drama2 antara tu tak boleh berat-berat
Aku pilih drama thai ni sebab hero dia cam kacak je


Plot drama ni bermula bila heroin pergi celebrate sempena dia dapat kerja kat club
Kat situ la mulanya dia jumpa dengan hero
Tak berkenalan banyak mana pun sebab heroin mabuk


Adalah berlaku sikit salah faham masa 1st time jumpa tu
Hero ni masa jumpa ni macam dah suka heroin
Kena pulak heroin boleh cakap Jepun
Drama ni cam mix thai & jepun
Aku lak mati2 igt depa ni semua mmg pandai cakap Jepun
Rupanya hafal skrip je
Hebat-hebat....


Sebulan lepas tu kot baru heroin start kerja kat tempat baru
Rupanya hero yang dia jumpa dulu tu ialah boss @ ceo kat syarikat tu
So, bermula laa hubungan depa ni

Halangan?!!


Adalah sikit-sikit ringan
Masalah dengan kawan pejabat
Dengan client syarikat
Dengan share partner hero
Problem dengan family heroin
Semua nak jadi rencah cerita je


1st time Kak Zel tengok drama Luke Ishikawa ni berlakon
Tengok ke nama, memang dah Jepun
Latar belakang dia mix Jepun & America, membesar & belajar kat US
Rupanya tak tau pun cakap Jepun
Yang peliknya cakap Thailand fluent pulak

Tapi dia nilah hero pertama thailand yang aku rasa teruk benor mutu lakonannya
Memang menepati definisi Pelakon Kayu 😆
Serius aku jarang nak kondem orang hesmes-hesmes ni
Tapi yang ni mmg dia berlakon situasi apa pun
Rupa dia camtu laaa
Lontaran ayat pun kurang perasaaan



Nyambil-nyambil tido gak aku tengok drama ni
Paling tido masa episod last-last
Namun akhirnya tamat juga tengok sampai ke sudah
Jadi laaa buat cuci-cuci mata
.
.
.

Wednesday, February 1, 2023

Proses buat Kad Pengenalan 12 tahun


Kenit yang dulu kini dan selamanya berangin
Dah 12 tahun awal tahun 2023
Maka, tibalah masa tukar dari Mykid ke Kad Pengenalan

Kalau buat kat JPN yang tak sibuk
Dalam 10 minit dah siap

Prosedur permohonan kad pengenalan

1- Pastikan bawa surat beranak original

2- Kalau alamat terkini tidak sama dengan IC Ibu Bapa, kena bawa bil letrik atau bil air untuk pengesahan. Barulah dekat IC boleh guna alamat terkini. Alamat di Mykid tidak di ambil kira

3- Kalau bertudung, pastikan pakai tudung warna gelap

4- Untuk penjimatan, buat IC dalam masa 30 hari selepas tarikh harijadi ke 12. Percuma je. Kalau dah lebih 30 hari kena bayar duit proses RM10

5- IC akan siap dalam masa 1 minggu. Boleh semak di http://semakan.jpn.gov.my/semak_kpt/


Oleh kerana tidak bawa bil, Hasya tak dapat guna alamat rumah kami sekarang
Mula-mula nak guna alamat sama mami
Tapi tak menyilanglah pulak
Jadi guna alamat pada IC Papa, alamat Tg Malim, Perak

Macam Khaleef, dia lahir di Perak, alamat IC nya rumah nenek di Selangor
Budak berdua ni lahir di Selangor, jadi mami silangkan alamat rumah kat Perak

Sebab apa?

Depan-depan..
Status pemastautin boleh pakai
Status rakyat kepada satu2 negeri juga boleh digunakan

Faham tak?

Contohnya Khaleef,

Walaupun dia lahir di Perak, tapi IC dia dan Mami kekal alamat Selangor
Maka bolehlah dia memohon Yayasan Selangor

Itulah bestnya duduk area sempadan negeri ni
.
.
.