
Mengantuk cam digam-gam mata..
Nak-nak perut dah kenyang..
Hari ni bantai lagi ikan selar masak taucu..
Dengan hati ayam masak sambal..
Lagi ada kerabu pucuk paku + togeh..
Selalunya minum sirap ais tak pun teh O..
Hari ni berkelakuan baik.. minum air kosong sahaja..
Dulu masa form 1 & form 2..
Kena sekolah petang..
Rasanya cam takde laa satu hari..
Yang aku tak tido dalam kelas..
Sapa sekelas dengan aku dulu..
Tau ler peel tdo dalam kelas aku ni..
Cikgu aku smpi pernah mengamuk nak gantung aku kat kipas..
Sebab lebih 3 kali dia tegur aku lelap time dia baca nota suh salin..
Part cikgu baca nota.. murid salin..
Yang ni kaedah pembelajaran yang paling aku tak suka..
Sebab aku mudah terlayang.. bila cikgu baca seketui-seketui..
Tau-tau aku dah melayang ke angkasa lepas.. siap mengigau lagi :))
Itu belum ambik kira air liur yang meleleh menjejun lagi..
Bukan setakat tudung je basah..
Kain biru sekolah tu siap ada peta Amerika Selatan..
Kalau dalam makmal..
Selalu cikgu panggil ramai-ramai kerumun meja depan..
Sebab dia nak tunjuk ujikaji..
Aku lak menyangkung kat kaki kawan... tido..
Dengan pesanan.. kang dah dekat2 nak abih.. kejut aku :))
Nasib baik.. bila masuk sekolah pagi..
Wpun penyakit kantok tu masih ada..
Tapi tak laa separah time sekolah petang..
Kesimpulannya..
Petang bukan masa untuk sekolah atau bekerja..
Petang adalah masa untuk TIDO :))
PEACE!!!
.
.
.