Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Showing posts with label TEMUDUGA SPA. Show all posts
Showing posts with label TEMUDUGA SPA. Show all posts

Monday, March 3, 2014

TIP LULUS UJIAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM - SPA





Oleh kerana ramai adik2 sesama PID yang bertanya tip-tip
Kak Zel boleh lulus Ujian SPA..
Maka dengan sungguh murah hati..
Meh Kak Zel kongsi rahsia macamana nak lepas Ujian Bertulis SPA untuk jawatan F29 ni..

Akak berpengalaman luas gak dalam exam bertulis SPA ni..
Rasanya 5 kali dah kot..
PTD.. N41.. F29.. KPLI.. LHDN..
Jangan tak percaya.. SEMUA AKAK LULUS!!

Kebiasaannya aku akan sangkut kat interview..
Bukan sebab aku bangang..
Sebabnya aku ni jenis pandai goreng..
Dan pandai bercakap..

Aku syak pasal G.E.M.U.K :))

Untuk Ujian Bertulis minggu depan ni..
Aku tak payah ambil lagi..
Sebab hari tu dah lulus..
So, dikecualikan... LEGA!

Peperiksaan bertulis ni akan dibahagikan kepada 3 seksyen

Seksyen A - Pengetahuan Am
Seksyen B - Daya Penyelesaian Masalah
Seksyen C - Sahsiah dan Minat


Soalan - 50
Masa - 40 minit

Dah nama pun Pengetahuan Am..
Make sure laa study sikit-sikit..
Selalunya kalau gred F29 ni..
Soalan yg keluar
  • Berkenaan teknologi dan sains komputer
  • Berkenaan kementerian-kementerian dan tugas2 
  • Segala hape skim 1 Malaysia
  • Sukan
  • Politik dan isu semasa
  • Sejarah ada sikit-sikit (pelbagai jenis Perjanjian)

Janganlah banyak sangat buang masa berfikir..
Go through dulu sekali lalu..
Mana yang senang jawab terus..
Yang susah2 tinggal dulu..




Soalan : 40
Masa : 45 minit

Ini seksyen yang paling ditakuti..
Sebab melibatkan Matematik..
Dah tu tak boleh pakai calculator..
Pastu soalannya berbelit-belit..

Aku paling suka seksyen ni...
Sebab mmg otak kiri kanan depan belakang semua guna..

Cth Soalan :

Ali pergi ke kedai pada pukul 10.30 pagi. Dia membawa kereta dengan kelajuan 60km/j. Jarak kedai dari rumah Ali ialah 100km. Pukul berapa Ali sampai ke kedai jika dia berhenti rehat di R&R selama 25 minit?

Igt balik zaman kita sekolah rendah dulu..
Yang penting CONTENG SAMPAI FAHAM SOALAN..
Bab2 masa ni soalan favorite dalam ujian bertulis..
Buat garis masa..


Kebiasaannya pilihan jawapan..
Mesti cam tak jauh beza..
Tapi.. ada tip and trick kat sini..

A : 12:50
B : 01:50
C : 12:35
D : 12:45

Cam contoh aku bagi tukan..
Masa kira MINIT.. dah dapat 35..
Dalam pilihan jawapan... hanya ada 1 yg hujungnya 35..

ITU DIA!!

Jangan BUANG MASA kira sampai habis..
Dah hujung tu dah betul..
Pilih je.. pasti dah yang depan tu betul..

Lagi nanti ada soalan PECAHAN..
PERATUS.. BEZA TINGGI.. BEZA UMUR...

Ingat!!! lukis atau conteng sampai faham..
Tapi jangan laa smpi 1 soalan ambik sampai 10 minit nak paham..
Ada 40 soalan dalam masa 45 minit!!!

Satu lagi yang aku perasan..
Soalan-soalannya.. sebenarnya SUSAH DITENGAH-TENGAH...
Kan ada 40 soalan..
Yang susah tu selalunya berada di no.18 hingga no.30..
Kemudian.. semakin ke hujung semakin senang..

Oleh itu..
Guna cara jawab mudah-mudah dahulu smpi ke soalan no.40..
Kemudian baru kembali ke soalan susah dan panjang..
Kerana selalunya soalan mudah adalah lebih banyak dari soalan susah..
Tapi kalau tahun ni tukar pulak..
Nasib kome le :))





Tak ingat berapa soalan..
Tapi ada beratus-ratus..
Yang ni tak payah nak pecah kepala fikir..
Selalunya yg jaga exam tu akan announce..

JAWAB IKUT APA YANG PERTAMA TERLINTAS DIFIKIRAN..
ITULAH DIRI ANDA YANG SEBENAR!!

Ok.. boleh juga guna pesanan tu..
Tapi... JANGAN JADI BANGANG!!!!

Soalan sahsiah dan minat ni..
Tip nak lulus senang je..

JAWAB YANG ELOK-ELOK BELAKA..

satu lagi..

MATCHING ANTARA SATU SAMA LAIN...

Soalannya.. kalau anda perasan..
Ia berulang-ulang..
Jadi make sure jawapan anda konsisten..

Cth..

Adakah anda suka memimpin atau dipimpin?

PILIH - memimpin (wpun anda sebaliknya)

Cth lagi...

Adakah anda boleh menerima pendapat orang bawahan sedangkan anda ada idea yang lebih baik

PILIH - terima (wpun anda sebenarnya diktator)

Pasal soalan matching pulak..

Contoh kat depan anda dah pilih yang ANDA SUKA MELAHIRKAN PENDAPAT DALAM PERBINCANGAN.

Jangan pulak.. bila tiba dibelakang.. pilih pulak SAYA SUKA MENYENDIRI BILA ADA PERBINCANGAN

Camtu laa lebih kurang..
Gunakan akal fikiran korang..
Apa jenis sahsiah dan minat yang diperlukan dalam perkhidmatan awam..
Pilih yang sepositif mungkin..
Itu laa yang dimaksudkan JANGAN MEMBANGANG :))

Ok..

Panjang lebar dah ni..

Akhir kata..
Untuk adik-adik F29 Pusat Internet Desa..
Selamat maju jaya Kak Zel ucapkan..

Untuk yang lain2..
Yang terbaca entry tip and trick la sangat ni..
Good Luck juga untuk anda..

Tuesday, February 19, 2013

Anda tidak berjaya dalam urusan ini...


Keluar juga keputusan interview yg poyo hari tu..
Seperti yg diduga..
Memang tak dapat pun..

Elok jugak..

Kalau dapat..
Tak ke 3-4 malam tak boleh tido memikirkan masalah..

Putrajaya dengan Tg Malim bukannya dekat..
Hari2 nak ulang alik..
Minyak RM50.. Tol pi balik RM28.80..
Makan dalam RM15.00 sehari..
Sehari habis dekat RM100.00
Gaji F29 lebih kurang RM2K+
Keje 20 hari sebulan..
20 hari x RM100 sehari = 2K..
Maknanya gaji habis kat perjalanan je..

Nak suh MIJ pindah..
Sedangkan pindah dalam negeri.. dalam daerah..
Pun.. makan bertahun baru dapat tukar balik sini..
Ini pulak nak pindah antara negeri..
Mimpi laa dia nak dapat tukar..

Pastu kalau aku pindah dok KL..
Abih tu Hasya dengan Khaleef camne..
Mustahil aku nak bawa sama..
Khaleef dah sekolah..
Sapa nak uruskan dia pi balik sekolah..
Hasya.. tak boleh nak bayang dia dok taska..


Kalau tekan butang PENJELASAN tu..
Ini ler penjelasan SPA..
Memula aku ingat dia nak jelaskan kenapa anda tak dapat jawatan ini.. :)

Aku masuk dalam 1716 tu..
Berebut 70 kekosongan..
Kalau aku jadi org yg interview tu pun..
Aku pikir 800 kali..

Nak ambik  yang muda ke tua..
Nak ambik yang cantik ke buruk..
Nak ambik yang kurus ke gemuk..

Kah kah kah :))

Akhir kata..

Rezeki Allah SWT beri adalah seluas langit nan membiru..
Semoga ada rezeki yang lebih baik menanti di hari muka..
.
.
.

Wednesday, January 2, 2013

TIPS - SOALAN TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT f29


Nasib baik laa semalam aku orang ke-13..
So, ada laa sket2 tips yang boleh dikongsi..
Semalam i duduk depan pintu..
So, sapa je kuar dari bilik temuduga tu..
Kena benti jap, sambung temuduga dengan aku pulak..

Soalan biasa dari akak yang ramah tamah ni..

CAMNE, OK?

APA DEPA TANYA?

LAGI?

DAPAT JAWAB TAK?

Hehehehehehe... kepochi punya kakak tua.. (dalam hati depa)

Antara soalan penemuduga

Wajib = TERANGKAN MENGENAI DIRI ANDA DALAM BAHASA INGGERIS

Soalan Pengetahuan AM

1- Apa itu Perlembagaan
2- Apa itu Parlimen  (smlm aku kena tanya Bung Mokhtar dari mana dan siapa Speakier Parlimen terkini.. senang :)) )
3- Parlimen ada berapa dewan dan jelaskan
4- Ceritakan mengenai Institusi Beraja di Malaysia
5- Apa yang anda tahu mengenai Agong
6- Apa beza akta dan dasar
7- Apa yang anda tahu tentang GTP.. NKRA.. dan pelbagai shortform dalam Kerajaan Malaysia ni..
8- Apa fungsi MAMPU
9- Terangkan mengenai MOSTI (rasanya depa tukar2 agensi.. lain orang kena lain)
10- Kalau anda penjawat awam.. make sure Perintah Am... Pekeliling di hujung jari anda


Soalan Berkenaan BIDANG (cam aku kena ICT laa)

1- Rangkaian - segala mak nenek topologi, peralatan cam bridge, router.. etc
2- Database - jenis data.. keselamatan data.. (kalau ko kerek.. jawab je INI VENDOR YANG JAGA)
3- Antivirus - kelebihan, kekurangan, fungsi
4- Server - keselamatan... jenis2 antivirus.. ancaman server
5- Open Source - sila google untuk maklumat lanjut
6- Programming - semalam aku kena soalan numeric & php yg senang-senang
7- Apa job scope F29
8- Soalan favorite.. semalam 5-6 orang kena soalan ni..
    DALAM SEMINGGU INI, APAKAH BERITA BERKENAAN ICT YANG ANDA BACA DI
    AKHBAR?

Yang penting otak korang tu kena up to date dengan benda2 ICT ni.. nama pun memohon nak jadi pegawai IT... kalau kepala penuh dengan laporan Aset.. laporan retreat.. anak nak sekolah.. bila gaji ek.. terima laa nasib JAWAPAN SELAMAT cam akak semalam :)

Kalau tak tahu.. dan dah blank.. jawab sahaja

SAYA TIDAK PASTI

SAYA TIDAK TAHU

Jangan laa jawab cam bagus je..

Cth :

SAYA DAH BACA TADI, TAPI SAYA LUPA

Last sekali, mereka akan tanya

ADA TAK APA-APA AWAK NAK TANYA PADA KAMI

Ini adalah PELUANG!!

Ramai orang akan jawab - Tiada Soalan!!

Rugi anda.. sebab ini masanya dia nak tgk keberanian kita..
Tanya laa benda2 yang berada dalam ruang lingkup SPA dan bidang F29 itu..

Antara soalan yang boleh ditanya

1- Sekiranya saya diterima, berapa lama notis yang akan diberi oleh pihak SPA
2- Sekiranya saya mengandung dan hampir bersalin atau sakit kuat apabila tawaran tiba, adakah saya boleh menangguhkan penerimaan tawaran tersebut.
3- Berapa lama tempoh sah jawatan
4- Apakah kemahiran programming yang perlu saya mahir untuk jawatan ini

dan tanya laaa apa2 yang berkait..
depa suka je nak jawab..
kalau anda perasan.. masa ni laa depa sibuk tanda kat kertas..
atau tekan2 laptop depan depa tu..
bagi markah extra la kot.. :))
.
.
.

Sambungan Temuduga SPA - PPTM F29


Part III nanti aku kongsikan contoh2 soalan..

Belum tamat lagi citer semalam..
Kan tergantung..
Mesti semua nak tahu aku dapat ke tidak..

Aku ni memang jenis tak boleh sabar menunggu..
Selalunya kalau temuduga..
Bila time orang tu tanya..

ADA APA-APA AWAK NAK TANYA?

Memang aku akan tanya adakah aku berpeluang atau tidak untuk jawatan tersebut...
So, bila dah tau tak payah terfikir2 dapat ke tidak..

Ni semalam lupa nak cerita..
Kan aku orang yang ke-13..

Selepas orang yang ke-9...
Interviewer yg dari SPA keluar..
Dia bagi pesanan dekat calon2 yang belum temuduga..

PELUANG KAMU NAK DAPAT NI SUSAH..
DAH ADA PELUANG, GUNAKAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA..
JANGAN SAMPAI KAMI TERSALAH PILIH CALON..
MEMILIH ORANG YANG AKAN MERUGIKAN PIHAK KERAJAAN..

Kami yang kat luar ni...

Blur & Blank !!

Maksudnya dari 9 orang yg awal tu..
Belum dapat calon lagi laa tu.. kesimpulan kami :)

Geng aku kat luar tu..
Semua bebudak muda belia.. dalam 18 org calon.. 3 je pompuan masuk aku..
Yang lagi 2 orang pompuan tu.. no. 2 dan no.3.. awal dah balik..

Tinggal ler aku dengan 3-4 orang FT dari Bukit Aman..
Sorang Pegawai anti rusuhan..
Sorang lagi brother yang otai dalam gomen..
Dah lama kerja.. baru ada peluang nak naik pangkat..
Kebanyakkannya sudah pun berjawatan tetap dalam kerajaan..
La ni depa dalam skim FT17.. nak naik pangkat ke F29..

Elok je aku masuk dalam bilik temuduga..
Sebelum soalan boleh ke diletakkan di Sabah & S'wak..
Penemuduga dari SPA tu tanya..

APA PERASAAN AWAK LEPAS DENGAR SAYA BAGI PESANAN TADI..

Adoi....

Aku kat luar tadi pun BLUR apa hal yg ko pesan tu..
Ni ko tanya PERASAAN pulak!!

Otak aku tengah ligat fikir jawapan selamat..
Tapi tak jumpa..

Last-last...

SAYA TAK BOLEH NAK FIKIR..
SEBAB SAYA TENGAH BERDEBAR KUAT NI..

Ok.. depa dua senyum dengar jawapan aku..

Lepas dah duduk elok..
Barulah aku bersuara balik.. tak best pulak tak menjawab soalankan..

Pada pendapat saya..
Boleh menjawab semua soalan tak semestinya tahu semua benda..
Tak boleh jawab bukan sebab tak tahu semua benda..

Camtu laa lebih kurang pendapat aku..
Cuma aku tak ingat bagaimanakah susunan ayat yang betul..

Penemuduga ni.. ada 2 orang..
Sorang ni adalah pegawai dari SPA..
Sorang lagi pulak ada pegawai dari bidang yg tengah kita temuduga tu..
Contoh.. kalau temuduga Pegawai Pertanian..
Seorang lagi tu.. mesti dari Kementerian Asas Tani.. (wujud lagi kem ni?)

Berkenaan soalan sama ada aku dapat ke tidak jawatan F29 ni..

Pegawai dari SPA tu yang jawab...

ADA REZEKI..MUNGKIN KITA BERJUMPA LAGI..

Boleh jadi 2 maksud gak tu..
Sama ada aku DAPAT dan akan berjumpa dia lagi masa sain watikah ke hape..
Ataupun.. aku TAK DAPAT dan akan berjumpa dia lagi di sesi temuduga lain masa..

So, kesimpulannya..

AKU MASIH TAK TAU DAPAT KE TIDAK..


“Dan sesungguhnya Allah adalah pemberi rezeki yang terbaik,” (Surah al-Hajj 22:58)

:)

Temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29


Akhirnya.. aku dipanggil temuduga SPA..
Setelah hampir 10 tahun berada dalam perkhidmatan awam..
Ni kira downgrade laa nih..
Sebab la ni.. aku dah berjawatan F41...
Tapi, panggilan temuduga F29..
Layankan jelah...

Memula sampai.. kena masuk bilik menunggu dulu...
Situ dapat nombor giliran..
Pastu susun semua yang salinan..
Lagi kena susun sijil ikut yang diarahkan..

Lepas tu baru masuk bilik temuduga..
Ada 4 bilik.. A, B, C, D...
Semua utk jawatan lain-lain..
1 jawatan ada laa dalam 15-18 orang..
Kalau nak ditemuduga awal..
Mai laa awal..
Cam aku dekat kul 8.00 pagi baru smpi..
Dapat laa nombor 13..


Soalan temuduga... ada yang random.. ada gak yg ikut format..
Yang ikut format tu.. ulang2 yang sama jugak..
Antara pasal Parlimen.. Perlembagaan... YDP Agong.. Dewan2...
Random.. maybe pasal kerja sekarang...
Atau pasal dunia ICT...

SOALAN PEMANAS BADAN - awak sanggup ke bertugas di Sabah & Sarawak?

JAWAPAN SELAMAT - sanggup. suami saya keje Pejabat Pos dan Pej. Pos ada seluruh Malaysia..
(padahal... nak tukar dalam negeri yg sama pun sket punya susah)

Soalan pertama (sudah mula kira markah)

CERITA PASAL DIRI KAMU DALAM BAHASA INGGERIS..

Jangan laa pandai2 nak selit cakap Melayu pulak..
Tolak markah..

Kemudian dah habis..
Penemuduga tu akan tanya beritahu...

SELEPAS INI TEMUDUGA AKAN BERLANSUNG DALAM BAHASA MELAYU..

Maka, cakap laa Melayu sepenuhnya..
Tok sah laa nak tunjuk eksyen nak selit2 perkataan omputeh ke hape..
Sebab setiap satu perkataan Inggeris yang digunakan.. (kecuali terma)
Adalah TOLAK MARKAH..

Masa ni selang seli antara soalan pengetahuan Am dengan soalan berkenaan ICT..

Pengetahuan Am aku kena pasal Parlimen & Perlembagaan & Agong
Kat luar dah study sedikit sebanyak..
So, no hal..

Sekali ada satu soalan..

BERAPA KALI YANG DIPERTUAN AGONG DATANG PARLIMEN?

Ah, sudah!!

Jawapan selamat = SAYA TIDAK PASTI

Lepas tu.. sebab aku penjawat awam..
Maka soalan PERINTAH AM ada laa jugak..
Aku kena BAB C.. iaitu Cuti.. giler senang.. :))

Lelain banyaknya aku kena cerita pasal kerja aku sekarang..
Selamat laa sikitkan..

Kemudian tiba giliran penemuduga ICT..

Memula dia tanya pasal database..
Apakah jenis2 data..

OK JAHANAM... SATU PUN AKU TAK TAU..

Kemudian yang kedua.. pasal server..
Pasal antivirus.. ok laa boleh goreng sesedap rasa..

Kemudian soalan pasal PROGRAMMING..

Cepat2 aku potong..

SAYA KAT U, AMBIK MULTIMEDIA.. SO, PROGRAMMING TAK BANYAK..
(padahal ada je!!)

Maka, dia bagi soalan Multimedia yang tersenang di dunia..

APAKAH KOMPONEN MULTIMEDIA..

Senang Jah... teks, imej, audio, video dan animasi

Pastu soalan yang subjektif APA KELEBIHAN AWAK?

Aku tanya dia contoh.. dia bagi memasak..

Aku pun apa lagi..

SAYA PANDAI BERENANG, BOLEH BUAT CPR, PANDAI TANGKAP GAMBAR, MEMASAK, BERCAKAP... tup dia potong..

OK CUKUP!! (igt nak sambung lagi sekajang... kah kah kah)

Last sekali.. penemuduga tu tanya aku..

ADA APA-APA AWAK NAK TANYA...

OK.. part  ni aku dah ready..
Sebab inilah part yang paling banyak markah..
Aku bantai 3 soalan tanya..

1 soalan yang susah... bagi depa lak fikir..
1 soalan agak mudah... depa jawab sambil senyum..

soalan terakhir..

PADA PENDAPAT ENCIK, SAYA DAPAT TAK JAWATAN NI?

Jawapan dia apa tau....

Aku tau.. tapi tak mau bagitau :)
.
.
.