Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Showing posts with label Breastfeed. Show all posts
Showing posts with label Breastfeed. Show all posts

Tuesday, June 17, 2014

Akhirnya.... selepas 3 tahun 6 bulan...






Kali ni betul2 berjaya bentikan Hasya BF..
Dah masuk minggu ke-2..
Lega jugak.. tapi kadang2 rindu nak dia BF..
Rindu dia yang mengendeng kat mami tiap kali balik keje..
Rindu dia yang meraba-raba dalam gelap cari nyet..
Rindu tangan dia yang dok mencubit nyet sebelah lagi time BF..

Wpun dah benti BF..
Dia masih tak kuat menyusu botol..
Kadang2 kalau hari cuti..
Sehari sebotol je..

Makan la jadi kuat sket..
Sebelum tido kena suap dia nasi dulu..
.
.
.

Thursday, February 20, 2014

Dia minta adik...


Kan kat Astro skang dok tayang iklan program Materniti..
Yang Yasmin Hani dengan baby dia Noah..
Tiap kali iklan ni keluar..
Hasya akan jerit-jerit..

NAK BABY!! NAK BABY MAMI!!!

Kadang2 bila aku tak layan..
Dia siap menangis..
Nak baby..

Pastu..

Mami : Kalau ada baby.. nanti dia hisap t*t*k... Hasya tak payah...

Hasya : T*t*k mami ke?

Mami : Yelah.. Hasya kena benti nyet..

Hasya : Hallaaaaa... itu Aca punyer..

Mami : Nak baby tak?

Hasya : TAK NAK!!

Bertuah betul si petot ni..

3 tahun 1 bulan 15 hari...

Masih nyet lagi..

Banyak kali gak aku cuba bentikan..
Kadang2 berjaya laa 3 hari..
Kadang2 cecah smpi 4 hari..

Bukan Hasya yang gagal tau..
Mami dia ni..
Tak cukup kental lagi..
Nak bangun malam-malam bancuh susu..
Yang Hasya pulak..
Tak jugak tido malam sekali harung smpi ke siang..
Mesti bangun jugak 1-2 kali..
Kena la bertabah smpi Hasya betul2 tak bangun malam lagi..
.
.
.

Sunday, September 23, 2012

Dah sihat sikit...


Budak gigi kapak ni... demamnya dah hilang...
Tapi  batuk kahak dia still ada lagi..
Tak leh watpe laaa...
Dah doktor takmo kasi ubat...
Katanya baby bawah 24 bulan takkan dapat ubat batuk dan ubat selsema..
Pesanan dia.. sapu vicks pun boleh legakan baby..

Namun, ada benda lain yang berlaku..
Sejak 2 minggu on off sakit ni..
Tetiba Hasya fully breastfeed balik..
Dia lansung tak mahu susu botol..
Kalau dulu kat umah BS dia memang membotol..
Kat umah ni.. dia kongsi dengan Kalep..

Bila mami pergi keje..
Dia tahan tak menyusu..
Dia minum air kosong banyak-banyak..
Pastu makan kalau ada selera...
Selalunya selera dia OK je.. makan kuat!

Mami balik keje dalam kul 5.30 ptg..
Selalunya time tu dia dalam buai..
Angkat je terus kasi susu dulu dalam 20  minit..
Pastu baru boleh gerak balik umah..
Kalau tak.. dalam kereta, time mami drive dia selak dah baju mami....

Pastu...
Kat rumah, dia kasi chance kat mami masak & basuh kain je..
Pastu ngemping laa sampai dia tido..

Cik B pun..
Tetiba dah mula mengeras balik..
Cam susu jadi banyak semula..
Tapi, aku takde laa smpi mengepam semula..
Pam pun dah tak tau mana pi :)
Lagipun Hasya kuat makan..

Syukur Alhamdulillah la rezeki Hasya masih ada...
.
.
.

Thursday, August 9, 2012

Ubat-ubat sakit gigi dan kesannya kepada penyusuan bayi..

Ni kesinambungan kes sakit gigi tak berkesudahan..
2 hari sudah dah pi klinik..
Tapi tengah sakit beriya..
So, doktor hanya bagi pain killer..
Namun.. sesudah makan 2-3 biji..
Biji-biji seterusnya sudah tidak memberi kesan..
Malam tadi aku siap overdose sbb tak tahan sangat..

So, pagi ni seperti dijanjikan..
Aku pi klinik balik..
Igtkan buleh dah cabut..
Sekali bila doktor tekan gusi..
Sakit cam nak melompat sampai ke siling..

Rupanya.. dalam gusi penuh dengan nanah..
Kena rawat dengan antibiotik la pulak..

Ni nama dia Naproxen Sodium 550mg..
Dos yang dicadangkan sehari sebiji..
Tapi malam tadi tak tahan..
Aku bantai 2 terus..

Dan ia adalah selamat untuk ibu yang  menyusukan..

Ini antibiotik katanya...
Juga selamat untuk baby..
Hanya sedikit yang akan diserap oleh susu badan..

Yang ni paling seram..
Nama dia Metronidazole...
Kalau dalam carta ubat selamat untuk breastfeeding..
Ubat ni duduk kat level

Potentially Hazardous
You should avoid or use these drugs with caution, particularly while breastfeeding a newborn or premature infant.

Sebabnya.. boleh menggalakkan sel kanser..

Namun, ubat ni paling berkesan untuk merawat infection pada gigi..
Yang  mana aku tengah alami la ni..
Iaitu gum infection yang menyebabkan nanah dalam gusi..

Jenuh laa aku research dalam internet..
Risau gak walaupun Hasya hanya BF sikit je skang..
Tapi esok lusa kat weekend..
Selalunya weekend dia mmg takmo susu botol..

Kena monitor gak ler nanti..
Kalau dia cirit birit..
Kena laa aku benti makan..
Dah tu pikirkan laa cara camne nak buat dengan gigi rosak aku nih..

Isnin depan baru boleh cabut gigi aku ni..
Lama dowh nak tunggu..
Aku dah rasa cam kuman gigi tu dah masuk otak..
Segala-gala kat muka aku ni dah rasa sakit..

Ikutkan pagi ni nak citer pasal kek pisang..
Sat gi laa kalau ada mood :)
.
.
.

Wednesday, July 18, 2012

Percubaan Pertama...


Selasa lepas tanya kawan aku..
Camne dia weaning off baby dia..
Katanya dia bubuh lipstick..

So, malam tadi aku pun cuba laa..
Dekat2 nak sampai time dia menyusu tu..
Aku pun conteng laaa B dengan lipstick merah..

Hasya tengok je terus menjerit takut..
Pegang B pun dia tak berani..
Tapi menangis jugak sebab haus!!

Lama-lama.. aku sndr tak tahan dengar dia membising..
Bagi jelah dia nyam..
Aku pun bukan betul2 nak bentikan dia lagi..
Saja2 nak cuba je..

Kerja lama berwajah baru aku ni..
Menuntut banyak OS..
Pastu kang ada 7 hari berkursus kena settle kan..
Takkan tetiap kali OS.. tetiap kali kursus nak hangkut anak..
Kena gak ler putuskan susu badan..
Dia ni siang takde masalah..
Malam ler susah sket..
Sebab dia jenis tido melekap!!
Pastu kalau dia terjaga.. kita hulur susu botol dia takmo..

Seminggu dua ni galak sungguh dia menyusu..
Mungkin sbb mami dia dah stop Atkins wat sementara..
Jadi rasa susu tu lebih sedap ler kot..
Kalau tak asyik rasa telur rebus je :)

Puasa ni belum tahu lagi..
Tengok laa keadaan camne..
Yelah puasa dah laa kurang minum air..
Kalau makan pun kurang..
Pastu dok makan protien je..
Mau lak kang berat Hasya turun balik bawah garis kuning..

Ada org cadangkan vitamin..
Kalau badan membadak camni..
Elakkan laa vitamin2 ni..
Kang elok masih leh pakai saiz 56..
Tup2 kang raya terus saiz 60..
Tu pun kalau 60 ada :)
.
.
.

Sunday, January 29, 2012

Susu Ibu


Tidak dapat dinafikan susu ibu memang banyak kebaikkannya..
Bersyukur la pada yang dapat menyusukan penuh 2 tahun..

Hasya sudah campur susu formula genap 1 tahun..

Dan skang.. mami dia dah berhenti pam pun..
Wpun ramai yang nasihat boleh mula mengepam balik..
Mami dia dah takde kekuatan nak teruskan..

So sekarang, di rumah Mak Long..
Hasya minum sepenuhnya susu formula..
Namun, waktu lunch.. dia tetap menikmati susu mami..
Begitu juga selepas waktu pejabat, malam dan hari cuti..

Kat rumah mami belum ada botol dan susu formula..
Hanya kat rumah Mak Long sahaja..

Hasya lak ada peelnya..
Kalau nampak mami..
Dan-dan tu botol buang tepi..

Hari tu ada gak beli fresh milk..
Igt nak ajar dia minum kat rumah..
Haram di minumnya..
Last2 dapat kat abg Kalep ler jugak..

Apa pun, alhamdulillah.. dapat susukan penuh Hasya smpi setahun..
Sampai sekarang juga masih menenen..
Mami ok jer..
Senang gak malam2..
Tak payah sembab2 mata bangun buat susu..
.
.
.

Wednesday, January 4, 2012

Susu untuk Hasya sudah sampai penghujung...


Ni ler perkara yang membuatkan aku stress 2-3 menjak ni..
Susu EBM sudah habis..
Pagi tadi dah pakai lagi sepek..
Tinggal laaa 2 jer..

Susu perah pun dah tak meriah..
Dulu leh capai 12oz sehari..
Skang paling2 boleh pergi 7oz..
Hasya pulak minum banyak skang ni..

Esok Hasya genap 1 tahun..
Ikutkan dapat dah Degree dalam penyusuan ibu..
Namun, tak dapat dah nak teruskan smpi dapat PhD..
Kemungkinan besar bermula minggu depan..
Hasya akan campur-campur susu pada waktu siang..

Tak terkejar dah demand dia yang sangat tinggi..
Susu aku pulak makin merendah..

Semlm dah beli susu formula..
Pilih yang murah jer dengan harapan Hasya takkan jatuh cinta dengan FM..
Aku masih nak BF dia time tidak bekerja dan malam..
Kalau beli FM yg rasanya sedap2..
Vanilla ke.. Coklat ke..
Kang lansung dia tak nak BF lagi..



Semalam sedih bebenor hati aku ni..
Memikirkan Hasya akan campur-campur susu..
Dia bukan lagi mendapat susu yang mami hasilkan..

Tapi, bila tengok gambar kat atas ni..

YA ALLAH.. AKU BERSYUKUR DENGAN NIKMAT DAN REZEKI YANG ENGKAU TELAH KURNIAKAN.

Namun skang ni tengah berfikir-fikir..
Aku ada surf kat internet..
Fresh milk adalah jauh lebih baik dari susu formula..
Kos agak tinggi la jugak..
Tapi kalau dibandingkan dengan beli susu FM yang mahal-mahal..
Pakai fresh milk (dutch lady, good day etc) kira ok lagi..

Ada tak sapa2 yang bagi fresh milk untuk baby?
.
.
.

Thursday, December 15, 2011

EBM hampir habis...


Stok EBM Hasya yang tinggal..
4 pek x 8oz + 3 botol x 5oz + 1 bekas x 3 oz..
total = 50 oz :)

Sempat kot sampai ke tahun baru..
Lagipun, lepas Krismas.. malas dah nak mai keje..
Cuti aku ada baki 4 hari lagi..
Kontrak baru non-hado..
So, lepas ni Hasya akan direct sahaja dengan Mami..

Ada hikmahnya disebalik kontrak tidak bersambung ini..

Kalau kena keje lagi..
Memang confirm tahun depan Hasya minum campur-campur..
Tak terkejar dah aku dengan dak Hasya ni..
Makan kuat.. minum susu kuat..
Badan je takmo naik-naik..

Skang dia memerlukan
5 x 4oz sehari kalau aku bekerja..





Ini susu rosak :)

Apsal aku simpan dalam deep freezer?

Saja nak kasi DF aku nampak penuh...
Susu ni rosak masa peti ais rumah aku rosak..
Pintu tempat beku tak boleh tutup :(
Maka jahanam laa susu2 ini..
Banyak lak tu.. lebih 100 oz..


Apapun.. syukur alhamdulillah sangat dah...
Hampir setahun Hasya berjaya menyusu badan..
Tanpa campur FM lansung..
.
.
.

Monday, September 26, 2011

Permintaan bertambah


Kalau mata bercahaya camni..
Maknanya.. dia tengah minum susu :)

Hasya sudah mula makan secara serius..
Lebih kurang 2 minggu..
Bubur nasi 2 kali.. pastu cereal 1 kali..
Pastu buah-buahan kalau ada..
Roti pun dah mula makan..

Mami dia igtkan..
Bila dah mula makan..
Maka permintaan untuk susu akan berkurang..
Rupanya makin bertambah ler pulak..

Dia dah mula minum 3oz sekali harung..
Dengan kapasiti 5 kali sehari..
Sedangkan mami hanya boleh supply, 12oz sehari..

Ye.. betul tekaan tuan-tuan dan puan-puan..
Sudah ada setin susu FM yg terpaksa dibekalkan kat umah MIL..
In case laa kan..
Menteri tetiba datang melawat ke hape..
Sampai tak boleh nak balik rehat anta susu..

Pagi2 tu hanya dapat anta dalam 8oz sahaja..
Tambahan lagi 4-5 oz.. akan dihantar masa lunch hour..
Pastu lagi direct feeding..

Takpe laa anak oiii..
Selagi susu mami ada..
Mami bagi..
Kalau dah takde.. susu tin tu ada..
Wpun mami tak rela..
Takkan nak biar kamu melalak-lalak pulak menangis..

Tapi..
Setakat hari ni belum laa lagi..
Stand-by gitu je..
Belum pernah pakai lagi..
.
.
.

Tuesday, August 2, 2011

Kemeruduman Tahap Melampau...

Bukan hari-hari penuh camni..
Sejak puasa, nilah kali pertama..
Kalau tak.. 1oz pun seksa kemain..

Ikut hati nak je aku buka puasa..
Hasya minum EBM.. lepas minum dia bantai muntahkan balik..
Dah 3 hari berturut dia wat perangai camtu..
Tak sedap ler tuh...

Hari pertama 4 kali pam dpt 6.5oz..
Hari kedua paling kuciwa, dpt 4oz sahaja..
Hari ni cam mantop sket..
Pagi tadi dapat 1.5oz..
Tgh hari dapat 5oz.. :)

TAPIKAN...

Bersesuaian laaa dengan apa aku hambek semalam..
Air longan setengah jag..
Air soya 1 kotak..
Coklat 1 bar kecik tu..
Sup sawi satu periuk kecik..
Nasi 2 pinggan berbuka.. sepinggan sahur..
Air masak.. setiap sejam = 500 ml sepanjang malam..

Baru laa buleh mencapai 5oz tersebut..

Tak pedulik dah PDR ke hape..

Susah jugak puasa sambil menyusu ni..
Siang tak minum air.. so susu kurang..
Malam banyak minum air.. tp baby lak asyik nak ngempeng..

Inche Izman punya cadangan..
Bagi je FM.. aku pun ada terfikir gak..
Tapi tunggu dulu..
Selagi leh bertahan.. tahan ler lagi..
EBM ada la lagi takat utk 10-15 hari lepas lagi..
Kalau dah habis.. baru laa dipertimbangkan apa harus buat..
.
.
.

Tuesday, June 14, 2011

Susu DROP


Nak kata ye sangat diet pun tak jugak..
Sebab masih makan nasi..
Cuma tinggalkan milo & horlick..
Tapi dah digantikan dengan produk lain..
Seperti susu low fat, oat, nestum & cornflakes..

Tapi mmg sangat terasa..
Sesi yang selalunya 8 oz, jadi 6 oz...
Yang 4 oz, jadi 2 oz...
lebih kurang skang ni susu bekalan untuk Hasya..
Kekurangan 8oz setiap hari..

Dah ler minah tu skang kuat minum susu..
Skang 3.5 oz one shot :)
Minum je banyak.. tapi berat tak gak naik-naik..
Dok, 6kg situ laaa jugak..

Tapi 2-3 hari lepas aku migrain agak teruk jugak..
Maybe pasal tu ler kot susu drop..
Dah sehari bantai actifast smpi 3-4 biji..

Hari ni bawak balik g KK..
Hari tu postponed inject 5 bulan pasal Hasya demam..
Harap2 hari ni takde laaa apa aral lagi..

Bulan depan nak bawak minah ni sunat pulak..
Tak tau ler berani ke tak aku masuk sekali dengan dia..
Tapi mesti kesian kalau mami tak teman..
La ni.. dia nak mami je..
Orang lain lansung takmo..
Pagi-pagi anta g umah MIL..
Beriya-iya dia menangis tgk mami g keje..

Cepat laa besar wahai anak :)
.
.
.

Sunday, May 22, 2011

Akhirnyer...

Takde perancangan pun nak beli pam letrik..
Sebab rasa puas hati dengan Avent Manual..
Pastu aku ada beli lak sebiji lagi avent manual baru pada kawan MR..

Hari tu..
Tengah melayan-layan FB..
Tetiba nmpk satu iklan..
Member ni nak jual Spectra 3 dia yg jarang sangat guna..
Kurang dari 10 kali pakai & masih dlm warranty pasal dia pun baru je beli..
RM200 sahaja.. FOC extra shield + MOL container..

Tak fikir panjang terus transfer duit..

Hari ni dah rasmi pakai..

Tak banyak pun dapat pam..
Maybe belum dapat membiasakan diri lagi..
Masih rasa Avent manual still the best..
.
.
.

Friday, May 13, 2011

Production menurun..

Sejak-sejak musim panas melampau ni..
Effect paling ketara kena kat susu..
Susah tul nak pam banyak..
Paling banyak pun dalam 3-4 oz sekali pam..

2-3 minggu gak ler dari pakai botol besar..
Tukar balik pakai botol kecik je..

Pastu pulun laa minum longan.. soya..
Hari ke-5 baru production meningkat balik..

Khamis petang lepas ngepam sambil bergossip dgn adik2 aku..
Tetiba adik aku jerit kata susu dah melimpah..

Ikutkan susu aku ni kalau dipam..
Terpaling banyak pun dalam 8-9 oz je sekali pam..
Jeles tau dengar org lain sekali pam dapat smpi berbelas2 oz..

Apa pun..

Syukur... rezeki untuk Hasya dah kembali semula..
.
.
.

Wednesday, May 4, 2011

Hasil tenusu bulan April

Sikit je pun..
Kalau nak bandingkan dengan stok Mieja..
Jauh langit dari bumi..

Total sumer = 92oz

Jadi laa kan..

Aku ni ngumpul2 bukan apa..
Cukup seram memikirkan satu hari nnt Hasya ada gigi..
Skang ni pun melecet2 nenen bila dia mengasah gusi..
Tak dpt nak imejin.. kalau dia ngasah gigi..

At least, dlm proses penyembuhan ke hape..
Dah ada ready stock untuk dia..

Satu lagi persediaan menghadapi bulan puasa..
Skang ni.. siang minum at least 3-4 liter...
Klu bulan puasa camne nak minum banyak2..
Pastu aku malas tak puasa ni..
Sebab time nak mengganti kang hazab..
.
.
.

Wednesday, April 27, 2011

Cam tak percaya dah 4 bulan..

Berjaya menyusukan sendiri budak kecik ni..

Kalau ikut perangai pemalas tabi'e aku ni..
Silap2 abih pantang hari tu.. abih laa menyusu anak..

Tapi setelah lama-lama menyusu badan..
Rasa cam susu badan ni lagi senang pada susu FM..
Kalau kuar.. tak payah berbakul2 bawak barang..
Pastu tak payah basuh botol susu banyak-banyak..
Malam, baby tak payah berendam tangan dalam buai..
Kepit je baby celah ketiak.. bagi dia cium aroma2 mami dia..
Lena laa tido sampai ke pagi..

Dulu aku jeles tau..
Orang dok citer..
Baby depa kul 9.00 malam dah tido..

Rupanya Hasya lagi best..
Kul 6-7 malam dah hanyut..
Janji mami baring dekat dengan dia..

Cuma perangai dia suka main2 dalam kul 2-3 pagi tu kekal..
Tapi takpe laa.. skang ni dalam 1-2 jam saje..
Pastu bukan tiap-tiap malam.. semgu ada laa 2-3 kali...
Kalau awal2 dulu.. dia bangun kul 3 pagi..
Melayan laa smpi ke siang..

Apa-apa pun..
Semoga mami terus dikurniakan susu yg cukup untuk Hasya..
Dan Hasya akan membesar dengan sihat dan gembira :)
.
.
.

Tuesday, April 5, 2011

Menunai impian :)

Sifu i kepingin nak tengok Deep Freezer utk simpan susu..
Ni ler dia..

Igt nak tayang bila susu dah masuk dalam ni..
Baru best :)

Kapasiti peti ais beku ni 1.5L..
Beli online je :)
Skang kan mudah.. sumer di hujung jari anda...

Jenama Pensonic..
Harga RM500...
Resit tarak... ala.. bukan boleh claim LHDN pun...

Stok setakat hari ini...
Stok ni sebenarnya dibuat pada Jumaat dan Sabtu sahaja..
Hari2 lain tak dapat buat sbb Hasya minum fresh milk shj..

Aku pun rasa selagi ada fresh milk, elok bagi yg tu je..
Nutriennya pun tak banyak lari lagi..

Buat apa DF sedangkan lagi 3 bulan aku akan bergelar auswipe..
Menjejak jejak-jejak MR yg lagi 60 hari lebih advanced dari aku..

Sebab.. lepas benti keje ni..
Maybe aku akan menceburi bidang catering..
Maknanya akan ada gak hari2 yg aku takde rumah..

Selain itu..
Kita bukan boleh menjangka kesihatan..
Mana tau hari ni sihat..
Esok lusa tak sihat..
Susu tetiba kering ke..
Aku tetiba mati ke..
At least.. dah ada sedikit bekalan untuk Hasya..
Sebelum papa dia cari mami baru (hahahahahaha)

Semoga susu aku akan terus banyak dan banyak..
.
.
.

Monday, April 4, 2011

Nak tak?

Mami yang baru-baru nak pandai BF ni..
Semakin banyak demand..
2 hari sudah..
Sudah membeli itu deep freezer tanpa berfikir panjang..

Balik rumah, hempuk DF sebelah sofa..
Nak letak sebelah TV dah ada mesin basuh..
Kat dapur tak yah cakap laa..
Cukup-cukup bontot aku nak lalu je..
Nak berselisih ngn Inche Izman pun dah tak muat..

Stok susu sebenarnya takde laa meriah sangat pun..
Ada laa lebih kurang 50oz..
Kat umah mentua aku ada laa dalam 10oz..

Dah beli DF.. apa kes nak ngepam pakai Avent Manual..
Bila DF nak penuh camtu?!!

Maka, operasi mari memujuk laki sendiri pun bermula..
Tunjuk gambor dari yang murah..
Sampai laa yang mahal..

Inche Izman diam je tengok..

Aku tanya.. Yang mana abang nak belikan?
Ni pelaburan tau..
Mana tau saya boleh susukan Hasya sampai dia masuk darjah 1 :))

CAMNI LA MAMI..
BERAT TURUN SAMPAI 110kg... PAPA BELIKAN SPECTRA..
BERAT TURUN SAMPAI 90kg... PAPA BELIKAN FREESTYLE..

Huhuhuhu...

Berat terkini akak korang..
117kg...

turun 7 kg dapat Spectra..
turun 27kg dapat Freestyle..

NAMPAKNYA KENA KEMBALI
MENGGIGIH DIET!!!!

.
.
.

Sunday, April 3, 2011

SEMAK GULA

Ini hasil semakan untuk susu Khaleef..
OK lah tu baru terlebih 4-5 sudu teh gula..
Ikutkan tak ler kot..
Sebab aku kurangkan sket scoop susu dia..
Kalau ikut yang tepat.. nnt dia sembelit..
Jadinya kurangkan sket.. 9oz air + 4 scoop sahaja...

Tapi yg terlebihnya..
Saranan umur cam dia.. hanya 2 kali menyusu sehari..
Tapi si Khaleef ni..
Nak-nak kalau hari cuti..
4-5 kali membotol sehari..

Lepas ni sibuk laaa semua syarikat susu nak kurangkan gula..
Lama-lama nanti anak2 kita sumer jadi kurang karbohidrat laa pulak..

Tapi ada satu benda yang aku pelikkan..
Susu ibu...
Macamana susu ibu tu boleh berubah kondisi nutrien..
Mengikut umur anak..

Contoh.. katakan ler..
November 2010 dpt perah 400oz..
Dan susu itu dipakai pada Mei 2011..
Adakah kandungan nutrien masih valid..
Sedangkan ada beza selama 6 bulan?

so, mama-mama otai susu ibu leh tolong jawab :)
mama-mama nenen keghin...
boleh gi ke semakgula.com.my
untuk semak susu si manja anda :)
.
.
.

SORRY... seem to be the hardest word (version Pak Abu HKLBR)


Kes yang dok diratibkan ni..
Dah semgu laaaa lebih kurang..
Bermula dari group KIM..
Melajak kepada KBR..
Skang dah ada GEBM..

Aku tak banyak pun komen..
Wpun hati terguris dengan perkataan CACAT itu..
Maklum laaa Khaleef dihadapkan dgn susu FM sebaik shj dia lahir..

Namun disebabkan..
Aku pun tengah menyusukan anak dengan perasaan tulus..
Tidak mahu perkara-perkara emosi begini..
Menganggu pulak prestasi penyusuan aku pada Hasya..

Tapi makin diratibkan..
Makin menjadi-jadi laaa pulak..
Orang kalau dah buat salah..
Minta maaf.. persetankan ego.. buat dengan tulus ikhlas..

Bukan.. minta maaf dengan penuh ego..
Rasa diri tak salah..
Lagi sempat nak membangga-bangga pencapaian diri..
Pastu mempersoalkan pulak apa yg salah sangat dia...
Orang kalau minta maaf tak ikhlas..
Orang yang memaafkan tak ikhlas la jugak..

KALAU TAK SALAH.. ORANG TAK MARAH !!
.
.
.

Wednesday, March 30, 2011

Kenapa Khaleef TIDAK?!!

Sejak join geng2 ibu menyusukan ni..
Ada yang tanya..
Kenapa anak sulung tak menyusu badan?

Jawapan yang selalu aku bagi..

SUSU TAKDE.. BABY PUN TAK NAK NYUSU...

Pastu aku selalu bagitau kat orang lain..
Sebab Khaleef tak susu badan..
Nanti adik dia pun tak payah susu badan..
Fair & square..
So, nnt takde pertikaian..
Kenapa sorang dapat... sorang tak dapat...

Khaleef tidak menyusu badan..
Adalah kerana..

Pada masa dia lahir..
Aku adalah seorang mak yg TAK TAHU MENAHU pasal susu badan..
Bagi aku.. kalau dapat bagi.. dapat laa..
Tak dapat sudah...
Susu formula melambak yang bagus-bagus di pasaran..

Kena pulak time dia lahir pakai vakum..
Bawah mmg rabak habis laa..
2 minggu tak boleh duduk betul..

Adik aku ada gak tolong pegangkan Khaleef sua kat nenen..
Tapi kalau dah hati tu tak mau..
Dok asyik pikir po'en bawah tu sakit.. sakit.. sakit..
Lama-lama baby pun tak hingin nak isap dah..

Aku MALAS pun sama...
Rasa cam susu tin lagi senang..
Sapa-sapa pun boleh bagi..
Khaleef umur 40 hari.. aku dah tinggalkan dengan atuk dia seharian..
Aku lak pi shopping kat KL dengan nenek..

Lagi satu sebab..
Kena pulak dia lahir kat spital yang mesra botol susu & susu tin..
Lahir-lahir.. takde tanya aku hape pun..
Tau-tau, Khaleef dah hisap susu tin..
Kuar spital pulak..
3 tin hokay spital tu bagi susu mahal..

Tak habis pun pantang lagi..
Susu dah kering sendiri..
Takde pun kena bengkak susu.. sengal2 badan ke..

Maka membesar laa Khaleef dengan minum susu tin..
Bermula dengan Mamil Gold.. pastu Anmum..
Pastu Dugro.. pastu Nespray smpi skang..

Ikutkan tak banyak beza pun..
Baby isap susu badan dengan baby isap susu tin..
Dia rapat jugak dengan aku..
Membesar bagai johan jugak..
Cuma tak semena-mena.. masa umur dia 2 tahun.. dia disahkan ada Asthma..
Asthma ni pulak tak leh dikaitkan dengan susu..
Rasanya lebih kepada keturunan..

Apa-apa pun..
Bila Khaleef dah mula faham nanti..
Aku akan minta maaf dari dia..
Sebab tidak memberikan hak dia..
.
.
.