Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, August 10, 2022

Cosplay




Hasya dan Eshaal

Plan asalnya nak masukkan Eshaal je
Maklumlah dia kecik lagi
Apa mami dia sarungkan, dia ikut je

Tup2 kakak kata dia nak masuk juga
Tapi tak nak cosplay yang fancy2
Dia nak pakai baju Men In Black
Tak mencabar lansung

Mami pun terus cari idea kat Shopee
Mami suka costume witch, tapi dia pulak tak suka
sebab baju2nya ala2 ada skirt

Last2 ternampak costume Jedi
Menepati selera kakak
Tak suka warna terang dan tak suka corak2

So, order robe Jedi tu
Masalah baju sebelah dalam pulak
Kan Jedi tu pakai baju cam pahlawan
Nasib cari kat tik tok, ada yang tunjuk tutorial menjimatkan

Baju yang cam pahlawan tu sebenarnya kaki seluar track 😁
Pun bolehhhhh

Belt tu yg asalnya panjang sangat
Nasib la jumpa belt lama papa dia yg dah rosak
Selamat laa dikorbankan sebab nak masuk saiz pinggang dia

Kakak menang tempat ketiga utk Tahap 2


Adik pulak, mami pilih costume Princess Jasmine
Kalau tanya dia, memang nak jadi Elsa atau Anna
Masalahnya tau dah
Mesti ramai yang jadi Elsa, Anna, Princess, Cinderella apa bagai

Baju Princess Jasmine ni seksi la pulak
Nasib baik sempat inner mami order kat shopee sampai 2 hari sebelum harinya

Tak harap apa2 pun untuk Eshaal ni memang
Sebab penyertaan dari pra-sekolah sangat ramai
Ditambahkan lagi Eshaal ni masih belum boleh bercakap
Dia bukan speech delay, tapi pelat yakmat
Susah nak faham apa benda dia cakap

Takpe laa, memeriahkan suasana jelah Eshaal ni

Tapi comel sangat kan dia 💓💓💓
.
.
.



 

Eve

 


Letih drama Eve ni, boleh laa aku terlayan masa ongoing
Start kat episod 4 lak tuh

Drama ni plot dia bermula dengan kuat
Awal2 dah banyak aksi ganas dan faham dah keseluruhan drama ni pasal apa
Apa yang Lee La El (heroin) ni marahkan sangat
Kira semua tindak tanduk dia tu tau dah kenapa



Drama ni dia macam hero dengan heroin tu orang yang sama
Lee La El tu
Nak kata peguam tu hero, tak dapat pun La El
Nak kata Kang tu pun mati pulak sudahnya

Secara keseluruhannya drama ni adalah tentang La El yang nak balas dendam atas kematian keluarga dia disebabkan ketamakkan ayah kepada heroin jahat yang merampas syarikat ayah La El dan bunuh ayah dia

Selepas ayah dia mati, La El berhijrah ke luar negara dengan masalah mental yang sangat teruk

Peguam tu pulak asalnya anak angkat keluarga La El
Dia kemudiannya melibatkan diri dalam politik sebab nakkan kuasa


Selepas lama kat luar negara, La El balik ke Korea tapi dia guna nama lain
Misi dia nak balas dendam
Mula2 dia rapatkan diri dulu dengan Han So Ra (heroin jahat) anak kepada Han Pan Ro yang bunuh family dia
Lepas tu dia goda Kang Yoon Kyum, suami kepada Han So Ra
Kang ni pun takde la baik sangat
Sedikit sebanyak dia terlibat juga dalam rampasan syarikat ayah La El
Cumanya yang bunuh tu bukan dia



Kang dia dengan Han So Ra kahwin pun bukan sebab cinta tapi aturan family
Dia tak sayang pun dengan So Ra
Jadi bila jumpa dengan La El, dia terus jatuh cinta pandang pertama
Tapi si La El ni masa ni ada suami dah
Suami dia tu adalah sebagian dia perancangan balas dendam dia
Kira dia dah atur lama laaa hal2 nak balas dendam ni




Yang ada bengong sikit drama ni
Dalam nak balas dendam ni, dia betul2 jatuh cinta kat Kang Yoon Kyum
Wpun begitu misi balas dendam dia tetap juga



Mesti semua mengharapkan La El sudahnya dengan peguam ni
Tak juga
Wpun peguam tu cinta gila kat dia
Dan sanggup buat apa saja demi La El
Itu lah orang kata cinta itu buta


Seo Yi Ji ni lawa betul dalam drama ni
Wpun kurus kering sangat
Pakai laa apa pun lawa
Aku rasa kalau sarungkan dia guni beras pun lawa

Pasal ending drama ni
Sikit kuciwa laaa
Pasal dia punya jalan cerita awal2 tu dah bagus
Sampai episod 14 memang stress manjang
Tup2 masuk 15-16, eh camtu je!!

Camne tu? kena laa tengok sendiri awal sampai habis 😁

#Eve #KoreanDrama #SeoYiJi #LeeSangYeob



My Friend The Enemy


Drama ni aku tunggu habis baru start marathon
Kalau tak, stress nak menunggu new episode

Ni drama Thailand
Memang mood tgk lakorn je skang ni

Hero ni dah banyak drama dia aku tengok
Pon Nawasch. Hero yang muka tu asyik nak marah je
Tapi sekali dia senyum, cair

Heroin pulak, baru ni aku tgk drama dia


Drama ni banyaknya pasal 2 perempuan ni
Yang baju putih tu heroin, Beam
Yang sorang lagi tu heroin jahat, Whan

Depa ni ada nama yang sama, tapi takdir yang berbeza sangat
Beam ni anak orang kaya, cantik, tegas orangnya
Whan ni pulak kurang kasih sayang
Bapak dia pemabuk & kaki pukul
Mak dia pelacur
Kiranya hidup dia memang dari kecil terseksa manjang
Mangsa dera fizikal dan emosi

Bila masuk kerja kat satu agensi guaman ni, dia jumpa heroin
Terus berkawan baik
Masalahnya dia ni terlalu obses dengan Beam
Sampaikan Beam tu kalau pergi dating pun kena bawa dia


Beam ni pulak, awal masuk kerja couple dengan pekerja lama kat situ
Tapi kena khianat dengan Whan yang rampas pakwe dia
Time ni laa bermulanya permusuhan ketat Beam dengan Whan
Kena pulak Beam ni panas baran orangnya

Kemudian dia pergi bercinta pulak dengan boss firma guaman tersebut
Sampai kahwin pulak tuh

Selalu hero yang bengap tak tau heroin suka dia kan
Drama ni terbalik, heroin pulak tak perasan hero suka dia


Dalam banyak2 lakorn aku tengok
Drama ni paling banyak sekali adegan MELEMPANG!!
Aku rasa cam depa mmg lempang betul2.

Whan (heroin jahat) ni pulak mmg jahat sangat
Apa je yg Beam tu ada, dia nak rosakkan
Sampaikan sanggup jadi perempuan simpanan ayah Beam

Watak dia ni walaupun jahat, orang sekeliling mudah percaya ke dia
Sebab dia pandai berlakon baik


Hero pulak bila Beam kahwin memang frust menonggeng
Wpun Whan cuba nasib, tapi tak berjaya

Tak lama lepas Beam ni kahwin, baru dia sedar yang dia tak cintakan suami dia
Tapi sebenarnya dia cintakan Nick (hero)
Dah terlambat la tapinya
Dia terus tinggalkan husband dia dan menghilang

Nick dengan laki dia cari serata alam tak jumpa
Padahal dia takde pergi mana pun
Ada lagi kat Thailand
Sampai laa Nick dapat ilham mana nak cari heroin

Dah jumpa, rupanya heroin pregnant la pulak
Lagi pun dia mmg belum cerai dengan suami dia




Whan pulak dah watak pun jahat
Memang berbuat jahat jelah dia sepanjang drama ni
Camne dia terciduk, kena la tengok sendiri


Tentu sekali laa happy ending

💓💓💓

 #ThaiLakorn #Lakorn #PonNawasch #MyFriendTheEnemy