Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, March 15, 2023

The Glory Part 2


Penuh kesabarannya menunggu Part 2 ni
Sebabnya masa Part 1, sebenarnya takde apa pun dibalasnya
Tapi dalam part 2 ni ngam
Habis semua kena sapu

Sinopsis Part 1 - The Glory Part 1 

Tiada pertambahan watak baru dalam part 2 ni


Aku suka cara dia ni balas dendam
Memang teruk semua kena
Tapi, dia buat secara indirect
Bukan dia yang bunuh
Bukan dia yang tolak sampai mati
Bukan dia tikam

Depa sesama sendiri yang buat bagi pihak dia
Baguskan camni


Perancangan awal dia ialah untuk hilangkan semua orang sekeliling Park Yeon Jin
Pembuli no 1 dia dulu
Aku mati2 ingat nanti dia dengan laki orang tu
Rupanya tak
Cumanya mmg Yeon Jin tu kena cerai


Dia ni memang tegar betul
Sampai ke saat akhir lansung takde penyesalan
Biar pun time tu dia dah hilang mak, suami, kawan-kawan termasuk anak dia 


Atas macam-macam kejahatan yang dia buat
Akhirnya dia dipenjara atas dua tuduhan membunuh
1 kes lama dari part 1
1 lagi dia ingat dia dah bunuh geng dia sendiri
Maka, memang mereput laa dalam penjara


Apa masalah hero ni akhirnya dapat diketahui secara penuh dekat part 2 ni
Ntah apsal aku rasa macam nanti ada Part 3
Sebabnya dalam part 1 dan part 2 ni hero dicipta untuk bantu heroin
Tapi sampai habis, dendam hero ni belum terbalas secara penuh lagi 


Kalau laaa heroin dapat ke suami Yeon Jin ni
Aku rasa lagi lengkap dia punya balas dendam tu
Tapi takpe laaa dapat kat hero muda ni pun okay juga laa


Meh laa aku rumuskan apa pembalasan depa kena

Lee Sara, penagih dadah
Dia tertangkap dan segala skandal pasal lukisan dan penyelewengan keluarga dia terbongkar

Hye Jong yang jadi pramugari tu telah ditikam oleh Sara menyebabkan dia tak boleh lagi bercakap

Myeong Oh yang kerja dengan Jae Joon mati
Dijadikan seperti Yeon Jin yang bunuh
Tapi sebenarnya ada laa plot twist nya

Jae Joon pun mati
Sila laa saksikan camne dia mati

Yeon Jin seperti yang telah dinyatakan di atas

Ada beberapa orang lagi yang juga dapat pembalasan
Sepertinya mak Yeon Jin
Mak dia sendiri
Dan suami kepada pembantu dia



Cuci tangan betul
Takde satu pun yang betul2 dia yang buat
Patut laaa Part 1 rasa lembab
Rupanya sebab perancangan dia teliti betul

Puas hati!!!
.
.
.

Crash Course In Romance


Terjebak lagi drama ongoing
Dah laaa dari episod 1 pulak tu
Aku memang minat Jung Kyung Ho ni dari drama Hospital List
Bila nampak drama ni kat Netflix, cepat2 laa aku tengok

Drama ni tak berat sangat
Wpun ada konflik2 berunsur jenayah
Tapi masih boleh dijadikan drama genre santai romantic comedy


Hero ialah seorang guru tuisyen matematik yang sangat terkenal
Semua student berebut2 nak masuk kelas dia
Sebab dia ajar senang faham
Gelaran dia ialah Choi Chi Yol - Guru Bintang
Dah tu bukan senang nak masuk kelas bersemuka dengan dia
Parent kena betul-betul berusaha dan ada duit 


Heroin ni pulak dia nak masukkan anak dia ke kelas Choi Chi Yol ni
Ikutkan ni bukanlah anak kandung dia
Cuma anak saudara yang ditinggalkan oleh kakak dia yang lari ke luar negara

Disebabkan tak nak anak saudara dia ni rasa cam takde mak
Dia bahasakan diri mak
Bila ada orang tanya, suami mana..
Dia cakap suami dia kerja oversea
Sebenarnya dia tak pernah kahwin pun


Yang lelaki tu pulak adik heroin
OKU masalah asperger yang taksubkan harimau
Pasal adik nilah heroin berjumpa dengan hero
Dan berlaku sedikit salah faham masa mula jumpa tu
Jadi hubungan heroin dengan hero tidak bermula dengan  baik


Asalnya, anak heroin ni tak minat pun tuisyen2 ni
Salah satu sebabnya ialah dia tak nak menyusahkan makcik dia
Tapi menurun pulak pelajarannya nak2 dalam matematik
Jadi dia minta makciknya daftarkan dia untuk kelas Cikgu Bintang
Memang sakan laaa heroin nak masukkan Nam Ha Ee


Mestilah berjayakan
Kalau tak, tak jadi laaa cerita crash course ni


Selain gelaran guru bintang, hero juga dikenali sebagai 1 trillion won man
Sebab itu ialah pendapatan dia sebulan
Memang kaya raya sangat-sangat
Nak beli bangunan pun, sekelip mata je

Tapi, disebaliknya dia sebenarnya kemurungan
Takde kawan
Tiada selera makan
Ada masalah penghadaman
Sentiasa jadi tumpuan 
Salah sikit pun akan disebarkan jadi besar
Sentiasa jadi mangsa fitnah

Dan adalah kisah silam dia yang masih menghantui 



Sampailah satu hari dia termakan makanan dari kedai heroin
Lepas makan dia tak muntah
Dia pun pelik
Macamkan makanan dari kedai tu je yang sesuai dengan perut dia

Rupanya adalah kisah disebalik itu
Cam biasa laaa drama korea
Mesti ada kisah dulu-dulu yang berkait dengan zaman sekarang


Ini adalah sekumpulan mak-mak pencetus masalah
Nak-nak yang baju belang tu
Mak-mak Korea ni mmg camni agaknya
Nak anak tu pandai sehingga melampaui batas-batas hidup
Sampai ke tahap kalau suruh bunuh orang pun sanggup
Tapi tak laaa seteruk sampai tahap The Penthouse


Kedua-dua ni ialah mangsa penindasan dan fitnah geng2 makcik bawang ni
Wpun cikgu Choi ni ada power
Tapi kadang2 dia kalah juga dengan mak-mak taksub ni

Dari situ makin lama dia makin rapat dengan heroin
Heroin ni pulak ada sifat suka menyebok
Wpun cikgu Choi ni larang, dia nak sebok juga
Sampai laaaaa sudahnya cikgu Choi ni jatuh cinta pada dia

Tapi, sebabkan cikgu Choi igt heroin ni dah kahwin.. 
Maka konflik laaaa lagi


Heroin pulak tak nak bgtau yg dia sebenarnya tak kahwin lagi
Sebabkan dia nak jaga hati anak buah dia
Cikgu Choi ni pulak awal2 tu dia nak sorok perasaan dia tu
Tapi terbongkar juga bila dia tak tahan tengok heroin dibuli


Yang ni pulak, awal2 baik cam semut
Last-last rupanya jahat
Kesian abang kepada kawan baik Hae Ee
Sebab jadi mangsa fitnah awal2 tu
Ingatkan dia yang jahat tu


Ni masa cikgu Choi tahu yang heroin sebenarnya tak berpunya pun
Aku mula2 tu rasa cam tak padan sangat depa ni
Sebab heroin ni nampak terlalu tua untuk hero
Lama-lama jadi okay laa juga

Mungkin sengaja watak tu nampak lebih tua
Yelah awal remaja dah kena jaga anak saudara
Adik pulak OKU
Mak pulak meninggal awal
Lepas tu buka pulak kedai makan



So, seperti biasa
Happy ending 💓💓💓

.
.
.