Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, January 31, 2023

Eshaal terkepit pintu kereta


Alahai sian Nanje mami ni
Mula tu dia nak beli ice cream
Sampai kat kedai, dia keluar dulu
Kakak pulak berlengah2 pakai selipar 
Bila kakak lambat sangat, dia buka balik pintu kereta suruh kakak cepat
Lepas tu bila tutup balik, terus terkepit jari kat pintu kereta

Melalak tak hengat itu pasti
Sampai rumah, nak keluar kereta pun tak boleh jalan
Kena dukung

Nasib punggah2 almari jumpa minyak gamat


Ni dah tidur
Tapi tadi dia ada terbangun
Katanya esok nak pergi sekolah sebab dah tak sakit 😁

Gigih betul
Itu sebab esok cikgunya pesan bawa bawang
Ada projek tanam bawang kat sekolah

Semoga betul-betullah sembuh esok
Tengok tadi tak bengkak
Tapi ada luka sikit
.
.
.

 

Welcome To Waikiki

 

Kalau korang tengah mood nak ketawa terbahak-bahak
Kak Zel rekomen drama Welcome to Waikiki ni
Lawak sangat-sangat. Nak-nak episod awal-awal
Memang release gila gelak tgk drama ni

Waikiki ni nama sebuah guest house di Itaewon
Yang diuruskan oleh Dong Goo, yang tengah-tengah
Kiri kanan tu kawan baik dia yang tinggal sekali kat situ

Paling lawak yang belah kiri, Lee Jun Ki
Dia kerja pelakon sambilan, anak kepada pelakon terkenal
Tapi sebenarnya tak pernah pun dapat betul2 berlakon
Kacak, tapi kelakar dia ni

Yang paling kanan cita-cita nak jadi penulis skrip
Sementara nak capai cita-cita
Dia banyak kerja part time merata tempat

Ada sorang lagi yang tinggal sini
Adik perempuan kepada Dong Goo



Drama ni bermula dengan kemunculan watak baru selain depa berempat
Satu pagi, Dong Goo terjumpa dengan bayi 
Baby ni ada mak, cumanya mak dia terdesak untuk tinggalkan dia
Tapi lepas tu mak baby ni datang balik
Depa ni kesian dengan kisah sedih mak baby ni, kasi dia tinggal situ dan jadi pekerja


Baby Sol ni memang pandai berlakon
Mak dia ni pulak cemerkap
Selalulah jadi mangsa kemarahan Dong Goo
Tapi last2 nya Dong Goo jatuh cinta dengan mak baby ni



20 episod drama ni memang penuh dengan masalah depa je
Paling lawak Lee Jun Ki
Kalau dapat apa2 watak tu, semangat satu macam
Tapi lepas tu mesti tak menjadi


Menjadi betul watak dia dalam drama ni
1st Kak Zel tengok dia berlakon, dalam Partner For Justice
Watak dia polis, serius je dalam tu kadang2 je lawak

Dalam drama ni dia couple dengan adik Dong Goo
Punya laaa nak cover percintaan depa tu
Sampai ntah hape2 insiden yang jadi


Yang bawah kanan tu ex girlfriend Dong Goo
Lepas Dong Goo dengan mak baby tu cam dah suka-suka
Dia lak muncul balik duduk pulak kat guest house tu
Lagi laa tambah haru-biru sebab dia ni peel diva sket

Secara keseluruhannya best laa drama ni
Walaupun pelakonnya takde laa big name sangat
Kak Zel dah ulang tengok 3 kali
Walaupun panjang smpi 20 episod, puas hati
.
.
.

Saturday, January 28, 2023

Bad Romeo

 

Kak Zel tengok drama ni masa tengah ongoing
Serentak dengan The Deadly Affair
Kalau drama, sebenarnya nilah kali pertama Kak Zel tengok drama Mario Maurer
Barulah tahu dia kalau dalam drama jauh lebih hesmes dari dalam filem
Heroin dia Yaya Urassaya. 
Memang hebat lakonan depa dua orang ni
Susah nak moved on


Sela masa drama ni panjang
Dari depa muda belia, sampailah dewasa
Heroin ni anak orang kaya belajar kat UK
Dia balik Thailand tapi tak balik rumah
Konon-konon nak hidup macam orang kebanyakkan
Dia ingat nak tinggal rumah kawan

Rupanya kawan dia sewakan homestay lepas tu kena scam
Rumah tu ada pemilik tinggal situ
Itulah rumah hero

Kemudian adalah insiden berlaku antara hero dengan makwe dia
Heroin pulak ada kat situ time tu
Dalam dok sembang2 dengan hero, ter one night standlah pulak


Hero ni mekanik 
Tapi dibelakang dia adalah buat beberapa kerja haram
Dengan heroin ni dia cam cinta pandang pertama
Wpun dia baru je putus cinta time tu

Rupanya lepas tu heroin ni mengandung
Hero ni okay je dia nak bertanggungjawab
Tapi tentu sekalilah dapat halangan kuat dari keluarga heroin
Sangat-sangat kuat sebab ayah heroin ni berpengaruh


Sebab nak larikan diri dari ayah heroin, hero bawa dia balik kampung
Kat kampung depa ni happy je
Siap kahwin lagi
Tapi ayah heroin tak putus asa lagi
Dia kenakan hero sampai dia kena masuk penjara
Heroin pulak keguguran
Ayah dia menjadi dalang agar perhubungan depa ni putus terus
Heroin sambung balik belajar sebab dia ingat hero dah mati
Yang hero pulak sebenarnya tak mati
Tapi dia ingat heroin sengaja nak kenakan dia dan tinggalkan dia



Heroin terus menerus ingat yang hero dah mati
Sampailah satu hari dia terjumpa balik hero
Tapi hero dah berubah
Bukan lagi budak kampung macam dulu
Dia dah jadi orang kaya
Dan dia berdendam sangat nak hancurkan hidup heroin dan keluarga dia



Pelbagai caralah hero buat nak menyusahkan hidup heroin
Nak pulak heroin dah plan nak kahwin dengan orang lain
Dia terlupa yang dia dah kahwin sebelum ni dan didaftarkan secara rasmi
Jadi hero guna perkahwinan depa dulu untuk ugut heroin

Dia nampak je cam benci sangat dengan heroin ni
Tapi sebenarnya sayang je lagi
Kalau cemburu tu tak sorok-sorok pun

Hero pun dah ada girlfriend
Ada pertalian pulak gf hero tu dengan dia


Sepanjang drama ni gitulah
Kejap baik, lama gaduh
Kang baik balik
Sudahnya depa dua ni bercerai juga
Dah lepas cerai tu, makin terserlah pulak masih sayang menyayang tuh



Dan begitu laaa....
.
.
.

Friday, January 27, 2023

Doctor Prisoner

 

Drama ni dia gempak episod 1 je
Tajuk cam tak kena dengan jalan cerita
Aku mati-mati ingat drama ni berkisarkan kisah banduan dan doktornya
Rupanya hat tu ada 10% je
Yang lain semua kisah pengkhianatan, dendam, ketamakkan, penyelewengan, perebutan kuasa dan lain-lain yang negatif-negatif belaka

Mula ingat nak drop
Rupanya berjaya juga Kak Zel tengok sampai habis 16 episod


Doktor utama dalam drama ni
Kisahnya dia ni kena khianat sampai kena masuk penjara
Tapi takdelah lama dalam tuh
Lepas keluar, dia nak balas dendam pada semua yang nayakan dia sampai mak dia mati

Pertama sekali dia nak jadi Pengarah Perubatan dekat satu penjara ni
Satu kepandaian dia ni ialah memalsukan penyakit sampai banduan boleh dapat pengecualian duduk dalam penjara dan boleh duduk di hospital sampai habis tempoh hukuman

Ada satu VIP ni dia bantu sampai berjaya 
Dan VIP nilah bantu naikkan dia sebagai pengarah

Tak logiknya ialah dia dah hilang lesen doktor
Tapi boleh pulak jadi doktor dalam penjara


Musuh utama dia ialah Pengarah sedia ada
Pengarah ni pulak dia mengikut arahan satu lagi orang jahat
Masalah depa berdua ni ialah perangai LALANG
Sana turut, sini turut
Termasuklah hero pun lebih kurang je
Kekuatan dia sebagai hero tu kurang menyerlah


Ini sebenarnya yang paling jahat
Sanggup buat apa saja demi memenuhi ketamakkan dia
Nampak steady juga tapi ada kelemahan

Kalau Kak Zel laaa jadi penulis skrip drama ni, aku bagi nama drama ni SYRINGE
Sebab nak membunuh ke.. nak mengugut ke.. nak mengapa-ngapa ke
Semua guna injection



Macam heroin, tapi bukan dia
Takde kepentingan pun dalam drama ni
Tak bercinta pun dengan hero
Lemah gila watak dia ni



Tapi ada je yang bercinta
Watak depa ni je rasa membuat drama ni cam ceria sikit

Location dalam drama ni juga mengkelibut
Kadang2 tak pasti scene tu dalam penjara ke dalam hospital ke
Ntah hospital mana satu

Dalam penjara paling tak logik sekali
Banduannya terlalu bebas bergerak
Orang luar pun nak masuk buat apa-apa pun mudah bebenor
Pintu sel pun tutup camtu je.. 


Lagi bongoknya drama ni
Watak hero dengan watak jahat ni
Sudahnya cam jadi kawan baik la pulak
Sorang jelah yang dapat pembalasan
Yang lain-lain semua hidup happily ever after

Terkagum dengan diri sendiri macamana boleh habiskan drama ni tanpa skip-skip
.
.
.











Tuesday, January 24, 2023

Buku Skrap PSV Tahun 5

 


Sepanjang cuti raya cina ni
Satu family kena tungkus lumus buat
Takde sapa dapat pengecualian

Ni aku tolong cari gambar ikan kat internet
Tuan dia settlekan bab kaler2


Ni aku suruh tuan dia buat, aku toleh balik elok berselimut dah tido
Dah tak larat aku nak jerit suruh buat
Pada aku terdampor darah tinggi naik
Baiklah tolong je dia buat

Yang ni, hat mozek aku buat
Bunga kekwa abang dia buat


Benda-benda ni sebenarnya dah buat dalam kelas
Tapi bila dah balik rumah takde simpan elok-elok
Bila nak pakai balik, tak hilang.. rosak

Cam yang ni, nasiblah bekas yg ada simen tu ada lagi
Tinggal nak buatkan itik tu je balik


Ni tuan dia buat
Mami kalau bab2 kaler memang surrender


Ni papa dia buat
Dia je ada kesabaran nak kaler satu-satu
Lepas tu nak guris pulak

Muka serik buat kerja last minute tu memang takde ye
Aku je geram tengok dia besar kecik besar kecik

.

.

.







What's Wrong With Secretary Kim

 

Satu lagi drama yang aku tengok sebab hero semata
Park Seo Jun
Watak dia hensem bergaya sama macam dalam She Was Pretty
Cumanya jalan cerita drama ni kureng
Tonton juga sampai habis sekadar habuan mata 😁


Genre cliche ala2 Megah Holding
Hero ni seorang VC company besar, Yum Yung Group
Agak kekwat & perfectionist
Yang mampu hadap peel dia, hanya Secretary Kim sahaja
Iaitu heroin
Dia je faham apa kehendak hero

Hero ni ada sikit la masalah kesihatan
Dia ada PTSD & narcissistic 


Tup-tup takde angin ribut apa
Secretary Kim nak resign selepas 9 tahun bekeja
Macam2 offer la hero tawarkan supaya dia tak benti kerja

Awal-awal episod tu hero dok tertanya2 kenapa Secretary Kim nak berhenti kerja

Lepas-lepas tu hero baru rasa betapa pentingnya heroin dalam hidup dia
Menggelabahlah hero sebab heroin ni bukan setakat tolong dia kat pejabat
Semua sekali termasuk baju pakai dia
Termasuklah sebenarnya dia cintakan Secretary Kim

Semua dalam company tu ikut terkejut sama
Dalam masa yang sama takut camne nak handle boss depa yg serba sukar tu


Alasan Kim Mi So ni ialah dia dah 29 tahun
Dia nak kahwin & settle down
Oleh itu, hero suruh je heroin ni kahwin dengan dia
Dan teruslah bekerja

Kim Mi Soo dengan hero ni sebenarnya ada trauma masa lalu
Dan sekali lagilah kebiasaan drama Korea...
Hero dengan heroin sebenarnya pernah jumpa masa kecil
Depa pernah kena culik sama-sama
Lepas tu masing2 ada masalah memori berkeceramuk. 
Termasuklah abang hero




Nasiblah drama ni wpun hero kaya raya, heroin biasa2 je
Takde masalah tentangan keluarga dengan perhubungan depa
Mak hero awal2 lagi mmg dah suka heroin


Dan begitulah kesudahannya

.
.
.




Monday, January 23, 2023

Sky Castle


Pasalnya tengah melayan ongoing drama Crash Course In Romance, aku teringat pulak Sky Castle & Penthouse. 
Tapi pasal Penthouse tu banyak sangat seasonnya
Aku review Sky Castle la dulu

Genre drama-drama ni adalah pasal mak bapak yang gila sangat nak masuk U terbaik di Korea dan bersaing sesama depa

Kalau kita kat Malaysia ni kesian ke anak pagi petang gi sekolah
Sebenarnya kat Korea sana lagi gila
Depa ada kat sekolah sampai malam kot
Itu sebab dalam drama korea biasa tengok bebudak ni pakai baju sekolah smpi ke tengah malam

Tapi takpe laa cuaca depa sejuk2 kuku gitu
Kalau panas berlengas cam Malaysia ni
Camne baulah agaknya


Berbalik pada mak pak kat Sky Castle ni..
Sky Castle ni sebenarnya kawasan perumahan elite
Kawasan ni untuk doktor professor tinggal disediakan oleh pihak hospital

Jadi semua gila2 nakkan anak mereka masuk Seoul National University dalam bidang perubatan
SNU = lebih kurang cam UM  dan UKM la kalau kat sini

Mak bapak dalam drama ni nampak cam bekerjasama baik
Tapi sebenarnya saling tikam menikam sesama sendiri

Kemuncak drama ni muncul awal
Bila ada salah seorang anak depa bunuh diri akibat terlalu tertekan


Nilah budak2nya yang ditekan habis-habisan untuk belajar sepanjang masa
Dalam ramai-ramai ni, ada satu family je rasional sikit
Yang mati tu.. paling kanan, atas

Tapikan bukan bebudak ni yang jadi tumpuan utama
Ada satu watak yang mendominasi keseluruhan drama ni


Inilah orangnya
Terpaling kejam sekali
Kak Zel baru tahu kewujudan tutor camni

Kalau dah upah dia, kiranya dari sebelum ambik SPM.. 
Portfolio budak tu telah disediakan
Subjek apa nak ambik
Kerja sukarela mana nak kena sertai
Apa aktiviti extra kurikulum nak buat
Soalan2 ramalan yg sebenarnya sangat menyerupai exam sebenar
Banyaklah benda kotor dan jahat yang dia kena buat

Semua ni kena berbayar dengan sangat mahal
Dalam satu tahun tu dia ambil tak banyak student
Itu yang semua mak pak berebut nakkan khidmat dia

Tapi tulah
Mana mak yang tak nak anak berjayakan
Kalau ada duit, semua boleh
.
.
.

Sunday, January 22, 2023

Hilang Anak di Pasar Malam



Eshaal ni semalam hilang kat pasar malam
Ntah kenapa hari ni tak boleh nak pegang lansung. Dia tepis sapa cuba nak pegang dia

Last sblm nak pergi parking, dia nak singgit. Nak sedekah kat pakcik makcik cacat penglihatan tengah menyanyi Rupanya gula2 dalam plastik yang dia pegang jatuh Dia tunduk kutip semula gula2 dia Yang Mami igt dengan Papa Papa igt dengan Kalep Kalep igt dengan Mami Papa

Lepas tu teruslah jalan nak pergi kat kereta.

Nak naik ke parking (park atas Anjung Selera) Papanya tanya "baby mana???!!"

Pucat lesi kitaorg 3 orang bila tengok betul-betul dia takde

Nasib ada Kalep, dia terus lari laju2 masuk balik pasar ke tempat last kitaorg nampak dia

Syukur ada sepasang suami isteri tengah pegang Eshaal kat tengah2 pasar tu

Eshaal tengah menangis. Terus Kalep ambik dia dan ucapkan terima kasih. Mami & Papa tak sempat jumpa insan yg selamatkan Eshaal tu sebab Kalep terus bawa adik dia.

Mami migrain terus kat situ. Gelap terang gelap terang dah bila sedar Eshaal hilang. Dahlah hari ni kat pasar malam tg malim luar biasa banyak pulak peminta sedekah. Memang nampak sangat sindiketnya sebab semuanya perempuan. Sama ada tua atau pun yang bawa anak minta sedekah

Tak dapat bayang kalau ketua sindiket tu yang jumpa dan ambil Eshaal. Nauzubillah!!

CUAI ye memang cuai Tapi benda ni boleh jadi kat sapa-sapa pun Lepas ni beringat laaa bila bawa anak2 pergi tempat ramai orang.
Harap2 Eshaal serik dan kami selaku ibu bapa tidak akan cuai lagi

Terima kasih untuk yang jumpa dan jagakan Eshaal tadi.
.
.
.

 

Hometown Cha Cha Cha


Drama mudah ni
Remaking dari sebuah filem Korea

Tengok pun sebab hero
Yang suka keindahan Korea dari sudut lain bukan Seoul @ Jeju
Boleh menonton drama ni
Perkampungan Gongjin yang sangat cantik dengan laut dan pantai


Hero yang aku suka sangat tengok dia
Memang pasal dia je aku tonton drama ni sampai habis
Sebab jalan ceritanya bagi Kak Zel lansung tak menarik

Du Sik ni Mr serba dia kat Kg Gongjin ni
Dia laa ketua kampung, plumber, tukang kayu, posmen serba serbi macam-macam
Sebenarnya dia bukanlah miskin kedana sangat
Banyak je duit
Tapi adalah kisah silam dia bila dia menghilang 5 tahun
Dan tiba2 kembali ke Gongjin wpun dia sebenarnya graduan U terbaik di sana

Seperti biasa mmg banyak drama korea ni, mesti hero dengan heroin ni sebenarnya pernah jumpa dulu2 masa kecik
Depa ni jumpa kali pertama masa keluarga heroin bercuti ke Gongjin
Atuk hero tolong snapkan gambar terakhir family heroin
Lepas dari tu mak heroin mati


Ni lah heroin
Dia seorang doktor gigi dan perfectionist
Satu hari dia decide untuk berhijrah ke Kg Gongjin dan buka klinik di sana
Ntah camne, awal2 lagi dia dah buat hal dengan penduduk kampung
Du Sik lah yang banyak tolong dia macam-macam
Kena pulak duduk kat kampung yang gemar bergossip
Susahlah sikit dia nak sesuaikan diri



Drama ni kalau tumpukan pada hero dan heroin
1 episod boleh habis dah
Pasal drama ni mengisahkan seluruh penduduk Gongjin
Itulah menjadi sampai 16 episod

Depa dua ni pulak seperti yang boleh diagak dari awal
Mestilah sudahnya bercinta juga

Ada 2nd lead, tapi tak berapa penting sangat kisahnya
Lepas kena reject, dia terus pergi luar negara



.
.
.
.





 

Saturday, January 21, 2023

School 2015 - Who Are You


Drama nikan masa mula tengok tu aku macam kebengongan
Sampai episod seterusnya aku masih blur kenapa cam 2 kisah 1 heroin
Rupanya drama ni pasal kembar terpisah
Terpaksa ulang  balik episod 1 baru faham

Drama ni sekuel2 dari siri-siri SCHOOL yang sebelum dan selepas 
Cuma yang ni tajuk lain sikit

Yang baju kelabu tu Ko Eun Byeol, yang baju merah Lee Eun Bi
Eun Byeol ni dapat jadi anak angkat
Eun Bi pulak masih tinggal di rumah anak yatim


Eun Bi ni kat sekolah jadi mangsa buli
Drama korea ni kalau bab2 buli dia cam serupa je
Tapi boleh menimbulkan rasa meluat & benci penonton
Cam.. apa jelah salah budak tu yang korang dok kacau hidup dia

Yang Eun Byeol pulak lain masalah dia
Dia ni agak dingin & kekwat sikit karekternya
Lepas tu kat sekolah dia macam berpengaruh
Ramai kawan dan pandai

Tapi ada satu hal lama yang terus menghantui dia


Akibat teruk dibuli, Eun Bi ambil keputusan untuk bunuh diri dengan terjun masuk sungai
Tak ingat came Eun Byeol ada kat situ dah selamatkan Eun Bi
Sebelum tu Eun Byeol ni dah hilang dalam 10 hari
Malangnya dia mati dan mayatnya dijumpai beberapa hari selepas tu

Yang Eun Bi pulak, wpun sudah diselamatkan dia amnesia
Disebabkan kes Eun Byeol tu hilang dan muka depa sama, polis ingat dia Eun Byeol
Sebab tak ingat tu, dia pun ingat dia Eun Byeol
Sampai laa ingatan dia kembali pulih
Barulah dia tahu yang kembar dia sebenarnya dah mati

Mula tu dia ingat nak kembali semula jadi Eun Bi
Tapi mak angkat dia suruh dia teruskan je jadi Eun Byeol


Ni herolah kot
Tapi dia ni kalau jadi hero selalu ada masalah
Masalah dia ialah 2nd lead lagi menyerlah dari dia
Macam drama Start Up, penonton lagi suka Kim Seon Ho



Dia ni yang Kak Zel suka
Tapi 2-2 heroin pun suka hat hero
Hero pun sama 2-2 dia suka, tamak betul

Yang 2nd hero ni dia konsisten
Dia hanya suka Lee Eun Bi

Kan best kalau masing2 dapat sorang satu


Oleh sebab itu drama ini tidaklah menjadi kesukaan Kak Zel
.
.
.