Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, January 16, 2023

Descendants Of The Sun

 


Satu ketika dulu, drama ni meletup gila satu dunia
Kak Zel cam biasa laaa
Dah suam-suam kuku baru Kak Zel start tengok

Sebab drama ni laa Song-Song ni kahwin
Lepas tu cerai
Skang SJK pun dah ada orang lain


Hero, seorang askar berpangkat kapten dlm pasukan elite Alpha
1st time depa jumpa masa hero ni tangkap pencuri
Oleh kerana pencuri itu cedera, dia bawa pencuri tu ke hospital
Kat hospital tulah kali pertama hero jumpa heroin
Jumpa ni hero terus suka kat heroin
Sweet laa awal2 tu dia try nak tackle doktor tu
Tersenyum-senyum Kak Zel sorang-sorang tau




Heroin adalah seorang doktor
Dia ni sikit lagi nak naik pangkat jadi professor
Malangnya disailang oleh seseorang yang ada kabel

Pasal hero dok ngorat dia tu kan
Episod 1 tu macam dah nak dapat
On the way nak pergi dating tu tiba2 hero kena panggil balik bertugas
Sempatlah jumpa sekejap

Lepas2 tu dating2 depa dua ni selalulah ada gangguan tugas
Tup-tup putus camtu je
Cam perempuan ni tak dapat terima kerja hero sebagai askar


Dalam drama ni banyaklah operasi-operasi tentera yang mencemaskan
Sebab tulah drama ni jadi best
Bukan tumpu pada cintan-cintun semata

Tak taulah apsalnya, tetiba pasukan Alpha ni diberi cuti panjang selama 8 bulan
Tapi bukanlah rehat duduk rumah
Depa akan bertugas kat satu kem di Uruk
Kalau kat Malaysia ni lebih kurang cam tentera pi bertugas kat Lubnan under PBB



Dah rezeki agaknya, heroin ditugaskan sebagai doktor tanpa sempadan dekat kem yang sama dengan hero
Heroin ni pergi sana bukanlah sukarela
Tapi sebab dia hempuk Pengerusi hospital yang cuba buat gangguan seksual 

Sambunglah balik hubungan depa yang terputus sebelum ni



Ni pulak kisah 2nd lead
Depa takde berebut hero atau heroin
Tapi kisah depa dua ni lagi menarik sebenarnya
Perempuan tu doktor tentera, anak tentera berpangkat tinggi
Lelaki tu pulak Sarjan
Jadi adalah halangan dari ayah perempuan tu
Dia lebih suka kalau anaknya dengan hero

Perempuan ni kenal dengan heroin
Masa kat sekolah perubatan, depa belajar sama
Dan kononnya perempuan ni rampas pakwe heroin


Adalah momen-momen tragis hujung-hujung drama ni
Nak kenalah tengok tanpa skip-skip

Bagi Kak Zel drama ni best
Tambahan pula OST pun best
Malar segar lagu-lagi OST drama ni sampai sekarang


No comments: