Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Saturday, January 7, 2023

All of Us Are Dead

 


Genre Zombie apocalypse horror
Zombie macam Train To Busan
Makan orang dan berjangkit pulak jd zombie



Ni antara yang lambat sket jadi Zombie
Aku pun tak tau la nak sinopsiskan drama ni camne
Sebabnya kisah dia camtu laaa
Cam kisah2 zombie lain
Baik hat omputeh, hindustan, jepun sampailah Zombie Kampung Pisang
Sama je


Asal virus ni dari seorang cikgu
Jonas Virus namanya
Dia yang cipta konon2 nak bagi anak dia yg selalu kena buli tu jadi  kuat
Tapi sudahnya anak dan bini dia yang jadi Zombie

Yang dijangkiti virus ni mula2 badan dia akan sejuk
Kemudian hidung berdarah
Mata jadi merah
Itu maknanya virus dah take over seluruh badan mangsa


Ni terpaling jahat, nama Gwi Nam
Sebelum jadi Zombie pun dah jahat
Dahlah tu dia immune dengan virus zombie ni
Ada 2 orang yang immune
Masalahnya bukan setakat immune, dia jadi luar biasa kuat
Dah tu cedera parah camne pun, kejap pastu sembuh

Ada seorang lagi budak perempuan yang immune juga
Kira depa dua ni dah berhybrid dengan virus tersebut
Dia dah jadi cam half zombie


Lee Cheong San antara hero dalam drama ni
Malangnya dia mati tapi menzombie pastu
Sebab  si Gwi Nam jahat tu sempat gigit dia
Tapi tak tau la kot season II hidup balik



Terpaling hero 😍
Dalam drama ni nama dia Lee Su Hyeok
Dia ni paling fighter sekali
Asalnya dia ni geng dengan pembuli sekolah kemudian bertaubat

Secara keseluruhannya drama ni bolehlah menghiburkan kalau takde benda lain nak tengok
Kira okaylah sebab Kak Zel boleh tengok semua dari episod 1 sampai episod 12
Banding Squid Game, episod 1 dah malas 😂

.
.








No comments: