Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Showing posts with label NOVEL. Show all posts
Showing posts with label NOVEL. Show all posts

Thursday, October 3, 2013

Love You Mr Arrogant..

Satu lagi citer Kahwin Paksa..
Tu sebab aku tak baca agaknya..
Bosan dengan jalan citer yang boleh diagak..

Apsal beli?!!

Akukan mendukung aspirasi kerajaan..
Membazir selagi boleh.. :))


Yang dah tengok drama ni tau kot apa intipatinya..

Pasal takut hilang harta..
Irham paksa Zaara yang berhutang 5 ribu dgn dia..
Kahwin..

5 ribu tu datang dari accident yang tak seberapa..

Idak ke pelik..

Dah laa si Irham ni yang langgar..
Pastu tak nak claim insuran..

Kalau report polis pun..
Orang yang dilanggar akan lepas..
Orang yang melanggar yang akan sabit kesalahan..
Siap kena sama RM300.00

TAK LOGIK!!


Namun.. aku terjebak gak dengan drama ni..

Rasanya drama lagi best dari novel..

Mungkin atas faktor umur..
Novel ni bagi aku terlalu ringan..
Baca banyak skip sbb apa aku jangka mmg betul..

Boleh laa kalau korang peminat bacaan santai..

Tapi.. kalau ko peminat Ramlee Awang Murshid..
Aisya Sofea.. Mimie Afinie.. Hlovate.. Noor Suraya..
Novel ni mmg tak taste la.. :)

Takmo citer apa jalan citer seterus novel ni..
Spoiler bagi sket2 sudah..
Kalau dah tak sabar sangat..
Sila la beli.. :)

Boleh baca SINOPSIS 4 1/2 BINTANG di SINI
.
.
.

Tuesday, January 15, 2013

Setia Hujung Nyawa


Susah payah aku dapatkan buku ni tau..
Ikutkan prosedur nye senang je..
Order online.. bayar.. tunggu..

Namun,

Tunggu punya tunggu.. punya tunggu...
Tak gak sampai-sampai..

Last2 semlm kebetulan g Shah Alam..
Aku terus g seksyen 15..
Cadang memula tu nak beli je yg baru..
Kalau yg online tu smpi.. aku nak let go jer..

Sekali tengok.. kat kaunter.. depa tengah susun order..
Aku cuba nasib tanya order aku dah anta ke?
Rupanya memang belum..
Ada atas meja tu dah berbungkus tapi belum pos..
10 hari dah tu...
Maka, aku ambik laa buku ni by hand..
Rugi laa postage cost RM7 yg aku dah bayar...

Balik-balik terus baca...


Pada pendapat aku..
Lebih syok tgk kat tv dari membaca novel..
Jalan citer lebih kurang sama..
Tapi jalan citer drama lebih banyak pengisian dari novel..

Maybe sebab ini kali pertama..
Aku beli novel selepas drama dah main kat tv..
Selalunya aku baca dulu..


Banyak gak scene yang lain dari novel..
Dalam novel.. Hady tu takde laa jahat cam kat tv..
Lepas tu rasanya Iqram tak muncul dah smpi sudah..
Eriza tu lak muncul dekat2 nak last..
Scene kasut tertukar tu.. dalam novel takde..


Oklah tu.. jalan citernya di tokok tambah jadi lagi best..
Cam ada beberapa novel yg jadi drama..
Tokok tambah smpi naik bosan la pulak :)

Satu je aku tak puas hati dengan novel ni..
Bukan laa tak puas hati camne..
Cuma rasa cam penulis malas nak fikir panjang pasal nama..

Heroin dah Ersalina...
Kang tetiba muncul Erema..
Pastu Eriza..

Bukan adik beradik pun... kenal pun tidak :))


Yang tanya pasal bahan bakar...

ADA :)

Tapi yg ada ni avi low quality..
Takde laa low sangat..
Masih boleh tengok senyuman Zain Minho dengan jelas :)

Gambor cantik...
Dalam proses menyedut...

.
.
.

Monday, July 30, 2012

Hasya... sila bertabah :))


Dalam keperitan tidak bergaji..
Pastu bisnes bahan bakar pun agak slow..
Pastu lagi asyik kena bohong oleh I**B..
Pastu ada orang tu dapat BONUS... buat2 lupa isteri..

Aku menggigih gak beli shoe cabinet 3 pintu ni..

Tak payah speku bape pasang kasut Kak Zel ada..
Sampai nak guna rak 3 pintu..
Kasut aku ada 3 je..
1 kasut tutup habuan pi meeting...
1 sandal stand by kat PID sana..
1 kasut getah rege RM13.90 yg aku lenjan hari-hari..

Rak ni adalah untuk simpan novel-novel aku..
Yang dah menjangkau 200 biji..
Banyak giler!!

Dah laa tak baca lak tu..
Beli je..

Hari tu ingat bila jadi SAHM baru nak baca..

OK... abaikan bab membaca itu..


Gambor dari Xperia murahan takde flash..
Tu gitu jadinya..

Namun.. objek yg tidak berbaju itu..
Tidak dapat membuka rak ini untuk mengombah..
Kerana.. setelah meround serata kedai perabot Tg Malim ni..
Akhirnya aku ketemu rak yang sesuai dengan kehendak aku..

Kriteria utama = TIADA TOMBOL!!

:))
.
.
.

Saturday, March 31, 2012

Panggil Aku Kiah..


Akhirnya setelah  membaca 3-4 novel..
Jumpa gak yang sesuai dengan selera aku..

Mula-mula aku igt kes kahwin paksa jugak tau..

Kiah ni nama sebenarnya Ruqiyyah..
Dan dia cukup benci nama tu..
Sebab dia ni dah laa lawa..
Anak orang kaya..
Maka, dia lebih senang dipanggil Chanelle..
Sapa panggil dia Kiah.. SIAP!!!

Driver dia nama Hud..
Hud ni keje sebab nak tanggung duit kelas PJJ dia..
Lagipun ayah dia driver papa Chanelle..

Kiah dengan Hud ni satu masa dulu..
Time depa kecik2 adalah kawan baik..
Tapi bila dah besar macam musuh..
Sebab Kiah rasa Hud tak layak jadi kawan dia..

Satu hari.. Dato' Fuad, ayah Kiah cam tinggal pesanan kat Hud..

Time nilah aku syak.. tak lama lagi tu kahwin paksa ler tu..
Mula laa mood aku down..
Tapi takpe.. don't judge a book by 1st 30 pages :))

TIDAK RUPANYA!!

Hud dah ada pilihan hati.. Siti Mahani namanya..
Dia dah minat awek ni dari tadika..
Siti Mahani ada semua ciri-ciri yang dia dambakan..

Namun, ada laa aral-aral yang menyebabkan dia tak dapat Siti Mahani..

Cinta dia tak beralih pun pada Kiah..
Cuma dia rasa..
Alang-alang dia dah jaga Kiah..
Kemudian diberi tanggungjawab utk sentiasa jaga Kiah..
Apa salahnya dia kahwin je dengan Kiah..

Tapi, Kiah pulak takmau..

Apsal Kiah takmo?
Padahal Kiah dah ada rasa pada Hud..

Kena laaa beli dan baca sendiri..

PANGGIL AKU KIAH..

4/5
.
.
.

Tuesday, March 27, 2012

Cik Bunga dan Encik Sombong


Aku ni skang peminat novel Karya Seni..
Setakat ni yang dibeli semua memuaskan hati..
Sapa-sapa nak kumpul gak..
Boleh pergi kat http://www.karyaseni.my
Yang bestnya.. siap ada diskaun, pastu Pos Laju FREE!!!

Cik Bunga dan Encik Sombong ni..
Aku baru beli last 3 week..
Tapi takde masa nak baca..
Perap sampai minggu ni baru baca..

Expectation aku sangat tinggi terhadap buku Karya Seni ni..
Namun, agak mengecewakan..
Berbanding dengan novel2 yg aku beli dan baca sebelum ni..

Rerupanya.. Karya Seni pun menerbitkan novel dari Penulisan2u tu..
Hari tu aku dah banned novel2 dari K*K* N*VEL sbb takde mutu..
Citer carca marba.. tak tersusun.. mengarut2 dan meleret2..

Cik Bunga dan Encik Sombong ni ekceli takde laa bosan sangat..
Ok jer.. maybe mood aku tak baik time baca tu sbb Hasya tengah demam dan meragam..

Citernya pasal Cik Bunga ni yg jadi bidan terjun..
Terterjun jadi tunang En. Sombong..
Sampai laa depa kahwin..
Tapi ni bukan cam kahwin paksa yg tido asing2 bilik tu..
Kiranya sebelum kahwin lagi depa dah fall in love..

Yang jadi bad witch dalam citer ni..
Ialah mak hero dan ex-tunang tak jadi hero..

Heroin dalam citer ni digambarkan sebagai seorang yang tak berapa lawa.. kulit pun gelap.. pelajaran pun tak tinggi..
Hero lak.. hensem yang amat.. putih melepak.. kaya raya.. gaji dia 48K sebulan.. ko hade?!

Yang menjadikan mood aku lari sket..
Sebab plotnya berulang2..
Asyik2 mak hero + ex tunang tak jadi tu..
Datang kedai.. datang umah.. maki hamun Cik Bunga..
Pastu En Sombong pun datang marah balik mak dia ngn pompuan tu..
Ada laa kot 5-6 kali perkara yang sama ulang-ulang..
Membuatkan aku baca skip2..

Tapikan, lepas habis baca..
Aku baca laa tinta penulis..
Rupanya penulis ni mmg berhajat nak wat cerita camni..
Cerita yang gembira je..
Ooo.. kira berjaya laa dia..
Sebab citer ni takde apa yang mengerikan sangat kecuali masa mak hero pedajal kete heroin tapi terkena kat anak dia balik..

Lain-lain sinopsis novel ni (tak adil la kan baca kritikan aku je)

Sunday, March 4, 2012

Potong mood...


Mula-mula cam dah terberkenan..
Nak beli novel ni..
Aku mmg style sebulan mesti beli 1-2 biji novel..
Baca tak baca tu lain citer..
Yang penting beli dulu :)

Sekali. tengok nama hero..
RAIHAN Hasyri..
Terus aku kensel beli buku ni..

Aku mmg tak suka beli buku..
Yang nama hero @ heroin sama nama dengan org yg aku kenal..
Sat ni.. masa baca..
Aku asyik bayangkan org tersebut..

Cer bayangkan...

MAKCIK REHAN jadi HERO :))
.
.
.

Tuesday, February 28, 2012

Fiksyen 302


Aku baca buku ni Sabtu lepas..
Hari Sabtu mmg hari membaca novel..
Sebab Hasya tak suka aku ke hulu ke hilir wat keje rumah..
Dia gembira kalau aku melepap je depan tv baca novel..

Citer ni MENAKUTKAN!!!!

Memang takkan dapat teka siapakah Zonan..
RAM berjaya buat aku percaya yang Zonan mmg roh tanpa wajah..

Kisahnya pasal berlaku 4 org bekas pesakit mental..
Melakukan pembunuhan pastu toreh nombor 302 pada mangsa..
Pembunuhan yg kejam.. tapi depa terlepas dari seksyen 302..
Sebab depa adalah pesakit mental..

Mereka melakukan pembunuhan atas arahan Zonan..
Iaitu roh jahat tidak berwajah..
Zonan ni nak balas dendam atas kematian kekasih dia..
Yang juga kena bunuh oleh seorang VVIP

Pastu time 2032... Rita iaitu anak kepada VVIP yg telah terbunuh tersebut..
Cuba membongkar kembali siapa Zonan..
Dengan bantuan doktor psikologi dr hospital mental ke-4-4 pembunuh..
Dengan guna mesin masa.. Rita kembali ke tahun sebelumnya sebagai peguambela yang membela salah seorang daripada pembunuh tersebut...
Dan dia dapat tahu siapa Zonan sebenarnya..
Namun, malapetaka menimpa lagi...
Selamatkah Rita?
Siapakah Zonan?
Siapa yg bunuh kekasih Zonan?

Cerita ni memang best superb gile!!!

Aku baca dengan penuh penghayatan siap berdebar2 lagi..
Kalau dah baca mmg tak boleh letak :)
.
.
.

Saturday, February 25, 2012

Kan Kukejar Cinta Kamu


Lama dah aku mula baca citer ni..
Tapi selalunya lepas 2-3 mukasurat mesti tertido..
Bukan sebab citer ni tak best ke hape..
Sebab mengantuk :)

Hari ni aku usaha habiskan citer ni..
Anak2 aku membongkah rumah tak hengat punya..
Hasya.. segala ceruk laci.. almari.. rak buku..
Habih dia kombah..
Abang pulak menyepah-nyepahkan mainan..
Lantak!!

Novel ni ok.. tapi terlalu biasa bagi hasilan oleh Fauziah Ashari..
Masih mengekalkan tema ada sorang pompuan tua yg sgt berkuasa..
Cam dalam Ombak Rindu mak si Hariz..
Dalam Duri mak si Zhaf..
Dalam ni pulak.. Nek Bonda Raiyan..

Citer ni cam Romeo & Juliet..
Dua keluarga yang mmg bermusuhan sangat sangat sangat..
Tetiba anak2 depa kahwin sengap2 kat Ireland..
Bila balik Mesia.. tup2 hero eksiden pastu hilang ingatan..
Bini dia pun usaha laa cam2 nak bagi suami dia igt dan jatuh cinta kat dia balik..

Aku tak kata laa novel ni lansung tak best..
Best laa jugak..
Cuma.. aku lebih suka Bisik-Bisik Gelora banding yang ni..

Hahaha.. sikit giler sinopsis aku tulis..
Memang itu ler citernya..
Nenek dia wat laa cam2 nak bagi heroin ngn hero berpisah..
Heroin lak wat gak cam2 nak gak balik sama laki dia..
Laki dia amnesia.. abih camno?!!!
.
.
.

Tuesday, January 3, 2012

Drama adaptasi..


Gemersik Kalbu setiap petang kat TV3..

Bicara Hati lak Selasa malam kat Astro Prima..
Hat ni heroin dia nama Siti Zahlia tau..
Nasib baik panggil Lia..
Kalau panggil Zel..
Harus akak perasan hokay :)

Senang dah skang nak wat drama..
Cari jer novel2 yang meleps sket..
Pastu convert jadi drama..

Tak payah pening-pening nak perah otak wat skrip..

Buku-buku ni dah lama aku ada..
Dah baca lama dulu..
Lansung tak ingat dah jalan citernya..

So, malam ni akan mula mentelaah..

:)
.
.
.

Wednesday, September 28, 2011

Ulasan novel..

Mesti ada yang tertanya-tanya..
Kak Zel dah tak membaca novel ke skang ni?

Jawapannya - SANGAT BACA!!

Hasya kalau menyusu time nak tido..
Memang sangat lama..
Kadang2 menjangkau 2 jam baru dia lepas..

Selalunya bermula dengan on wifi melalui hp..
Cek FB.. twitter.. apa bagai..
Pastu layan game ke.. youtube ke.. pastu BOSAN!!
Pastu baru layan novel..

Kenapa tak wat ulasan lagi?

Sebab novel2 skang ni banyak aku benci dari suka...

Susah dah nak cari novel yg jalan cite betul2 original..
Skang ni dah musim mengulang2 jalan cite yg orang lain dah buat..
Yang paling hamsap..
Kalau 10 novel aku baca..
7 daripada itu..
Konpem citer KAHWIN PAKSA..
Kahwin dulu bercinta kemudian...

Logik ke zaman skang ni kahwin paksa..
Yg banyak skang ni..
Kahwin RELA.. Nikah yang kena PAKSA.. :))

Tak pernah lagi jumpa buku citer camni..
Senario muda mudi zaman sekarang...
Yang betul2 real punyer...

Hehehe.. banyak lak komplenkan..
Igt senang ke jadi penulis..

Namun begitu..
Igt senang ke jadi pembeli..
Novel skang mahal tau!!
.
.
.

Wednesday, May 25, 2011

Nora Elena adaptasi novel Kasih Yang Suci

Mesti ramai yang layan drama Nora Elena kan skang ni..
Family aku pun sama..
Balik je keje.. cepat2 wat keje apa patut..
Pastu bertonggok laa laki bini depan TV..

Khaleef akan wat keje sndr..
Main berangan2..
Atau layan PS2..

Hasya.. aku kepit siap2..
Candu dia buh betui2 kat mulut..
Kalau nak.. terus nyap..
Jangan ganggu mami hokay :)



Ada ayat2 dalam drama ni.. sejibik sejibon cam dalam novel..
Tapi ada sikit lari laa watak-wataknya..
Dalam novel Seth Tan mmg Cina..
Masuk Islam bila nak kahwin dengan Elena..
Pastu adiknya nama Mei Ling..

Apa pun.. novel Kasih Yang Suci ni mmg best!!
Aku dah khatam 2-3 kali..
Dan sempena drama ni di tayang di TV..
Aku khatamkan lagi malam semalam..

MOTIF?!!

Supaya bila Inche Izman meneka-neka jalan citer..

TAK PAYAH BIE.. MAMI DAH BACA NOVELNYA..
NAK TAU KE APA JADI LEPAS NI :)

.
.
.

Monday, September 20, 2010

Street Vandetta

Lama tak review buku kan..
Buku ni aku sempat baca di akhir2 Ramadhan..
3-4 hari gak ler baru abih..
Bukan pasal tak best.. tapi masa takde nak baca direct..

Buku ni, aku baca review.. menjadi kegilaan ramai..
Penulisnya Mazni Aznita adalah juga Anita Aruszi..
Mmg novelist top..

Novel ini bergenre thriller romantic comedy..

Buku ni pasal seorang gadis.. Annabella...
Yang menjejaki pujaan hatinya yg bakal bertunang dengan musuhnya..
Dalam proses menjejak old flame nyer ni..
Dia tersangkut dengan Kojie.. seorang penarik kereta..
Yang tugasnya untuk menarik kereta heroin..

Ntah camne... Bila dah terpisah dgn Kojie..
Tiba2, heroin ni suka pulak pada Kojie.. cari sana-sini..

Tiba2 dikejutkan dengan berita kematian Kojie..

Pastu muncul pulak 2nd hero yg merupakan kembar Kojie..
Rupa mmg seiras giler.. tapi lain gaya...
Sampai Annabella kadang2 rasa itu adalah Kojie..

Rupa-rupanya ada misteri di sebalik kematian Kojie..
Siapakah Kojie?
Siapakah Fakhruzi?
Siapakah dalang sebalik itu?

Sila cari buku ini di toko buku berdekatan :)


***/*****
.
.
.

Tuesday, August 3, 2010

Tiada Sepertimu

Tiga buku aku baca minggu ni..
Berturut-turut kisah kahwin paksa..
Dulu aku suka citer-citer camni..
Tapi skang ni melambak sangat laa pulak citer kahwin paksa ni..

Apa pun.. novel Tiada Sepertimu MEMANG BEST !!!

Wpun genre kahwin paksa sbg tema utama..
Tapi ada citer thriller disebaliknya yang membuatkan novel ini best..

Penulis.. Anita Aruszi.. mmg dah banyak tulis buku..
So, novel-novel dia selalunya menggunakan ayat yg kemas..
Jalan cerita yang kuat dan tak bosan membacanya..

Novel ni kisah Zara yang sangka mak dia ada skandal dgn lelaki muda..
Sebab dia tak suka.. cam2 hal la dia buat bagi lelaki tu berpisah ngn mak dia..

Rupa-rupanya, mak Zara ni sbnrnya nak jodohkan Zara dengan hero tu..

Tapi hero ni pulak sebenarnya ada tunggu seseorang..
Pastu dia tak berapa berkenan dengan perangai Zara yg ganas dan garang..

Namun depa kahwin jugak atas kerana mak Zara..
Lepas kahwin.. cam biasa dok bilik asing2..
Gaduh sana gaduh sini..

Tapi bila depa dah berbaik..
Ada masalah lain pulak yang timbul..
Kat sini mula lak citer suspen thriller yg tak disangka-sangka..

Apakah kisah tersebut?

Boleh dapatkan buku ini di pasaran..
:) :) :) :)

****/*****
.
.
.
.

Monday, August 2, 2010

Jodoh atau Cinta...

Tak pasti adakah mood aku yang takde..
Atau buku ni yg menghilangkan mood aku..

3/4 buku ni rasa cam ok je..
Kisah kahwin paksa..
Danish yang dipaksa kahwin dengan cucu angkat datuk dia.. Iman..

Iman ni lak muda lagi time tu..
Baru 20 tahun..
Kahwin dengan sebab dia nak pi oversea belajar..

Pastu aku kurang paham dengan perangai laki dia ni..
Suka menyorokkan diri tanpa sebab musabab..
Keluarga dia yg ditimpa musibah..
Tetiba Iman ni pulak yg kena take over tugas2 dia..
Menyorok bukan kejap2.. 5 tahun...

Lepas tu banyak laa jalan2 citer yg bagi aku mengarut-ngarut..
Lebih2 lagi lepas bapak Iman, Tengku Farid muncul..

Tapi tu takpe.. aku leh tahan lagi membacanya..
Masih mampu untuk baca selai demi selai tanpa skip..

Pastu konpius ramai sangat nama Johan
1- Abg ipar Danish pun Johan
2- Bodyguard bapak Iman pun Johan
3- Officemate Iman pun Johan

Tiba-tiba..
1/4 lagi nak abih..
Nama panggilan hero ngn heroin berubah..
Hero dari Danish jadi "D"
Heroin dari Iman jadi "Nie"

Masa ni otak aku dah tak leh nak digest lagi dah..
Terus tutup buku letak kat rak buku..
Tak tau laa bila tahun nak abihkan citer ni..

TAPI... ini hanya pendapat aku yg dah berumur 31 tahun..

Banyak jugak review mengatakan buku ini sangat bagus..
Ada yang baca smpi 3-4 kali khatam..
Cuma jiwa aku je agaknya kurang romantik time ni kot..

**/*****

p/s: Dulu2 time bertunang & baru2 kahwin.. aku is Ayang.. Inche Izman is Bie.. Agaknya org lain dengar pun geli bernanah telinga kot :))... la ni hilang dah... kadang2 je guna... Tinggal panggil "Mi" dan "Pa" sahaja..
.
.
.

Wednesday, July 14, 2010

Sweet Sour - Nasz


Oleh kerana mgu ni tetiba mood membaca sudah marey..
Mmg membaca jelah kejenya..
Org time peknen banyak2 baca Quran..
Aku lak banyak2 baca buku citer..

OK citer ni aku kasi 4.5 bintang..
Memang best giler wpun ayatnya agak selamber..
Dan kurang sesuai dengan jiwa aku yg dah 30-an ni..

Citer pasal Alia Akma.. yang selama ni bercinta dengan Zarul..
7 tahun depa bercinta tanpa declare..
Kira main faham-faham sendiri jelah..

Sampai laa satu hari.. tetiba Zarul dtg anto kad kahwin dia..

Alia ni frust gile menonggeng smpi hidup meraban..
Makan tak tau apa rasa.. Tido mata bukak..
Mandi basah.. ada ke sapa2 mandi tak basah.. kecuali Tayamum..

Lepas gi persandingan Zarul tu..
Baru dia nekad nak start a new life..

Satu hari mak dia called.. bagitau Zarul masuk meminang..
Dia dah excited.. sbb dia igt Zarul pinangkan dia utk jadi bini no.2..
Rupanya Zarul pinangkan dia untuk abang kandung Zarul, Joe..
Pasal Alia ni nak selalu dekat dengan Zarul.. dia terima pinangan tu..

Ok.. citer best mula lepas Alia kahwin dengan Joe..
Terus terang dia bagitau Joe yg dia cintakan Zarul..
Zarul lak dok asyik cari kesempatan nak bersama dengan Alia..

Joe pulak terpaksa menahan sabar dengan kerenah bini dia..
Sampai laa satu hari dia hilang sabar...
Jeng.. jeng... jeng...

So, apa yang terjadi pada rumahtangga depaorang..

Kome kena beli buku ni sendiri kat kedai...

Akak takde jual bahan bakar berbentuk buku :))
.
.
.

Monday, July 12, 2010

Dame Zoete Sarah....

Lama tak wat novel review...
Sebabnya... AKU DAH LAMA TAK MEMBACA..

Aku skang ni dalam misi mengumpul 100 biji novel..
Pastu takmo baca.. smpi laaa aku dalam pantang nnt...

Sebab dalam pantang.. bagi sapa yg tak tau..
Adalah saat paling BOSAN... paling BORING...
Yang pernah aku lalui...

Kembali kepada buku...
Nnt aku wat entry apsal aku bosan dalam pantang...

Dame Zoete Sarah ni... genre citer action romantic..
Citer pasal Sarah seorang wartawan yang terperangkap
Dalam sindiket dadah antarabangsa..

Dia diburu oleh pelbagai pihak apabila dia dituduh sbg pengedar & pembunuh..
Atas bantuan rakan2.. dia dapat lari ke Amsterdam..
Kat sana dia dikejar oleh "En Selamat".. polis M'sia bghn Interpol..
"En Selamat" ni mula2 tak suka si Sarah ni..
Lama-lama angau laa pulak...

Novel ni mmg best sebab sgt thrill..
Dan bila baca mesti nak habiskan tanpa skip2 baca..

"Sarah, ke mana pun kau pergi, aku akan cari kau. Ke mana pun kau lari, aku akan kejar, Jangan lupa tu." ~ Salim


***/*****

Tuesday, January 26, 2010

Jaja dan Din

Sapa yang tak tau..
Puan Zel sebenarnya ada hobi membaca novel..
Tapi.. hobi ni dtg bermusim..
Kalau mai musim.. mmg keras kejung atas katil baca novel..

DAN.. aku hanya baca novel berbahasa melayu sahaja..
Kalau novel omputeh.. yg kejap-kejap nak romen..
Kejap-kejap nak romen..
Aku baca tang romen je.. tang lain tak baca..
(gurauan petang Rabu hokay....)

Setiap bulan mesti ada beli sekurang-kurangnya 1 novel baru..
Tapi bulan Jan ni lebih kaya dari biasa (wpun aku xde 80 juta :)))
Maka aku beli 3 biji novel baru..


Sinopsis JAJA & DIN - Noor Suraya (4.5 bintang / 5.0 bintang)

Karya Noor Suraya kali ni sangat-sangat simple..
Tapi sangat-sangat BEST untuk dibaca...
Penyampaian yang sangat santai.. dekat di hati pembaca..
Diselitkan dengan dakwah JANGAN TINGGAL SEMBAHYANG..
Yang sangat tepat ngn Pn Zel yg selalu smyg celam celum ni :(

Citernya pasal Jaja ni.. jatuh cinta pada seorang ustaz hny melalui gambar..
Pastu sakan laa dia cari ustaz ni ke sana sini..
Banyak kali hampir nak jumpa @ jumpa @ terjumpa tapi ada je aral..
At last jumpa di Parit Buntar dengan bantuan seseorang..

Punya laa si Jaja ni nakkan ustaz ni..
Dia paksa mak pak & uncle dia masuk meminang ustaz ni..

Dia lak ngn ustaz ni cam langit dengan bumi..
Cam kutub utara ngn kutub selatan..
Cam tora terbang ngn VIOS (hahahaha)

Novel ni mengingatkan kesah dolu-dolu akak..
Yang hampir dijodohkan dengan ustaz gak ler..
Tapi tak jadi sebab.. sebab... sebab spt yg di atas..

Adakah Jaja bahagia dengan Din?
Adakah Jaja dapat kahwin dengan Din?
Adakah keluarga Din dapat terima Jaja?
Adakah Din sayang Jaja? Sebab JAJA SAYANG DIN !!!!

Sapa nak tau lastnya apa.. leh dapatkan buku ni di kedai..
Tak pun.. order online je di http://www.jemariseni.com
Dah ler ada diskaun RM2, lagi Free Postage tau..
.
.
.