Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Showing posts with label Detox. Show all posts
Showing posts with label Detox. Show all posts

Friday, February 26, 2010

LEMON...

PERINGATAN : Entry ini BUKAN FAKTA tetapi adalah pendapat peribadi saya

Aku banyak dapat soalan mengenai air lemon ni di FB & emel..

Apa jadi minum air lemon banyak sangat?
Tak sakit perut ke?
Tak jadikan dinding perut nipis ke?
Kalau ada gastrik camne?

Mengikut apa yang aku dah surf...
Pengambilan tidak melampaui batas tidak mengapa...

Jangan sampai perah 10 biji lemon & minum tanpa tambah air..
Adakah kau mahu mati cepat ?!!!

Cara aku.. 1.5 liter air + 2 biji perahan lemon..
Pastu aku bukan minum sekali gus..
Sikit-sikit..

Kalau hari bukan detox...
Setiap kali pas makan..
Aku minum ler dalam 9-10 teguk..

Ada orang minum sewaktu bangun tido..
Aku tak buat ni.. sbb takut sakit perut sbb perut kosong..
Lagi pun, minum lemon pastu baru gosok gigi..
Adalah tidak elok.. akan mengikis enamel gigi..

Cirit-birit?

Pasti ler ada.. body aku selalunya dalam kul 12 tgh malam ke atas..
Tapi sekali buang jelah...
Tak macam produk2 yg berbentuk slim tea..
Sakit perut memulas smpi berguling-guling..
Sekali buang & pastu lega boleh tido smpi siang..

Oleh itu.. sapa2 yg nak cuba..
Cuba ler dengan sebiji dulu sehari..
Jangan gelojoh dan semborono hokay..

Boleh baca lagi mengenai kebaikan lemon DISINI
.
.
.

Tuesday, February 16, 2010

SUP DETOX

gambar hiasan (lebih kurang ler kot)

Ni semua main rebus je tau..
NO SALT, NO SUGAR, NO AJINOMOTO

1 bawang kecik - cincang
1 sudu kecik olive oil
2 labu bawang putih, cincang (konpem kentut busuk)
daun ketumbar, cincang
225g bayam merah, cincang
400ml air
juice of ½ lemon
Pepper

Tumis bawang-bawang tu ngn olive oil..
Masuk air..
Pastu agak dah panas.. masuk bayam ngn daun ketumbar
Pastu jgn lelama
Tutup api
Perah jus lemon + pepper

PASTU DAH BOLEH SUAP MASUK MULUT

Huwaaaaaaa
Boleh ke nak telan ?!!!
Belum masak.. baru berangan je pun dah LOYA
Tapi..

MOTTO 3 DAYS DETOX
BELUM CUBA BELUM TAHU

ADA BERAN ?!!!!
.
.
.

Monday, February 15, 2010

ADA BERAN MAU DETOX


Ini aku catatkan serba-sedikit menu detox..

SARAPAN
Fresh Acid Fruit cam oranges, lemon, kiwi, nenas, plum @
grapefruit (buah masam from hell)


Untuk kali pertama, jangan campur-campur buah..
Maknanya kalau makan oren.. oren sahaja..
Makan sampai kenyang sbb kalori buah diperlukan untuk tenaga

LUNCH
Buah lagi taw.. anggur, pear, pisang, kurma
Yang dimakan dengan salad, seleri, kismis
juga buahan-buahan kering seperti aprikot atau figs
(KERING BUKAN JERUK KERING HOKAY)


SNACK
12 oz fruit juice.. lemon ke.. melon ke.. oren ke.. carrot ke...
(tapi lobak tak baik untuk orang yang ada diabetes.. so be careful)


EVENING DINNER
JANGAN BERANGAN NAK DINNER HOKAY
Leh cuba Rainbow Salad - Campuran kobis merah, lobak kecik2, tomato ceri, seleri, timun jepun dan bell pepper (hijau atau kuning) + not salted nuts (sikit saje)
Dressing - JANGAN LETAK THOUSAND ISLAND LAKS..
Leh lenyek tomato + minyak zaitun (uweeeekkk !!)

Antara2 tu kena ler minum air banyak-banyak spt biasa..
Berhenti minum air selepas 10 malam..
Kasi perut rest lama sket..

SO ADA BERANI KE ?


Aku.. bila baca2 sambil taip ni..
Cam TAKOOOTTTTTTT GILER !!!!
3 hari seminggu nak hadap makan camni..
Tapi BELUM CUBA BELUM TAU !!!
.
.
.

PEMENANG 99HTN

Hari ini adalah tarikh akhir utk anta emel
LWP SAYA LEBIH 10%

Jangan tak percaya..

2 orang je yang dpt LWP lebih 10%

Nama pemenang dan gambar serta pengalaman beliau akan dipublish selewatnya petang esok..

So, RM10.. sila bayar sebelum Jumaat ni hokay..
Aku akan bank-in kepada pemenang pada Jumaat malam..
Sapa yg tak bayor.... Pandai-pandai kome laa nnt pastu..
Nak bagi hadiah ke.. nak bank-in sndr ke..

Kalau tak bank-in..
SILA BERDOSA PADA TUHAN HOKAY
SEBAB TIDAK BERPEGANG PADA JANJI


Pasal DETOX 3 hari semgu..
Akan berlansung tidak lama lagi..
Mungkin ada pre-detox utk 1-2 mgu..
Nak tgk tubuh larat ke tak larat..
Sapa yg berjaya dalam masa percubaan ni shj yg leh enter contest

Bentuk hadiah lum tahu lagi camne..
Tiket penerbangan ke..
Baucer hotel ke..
Baucer makan-makan ke..
(yuran akan dikutip sebelum berlansung pertanding)
.
.
.