Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, September 26, 2022

Pramook


Rasanya nilah drama pertama Kak Zel terjebak dengan Thai Lakorn
Dekat VIU kalau tak silap
Tengok episod pertama, sangkut terus sampai habis
Dah laa time tu drama ni ongoing

Sebab Pon Nawasch ni hensem je sebenarnya :D
 

Genre kahwin paksa sebab parent hero ni percaya yang heroin boleh halang bad luck yang selalu menimpa hero. 

Kiranya depa ni memang dah kenal dari zaman sekolah
Heroin ni mmg dari dulu suka hero sbb depa ni dijodohkan dari kecik

Hero ni tak suka heroin
Sebab masa sekolah heroin sebabkan hero putus cinta dengan awek dia time tu
Kena lak masa kecik heroin ni tak lawa



Dah besar, depa terserempak kat Korea Selatan
Keluarga hero pun nak sambung baliklah perjanjian lama
Kebetulan keluarga heroin tengah dalam kesusahan
Jadi, depa bantu dengan balasannya Pramook kahwin dengan Lan
Kahwin kontrak 1 tahun

Lepas dah kahwin, hero ni terang2 la tunjuk yang dia tak suka heroin
Lain konflik dalam drama ni, ada musuh dalam selimut yang cuba nak bunuh hero
Atas sebab harta
Bab ni tengoklah sendiri 


Hero ni dalam tak suka tu, bila kawan baik dia suka ke Pramook ni.. dia jeles la pulak
Aku rasa cam depa sempat bercerai dalam drama ni
Ke drama yang satu lagi
Sebab ada satu lagi drama hero dengan heroin sama
Dah tu jalan cerita pun sama
Kahwin lepas tu hero tak suka heroin



Last dia happy ending 
Mudah gitu

#ThaiLakorn #Lakorn #PonNawasch #Pramook #BuaNalintip


Sunday, September 25, 2022

Game Of Outlaws



Drama ni memang aku tertunggu-tunggu bila nak tayang
Sebabnya ada Mark Prin
Nasib baik tayang kat Netflix

Sayangnya....
Drama ni tak seperti diharapkan
Rasanya drama ni beri impact dalam 10 minit pertama je
Lepas2 tu cam ambik masa juga untuk habiskan semua episod

 

Start dengan 2 polis perempuan tu dalam training
Mark Prin tu trainer depa
Masa ni rasa cam nak best dah drama ni

2 heroin tu, depa ni bukan adik beradik betul
1st heroin anak angkat selepas bapa2 depa mati dibunuh gangster
Kiranya depa jadi polis ni antara sebabnya ialah nak cari pembunuh bapa depa



Sebab galak sangat nak cari, si adik buat silap
Kakak dia pulak cover smpi kena masuk penjara

Keluar dari penjara, kakak dia kerja dengan gangster jadi bodyguard
Yang adik pulak dia dendam dengan kakak sebab mak depa mati kena bunuh
Padahal masa mak depa mati tu, adik tu yang ada rumah


Lepas tu depa pi suka pulak orang yang sama
Ni dah boleh agak dah
Tapi hero ni suka 1st heroin la kan


Tak ingat dah bila depa start bercinta
Cam aku tulis atas tadi drama ni agak carca marba
Patut buat laa pelbagai kes untuk diselesaikan sambil selesaikan 1 kes utama
Namun keseluruhan drama ni ntah sampai berapa episod, ulang2 plot sama
Sampai aku pun lupa apa plot dia

Last sekali memang tinggal depa 2 ni je
Lain-lain watak mati kena tembak
Tak pun kena bom
Senang citer la kan :D

Pastu ada twist sikit hujung2 tu
Mungkin ada season 2
Tapi tak payah pun takpe la kot
Cukup laa 1 season tu pun jenuh nak habiskan
Setakat cuci mata tengok Mark Prin jelah

#GameOfOutlaws #MarkPrin #Netflix #ThaiLakorn #Lakorn