Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Showing posts with label Jillian Michael Workout DVD. Show all posts
Showing posts with label Jillian Michael Workout DVD. Show all posts

Wednesday, January 27, 2016

Jillian B0DY5HRED


Akhirnya ada workout terkini daripada Kak Jill...
Lama dah ni.. tengah2 bulan tahun 2015.
Tapi ni set..
Bukan sekeping2 cam yang sebelum-sebelum ni..

Workout duration adalah selama 8 minggu..
Workout yang sama akan ulang selama 2 minggu..
Hari-hari tukar workout.. 1 workout hanya ambil masa 30 minit..
Isnin - Sabtu.. Ahad rehat atau boleh buat bonus workout


Ni complete set BodyShred..
Ada 8 workout + 2 Cardio + 1 Bonus

Kak Zel dah mudahkan bagi korang..
Kasi payung baik punya...
1 dvd = 1 rotation = 2 minggu..
Kiranya untuk 2 minggu tu akan guna 1 dvd sahaja..
So, ada 4 kpg jelah..

Untuk yang mahukan yang original..
Boleh cari kat amazon sanun...
Boleh dapat sebiji cam gambar di atas..



8 Shred Style Circuit Workouts
       1. Launch
       2. Rise
       3. Amplify
       4. Escalate
       5. Conquer
       6. Triumph 
       7. Zenith
       8. Apex

2 Straight Cardio Workouts
       1. Fire Up
       2. Ignite


BodyShred is a 60 day progressive workout program based on Jillian's S.H.R.E.D. Method. SHRED is an acronym for Synergistic, High Intensity, Resistance, Endurance,Dynamic.

If you're familiar with other Jillian workouts you will recognize Jillian's signature 3-2-1 interval format here as well. BodyShred workouts are set up as four, 6-minute circuits of 3 minutes resistance, 2 minutes of HIIT cardio, and 1 minute of abs. Moves are performed back to back for 30 seconds each.


Nanti ada yang akan tanya...
Apa beza BodyShred dengan Body Revolution?
Bezanya BS hanya untuk 60 hari..
BR pulak 90 hari..

Tapi.. dari review2 yang aku dah baca..
Banyak yang berpendapat BS ni lebih tough dari BR..
Disarankan kalau buat BS ni..
Jangan ambik kalori lebih dari 1400Kcal sehari..

Kalau ada yang plan ni diet sepanjang tahun 2016 ni..
Akak cadangkan..
Beli 2-2 sekali..
90 hari layan BR dulu..
Kemudian lagi 60 hari layan BS...

Sure malatop laaa body korang nanti...



Satu lagi soalan..
Susah ke tidak?

Kalau korang dah biasa dengan Kak Jill..
Korang takkan tanya aku soalan ni :))

Tapi..
Dari permerhatian aku dari jarak jauh.. lol
Minggu 1-4 tu masih boleh diterima akal waras...

Masuk minggu 5-8..
Sila laaa naik gila!!!

Masa buat tu..
Just bayangkan betapa kempisnya perut korang akan jadi..
Dan berapa lawanya nanti body figure..
Supaya menjadi pendorong untuk habiskan BS ni..

OPUS - ni workout bonus..
Sinonimnya OPUS ni ialah mamPUS..
Memang hardcore wei!!!!!

Kalau berat ko atas 100kg..
Sila laaa duduk atas sofa dan tengok sahaja TV tu..
Tengok je pun dah mengah!!


Soalan lagi...
Ada modifier tak untuk low impact?!

Rasa cam ada..
Tapi tak tau laa dia low impact ke tak tu..
Tengok dia melompat..
Lebih kurang sama tinggi je dengan yang normal..

Pandai-pandai korang laa...
Dah tau tak leh melompat sampai 2 kaki paras lantai..
Ko lompat watpe!!

Apparatus?

Ada... dumbell 3 jenis berat..





Tengok result dah tau kan..
BS ni dahsyat ke tak...

Ni kalau Kak Zel buat ni..
Mau londeh spender..
Dah nak kuar modal pulak beli baru..

So, kesimpulannya..

TENGOK JE SUDAH!!

:))

*nak masuk meminang BS.. sila PM kat FB ye
.
.
.

Monday, June 2, 2014

Jillian Michaels - One Week Shred

Lama menunggu Kak Jill keluarkan workout baru...
Akhirnya..
Kemunculan One Week Shred..

Sebenarnya lama gak aku dah ada copy..
Tapi.. terlupa :)


Sekarang ni.. banyak workout yang dipermudahkan..
Disingkatkan.. disimplekan..
Dah jarang muncul workout sampai sejam lebih..
Banyak yang masanya dalam 20 - 30 minit..
Sesuai laa dengan kehidupan yg serba tak cukup masa..

One Week... maksudnya kena guna 7 hari..

Need to crash your weight loss for a special upcoming event high school reunion, wedding, party, beach vacation in a bikini, etc.? Jillian Michaels’ new DVD One Week Shred has you covered. It’s a comprehensive one-week diet and exercise plan to help you lose those last few stubborn pounds you’ve been dying to shed so you look insane and feel amazing


OWS ni aku rasa sesuai untuk yang..
Terdesak nak shapekan badan..
Terdesak nak nampak lawa..
Terdesak nak lose weight..

:)

Aku dah tengok tadi..
workout nyer boleh tahan..
Takde laa susah sangat cam Ripped In 30..
Dan takde laa senang sangat jugak..

Balance laa..

Ada guna dumb bell yang ringan 1kg each hand tu..
Tapi banyak guna floor..
Yang ni aku paling tak suka :)

Range berat yang sesuai nak guna DVD ni..
Adalah bawah 100kg..
Kalau lebih dari 100kg..
Sila laa dapatkan dvd yang lebih mudah..


Terbahagi kepada 2 jenis workout selama 30 minit

AM - Morning Workout (STRENGTH)
  • 4 circuit pendek.. setiap 1 akan ulang 2 kali
  • Perlu 1kg - 1.5kg dumb bell dan mat
  • Akan mula dengan warming up.. ending dengan stretching
  • Ada banyak one arm planking.. mgkn minggu pertama cuba tu boleh modify dulu.. bukan apa, takut tergeliat bahu :)
  • total 35 minit


PM - Night Workout (CARDIO)
  • 3 circuit.. ulang 2 kali
  • Takde warming up.. takde cooling down.. cuma end with streching.. so, sila menghungap!
  • Burpees tu susahkan.. dalam ni ada one hand burpees.. MODIFY IF YOU NEED TO!!


Kepayahan DVD ini ialah..
Anda perlu workout 2 kali sehari..
Sekali pagi.. sekali malam..

Kesenangan DVD ini ialah..
Workout pendek tapi sangat berkesan..


Disamping itu..
Dalam masa 7 hari tersebut..
Anda perlu diet!!

  • Minum air masak
  • Minuman dan makanan bergula @ tinggi karbo perlu dihindarkan
  • Tidak boleh minum alkohol
  • Makan sayur-sayur hijau 4 kali sehari
  • Jangan guna garam

Boleh ke ko Jah... :)

.
.
.

Tuesday, June 11, 2013

Jillian Michael - Kickbox Fastfix


Lama tak layan akak Jill kan..
Meh layan kick boxing pulak..

Awal kata..
Yang ni bukan untuk yang peha sebelah beratnya 35kg ke atas...
Silap buat kang.. tak leh rapat kaki selama-lamanya..

Yang bestnya DVD ni..
Ada tutorial di awal mula tu..
So, takde laa terkial nak menendang kang..
Bila Jillian cakap move apa nak buat..
At least dah ada basic masa tengok tutorial kat depan tadi..

Lepas tu..
Setiap intense workout..
Hanya 20  minit sahaja..

So, untuk yang busy takde masa nak workout lama-lama..
DVD ni memang sesuai..


Ni dari tutorial..
Ada ler dalam 15 minit..
Setiap gerakan tu ada namanya..
So, bila workout betul2 satgi..
Dia sebut je kita dah boleh imagine yang mana satu..

Lepas tutorial..
Terus masuk workout..
Ada 3 part..

Boleh buat semua 60 minit sekali gus..
Atau buat 1-1-1 lain2 hari pun boleh..
Ikut suka laa..

Workout 1 - Fokus pada Upper Body
Workout 2 - Fokus pada Lower Body
Workout 3 - Fokus pada Abs

Yang Workout 1 agak senang..
Tapi no 2 dan seterusnya agak tough..
Kalau nak kena sama rata upper dan lower..
Kena laa buat W1 dan W2 satu masa yang sama..

Yang no.3..
Lebih fun dari 1 dan 2..
Walaupun fokus pada abs..
Tapi kickbox tetap banyak..


Ada guna dumbell
Pastu ada cooling down atas lantai..
So, kalau ada exercise mat tu.. better..


Kalau tengok gambar 2 hujung tu..
Nampaknya kick box ni lebih kepada bagi shape pada body..

Uwaa... mak jeles tengok perut dia..
Rasanya orang ni agak berumur jugak..
Larat dia buat set2 jillian nih..
Akak larat tengok je.. :)
.
.
.

Wednesday, February 20, 2013

B0dy Rev0luti0n - 9o Days Workout

Set ni ramai yang request dari last year..
Akhirnya dapat jugak..

B0dy Rev0luti0n - JM


Beli yang original..
Anda akan dapat 15 keping DVD..
Dengan satu Resistance Cable.
Dengan 4 buku..
Keahlian percuma selama 30 hari..
Pastu bookmark JM..
Seperti gambar yang tertera di atas :)

Harganya.. malam tadi aku tgk kat amaz0n.c0m..
Lepas diskaun ialah USD99.99..
Convert duit RM lebih kurang +- RM300.00..

Maka....

Hehehe sendiri faham dah ler :))


Benda-benda yang diperlukan untuk buat workout ni..
Benda asas stokin, kasut aerobik, tikar, dumb bell..
Dalam ni ada guna 3 berat dumb bell yang berbeza..
Pandai2 kome la cari..
Pastu Resistance Cable tu..
Bukan tali skipping tu tau..
Cable ni dia boleh meregang..
Pandai2 gak ler kome..
Nak kait getah cam getah Zero Point tu ke..
Nak order kat e-bay ke..


Kalau beli original set..
Anda dapat buku2 ni dalam bentuk BUKU..
Namun, i akan sediakan dalam bentuk pdf..
Siap ada tambahan lagi i hadiahkan :)

90-Day Journal tu takde..
So, pandai2 la buat journal sndr..
Bukan journal apa perasaan.. apa rasa badan..
Hehehe.. itu diari dalam hati ada taman..
Journal yg dimaksudkan oleh JM ni..
Adalah ukur lilit badan.. berat.. dan sekian2 la...

Cara guna DVD ini..
Terdapat dalam FITNESS GUIDE..
Dah siap dengan jadual..

Minggu yang pertama..
Kena buat 2 sesi 1 hari.. pagi dan malam..
Masuk minggu ke-2 sampai minggu ke-13..
1 workout je sehari.. dalam 30-45 minit setiapnya..

Ikut laa apa yang terdapat dalam jadual tersebut..
Tak payah memandai-mandai.. tak payah nak melebih-lebih..
Badan awak tu nak pakai lama :)

Pastu.. ikutkan.. dalam 90 hari ni..
Kena ikut MEAL PLAN yang telah diberikan..
Menu dia tu.. kalau yang buat Atkin's mungkin dia rasa tak sesuai..
Pandai2 korang laa sesuaikan..
Lagi pun makanan2 yang dia cadangkan tu..
Bukan senang nak cari kat Mesia ni..

Oleh kerana bahan bakar ini tidak dibuat dalam bentuk 15 keping..
Ikutkan kalau 15 keping.. (untung busat wooo)
Minggu depan Kak Zel boleh terus order Honda Hybrid sebiji :))
Namun, untuk menjimatkan kos kita bersama..
I gabung2 laa 15 keping ni menjadi 5 keping...
Berapa?? PM la tanya ;)


Aku dah tengok secara sambil lalu DVD ni..
Ada 3 Fasa..
Dalam e-book tu kang ada la diceritakan bagaimana..
Siap dengan keterangan lagi..

Seronoknya B0dy Rev0luti0n ni..
Tak banyak guna alat..
Tapi.. kalau untuk orang yang ada masalah lutut..
Kena hati-hati buat ni..
Buat sekadar mampu cukup..

Lepas tu.. BR ni tidak insane sangat..
Sapa-sapa pun boleh buat..
Sapa yang dah biasa dengan Insanity Workout..
Akan rasa BR ni mudah sket..


Pesanan untuk yang berminat...
Baca dulu label yang terdapat pada bahan bakar..
Baca dulu e-book yang dibekalkan..
Faham betul-betul step (dinasihatkan tengok dulu 1 round baru buat)

So, apa lagi?!! ;)
.
.
.


Thursday, June 21, 2012

Jillian - Shred It With Weights


Kali ni ada tambahan instrumen..
Kettlebell...
Tu yang cam Jillian pegang..
Kat bawah ada gambar jelas..
Tapi kalau takde.. boleh guna dumbbells yang biasa tu..



Kettlebell ni jauh lebih berat dari dumbbell..
Paling tidak pun... 12 pound..
Yang Jillian guna tu 20 pound..

Please hati2 bila guna DVD ni..
Sebab banyak sangat swing.. swing..
Sat gi ada yang terswing kepala anak..

Dalam ni ada 2 level..
Tak payah buat 2-2 sekali gus..
Setiap level boleh buat secara berasingan..
 
Pastu ada Kettlebell Instruction..
Make sure korang tengok dulu video yang tu..
Cara yang betul nak hayun2.. angkat2 kettlebell tu..
Kang salah angkat.. ada yg terkempuk kepala sendiri..

Dah tu kalau takde..
Jangan nak mereka-reka pulak..
Pi hayun CEREK AIR kat dapur tu :))

Dumbbell pun boleh pakai..
Cuma dapatkan yang berat sket dari 1-2 kilo tu..
 

Tu perempuan yang belah kanan tu pakai dumbbell biasa...
 
Tahap kesukaran DVD ni = medium
Takde la susah cam Extreme Shed & Shred dan Killer Buns & Thighs..
Untuk beginner.. ok laa..

Hehehe..
Cam laa aku dah buat sangat :))

So, kalau nak.. sila :)
.
.
.

Tuesday, June 19, 2012

Jillian - Killer Buns & Thighs


Seperti yang dijanjikan semalam..
Ni ada satu lagi nak direview..
Esok satu lagi..
Dan minggu depan satu lagi..

Aku dah tengok (cam biasa laaa...)

Of course memokuskan pada peha & bontot...
Maka sila expect akan ada banyak lompatan..
Banyak menendang2..
Banyak mengangkat badan ke angin..
Banyak menghayun-hayun...

Yang ni ada 3 level..
Tak pasti pulak kena buat 3-3 sekali gus..
Atau boleh pilih mana suka..

Rasanya boleh pilih sbb setiap satu level..
Agak lama.. lebih kurang 40 - 45 minit..


Move dalam ni.. agak hardcore gak laa bagi aku...
Intense sweat-fest!!!
Tapi untuk yang betul2 nak kecikkan peha..
Dah tu nak bagi bontot up sket..
DVD ni mmg sesuai untuk kamu :)

Level 1
Hat ni lebih kurang 40 minit..
Mesti ada dumbbells dan mat..
Yang ni movement dia agak mudah..
Untuk yang dah biasa workout..

Level 2
Yang kena ada dumbbells dan sturdy chair..
Sturdy chair ni lebih kurang cam kerusi kat opis..
Bukan yang beroda tu tau.. 

Level 3
Kena jugak ada dumbbells dan sturdy chair..
Kat paras ni..
Bersedia laa korang untuk terkangkang..terhayun semahunya..
Ada yang lepas buat level 3 ni..
Menggigil kaki!!



Seperti biasa..
Gambar penaik semangat..
Lebih kurang 6 bulan dia wat..

Sapa yang mahu chenggini..
Apa lagi.. sila guna emel di atas utk tempahan bahan bakar ;)
.
.
.

Monday, June 18, 2012

Jillian - Extreme Shed & Shred


Yang ni... kalau ko beginner..
Baru start exercise 2-3 hari lepas..
Tak payah laa guna hat ni..
Tak sesuai...

Tapi.. untuk yang rasa 30 Days Shred tu sangat bosan..
Kira cam dah expert bebenor..
Meh tukar ke Extreme Shed & Shred ni :)

Hat ni jenis Fat-Blasting.. boleh bantu turunkan kg..
and get SHREDDED fast!
Style aerobic nyer combine everything from kickboxing and Brazilian Jiu-Jitsu to yoga and weight training.
it includes all kinds of different moves. There are body weight moves, moves using hand weights, yoga, martial arts inspired moves, cardio, isometric holds, high intensity intervals, and some kickboxing

Dumbbells wajib ada jugak ye..

Ada 2 level sahaja..
Level 1 lebih kurang 43 minit..
Level 2 52 minit..
Boleh pilih nak buat 1 je ke..
Atau dua-dua sekali..
Setiap level ada warming up & cooling down..


Kalau nak wat 2-2 level sekali..
Boleh skip cooling down level 1 dan skip warming up level 2..
So, kurang laa masakan..
Seperti yang dinasihatkan sebelum2 ini..
Sebelum buat apa2 aerobic utk kali pertama..
Sila tengok dulu keseluruhan aerobic tersebut (tanpa buat)

Diperingatkan sekali lagi..
Ini adalah jenis TOUGH workout..
 
Aku ada gak baca review2 yg dah buat workout ni..
Ada yang tak boleh bangun lepas habis 2 level..
Ada yang rasa otot terkoyak la...
Tapi biasa laa kan.. mula2 :)



Minah ni buat mula 14 Febuari 2012 sampai 26 Mac 2012..
Tgk bape beza bentuk badan dia..
Kurus tang peha yang wat i teruja sangat..
Aku rasa..
Sesapa yang boleh follow dalam 30 hari..
Bulan depannya korang leh sign up utk K-POP dancer competition..
Setakat k-pop-k-pop tu.. celah gigi Kak Jillian je :))

Last but not least..



.
.
.


Jillian - Ripped In 30


Ini adalah review ye.. ayat coverina ;)
Paham-paham laa korang ek..
Ada dua lagi akak nak review..

Ripped in 30 ni ada 4 resistance training workouts..
Sebelum nak mula..
Korang kena dapatkan DUMBBELLS.. wajib!!!
Setakat yg aku tengok (tengok je.. bukan buat)..
Dumbbells depa guna ada pelbagai berat..
Tapi tak semestinya korang pun kena beli smpi 3-4..
Sebab aku tgk depa guna yg sama je..
Maybe ikut kesesuaian diri...

Dalam ni ada 4 workout.. pendek2 je..
Lebih kurang 35 minit setiap satu..
Sangat sesuai untuk yang tak banyak masa nak workout..

Namun, perlu diingatkan..
4 workout ni bukan buat sekali gus..
Ikut minggu..

Minggu Pertama - Workout 1
Minggu Kedua - Workout 2
Minggu Ketiga - Workout 3
Minggu Keempat - Workout 4

Jangan laa korang memandai-mandai pulak tukar setiap hari..
Dah Jillian habaq gitu..
Ikut jelah :)



Minah ni guna Ripped in 30...
Dan juga 6 weeks 6 packs..

Huwaaa... kenapa laa aku tak kental cam dia..

KATA KAK JILLIAN

"By the time you reach the fourth week,  you pretty much rule. However,  adds the caveat that no matter how hard you exercise, no matter how much you sweat, you can always (over)eat enough to negate the benefit.

Oleh kerana itu...
Dia ada sediakan MEAL PLAN untuk 30 hari..
Akak ada..
Namun, ia adalah pakej dengan DVD ini hokay ;)
Permintaan untul meal plan sahaja tidak dilayan..
Oh, tetiba akak kejam!!


Secara keseluruhannya..
Agak OK..
Tapi susah sket sbb banyak turun naik..
Maksudnya letak badan atas lantai..
Pastu angkat ini.. angkat itu..
Hat ni yang i tak suka sangat..

Agak sukar utk yang berat 100kg ke atas..
Tapi apa salahnya mencuba ;)

Level of Difficulty
Intermediate to advanced.

Next-Day Soreness
Moderate.


p/s - ada 2 lagi DVD yg ada... petang sket akak review ;)
.
.
.

Sunday, November 27, 2011

Jillian Michaels - 30 Days Shred

 

Musim workout muncul lagi... :)
Ramai pulak yang tanyakan balik 30 Days Shred ni..
Lepas tu ramai lak mengadu sakit badan.. kaki tak leh angkat ler..

Rupanya ramai yang main tibai je pakai DVD ni..
Tanpa mengikut arahan yang betul...
Tanya pulak pada aku yang haram sekali tak pernah buat 30DS ni..
Lagi laa dapat info pelesu semata-mata..

Ok, inilah dia kebenarannya bila buat 30 Days Shred..

 Bahan-bahan asas yang perlu ada..

1- Kasut & Stokin
2- Dumb bell
3- Exercise mat

Kalau takde.. pandai2 laa ganti dengan apa yang patut..
Jangan takde kasut.. pi pakai selipar jamban pulak..

Lepas tu... untuk kali pertama..
Korang pasang DVD dan tengok dulu..
Kenal pasti kat mana warming up.. level 1.. level 2.. level 3.. cooling down..


Sebelum mula buat..
Ambil ukuran badan..
So, nanti lepas habis 30 hari boleh tau mana yang turun..
Mana yang tak turun-turun..
Mana yang naik..

 Measure each arm (thickest part), each thigh (thickest part), upper waist (smallest) and lower waist (at your belly button), and your hips (biggest part)

Read more: How to Do Jillian Michaels 30 Day Shred | eHow.com http://www.ehow.com/how_5363883_do-jillian-michaels-day-shred.html#ixzz2DUKPIlVU
Lengan, peha, atas dan bawah pinggang bg yg ada belly, ukurlilit bontot..
Catat laa kat mana-mana pastu simpan elok2..

Tak pun install laa android apps lebih murah..


Kali pertama buat memang akan sakit-sakit badan..
Tapi dinasihatkan jangan skip walaupun 1 hari selama 30 hari pertama..

Ok, cara nak layan DVD 30 Days Shred ni..

10 hari pertama - LEVEL 1
10 hari kedua - LEVEL 2
10 hari ketiga - LEVEL 3

Bukan harung terus 3 level sekali buat..
Itu yang timbul gejala2 nak mati lepas buat..

Tak menjadi masalah kalau korang stay kat level 1 lebih dari 10 hari..
Ataupun level 1 je selama 30 hari..
Ikut kemampuan laa...

Selepas tamat 30 hari atau tamat at least 10 hari setiap level..
Barulah boleh gabung2 level..
Ataupun nak buat 3-3 level sekali gus..

Atau.. bila dah rasa bosan..
Apa kata order yang tajuk lain...

;)




Minah Rusia atas ni..
30 hari je dia layan betul2 Jillian ni..
Tengok hasilnya..

Lepas 30 hari..
Boleh laa ambik measurement badan semula..
Time ni boleh laa nak lompat kegembiraan smpi siling sekali pun..

Buat yang tanya apa kesannya pada Kak Zel?

Jawapannya = NON HADO!!

Giler aku nak buat 30 Days Shred ;)
.
.
.

Sunday, November 13, 2011

Jillian Michael

Hari ini akak nak review DVD aerobik Jillian Michael..
Ramai sangat yg berinspirasikan dia ni..
Dia ni kekadang tengok lawa..
Kadang2 cam muka bapok pun ada..
Apa pun.. yang penting..
Dia boleh membantu ANDA UNTUK KURUS!!!

Ada sorang adik tu..
Wat JM 30 days Shred ni..
Turun berat smpi puluh-puluh kilo..
Dari berat dia 80kg lebih... dah tinggal 50kg lebih..
Tanpa makan ubat apa-apa pun..
Skang ni dia sangat healthy..
Siap dah panjat gunung Kinabalu..

Review akak pulak..
JM 30 Days Shred ni agak sukar untuk yg sangat2 gemuk..
Banyak sangat melompat-lompat..
Yang mana boleh mendorong kepada jantung semput..

Tapi kalau takat berat 80kg - 90kg..
Boleh pakai DVD ni untuk aerobik..

Banish Fat ni kegemaran Khaleef :)
Sebab step dalam ni banyak ala-ala kick boxing..
Agak laju.. tapi masih boleh ikut..

Banyak menumbuk angin dan menendang ke udara..
Masa buat ni.. pastikan anak2 semua jauh dari anda..
Kang ada pulak yang tersangkut kat kipas..
Kena penendang mak sendiri :))


Yang No More Trouble Zone ni pulak..
Wajib ada dumb bell ye..
At least beli laaa yang 1kg tu pun dah OK..

Ada orang guna botol air mineral dan isi pasir dalam tu..
Sila jangan kedekut sangat..
Boleh mendatangkan kecederaan kalau tersalah hayun & pegang..
Akak beli lama dulu kat Tesco..
Dalam 11.90 je utk 1kg = 2 biji..

Lagi satu.. sila laa beli kasut aerobik dan stokin..
Aerobik tanpa kasut.. boleh menyebabkan kecederaan ligamen..

Yang ni untuk mengempiskan perut..
Dah tengok.. tapi belum buat :)
Ada 2 level..

Kalau nak pakai DVD ni..
Kena ada exercise mat tu..
Pasal banyak exercise baring dan angkat kaki..
Yelah.. kata nak kuruskan perut khennnn..

Ada satu lagi DVD JM ni..
Yoga.. tapi hat ni akak takde..
Sebab tak minat yoga-yoga ni..

So, kawan2 seperjuangan..
Apa tunggu lagi ;)
Kalau akak dah review tu..
Maknanya akak ada ler...
.
.
.