Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Showing posts with label Vietnam. Show all posts
Showing posts with label Vietnam. Show all posts

Tuesday, March 31, 2015

Vietnam 4 Part II - Geng Nelopak Keelopak



Happy giler kalau dapat berjimba dengan kawan-kawan..
Ni kali pertama aku g Betnam tinggalkan Hajah...
Bukan aku yang tak nak bawa..
Dia yang tak nak ikut...

Kiri sekali tu..
Personal tailor aku..
Mampu kooo... pi shopping bawa tailor!!!

Hahaha..

Banyak kelebihannya tau..
Selain daripada membantu aku memilih kain main...
Dia terus bagitau.. bape meter yang sepatutnya aku beli..
Kalau nak sedondon dengan Hasya..
Bape meter pulak..
So, penjimatan di situ sbb aku takkan terlebih atau terkurang beli..

Yang kedua dari kiri tu..
Need no introduction..
Diva tersohor.. tuan punya Jolly Cotton..
Last aku travel dengan dia... 2012..
Dia ni pulak terer bab2 jenis kain..
Dan pemilihan corak yang cantik...
Yang paling kanan...
Sebelah aku tuh..
Kawan lama...
Kawan masa aku sekolah kat BBGS dulu..

Lama gak kami tak jumpa..
Last.. ntah raya tahun bila..
Tetiba dia nak follow..
Aku okay je... JOM!!!

Harap2 dia enjoy ler travel dengan aku, MR dan Kak Ngah..
Maklum ler.. kami 3 ni mmg dah biasa jumpa..
Biasa comolot2...

Kat Saigon..
Aku ambik bilik 4 orang sebilik...
4 orang bertemu!!
Apa lagi...

Tu nasib baik kat Saigon..
Bukan dekat Seoul..
Kalau kat Korea.. agaknya kena halau kuar hotel dah kot..
Membising tak tentu waktu..

Oh.. ada next trip..
29-30 September..
Tapi.. kali ni bukan dengan geng..
Bawak orang... geng Hajah pulak..

Agaknya kalau aku dah benti keje..
Mahu sebulan 2 kali pi Saigon..
Aku nak jadikan kerjaya ni..
Bawa shopping trip ke Saigon..

So, aku dah berangan..
Korang pun berangan laa sama ;)
.
.
.

Friday, March 27, 2015

Vietnam 4 Part I - Kopi Kopi version Tan Son Nhat International Airport



Ada yang tanya..
Wujud lagi ke kejahanaman kat airport Saigon ni..

Jawapannya...

Dah kurang...

3 kali kebelakangan aku pergi ni..
Takde kena pun..
Kecuali 1st time aku pergi dulu..

Kali kedua tu hampir..
Tapi selamat juga akhirnya...


Pastu baru aku perasan...
Masa aku booking utk kawan2 mak aku..
Ada bayaran tambahan..

Tetiba ada caj untuk Passenger and baggage security screening...
Yang baru-baru ni RM5.00

Tapi sebelum ni.. RM15.00 per person..

Agaknya itu pasal ler..
Dah kurang aktiviti mengopi kat airport Saigon ni..
Sebab dah ada bayaran tambahan utk handle luggage..
Flight ke negara lain takde pulak..

Yang gambar bawah ni flight ke Krabi..
Takde pulak caj camtu..



Tapi kat sini..
Jangan over confident..
Selagi pintu flight tak tutup..
Selagi flight tak reverse..
Kemungkinan nak kena tu masih ada...

Igt lagi kes aku bawa kotak kapal..

Tipnya kalau naik Air Asia dari Ho Chi Minh..

1- Hand luggage bawah 7kg
2- Saiz hand luggage seperti ditetapkan
3- Spare 1-2 kg utk total cargo luggage
4- Handbag perlu seperti handbag
5- 1 orang = 1 hand luggage + 1 handbag

Senang kata.. ikut peraturan!! :)
.
.
.

Friday, November 14, 2014

Vietnam 3 Part VI - Pink Saigon 2

Boss 1 dah tutup..
Maka beralih la pula kepada Pink Saigon 2...
Banding dengan Boss 1..
Hotel ni lagi dekat dengan Benh Thant..
Juga dekat dengan Kedai Makan Basiroh..


Nak nginap hotel ni kena booking awal..
Online ke.. atau pesan kawan...
Sebabnya kalau walk in..
Memang takkan dapat bilik..

Hari tu sebelum balik..
Aku saja laa tanya..
Bulan berapa yang kosong..
Receiptionist tu bagitau..

Ikutkan dah fully booked smpi July 2015..

Tapi kalau book melalui Agoda..
Boleh tu dapat bilik..


Ni lobi...
Luas ler banding dengan Boss 1...


Ni bilik...
Ada yang bertingkap..
Ada yang cam duduk dalam kotak..

Aku dapat yang takde tingkap...
Lemaih perut weih..
Kalau dok Boss 1..
Aku boleh berdiri kat tingkat sampai 1/2 jam..
Tengok traffic Saigon yang berselirat..
Cam laa berselirat kabel letrik depa..

Hat ni..
Rasa cam bernafas pun sesak..


Bilik air pun luas..
Tapi aku tak dapat yang ada bath tub..
Yang bestnya hotel2 kat Saigon  ni..
Wpun Muslim hanya minoriti..
Tapi hotelnya kat mangkuk tandas ada getah paip..
Dan yang paling best..
Ada pulak paip lain untuk ambik wuduk..

Tandas2 kat sana pun banyak yang ada sedia paip..
Kecuali dekat airport...
Tapi ada tip & trick kalau nak kencing...
Sila masuk toilet OKU..
Pasalnya dalam tu ada singki..

Aku tiap kali ke Saigon..
Memang bawa cawan plastik..
Letak je dalam handbag..
So, senang tiap kali nak membuang..


.
.
.

Friday, November 7, 2014

Vietnam 3 Part V - Saigon Square

Ini tempat kali pertama gak aku pergi..
Nasib baik aku tanya Ezey dulu..
Kalau tak.. ada yg pi Saigon Square naik Vinasun :))



Saigon Square ni dekat je dengan Ben Thant..
Jalan kaki je..
Lebih kurang cam Taka Plaza..
Tapi lebih banyak kedai..
Dan lebih banyak barang..

Paling best..

Fully aircondition :)


Harga kat sini..
Lebih murah dari Taka Plaza..
Dan tentu sekali murah dari Ben Thant..

Pastu susunan kedai2 agak teratur..

Dalam ni juga lebih ramai penduduk tempatan membeli belah..
Tak cam Ben Thant..
Penuh dengan orang M'sia je..


Beg-beg pun lebih murah kat sini..
Pastu lebih banyak pilihan..
Cam kat Ben Thant ada Kipling sama Deuter je lebih kurang..
Sini ada macam-macam brand lagi..
Dan lebih lawa-lawa..

Peniaga kat sini juga lebih senyap..
Tak macam kat Ben Thant dan pasar malam..
Kakak!!! Makcik!!!

Ni aman damai je...


Tapi.. kebanyakkan depa tak tahu sangat cakap Melayu..
Tak cam kat Ben Thant..
Majoriti semua boleh berbahasa Melayu..

Harga juga ditawarkan dalam Vietnam Dong..
Kalau kat Ben Thant..
Tgk kita orang M'sia.. depa bagi terus harga dalam RM..

Depa juga tak berapa cekap dengan tukaran duit..

Aku ada beli baju Hasya..
Harga letak situ VND 120000..
Lebih kurang RM17.00

Bila aku tanya RINGGIT?

19..

Bila aku tanya DOLAR?

5...

Tentu jelah aku bayar dalam USD..




Dalam ni rambang mata tengok baju budak..
Murah-murah pulak tu..
Sayangnya aku dah banyak beli baju Hasya dengan Kalep..
Maka.. beli sikit2 je lagi baju Hasya dalam ni..

Next trip..
Baju bebudak ni aku nak beli kat Saigon Square ni je..
Puas hati.. murah, cantik dan berkualiti..
.
.
.

Thursday, November 6, 2014

Vietnam 3 Part IV - Melawat kilang



Ni je gambar yang aku snap..
2 keping :))

Aku.. kalau tak bawa anak..
Memang payah tul nak snap2 gambar..

Yang ni jauh dari Ben Thant..
Sebenarnya tak masuk dalam perancangan pun..
Tetiba terpergi..

Pergi balik..
Tambang Vinasun lebih kurang 500,000 VND...
Kalau RM = RM80.00..

Tapi nasib baik..
Masa balik.. tokey kilang ni dengan baik hatinya..
Telah belanja kamiorang 200000 VND..
Kami hanya bayar selebihnya sahaja..


Tempat ni besar dan luar..
Terbahagi kepada dua bahagian..
Bahagian depan untuk beli-beli..
Boleh borong atau beli sikit..

Separuh bahagian pulak..
Bahagian production..
Kat situ ada orang tgh jahit baju..
Tengah jahit manik..
Jahit telekung.. potong kain..
Boleh tengok.. tapi tak boleh masuk :)

Harga?!

Lebih kurang sama je dengan Ben Thant kalau beli sedikit..
Kalau beli borong banyak untuk bisnes..
Boleh laa dapat murah sket..

Cam telekung.. area Ben Thant..
Paling2 murah boleh dapat 3 pasang = RM100.00
Tapi kat kilang ni.. sepasang mmg dah rege RM30.00..

Baju budak boleh tahan banyak juga..
Tapi dia cam jual bukan final product..
Baju-bajunya masih kosong..
Maknanya belum lagi ditambah manik atau border lace..
Yelah.. nama pun kilang..

Kalau beli kain ela..
Sini lebih murah..
Cam cotton sateen..
Kat Ben Thant paling2 murah boleh dapat RM9.00 semeter..
Kat kilang ni dia boleh bagi Rm7.00 semeter..
Banyak gak tu kan bezanya...

Sayangnya aku mmg tak igt lansung nama kilang ni..
Dan di mana alamatnya..
Aku cuma tau..
Tempat ni jauh dari Ben Thant..

:)

Wednesday, November 5, 2014

Vietnam 3 Part III - Bank kepala rimau

Mula-mula nak bagi nasihat paling berguna..
Apabila nak ke Ho Chi Minh..
Sila laa bawa 1K ke atas..

Kecuali..
Kalau anda bukan kaki shopping..
Tak suka Ben Thant..
Tak suka cotton.. lycra.. chiffon... etc
Tak suka membazir..

Maka... bawa jelah seperlunya anda..

TAPI!!!

Kalau tetiba hilang pertimbangan..
Cam akak sorang ni..
Sampai Ben Thant dalam kul 12.30 tgh hari..
Tiba jam 5.00 petang..
Hampir kesemua duit yang dibawa sudah hampir lenyap.. :))

Mood pun dah hilang..
Muka pun hilang seri..
Senyum pun dah tak manis..


Jangan risau...
Kat sana ada kawan baik..
Bukan setakat bank kepala rimau ni..
Cimb pun ada..

Tak jauh pun dari Ben Thant..
Tapi.. tak payah laa cuba berjalan kaki...
Sat gi sesat barat pulak dalam bandar tu..

Ambik teksi..
Bagitau je nak pergi Maybank / Citibank..
Dari Ben Thant tu dalam 10 minit naik Vinasun..




Tapi ada caranya..
Bukan boleh cucuk sebarang cam kat M'sia..

Jangan risau takut tak faham nak guna..
Maybank ni kepunyaan Malaysia..
Maka, mesin ATM nyer lebih kurang sama je..
Ada juga menyediakan pilihan Bahasa Melayu..

Mula-mula kena apply temporary oversea transaction..
Just masukkan tarikh dari berapa hb ke berapa hb nak validkan kad atm..

Lepas tu tekan continue..
Dah boleh laa keluarkan duit..


Wang yang keluar tu dalam matawang Dong Vietnam..
Pada slip pengeluaran..
Akan diberitahu.. berapa nilai tukar wang..
Cam akak ni..
Dia pinjam atm card mak aku pasalnya dia tak bawa dia punya..
Nak transfer ke acc mak aku..
Dia punya hp tak roaming.. so tak leh terima TAC..
Maka.. pinjam ler dulu..

1K lebih kurang 6.2 juta duit dong..

JUTAWAN NGKO!!! :))


Namun begitu..
Kalau tak jumpa Maybank..
Korang boleh juga keluar duit di ATM sana..
Pastikan ada logo Visa Plus..
Cumanya hat ni ada service charge..
Tak macam kita kuar direct kat ATM Maybank..
Takde service charge..
.
.
.



Sunday, November 2, 2014

Vietnam 3 Part II - Kabel Berselirat di Saigon City






1st time gi saigon..
Aku tak perasan kabel ni..
2nd time..  MIJ tunjuk.. baru aku nampak..
Tapi tak teringat nak wat entry..
Kali ni baru sempat snap2 gambar..

Ni permandangan biasa kat sana..
Wayar letrik depa memang berselirat birat camni..
Tak tau apsal jadi gini..
Ke depa ni wat pendawaian sndr je..
Tak yah tunggu TNB..
Janji ada letrik..
.
.
.

Saturday, November 1, 2014

Vietnam 2 Part I - Ada ada dengan Deuter Betnam

Jenuh tau nak membawa balik beg ni..
Pasalnya ia tak boleh dilipat-lipat..
Dan juga agak berat..

Kalau kome kirim saja..
Memang aku takkan belikan..
Ni sebab bisnes..
Aku tabahkan jiwa bawa balik 12 biji!!


Ni Deuter Eiger 50L...
Tali yang kat tengah tu.. boleh diketatkan..

Sebenarnya Deuter ni ada kilang kat Vietnam.
Lama dah kilangnya pindah ke situ dari German..
Sebabnya tenaga buruh di Vietnam lebih murah dari German..

Maka.. wpun ini Deuter ayam..
Tapi keserupaan dengan original..
Sangat mirip..


Menggunakan material kain tebal..
Tempat galas tebal dan selesa..
Ada klip utk badan dan klip tali ke badan..

Ada juga besi penyokong beg..
Ia mmg melengkung dalam beg tu..
Kalau korang rasa tak selesa..
Besi tersebut boleh dicabut..

Tapi bila buang besi..
Beg akan jadi lembik sebab dah takde supporter..


Besi ni terletak di luar beg..


Cara nak keluarkan besi ni..
Cabut dari belah atas..
Kemudian baru cabut yang bawah..

NAMUN.. PERINGATAN..

Mencabutnya mmg mudah..
Tapi kalau nak pasang balik memang SANGAT SUSAH!!

Silap2 tak boleh nak pasang dah..
Sebabnya besi ni mmg dicipta untuk dipakai secara melengkung..
Mengikut lengkungan badan manusia..

Itu yang jadi susah kalau nak dimasukkan balik..

So, sebelum cabut.. fikir panjang-panjang..


Di bahagian bawah beg...
Di belakang... ada zip kecik..
Dalam tu ada material water proof..

Tali yang pink dalam gambar tu..
Digunakan untuk ikat material tersebut...
Kalau tak suka..
Boleh dikeluarkan juga..



Kain waterproof tu tugasnya untuk elakkan beg dari basah kena hujan...

Sebenarnya ada Deuter Original yang dijual di Vietnam..

Dan jauh lebih murah dari Deuter ori kat KL..

Tapi aku tak buka order..
Pasalnya duit aku tak cukup..

Camne nak kena beg tu ori ke tidak?

Original Deuter menggunakan zip YKK..
Kemudian di bahagian dalam ada no. siri..
Pastu pembuatannya lebih kemas..

Aku ada gak beli sebiji utk Kalep..
Harap-harap tahan pakai sampai darjah 6 :)
..
.
.

Saturday, November 2, 2013

Vietnam 2 Part III - Trung Nguyen

Masa 1st time pi Saigon..
Sekali je kot aku cuba kopi Vietnam ni..
Pasalnya aku bukan suka sangat kopi..

Tapi..

Ntah apsal kali ni..
Asyik nak mengopi je keje aku..


Nak2 pulak yang pergi baru ni ada pulak yg jual kopi pakai beskal..
Harga 1 bekas cam air pasar malam tu..
RM3.00..

Rasa sebiji cam kat Starbucks..
Bermula laaa episod aku kejap2 beli kopi..
Kejap2 beli kopi :)

Kira puas hati betul laa kali ni mengopi..

Makan kat kedai Hajah Basiroh tu pun aku order kopi..
Kat situ ada gak jual serbuk kopi..
RM20.00 sebungkus + free pembancuh..


Ni ler kopi paling terkenal kat sana..
Trung Nguyen..
Banyak cafe Trung Nguyen ni sekitar Saigon..
Nak pure punya.. boleh cuba g cafe Trung Nguyen ni..


Aku tak pergi pun..
Just nampak cafe tu on the way nak ke Ben Thant masa naik bas..
Sekitar Ben Thant aku tak perasan pulak ada ke tidak..

Takpe.. kopi rm3.00 tu pun memberikan aku kepuasan maksimum :)
Sampai malam susah tido akibat terlalu banyak minum kopi... :))


Camni cara depa wat kopi..
Pastu aku tgk..
Ada yang campur dengan susu..
Ada gak yang campur dengan Whipping Cream dalam kotak tu..
Hat tu sedap..
Lemak2 berkrim rasa dia..



Kat sana bersepah2 je yang jual serbuk kopi..
Biji kopi pun ada..
Beli timbang pun boleh..
Pastu ada pelbagai perisa..
Ada satu lagi aku rasa..
Vanilla Coffee.. sedap jugak :)



Balik dari Saigon..
On the way nak balik Tg Malim..
Singgah R&R Dengkil..
Tetiba MIJ order kopi ais..
Agaknya pembawakan dari Saigon kot..

Aku pun cakap kat dia..
Kang jangan habiskan..
Aku nak minum sket..

Aku puuunnnn.... tak puas2 lagi mengopi tu..

Aku pun sedut!!

RASA NAK TERJELUAH KAT SITU JUGA!!

Nyesal aku minum... hilang terus aroma kesedapan kopi vietnam :))
.
.
.


Monday, October 28, 2013

Vietnam 2 Part II - Kali ni cuba naik bas..


MIJ 1st time pegi Saigon..
Dia igt seronok sangat ler kot..
Sekali pi sana kain.. pi sana telekung.. pi sana cotton..
Pi sana baju.. pi sana tudung...

Serik dah kot :))


Yang lepas kami naik teksi..
Tapi kali ni nak lebih adventure..
Cuba naik bas pulak..
Sebab sebelum pergi aku ada google2 pasal naik bas di Saigon..

Bas dari Airport nak ke Ben Thant nombornya 152...
Memang ada je kat airport tu.. bas kat sana kerap..

Mudahnya sebab semua bas akan lalu dan benti..
Di satu stesen kecik berhampiran dengan Ben Thant..
Dan.. yang paling best sekali murah dan menjimatkan..

Kalau naik teksi Vinasun..
Lebih kurang dari airport ke Ben Thant dalam 8usd - 10usd..
Convert RM.. dalam rm25 - rm30

Naik bas...

1 orang = VND 5000 = RM0.80

Ada tip gak nak lagi jimat..
Beg sila riba tak pun pakai..
Kalau letak kat seat sebelah.. atau atas lantai..
Even takde orang.. dia akan caj 1 tiket lagi..
Maknanya kena bayar extra VND5000..

Tapi.. apa laa sangat 80 sen tukan..

Naik ikut pintu depan..
Terus bagi VND5000..
Kalau takde.. cari pemandunya..
Nanti dia akan tukarkan duit dan bagi tiket..


Cam bas kat KL je kan..
Selesa.. ada econ..

Aku ni sebenarnya last pi HCM..
Adalah setahun yang lalu..
Jadi aku dah ingat2 lupa kawasan area Ben Thant ni..

Sampai kat stesen bas..
Aku dok bayang besar cam Stesen Bas Tg Malim tu..
Rupanya kecik je..
Sudahnya aku tak turun..

Bila bas nak pusing balik ke airport..
Omputeh tu toleh belakang dan cakap..

BEN THANT.. BEN THANT..

Baru laa aku tau bas dah pusing balik..

Aku main semborono je tekan loceng..
Driver bas tu pun bentikan bas..
Kat sana bas tak boleh benti sebarang..
Mesti benti  kat bus stop..

Pastu jalan kaki balik arah Ben Thant..
Aku main agak2 je..
Nasib baik sampai juga ke Boss 1..

Kalau nak pusing2 Saigon..
Korang boleh je naik sebarang bas..
Sebab akhirnya bas tu akan pusing balik ke Ben Thant..
Cuma..
Antara lama dengan sekejap je untuk pusingan tersebut..

:)

Friday, October 25, 2013

Vietnam II Part I - KO NAK AKU BOLEH BAGI!!!

Citer datang belum ada..
Tetiba terus citer balik..

Aku tau ramai yang tunggu apa kes dekat epot HCM ni..
Sebab epot ni mmg terkenal dengan HORROR nyer..
 

Memula aku bagi TIP dulu..
Aku tau ramai yang akan tergoda dengan wooden ship ni..
Sebab kat sana.. harganya mmg murah yang hamat..
Kat sini boleh cecah ratusan sebiji..
Kat sana.. puluh2 je dah boleh dapat..

Maka, MIJ yang tak beli apa..
Beli laa benda ni..
Tak cukup satu.. dia beli dua.
Satu untuk adik dia..

TIP - kalau beli kapal ni.. make sure korang takde hand luggage lain. Jika tidak.. pastikan kapal ini muat masuk dalam beg untuk di check in.

Disebabkan kapal ini..
Aku telah diganggu oleh MAKHLUK KEJAHATAN kat epot tu..


Oleh sebab kapal ni ada 2..
Maka aku suh pekedai tu bubuh dalam 1 beg plastik besar..
Untuk dijadikan sebagai 1 hand luggage..

Namun.. staff AA tak bagi..
Dia suh jadikan 2 kotak kapal tersebut sebagai 2 hand luggage..
KETAHIAN telah berlaku di situ..

Kami 4 orang..
Ada 3 hand luggage dan 2 kotak..
Maknanya 1 hand luggage perlu dikorbankan..

Aku takkan korbankan telekung..
Maka aku decide untuk korbankan wooden ship tersebut..
Kiranya aku ambil keputusan untuk tinggalkan 1 kapal..

Tiba-tiba..
Tak tau laa staff tu dapat hidayah dari mana..
Dia benarkan aku bawak kedua-dua kotak tersebut sebagai hand luggage..
Tapi dia tagkan 1 kotak bersama 1 beg yg beratnya kurang 4kg..
Katanya kotak itu mesti dipegang oleh pembawa beg..

Aku pun OK jelah..

Rupanya..
MAKHLUK KEJAHATAN di sebelah staff tersebut tidak puas hati..
Tapi dia tak kacau aku time tu..
Maybe takmo kewibawaan kawan dia tadi tercemar..

Lepas tu..
Aku disuruh ke bilik KASTAM yang menjadi igauan ngeri semua oang..
(Bab COFFEE HOUSE ni aku citer di entry lain)

Abih semua checking2..
Aku pun turun ke bawah kat departure hall..
Igt dah selamat laa dunia akhirat..

Rupanya si jahat tadi..
Turun ke bawah..
Dia buat2 masuk tandas dan dari tandas tu makcik aku cakap dia intai..
Tetiba dia serbu tempat kami menunggu dan ambik passport kitaorg..

Dia suruh susun semula hand luggage.. dia nak kira..
Cam vavi kecelakaan betul!!

Malangnya bagi dia..
Akak ni otak agak bergeliga juga..
Sampai bawah..
Kami punggah balik hand luggage..
Dan susun supaya 1 lagi kotak kapal tersebut tidak kelihatan..
Kotak tersebut telah masuk ke dalam beg..
Dan ditimpa dengan telekung..

Pastu lebihan2 telekung telah disumbat ke dalam handbag & hand luggage lain..

Maka dia tak jumpa laa kapal tersebut..

Dan dia berlalu dengan JELINGAN MAUT!!


Ingatkan tamat di situ..
Rupanya.. dia syak aku sorok kapal tu somewhere dalam epot tu..

Kejap2 dia lalu..
Kejap2 dia lalu..

Eee.. kalau laa kat negara sendiri..
Nak je aku menjerit dekat makhluk tersebut..

Sampai laa masa untuk boarding..
Aku pun beratur..
Koyak tiket dan masuk menghala ke pintu flight..

Tetiba.. dalam 10 langkah lagi nak masuk flight..

AKU DITARIK!!!!

Dan passport aku sekali lagi dirampas!!!

Masa ni telinga aku tetiba panas menyirap!!

Kali ni aku direct tanya

WHAT DO YOU WANT?

Dia cakap.. i want to check your passport and boarding pass..

Mulut aku cam dah ringan sangat time ni..
Cam nak membabi orang dah!!

Mata dia bukan tengok sgt passport tu..
Dok cari kotak kapal yg aku dah sorok tu..
Dia igt kalau dia tangkap aku selepas pintu boarding..
Kotak kapal tu akan muncul balik..

KO INGAT AKU BANGANG CAM KO!!

Lepas dia bagi balik Passport..
Aku terus membising..
Tapi aku cakap MELAYU..
Biar dia tak paham.. tapi dia tau aku marah!!

Sampai terkeluar pulak..

KALAU KO NAK.. CAKAP!!
AKU BOLEH BAGI!!!

Orang yang dah hulur duit kopi awal2..
Boleh bernafas lega..
Sapa yang belum kena..
Korang jangan laa senang hati sampai laa flight betul2 nak berangkat..


Depa akan cari salah walaupun takde salah apa..

KESIMPULANNYA

1- Jangan beli wooden ship
2- Jangan beli barang ngam2 dengan KG luggage.. kurangkan dalam 2kg - 3kg
3- Hand luggage wpun tulis 7kg.. make sure dalam 6kg sudah
4- Jangan sorok barang dan masukkan balik selepas di tag. Ada yg kena naik atas balik dan timbang semula hand luggage.
5- Layankan je walaupun makhluk kejahatan ni nak tengok passport 40 kali

Serik?!!

Tak.. nak pergi lagi dan lagi dan lagi... :)
.
.
.

Thursday, October 18, 2012

Vietnam Part XI - Alamak!!


Hehehehe...
Ramai pulak jadi takut nak pi betnam..
Pas baca entry2 aku..

Takde apa la wei..

Aku suka pergi Vietnam..

Seronok!!

Akan pergi lagi walaupun bukan dalam masa terdekat..

Tip-tip yang aku bagi tu..
Bukan untuk menakutkan..
Sebagai panduan sahaja..

Bagi aku Vietnam ok..

Ada blog.. kengkawan FB..
Yang kata peniaga Vietnam kuang ajar...
Tak sopan.. suka paksa orang beli..

Ikhlas cakap..
Aku tak jumpa sorang pun kat sana..

Semua ramah tamah..
Baik hati..
Nak-nak yang Melayu Champa tu..
Mak aku.. siap tido kat kedai depa tau..

Yang bangsa Vietnam pulak...
Kalau kita datang dengan niat baik..
Muka manis..
Takde pasal apa depa nak marah-marah kita ye tak..

Maybe laa ada yang mengganggu..
Yang minta sedekah..
Tarik-tarik suh beli barang dia..
Tapi.. kalau kita tolak baik-baik..
Cakap baik-baik sambil senyum..
Semua ok jer..

Satu lagi..
Yang ni mirip dengan Petaling Street..
Kalau tak nak beli..
Tak payah laa tanya lebih-lebih sangat..
Siap minta tawar tekan harga..
Pastu korang kata tak minat nak beli..

Tak payah orang Betnam..
Orang Malaysia pun marah :))

Cumanya yang hal Pau Yik Mun tuh..
Pandai-pandai ler..
Makcik Rehan hari tu selamba berlakon baik punya..
Wat muka sedih Izzah Ombak Rindu kena tempeleng dengan En. Hariz..
Dari RM100... terus jadi USD10..

Ikutkan jelah..
Jangan berkeras & tunjuk eksyen kat negara orang..
Sat gi.. pasal sayangkan 30-40 hengget..
Tup2 balik sini.. ada benda lain lak dalam luggage..

Masa tu nak nyesal pun tak gunakan..

Apa-apa pun..

HO CHI MINH... i like :)
.
.
.

Wednesday, October 17, 2012

Vietnam Part X - Saat mendebarkan...


Melompat sket citer..
Ada lagi bab2 shopping kat Betnam..
Tapi aku terus nak citer bab balik..

Ok, kalau ada beg banyak seperti gambar di atas..
Saat nak balik ke Malaysia adalah sangat mendebarkan..
Sangat.. sangat.. sangat...

Tip.. kalau korang kali pertama g sana..

Kata laa korang  beli luggage 100kg..
Sila laaa timbang dah bawak balik 95kg sahaja..
Lagi 5 kg tu reserved laa mana terlebih mana terkurang..

Sangat menakutkan hokay!!!


1kg terlebih, jumlah mesti dibayar ialah USD18..
Convert duit Malaysia bersamaan RM55.00 sekilo..

SANGGUP?!!!

Kalau tak sanggup..
Sila laa beli berpada-pada dengan luggage yang telah dibeli awal :)

Nak senang.. bawak penimbang digital yg kecik tu..
Lepas balik shopping, terus timbang sebelum meneruskan shopping lagi..

Kalau tak.. sila contohi tindakan MR dan Ezey..
Meninggalkan barangan berpuluh kilo di Betnam..
Pada kat airport korang kena campak barang2 tu masuk tong sampah..

Kalau ada rezeki.. next time boleh ambik barang2 tuh..


Nampak tak bilik 2 pintu belakang Hajah Norlia tu..
Itu bilik paling menakutkan..
Bilik PAU YIK MUN :))

Kalau tak paham.. boleh PM aku tanya..

Ezey mmg ada citer dah pasal ni..
Tapi kami mmg harap2 laa tak kena..
Namun, malang itu tidak berbau..
Mangsa.. ialah Makcik Rehan..

Kriteria pilihan? RANDOMLY SELECTED!!

Lebih kurang pada pengamatan aku.. ciri-ciri pilihan..
Group perempuan semua..
Tak pun perempuan yg travel sorang-sorang..
Luggage yang suspicious..
Tak payah laa korang nak kunci.. wrap sangat beg tu..

Kalau boleh elakkan lalu situ.. takpe pusing jauh nak check in..

Tapi ni semua bergantung pada nasib laaa..

Nasib baik Makcik Rehan..

Kalau aku ngn mak aku atau salah sorang yang kena?!!

Kami ni dah laaa pertama kali ke sana..

Tips seterusnya..

Time nak balik Malaysia..
Sila kosongkan purse..
Tinggalkan dalam RM30-RM40...
Atau USD10 - USD20..

Yang lain-lain SOROK!!
Sorok laa kat mana-mana patut..
Dalam bra ke.. dalam spender ke..
Janji tak nampak duit banyak tersebut..

Faham dahkan apa maksud aku..
Nak cerita jelas-jelas tak boleh..
Maklum laa ini melibatkan negara lain..
Kang tak pasal-pasal..

Paham2 laa kalau dah kata PAU YIK MUN tu :))

Lagi satu.. tak payah laa nak stylo sangat..
Pakai handbag designer..
Usung DSLR kat leher..
Baju vogeh2 cam nak wat runaway..

Itu dah kira cam menyerah diri untuk menjadi insan terpilih..

Ok.. ni part kat sana..

Next time aku citer lak bila tiba Malaysia..
Tak tamat lagi..
Ada lagi nak kena hadap.. :))
.
.
.

Tuesday, October 16, 2012

Vietnam Part IX - Makan Tepi Masjid...


Kat Vietnam makanan halal memang cukup susah..
Ada pun.. mahal kemain..
Tak sesuai untuk budget trip cam kamiorang nih..
Kalau makan 5 kali sehari..
Boleh menelan belanja RM100.00 seorang sehari..

Hari pertama..
Tengahari dah ditanggung beres..
Bawa nasi dari Malaysia..

Dinner kat satu kedai halal dekat hotel..
Apa nama tak tau..

Aku makan bihun goreng + kopi ais = RM23.00


Ni hari kedua..
Tokei Kedai Rokiah tu suh mai sini..
Kami mati2 ingat restoran..
Gigih siap naik teksi mai sini..
Padahal 3 traffic light je pun..

Sampai-sampai tercangak2 cari restoran..
Tak jumpa..

Tanya orang dia kata tu hah..
Ada gerai kecik tepi jalan..
Memang kecik betul..
Kerusi pun rendah cam kerusi kat tadika..

Perut dah lapar..
Tak koser nak naik teksi balik cari kedai lain pulak..
So, order jelah apa yang ada..

Ada 2 jenis makanan je..
Nasi goreng udang..
Dengan nasi goreng ayam..


Aku ambik nasi goreng ayam..
Nasi punya laa bertimbun..
Depa pun ambik yang sama jugak..

Sekali datang 4-5 orang Vietnam, duduk sebelah meja kamiorang..
Depa ramai order sepinggan nasi goreng ayam..
Sepinggan nasi goreng udang..
Makan ramai-ramai..

Patut laaa orang-orang kat sana selim melim..
Makan pun sikit..
Kami bantai sorang sepinggan..
Habis licin lak tuh :))

Balik tu siap tapau lagi untuk dinner..
Murah lak tu.. RM3.60 sebekas..

Sekali on d way nak ke teksi..
Rehan tarik aku ke kiri..
Tapi aku nak jugak ke kanan..

Hambeeekkkk...

Rupanya nasi gorem tadi tu..
Depa masak siap kat umah..
Pastu letak dalam BALDI letak tepi jalan.. bukan atas meja tau..
Tepi bawah meja!!!

Uwaaa... tengkuk kembang hokay!!!

Takpe laaa... rezeki dari Allah..
Takde pulak cirit birit ke hape..

Alhamdulillah...
.
.
.