Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Sunday, August 2, 2009

1 Ogos Hapuskan ISA ?!!!!!

TAJUK TIDAK ADA KENA MENGENA NGN CITER


Adalah keturunan Megat Terawis spt yg terpapar di kad jemputan..
Mula-mula aku tak perasan..
Bila BIL aku suh faxkan petak.. baru aku perasan
Bab-bab keturunan ni..

Kad ni pun lain sket...
Selalu kalau sekalikan 2 rumah..
Jemputan perempuan akan berada belah kanan
Belah kiri utk jemputan pihak lelaki
Yang ni terbalik pulak..


Ini aksi bengang seorang bapa yg tgh jaga anak yg ala2 baru terlepas kandang..


Sedara laki aku adalah bapa pengantin perempuan yang merupakan sepupu kepada ayah mentua aku.. Kira yang kahwin ni.. 2 pupu laki aku ler..

Yang Megat Terawis itu adalah pengantin lelaki..

Khaleef ngn sepupu dia Aisar..

Lagi aksi gediks Budak Ahmad..



Dia sendiri request nak "PESSSSS" (peace = snap picture)
Dengan 2 orang flower girl nih..
Ye.. anak aku kalau bab menggatal no. 1..
Tgh lari2.. lompat2.. bila 2 budak comel ni lalu..
Khaleef akan benti main dah senyum dulu..

Eeee.. perangai sapa laa kan dia ikut ni..








Sunday, July 12, 2009

Kenduri kat Kg Melayu Subang

Cam dah sajak jekan.. tambah anak sorang lagi..
Tu anak sepupu aku.. putih melepak..
On d way balik dari Subang.. tiba2 mak aku tanya..
"Elective Ceaser tu mahal ke?"
Aku sbnr nyer tak tau ler bape rege..
Aku jawab lebih kurang dalam 5K..
Sekali mak aku cakap...

"Pregnant jelah Long... nak tgu apa lagi.. Kang MAMA BAYAR..."

Harus ?!!!!!!!

Malam ni aku tanya Inche Izman..
Jawapan dia.. "Jangan ganggu laa... abg nak tgk tv"

Eeeeee... bengkek semak samun daun kering betul laaaaaa..
Benci aku..
Kang aku pandai2 kasi pregnant sndr kang baru tau !!
Pastu wat diam je...
Dia tentu tak perasan sbb masa aku pregnant Khaleef dulu..
Camtu jelah badan aku tak berubah..
Perut pun lebih kurang cam skang ni gak..

Pastu tanya Khaleef "Nak adik tak ?"
"Nak ammi..."
"Nak lelaki ke perempuan?"
"Nak KUAN-KUAN"

Hehehhee.... bagus tau anak aku ni..
Paham betul ngan firasat mummy dia..

La... lari tajuk siot !!!
Aku nak citer pasal kenduri sepupu aku tadi..

Ni ler lauk nyer..
Ada satu lagi gulai daging.. tapi aku tak ambik..
Ok laaa boleh tahan sedap.. tapi pedas..
AKu ni tak tahan pedas... mesti cirit birit..

On d way balik.. kuar je tol federal hiway tu..
Terus aku pi mencerut....
Hehehe... tu tabiat hakiki aku ler.. mencerut ceret :))
.
.
.

Friday, January 9, 2009

My Hensom Boy

Gaya jantan gatai

i love this picture.. nmpk comei.. hehehe aku kena laa puji anak aku, kalau tak sapa nak puji lak kan.

Satu-satunya gambor dgn mami di sepanjang wedding ini.


Sedondon ngn papa.. Oooo lupa nak bagitau, baju-bajan kami ni adalah tajaan daripada pengantin lelaki. Leh laa kan wat baju raya tahun depan. Mami je kena beli baju lain, Khaleef ngn Papa pakai baju yang ada je sudah.
.
.

Wednesday, January 7, 2009

Anakku Boring

Ni kat Ipoh.. sebenarnya budak Ahmad ni sangat laa sukar untuk dikawal jika di majlis-majlis yang ramai orang. Dia suka pergi ke mana sahaja yang dia suka. Kena lak umah pengantin pompuan ni dekat dengan playground. Asal lepa je mmg dia tuju ke sana.. Takde laa dekat sangat, dalam 200 meter laa jugak.

Sebelum datang ke majlis ni kami bertanggak dulu kat JBA Inn tempat pengantin bersiap. Kat situ ada kolam ikan yang agak dalam. Paras pinggang dewasa tau. Aku dah risau tengok laki aku dok bersembang ngn kawan dia yang anak aku dok gapai2 air dalam kolam yang dalam tu.

Aku datang tarik dia ke tempat yang jangkat sikit. Bagi dia duduk atas batu besar. Tu masih meneruskan aktiviti ceduk2 air dengan tangan. Tiba2... KECEBUR !!!! ya tuan-tuan dan puan-puan, anak kesayangan aku ni dah tertonggeng masuk air. Kepala lak dulu tu. Nasib baik aku betul2 ada kat sebelah dia. Cepat2 aku tarik. Kuar dari kolam sengih baik punya. Siap cakap ngn aku "AMMI, ayeep andi"... eeeeeee bergelumang anak aku dengan lumut hijau. Ntah bape kurun depa tak pernah basuh kolam tu.

Nasib baik time tu belum pakai baju cantik lagi. In fact dia tak berbaju pun. Pakai suar je. Nak tunggu sampai ke saat-saat terakhir baru nak pakaikan dia baju. Paham-paham jelah masalah air liur kempunan anak aku ni.


Dia ni exceli time ni dah kepenatan.. dah smpi waktu tido dia.

Kalau tak dapat KUKIN.. mmg tangan laa jadi galang ganti. Tu sumer orang dok sibuk suh aku bentikan pacifier.. tapi aku lebih rela dia berkukin dari dok makan jari.

Akhirnya dia berjaya gak ke playground yang dia dok aim dari sampai tadi. Masa ni aku seram giler wei. Dah laa benda ni tinggi giler.. pastu berlubang besar lak tu. Agaknya lubang tu dulu ada slide tapi dah tercabut.




Dia pelik apa bendakah itu? sbb 1st time jumpa.

Ni kesukaan dia.. Khaleef panggil ni "EEK OOK".. maknanya boyan ler tu. Time ni dah hujan rintik-rintik. Tu yang jadi mamat bertudung putih tu. Tuala good morning ni mmg teman sejati Khaleef utk lap air liur dia. Selalunya dalam handbag mami mmg ada stand-by at least 2 helai.
.
.







Monday, January 5, 2009

Heritage Hotel Ipoh

Malam before Christmast kami menginap di Hotel Heritage Ipoh atas tajaan FIL aku tersayang.. TQ.. TQ.. tau jelah malam Christmast mmg padat sendat hotel. Mula-mula cadang nak tido kat Hotel Kerajaan Langit je.. tapi memandangkan nnt kami sekeluarga konpem lambat bangun tido, so lepas majlis akad nikah, aku gegas balik semula ambik papa Khaleef.

On d way tu sempat taw singgah KFC - Idamanku Selalu. Mula-mula tu ada hati nak makan pizza hut. Tapi memandangkan time tu dah kul 9 lebey.. tau jelah pizza ni masak lambat, so KFC laa pilihan paling tepat.

Namun kelazatan KFC tu sebentar cuma. Selepas makan KFC berkawankan air milo ais, batuk kronik aku mula menyerang. Aku pun masuk dalam toilet g kat sink ala2 nak batuk kuat sket nak ludah kahak. Batuk punya batuk.. BLUARPPPPPP... sebeban KFC + kek Secret Recipe aku TERMUNTAHKAN dalam sinki bilik hotel... Uwaaaaaa !!!! terperanjat aku sbb aku tak cadang pun nak muntahkan apa2 selain kahak.

Tersumbat ko sinki tu. Esoknya laki aku bising pasal sink tersumbat, aku wat diam je.. dalam kete baru aku story the morning glory what happen to that sink. Laki aku mula laa membebel dengan bebelan yg pedih telinga. Bukan pasal sink tu.. sink tu ada haku kesah !! bukan sink umah aku pun.

Laki aku membebel pasal kedegilan dan keengganan aku membuat rawatan susulan berkenaan batuk kronik aku ni. Dari sebulan ke sebulan ke sebulan dok tempoh nak p wat medical check-up. Alasan aku apa taw... "tak rela Dr tu cek bahagian dada i tau.." hehehe alasan keji.


Pengantin lama..

Hehehehe.. aku boleh peluk kedua-dua insan tersayang ni sekaligus tau. Maklum ler laki aku tu cute-cute je orangnya.



Mamat tecit ni kalau suh pose utk snap picture.. cam2 memek muka dia leh buat.

YB Izman tengah khusyuk tgk TV.. time ni dia tak tau lagi kena jadi pengapit pengantin.
.
.

BIL's WeDDiNg

Ni serba sedikit gambar wedding adik iparku yg berlansung 25/12 dan 28/12 hari tu. Untuk lebih gambar, sila lawati http://aisy-khaleef.fotopages.com/



Izri Halifni & Marlina

lakiku ngn adik dia

Mata anda tidak salah pandang.. memang lakiku yang pemalu itu telah menjadi pengepit.. ops, pengapit pengantin di kedua-dua majlis. Perasan bujang ler kejap lakiku ittiew. Nasib baik kitaorg tanya bang chik pakai apa untuk majlis sanding dia terlebih dahulu.. kalau tak mmg pakai baju hentam keromo sajalah.
FOOD umah pengantin perempuan (aku makan kat meja pengantin hokay)
  1. Udang goreng cucuk kat nenas
  2. Rendang daging
  3. Ayam golek masak kuah (kuah apa aku tak pasti)
  4. Ikan bawal masam manis
  5. Sayur campur
  6. Buah-buahan
  7. Ada 2-3 lauk lagi aku tak ingat sbb sibuk menghitung anak aku je.

FOOD umah pengantin lelaki

  1. Ayam goreng berempah
  2. Rendang Daging
  3. Acar timun
  4. Kari Kambing
  5. Buah oren
  6. ABC

Lauk pengantin (ni aku sponsor taw)

  1. Udang mengkerekot cucuk pada nenas
  2. Ayam golek masak percik
  3. Ikan bawal masam manis
  4. Fruit Cocktail
  5. Buah-buahan
  6. Kuih karipap ngn kuih ketayap
  7. + lauk2 kenduri.
    .
    .

Sunday, December 21, 2008

Wedding lagik !!!!

Seperti biasa.. asal hujung minggu je banyak ler jemputan kahwin. Kali ni rumah babysitter Sara. Kahwin anak sulung. Kali ni pun tak pakai catering gak. Masak sendiri. Antara lauknya, ayam masak merah, acar timun, gulai dalca kentang, rendang daging + papedom. Air sirap.Ni tak makan abih pun pasal ayam masak merahnya sangat laa berminyak. Cek eee jaga badan ler tu.

Minah ngn mamat ni dah lama tak jumpa.. dah jumpa asyik nak berkepit je.

Tengah tengok pengantin bersanding


Ni ler pengantinnya..
.
.
.







Sunday, December 14, 2008

KenDurI KaHwiN LaGi dAn LaGi

Makan kenduri lagi.... kali ni makan lauk org Felda pulak. Spt di bawah ini.. ada ayam masak merah, kerabu, gulai nangka dengan kari daging. Hehehe, tapi aku makan secara berhemat tau... ratah lauk je banyak.. nasi cuit sket2 je.. selebihnya masuk mulut anak aku. Tapi dia tak suka sangat sbb ayam masak merahnya pedas.


Meriah.. dah lama tak makan kenduri pakai pinggan kaca. Ni bukan catering tau.. orang felda masak sndr. Kerabu sedap tul !!

Aksi gedik anak aku... hari ni pakai baju baru, bukan aku beli tau.


Tiba2, lepas ada sorang pakcik ni wat silat pengantin.. muncul sorang budak kenit ni wat silat pulut pulak...aku yg tengah makan ala2 berhemah gitu terperanjat tiba2 anak aku turun kerusi smpi jatuh kerusi terus p melompat depan pengantin... huwaaaa anak aku ni mmg attention seeker betui ler.

Ni ler pengantin.. aku tak kenal pun sapa. Anak kawan mak aku. Selamat Pengantin Baru.
.
.
.

Saturday, December 6, 2008

G Kenduri Kat Kampar

Boss laki aku wat kenduri kahwin kat Mambang Di Awan, wpun hubby aku ni baru je balik dari Kampar semlmnya, hari ni pergi laa lagi Kampar. Tak sedap lak boss wat kenduri tak pi. Lagipun his boss dah bagi dia big favor dengan sanggup menukar waktu kursus dgn laki aku ni. Patutnya hubby aku akan berkursus sama tarikh dengan BIL aku wat kenduri kahwin.
.


Ini lah dia pinggan nasi aku semalam.. PADAT DAN SARAT.. Tapi tak makan sorang taw... nasinya kebanyakkannya anak aku Ahmad Ayeeeep yang makan. Dia mmg cukup feveret kalau lauk2 kenduri ni. Maybe sbb masa peknen dia, aku suka sangat pi makan umah kenduri. Sampaikan sehari sebelum bersalin pun, sempat lagi p makan kenduri. Tapi pas bersalin ni, tengok cuaca.. kalau panas terik mmg tak pi laa wlu kenduri sapa pun.
.
Balik kenduri tu baru kul 2, cam rasa bosan je nak pi balik tg malim.. Rasa cam kejap sangat. So, timbul idea giler... JOM BANG, KITA G CAMERON HIGHLAND. Mak aku pun sama teruja sampai sanggup top up duit minyak.. ala, bape sangat laa duit minyak skang ni. Pi Cameron tu naik turun, rasanya RM20.00 tak abih.
.
Citer cameron sambung next entry....
.
.
.