Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, December 29, 2022

The Deadly Affair

 

Ni drama pertama James Jirayu yang Kak Zel tengok
Baby face betul dia ni
Drama ni ada cam iras Wave Of Life sikit-skit

Hero dengan heroin ni asalnya musuh
Depa bermusuh sebab tragedi yang menimpa tunang heroin
Kira heroin ni memang benci sangat2 dengan hero


Tunang heroin ni mati accident
Hero mengaku salah yang dia langgar kereta tunang heroin
Padahal bukan dia pun yang buat
Tapi sebab dia melindungi orang tersayang, dia sanggup masuk penjara


Ni pulak hero dengan kekasih dia
Time ni dia tengah mengandung anak hero
Itu sebab hero sanggup galas kesalahan kekasih dia ni

Tapikan, kekasih dia ni sebenarnya takde la baik sangat
Lawa tapi ada sisi gelap


Nilah tragedi yang telah mengubah hidup hero
Padahal time ni dia dah ada di puncak kehidupan
Dari segi kerjaya dan cinta

Pasal nilah heroin benci sangat-sangat dengan hero
Kebetulan tragedi ni jadi tak berapa hari lagi depa nak kahwin

Oleh itu dia memang nekad nak balas dendam pada hero
Biar hero hidup merana macam dia 


Ini pula keluarga heroin..
Dia ada seorang adik perempuan yang tup2 suka juga pada hero
Ada 2nd hero, peguam family dia

Yang baju hitam tu pulak ayah depa
Ayah dia ni kemaruk nak kahwin dengan perempuan baju hitam bawah tu
Tapi anak2 dia tak berapa suka


Dia nilah watak jahat dalam drama ni
Banyak kes2 jahat yang melibatkan perempuan ni
Dia berjaya juga kahwin dengan ayah heroin
Sampai ke akhir dok jahat situ laaaa

Ada sesuatu yang menggemparkan pasal perempuan ni
Nyaris je hero nak dapat kat dia


Dua ni awal2 saling benci
Lama-lama saling suka tapi tak nak mengaku
Geram je tengok

Bila hero nak ke orang lain
Baru menangis sampai keluar air hidung apa bagai




Punyalah banyak konflik drama ni
Penyudah dia simple je
Takpe laaaa

Buat raso-raso James Jirayu  :D
.
.
.





Devil Sister

 


Biasa-biasa je drama ni
Seksa juga aku nak habiskan
Kalau tak pasal Win Metawin, mmg stop suku jalan


Kisah drama bersegi-segi
Hero seorang doktor haiwan mengejar cinta jiran sebelah 
Devil tu menggambarkan karekter heroin
Seorang yang tegas dan garang


Sebenarnya depa berdua ni memang dah bercinta dari awal zaman sekolah
Tapi tak tau kenapa tiba2 heroin putuskan hubungan
Hero tak putus asa dan terus mengejar cinta heroin
Heroin ni tua sikit dari hero


Sudahnya depa ni bercinta juga balik semula
Tapi banyak pula lak halangannya terutama dari keluarga


Dia ni salah satu watak jahat selain dari peguam dan atuk heroin
Ikutkan dia ni adik kepada heroin
Tapi  bukan adik betul
Keluarga dia ni ambik heroin jadi anak angkat

Dia ni pulak suka sangat dengan hero
Jadi macam2 lah dia buat untuk pisahkan hero dengan heroin

Hampir kahwin tau dia ni dengan hero



Apa-apa pun happy ending
/
/
/
/





Wednesday, December 28, 2022

Thirty Nine


Drama ni genre friendship melodrama
Asalnya Kak Zel nak tengok sebab ada Yeon Woo Jin
Sudahnya berhambur air mata sebab drama ni sedih sangat


3 orang ni BFF yang  berumur 39 tahun
Paling kiri, Jeon Mi Do
Yang tengah watak utama drama ni Cha Mi Jo
Seorang doktor dermatologist
Paling kanan Kim Jhi Hyun


Drama ni berkisar tentang kisah persahabatan depa bertiga ni dalam kehidupan, kerjaya dan percintaan. 
Macam boring, tapi bila salah seorang dari depa ni dapat terminal cancer, baru la nampak haluan drama ni nak ke mana



Yang jadi sedihnya, watak yang kena cancer ni bagi senarai kawan-kawan yang dia nak jumpa sebelum mati pada BFF 
Maka depa pun cubalah untuk realisasikan hajat terakhir dia




Aku suka je drama ni walaupun slow
Cam boleh relate dengan kehidupan sendiri
Makin berumur, circle of bestfriend tu jadi makin kecil
Kalau dulu mungkin kalau nak kenduri tu kena jemput beratus orang
Tapi skang ni, mungkin dalam 10 orang je yang masih keep in touch
Yang BFF dari beramai-ramai dan tinggal 2-3 orang je

Begitulah kehidupan...






 

The World Of Married

 

Kak Zel tengok drama ni masa PKP yang ketat tu
Stress oiiiiiii
Dah laaa sambung dari drama ni pi bantai tengok Penthouse
Lagi bertambah parah jiwa

Masa menonton tu masih ongoing
Drama ni sebenarnya adaptasi dari english series Doctor Foster
Tak sabar punya pasal, Kak Zel pi tgk drama asal
So, lebih kurang dah tau la penamat drama ni

Cumanya Korean version ni tentulah lebih best


Topik utama drama ni adalah kisah kecurangan suami kepada Dr Ji Sun Woo
Doktor ni nasib baik dia jenis power
Dia takde nak pendam2 perasaan
Cumanya kesian ke dia bila kawan2 baik dia sendiri yang khianat dengan dia
Sanggup jadi spy untuk suami dia supaya boleh curang
Siap cuti sama2 lagi
Kira macam dia sorang je yang lambat tahu laki dia curang

Yang menambahkan lagi bengkek, laki dia dengan perempuan penyondol tu confident gila kot.
Macam tak buat salah lansung
Family perempuan tu pun sama
Lebih sanggup menangkan anak sendiri lagi



Depa punya curang  ni sampai tahap mengandung
Penyelingkuh ni pulak dia memang nak sangat Dr ni tahu dia dengan laki orang tu
Bila dia rasa macam pregnant dia pergi jumpa doktor tu utk check up
Kalau aku laaa... naik dah kerusi atas keapala

Jadi doktor ni mahu penyeksaan sebab dicurangi ni dibalas dengan adilnya
Bermula plan dia untuk balas dendam



Mula-mula dia minta cerai dengan laki dia
Laki dia ni pulak macam itu nak ini nak juga
Nak pula dia dengan doktor ni ada anak

Anak dia nilah paling kesian sekali
Tekanan perasaan betul dengan masalah mak pak dia


Paling best bila doktor ni pergi rumah family perempuan tu & mengamuk kat sana
Tapi sudahnya family perempuan ni belahkan anak dia juga
Family dia ni orang berpengaruh jugalah
Tapi Doktor ni dia lagi ada banyak pengaruh orang besar2

Apa pun
Kahwin laaa Lee Tae Oh ni dengan Lee Da Kyung
Dapatlah anak perempuan

Ex-laki dia ni masih juga obseskan doktor tu
Kiranya dah kahwin pun dia masih sibukkan doktor ni
Ada je doktor hensem yang nakkan doktor ni
Tapi aku tak ingat sudahnya dapat ke tak



Dengar katanya akan ada season 2
Mungkin Lee Tae Oh nak bangkit dari kemusnahan dia
Ye akhir drama ni, Lee Tae Oh ni hancur habis dari segi kerjaya dan rumahtangga
Memang ending cam tergantung sikit nak2 bab anak dia

Jadi, nantikanlah season 2
.
.
.





Friday, December 23, 2022

You Are My Makeup Artist



Drama ni baru masuk Netflix hari ni
Tapi aku dah tengok awal episod 1-14
So, tinggal 2 last episode je nak layan Netflix pun


Aku tengok drama ni pasal Gulf ni je pun
Sebab satu-satunya drama dia yg pernah tengok tapi tak habis
Drama BL - TharnType The Series
Tak habis pasal tak minat tengok Mew



Dalam drama YAMMA ni Gulf pegang watak hero nama Gut
Dia ni make up artist (MUA) untuk satu butik pakaian
Disamping itu dia juga MUA untuk seorang superstar pelakon dan model nama Vasieta

Mula-mula tu nak hairan gak
Apsal heroin nampak tua sangat dari hero
Dah laa Gulf ni muka2 comei lote
Rupanya jalan cerita drama ni mmg heroin tu tua dari hero


Gut ni selain jadi MUA, dia juga seorang Youtube influencer
Dia banyak buat video make up tutorial
Di penghujung setiap episod ada tutorial yang Gulf sendiri ajar
Comel betul dia ni




Dia dengan Vasieta ni kenal dari kecik
Lepas mak Gut mati accident, makcik dia yg kerja maid kat rumah Vasieta bawa dia balik ke rumah heroin
Mak heroin yang support Gut ni belajar make up

Tapi lepas depa dah besar, Gut ni keluar dari rumah tu sebab bergaduh dengan Vasieta pasal dia tak suka boyfriend Vasieta yang playboy

Lepas mak Vasieta mati, baru hubungan depa baik balik sebab Vasieta jadi model untuk butik yang dia Gut kerja



Drama ni plot awal dia berkenaan Vasieta yang putus tunang dengan Rachanon
Rachanon ni playboy dan telah pregnantkan seorang pelakon suam
Malam depa putus tu, Vasieta ajak Gut minum arak
Dan akhirnya one night stand dengan Gut

Nak jadi kisah lagi...
Vasieta mengandung pulak anak Gut
Jadi nak tak nak, kena la Vasieta kahwin dengan Gut wpun dia anggap Gut tu macam salah sorang daripada maid dia


Dah tu pulak semua orang ingat Gut ni gay
Sebab kerjaya dia MUA
Lepas tu gaya hidup dia ala-ala BL sket
Cakap pun lemah lembut
Baju pun ala2 warna meriah LGBT gitu

Tapi.. bila dia ubah gaya lepas kahwin dengan Vasieta
Telan ayaq liur weeeeiiii!!!



Paling kanan tu Rachanon
Dalam drama ni dia paling jahat
Memang dia dah sumpah takkan bagi Gut dengan Vasieta hidup bahagia
Macam-macamlah kejahatan dia buat
Dengan family dia sendiri pun dia jahat

Nasib dia dapat pembalasan ala2 drama Rashid Sibir
Puas hati aku!
.
.
.
#YouAreMyMakeUpArtist #GulfKanawut

Monday, December 19, 2022

Our Secret


Drama China pertama Kak Zel nak review dalam blog ni
Tapi, ini bukan drama mainland pertama yg ditonton
Adalah 5-6 drama dah
Yang berjaya habis dalam 4 drama

Drama mainland ni bukan apa
Suka meleret menambah2 jalan cerita
Dan kebiasaannya 24 episod ke atas

Tapi, drama ni sebab akak sangkut dengan hero Chen Zhe Yuan
Berjaya laaa tengok drama ni smpi habis tanpa banyak skip


Genre drama ni percintaan remaja muda mudi
Dari zaman sekolah sampailah habis belajar
Dalam mengharungi masa tu banyaklah ranjau duri


Ni hero
Selama ni Kak Zel rasa Yang Yang paling hesmes
Tapi skang, CZY ni terpaling :D

Hero ni anak tunggal, ayahnya pensyarah uni terkenal di China
Ayahnya rekemen ayah heroin untuk jadi guru di sebuah sekolah berhampiran rumah depa dan mula tulah family heroin pindah dari kampung ke bandar. 
Rumah pun dekat2 satu kawasan


Kiranya macam depa ni dah kenal dari kecik
Tapi ingat2 lupa

Heroin ni pulak pindah2 je masuk sekolah baru duduk sebelah hero dalam kelas
Memang dari awal heroin ni suka sangat dah pada hero
Tapi hero ni nampak cam dingin je



Dalam dingin2 hero ni, nampak sangatlah dia sebenarnya suka juga pada heroin
Tapi sebab masih belajar lagi, dia buat cam tak je

Hero ni seorang yang genius
Belum habis sekolah lagi dia dah dapat tawaran ke U terbaik di China
Heroin ni pulak tak berapa pandai tapi rajin

Ntah camne masa ambik exam setara cam SPM la kat M'sia ni bolehlah heroin jadi blur
Makanya, keputusan dia tak melayakkan dia masuk U yang sama dengan hero

Oleh sebab nak masuk U sama, heroin sanggup ulang balik sekolah menengah



Hero ni pulak lepas masuk U dia berubah jadi tambah dingin
Sebenarnya dia ada masalah keluarga tapi dia pendam
Tambah pulak family dia dah berpindah rumah

Heroin pulak salah sangka
Dia ingat hero dah ada orang lain
Tapi dia nekad nak dapatkan hero balik

Ada 2nd hero sebenarnya drama ni
Tapi tak tunjuk sini laa
Sebab dia pun hensem & baik juga



Akhirnya heroin berjaya juga masuk U yang sama
Siap ambik course yang sama
Hero cuba tekankan pada heroin yang dia tak perlu ikut semua jejak dia
Ntah camne jadi bergaduhlah pulak

Tukar pulak heroin pulak jadi dingin
Jenuhlah hero tu nak mengorat balik
Tapi takde laaa selama heroin pikat hero


Kemudian depa terpisah kejap sebab hero sambung belajar kat oversea

Happy ending drama ni
Takde yang jahat sangat
Drama ringan tak sakit jiwa raga
Okaylah buat raso-raso
.
.
.

 

Saturday, December 10, 2022

P.S I Hate U


Jom la balik semula ke Thailand :)
Drama pertama Lee Thanat berlakon yang aku tengok
Letih gak tgk drama ni
Banyak sangat drama dan pengkhianatan
Nampak je macam kawan sehidup semati
Sampai susah nak tahu sapa baik sapa jahat


Meena - Tidawan - Pantiwa - Metacha - Sarasawadee

Kisahnya mula pada hari perkahwinan Pantiwa
Perkahwinannya diatur oleh keluarga
Masa majlis tu, tiba2 ada tayangan kisah silam Pantiwa
Video dia berkelakuan tidak senonoh

Ikutkan video tersebut hanya pernah dilihat antara depa berlima sahaja
Jadilah tuduh menuduh sesama depa



Pantiwa ni pulak kerana terlalu malu dan maki hamun mak dia
Tiba2 dia bunuh diri dengan terjun


Meena ni paling awal kena tuduh
Tak ingat pula kenapa dia kena tuduh sebab ikutkan dia dengan Pantiwa ni paling BFF sekali
Yang lagi 3 tu lagi suspicious

Meena ni asalnya suka sama suka dengan abang Pantiwa
Tapi Pantiwa tak suka
Jadi dia couple dengan orang lain.



Pakwe dia ni pulak sebenarnya ada hubungan sulit dengan Tidawan
Kantoi juga sudahnya
Maka Meena balik semula pada Pitch, abang Pantiwa

Dalam-dalam pada tu, Meena ni cuba cari siapa sebenarnya yang menyebarkan video Pantiwan
Kawan-kawan lain pulak lagi macam2 jenayah yang depa buat




Depa ni sebenarnya kawan baik dari masa belajar lagi
Time tu depa dah ada buat jenayah membunuh tapi terselamat

Kiranya depa ni saling simpan rahsia dan saling cover
Tapi takde sorang pun boleh dipercayai



Memang betul penyebar video Pantiwa tu salah seorang daripada depa berempat ni
Dia dendam sebab Pantiwa musnahkan keluarga dia
Yang mana satu, kenalah tonton sendiri

Bolehlah drama ni buat membuang masa lapang :D

__________________________________________________________________________

P.S. I Hate You is adapted from a popular novel named ‘Wongkot Dokmai' (the flower maze) by Baison. It depicts the story of love, jealousy, and viciousness of a girl friend circle and their hidden secrets. 

A secret tape of Pantiwa is exposed at the wedding of hers and Pureenut. After the incident, she decides to commit suicide. Meena is trying to find the culprit who switched the wedding presentation video with her friend's sex tape. 

During her investigation, Meena needs to dig through the history with her ex-boyfriend, Pitch, and also discovers hidden secrets of her friends. Tidawan is having an affair with Chanon, 

Meena's boyfriend. Metacha is secretly filmed and blackmailed by Korawee who is the new boyfriend of Tarinee – Metacha's mother. 

Sarasawadee who seems to be a sweet conservative woman, is a mistress of Captain Key. She is being closely monitored by Nuttamon, Key's wife, and Lieutenant Term, Nattamon's cousin. 

Palana, a mysterious girl in this friend circle, may hold some secrets.

It is said that living with one thousand poisonous snakes is not as scary as having untrustworthy friends. Don't forget to tune into this drama and find out how these tangled relationships unfold

 

Friday, December 9, 2022

True Beauty


Drama ni aku ingat lagi tayangan dia masa PKP ketat hujung 2020
Heaven betul time tu
Siang malam pagi petang melayan drama je
Terjebak time ongoing
Letih wei menunggu
Sekali dengan Mr Queen drama ni

Adaptasi daripada webtoon

Heroin Ju Gyeong mempunyai kulit yang hodoh
Menyebabkan dia sering dibuli di sekolah
Sampailah satu hari dia nekad nak bunuh diri, tapi tak jadi
Dan dia diselamatkan hero yang hesmes nak mamps!!
Lee Su Hoo




Cha Eun Woo hero, mau tak hesmes

Depa ni asalnya bukan satu sekolah
Lepas sesuatu terjadi kat keluarga heroin, dia pindah masuk sekolah sama

Hero ni dia seorang yang memencil diri
Sebab ada kisah silam dia yang menyedihkan
Ayah dia pulak terlibat sama dalam sejarah hitam
Jadi dia mmg hidup sorang2 wpun masih sekolah



Lepas depa dah satu sekolah
Ju Kyeong dah berubah jadi lawa
Tapi bukan sebab plastic surgery tapi pasal dia belajar make up untuk tutup semua cela kat muka dia. Memang lawalah jadinya

Masuk sekolah baru dia jadi femes sebab lawa
Kawan pun ramai beza dengan sekolah lama

Terserempak dengan hero tapi dengan wajah hodoh dia
Kiranya hero jelah yang tahu wajah sebenar dia


Muncul pulak laaa 2nd hero
Bapak kacak juga
Dia jadi cam Boy Over Flower
Hero tak dapat pun takpe 

2nd hero ni selalu tolong heroin
Tapi dia tak pernah tgk muka heroin tanpa make up
Dan dia juga bermusuh dengan hero


Adalah ketidakpuasan hati depa dua ni
Asalnya kawan baik juga

Dan akhirnya depa suka makwe yang sama
Tapi tulah, hero dengan heroin ni cam dah ada jodoh dari awal


Keseluruhan drama ni ringan sahaja
Kisah hal2 remaja.. banyak lawak juga.. santai
Bolehlah buat tontonan lepas boring dengan drama berat

.
.
.
.