Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Showing posts with label Legoland. Show all posts
Showing posts with label Legoland. Show all posts

Tuesday, September 6, 2016

Legoland Part 6 - Land Of Adventure



Tak habis lagi wei...
Ni mau sampai 10 part ni...
Padahal Legoland je pun..

Kalaulah aku dapat g tour Europe..
Mau 30 part :))



Pharaoh's Revenge


Tempat ni kecik je..
Ada atas bawah...



Dalamnya camni..
Atas ada pistol angin..
Kat bawah ada banyak bola kecik..

Tak bestlah...
Tak yah masuk pun takpe..
Aku lemaih duk dalam ni..
Sempit pastu bising giler..



Lost Kingdom Adventure





Yang ni sebenarnya kami dah terlepas..
Nasib baik masa round semula..
Jumpa...

Yang ni aku naik..
Sebab takde naik turun naik turun...
Pastu jalan pun slow je..

Setiap kereta yg dinaiki..
Disiapkan dengan pistol laser..


Sepanjang perjalanan dari hujung sini..
Ke hujung sanun.. Ada banyak laa benda yang boleh ditembak..
Yang merah menyala tu.. markahlah konon...



Camnilah dalamnya lebih kurang..
Ada tempat terang.. ada gelap..

Kalau tepat tembakan tu..
Nanti ada penanda arasnya..
Patung lari laaa...
Labah-labah memusing laaa..


Beetle Bounce



Yang ni tak tau laa bape round depa bantai naik..
Dahlah dalam hujan pulak tu..
Tak tinggi pun..
Sesuai utk budak2 je..
Tapi dewasa boleh gak naik kalau mahu..
Aku tak mahu.. sbb tinggi..



Dino Island


Ni tempat yang paling aku suka..
Cantik pemandangannya..



Masa ni Mek Cha suka lagi hati dia..
Tengah tunggu Papa keluar dari toilet...


Sekali tak dapat naik daaaa...
Terus cemberut muka..

Main benda ni..
Akan basah..
Nak2 lagi seluar..

So, kalau tak nak basah..
Boleh beli rain coat plastic..
Ada jual.. tapi harga agak mengincit gak ler..
Selalu beli rm2 je..
Kat sanun.. rm12.90..


So, naiklah Khaleef dengan papa dia je...
Papanya kata masa turun tu...
Terasa terhentak badan ke air..


Yang ni Khaleef naik 4 kali..
Dia menten duduk depan sekali tu..
Orang belakang dia je tukar-tukar..
Keluarga sapa-sapa je pun..
Mesti dia ada sekali..


Tu dah basah ler tu..
Kuar kuyup habis..
Masa 1st time naik..
Papa dia yang pakai poncho tu..
Tak kuasa aku nak beli 2..


Tapi takpe ada pengering...
Namun ia bukanlah percuma..
Kena insert duit rm10.00...

Pun tak payah...
Pandai-pandai laaa baju tu nak kering kat badan..
.
.
.
.


Monday, September 5, 2016

Legoland Part 5 - Lego Kingdoms

Dah rasa sembab nak update :))

Nasib baik gambar sumer dah simpan dalam draft..
Kalau tidak mmg smpi part 4 jelah citer Legoland..


Merlin's Challenge


Nampak cam tara papa je kan...
Masa kali pertama depa naik..
Aku tunggu tepi je..

Lepas tu masa kami dok ulang2 naik sementara tgu kul 6 ptg..
Tetiba Hasya ajak aku naik benda ni..
Papa dia pulak ntah ke mana dengan Mukolip..

Terpaksa laaa aku naik juga memandangkan Hasya tak boleh naik sorang..



Laju ni wei...
Aku siap terjerit2 lagi gayat...
Yelah.. Kak Punjel memang penggayat yang amat...
Tu sebab aku tak naik banyak benda..
Wlupun budak legoland tu kata boleh je..




The Dragon

Lepas tu pergi layan The Dragon ni pulak...
Kata laki aku & bebudak ni..
Yang ni paling takut dalam banyak2 benda kat sini..



Aku tengok dari luar pun dah tahu takut...

Sampai kat atas...
Takde orang pun..
Ada kami anak beranak je..

Tak confident lak aku nak lepaskan Hasya..
Tapi budak Legoland tu kata Hasya boleh..
Pastu dia siap paksa aku naik sama..

Kalau yg sebelum ni upah 1k pun aku tak naik..
Yang ni... upah 5k pun belum tentu dik oiiiiii!!!

Dia siap cakap..
Mana menakutkan ni kak..

Aku balas...

AKAK TENGOK DARI BAWAH PUN RASA NAK TERKINCIT!!


Maka naiklah depa 3 beranak...
Sampai-sampai..
Hasya pucat putih muka..
Air hidung meleleh-leleh...

Budak Legoland tu sambung cakap...

BANG.. SEROUND LAGILAH!!

Cepat2 MIJ dan Mukolip keluar dari The Dragon tu..
Hehehehehe...
Takut juga depa berdua nih!!


Dragon's Apprentice


Rupanya berdepan dengan The Dragon tu...
Ada Dragon's Apprentice..
Hat ni litarnya kecik sket & rendah..


Patutnya naik ni dulu laaa... ambik mood!!
Ni terus2 naik yang tinggi punya...


Ingatkan Hasya serik...
Tak rupanya..
Pemberani juga budak ni...



Rendah jekan..
Tapi masih lagi rasa menakutkan bagi aku!!

:D


Lepas habis 2 round...
Mek Cha minta 1 round lagi...
Aku cakap dah ler tu kita main lain pulak..

Apa tau alasan dia nak lagi...

TADI MASA KAT CAMERA TU HASYA PUNYA MUKA BURUK!!

Omo!! Omo!!

Kan setiap penjuru rides ni automatic camera..
Nanti kat bawah boleh laa print gambar kenangan...
Katanya 2 kali lalu..
Dia tak sempat buat muka comel..

So dia nak seround lagi..

Bila turun bawah.. aku pi laa tengok kat photobooth tu...

Sempat ko budak ni face control nak bg nmpk elok..

Huhuhu.. selfie sindrom!!


The Forestmen's Hideout





Yang ni takde apa sangat...
Cam playground biasa je..

Aku bagi jugalah depa main kejap kat sini..
Memandangkan kaki aku dah rasa nak tercabut..

Huhuhuhu!!!
.
.




Sunday, September 4, 2016

Legoland Part 4 - Lego @ Technic

Aqua Zone Wave Racer




Main ni kalau pandai handle stereng..
Tak basah...
Pasalnya keliling tempat ni..
Depa letak pistol air & bom air..
Elok kita tak basah..
Habis basah orang dok sumpit..

Project X





Hat ni ketinggiannya 18 meter..
Aku yang tinggi-tinggi ni sorry laaa..
Bagi 1k cash pun aku takkan naik...

Yang ni Khaleef citer tak menakutkan sangat pun..
Berbanding yang dragon...
Banyak pusing S...
Ada sekali dua menjunam...


Hasya ni kesian..
Dia dah panjat tangga sampai atas..
Sekali tidak berjaya kerana tingginya tak lepas 110cm...
Turun balik..



Takpe laaa dik...
Nasib baik ada sebiji replika kat tepi Project X ni..
Bolehlah adik nak posing ;)


Technic Twister


Mainan ni Khaleef sorang je yang naik..
Adik tak lepas tinggi.. Wpun utk ditemani mami..
Pelik gak.. ni cam cawan berpusing tu je kot..

Dah laa sebelum yg ni..
Kat Project X pun dia kena reject..
So, dia dah muka berangin :D


Lego Academy


Ni tempat main & bina lego kot...
Tak masuk pun..
Lalu je..

Maklumlah mengejar masa :)

Setakat nak bina-bina..
Kat rumah pun berlambak lego...

Ada setempat lagi..
Lego Mindstorms..
Yang ni pun tak singgah...
.
.
.
.



Thursday, September 1, 2016

Legoland Part 3 - Lego City


Lepas masuk entrance Legoland...
Boleh pilih nak ke kiri atau ke kanan...
Kanan lebih adventure..
Kiri start dengan theme ringan-ringan..

Oleh sebab ada Hasya..
Kami pilih ke kiri dulu...
Lego City

Junior Driving School & Driving School


Hasya @ Junior Driving School untuk 5 tahun ke bawah


Mek Cha ni memang nekad tul nak kalahkan budak german ni...
Dari awal dia ikut rapat mamat ni...
2 lap mamat ni conquer..
Sampai corner terakhir..
Hasya cilok potong dalam..
Menang juga dia akhirnya..

Padahal driving school ni objektifnya bukan untuk berlumba...
Nak tunjuk safety driving pada kanak-kanak..




Khaleef pulak pergi ke Driving School...
Sebelum dia boleh memandu...
Dia kena tengok video keselamatan jalan raya dulu..
Lepas tu baru boleh drive..

Litar ni panjang & besar banding yg Junior Driving
Siap ada traffic light.. round about..


Boating School

Hat ni sekolah bawak bot pulak..
Khaleef dah lepas 120 cm..
Dia boleh bawa boat sorang-sorang..
Tapi Hasya kena ditemani oleh Papa dia..




Tabahlah tengok mak selfie hokay...
Aku pun tak faham awatnya Hasya & papa dia berhimpit ke kanan..
Sedangkan kiri tu kosong..
Dah nampak cam papa dia gila kuasa..
Berebut stereng bot dengan anak :))

Aku tak dapat bayangkan camne beraturnya kalau g public holiday....
Botnya takde laa sebanyak mana...
Pusingannya pun tak luas..



Legoland Express

Akhirnya dapat juga aku naik sesuatu..

Hahaha.. sian mak badak!!!




Depan stesen keretapi Legoland Express



The Shipyard

Yang ni anak aku jengah-jengah je..
Sebab cam sama je cam playground biasa..
Aku cakap abaikan...
Masa dah tak banyak..

Hehehe.. padahal lum smpi sejam lagi dalam Legoland



Lego City Stage
Ninjago The Realm of Shadow

Akhirnya jumpa tempat yang sesuai dengan jiwa aircond mami...
Pertunjukkan Ninjago..
Cam lebih kurang teater..
Best juga..
Wpun aku tak kena Kai tu sapa :))






Lego City Airport





Nampak Inche Jeman laaaa yang paling puas main

:))


Lego Rescue Academy



Yang ni memerlukan ketiak melecah!!!

Untuk jalankan kereta bomba tu..
Kena pam angin naik turun naik turun..



Dah smpi kat rumah terbakar konon-konon tu..
Nak kena pam air pulak...
Memang keluar air betul-betul...
Kena aim pada api card board..
Sampailah naik kertas hitam..
Kira cam dah berjaya padam api laa konon...

Pastu kena pam balik kereta tu ke tempat parking...


TERJELAN lidah MIJ!!

Kah kah kah!!!

Mak memang tak nak masuk campur hokay!!!
.
.
.