Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Monday, October 17, 2016

Resepi Nasi Ayam Kak Punjel


Nak letak juga..
Walaupun gambar hauk!!
Lapar sangat..
Tak sempat nak snap lawa-lawa..

Nak kongsi resepi sebab sedap wei..

Resepi ni aku dapat kat The Vocket..
Dahsyatkan.. :))

Resepi Nasi

- Rendam beras dalam air kunyit
- Gelegakkan air, bubuh ayam dan rebus 10 minit
- Tumbuk bawang putih + halia sampai lumat
- Tumis guna marjerin bahan tumbuk + kiub ayam (dlm periuk nasi)
- Tos beras masukkan dalam periuk nasi
- Bubuh air rebusan ayam tadi & masak nasi macam biasa

Resepi Ayam

- Bahan perap = tumbuk 2 ulas bawang putih + 2 sudu sos tiram + 2 sudu madu + 1 sudu kicap pekat + 1 sudu minyak bijan + 1sk serbuk lada sulah + 1sk lada hitam
- Perap ayam dalam bahan perap tadi lebih kurang 15-30 minit
- Goreng @ bakar garing

Resepi Sup

- Tumis hirisan bawang putih + halia + bawang merah
- Tuang air rebusan ayam
- Buh laa sayur apa2 pun
- Daun bawang + Daun sup + serbuk lada sulah
- Garam secukup rasa

Setakat tu je..
Sebab kitaorang tak makan sambal merah tu..

Jadilah..

Janji anak2 suka
Makan sampai tak cukup nasi :)
.
.
.

Wednesday, February 3, 2016

Resepi Peria Goreng Berlada


Bahan-bahan

1 biji peria
Cili hidup banyak mana suka
2 sudu besar udang kering 2
1 biji bawang besar
1 biji telur
1 sudu kecik serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara-cara

1- Peria buang biji + hiris nipis + rendam dalam air paip buh garam 1 sudu kecil untuk hilangkan getah & rasa pahit

2- Blender atau tumbuk cili hidup

3- Panaskan minyak dan tumis udang kering + bawang besar hiris

4- Masukkan cili tumbuk/blend + serbuk kunyit + garam

5- Biar kejap sampai cili garing

6- Masukkan peria yang sudah ditos

7- Gorengkan sampai masak

8- Pecah telur sebiji dalam kuali

9- Telur masak + Peria pun masak = SIAP

.
.
.

Saturday, September 19, 2015

Resepi Pekasam Daging goreng petai



Bahan Utama

1- Pekasam daging (potong kecik-kecik)
2- Bawang besar
3- Cili padi hiris
4- Petai

2-3-4 = IKUT SUKA BANYAK MANA NAK


Panaskan minyak..
Goreng bawang dulu...
Ada orang suka goreng pekasam dulu..
Ikut laa mana-mana janji goreng asing2..


Dah angkat bawang..
Goreng pekasam pulak..
Goreng lama sket..
Pasalnya ni daging bukan ikan..


Masukkan cili padi + petai..
Last.. masukkan balik bawang goreng tadi

SIAP!!




Jangan lupa masak nasi 15 minit awal sebelum goreng pekasam..
Ngam2... pekasam siap.. nasi pun masak...
Kalau tak.. jiwa memberontak tengok beras...

 Teringin nak pekasam daging?!!

Kak Zel ada jual..

PEKASAM DAGING SUNGAI KOYAN

150 gram = RM11.00 + RM7.00 Pos Laju
300 gram = RM22.00 + RM7.00 Pos Laju
500 gram = RM33.00 + RM
7.00 Pos Laju


.
.
.
.








Saturday, July 4, 2015

Resepi Tempoyak Sotong

Ada pulak yang PM tanya apa resepi masak tempoyak aku semlm..

Seperti biasa..
Aku selalu masak yg mudah2 je..

Cam tempoyak ni la..
10 minit je pun masak...

Bahan tumbuk = 3 biji bawang kecik + 10 biji cili padi + kunyit hidup 1 inci + garam 1 sudu makan

Panaskan kuali... letak air 1 cawan (kalau tak suka kuah boleh kurangkan)
Campak serai yang dah diketuk sebatang...
Pastu yang tumbuk tadi masukkan semua..

Tgu sampai mendidih sekejap..

Kemudian.. 3 sudu makan tempoyak manis (belum berapa masam)
Ni kira tempoyak baru buat laa..
Aku kurang gemor tempoyak masam..


Biar je mendidih sekali lagi..


Masukkan daun kunyit yang dah di siat..
+ 1 sudu teh gula pasir..

Kemudian....
Masukkan laaa sebarang binatang yang disukai..

Antaranya

Ikan talang masin
Sotong
Udang
Ikan kembong
Ikan tenggiri
Ayam

Ikan bilis aku tak pernah cuba pulak..
Pasalnya aku kurang gemor ikan bilis..


Dah siap!!!!

Ni kalau dapat colek dengan pucuk ubi & petai rebus...

WALLAWEI!!!!!!
.
.
.

Sunday, October 19, 2014

Ikan cencaru sumbat sambal



Resepi sambalnya aku ambik kat Blog Azie's Kitchen

Bawang + Bawang Putih + Halia + Serai + Cili Kering
Kisar pastu tumis...
Masuk garam + gula..
Tambah daun kesum bagi rasa terangkat dan bau harum :)


Pastu sumbat masuk dalam ikan..


Letak dalam magic pan..
Masak sebelah 15 minit..
Sebelah lagi 10 minit...



Walla.. siap..
Tak payah air asam dah...
Sambal tu je dah sedap makan dengan nasi..



Lebihan sambal... buat menu untuk Khaleef dan Hasya
Masuk sos tomato 3 sudu besar..
Madu 2 sudu...
Bawang holland sebiji potong gelang...

Dah jadi ayam masak merah..

Dua menu sekali harung ;)
.
.
.

Wednesday, October 1, 2014

Ikan masak asam serai cili kering



Ni kan...
Sambil pejam mata pun boleh masak :))

Kalau dalam pantang..
Mak aku selalu masakkan ni..
Nak naikkan selera makan..
Bagi ada masam2 sket..
Kalau tidak... indoh mau tolen nasi campur lada hitam..

1- Goreng sebarang ikan laut - perap dulu dgn kunyit dan garam - ketepikan
    (kalau ikan sungai tak sedap kot)

2- HIRIS - sebiji bawang besar, seulas bawang putih, seinci halia, serai 2 batang, 3-4 biji cili kering

3- Panaskan sikit minyak dalam kuali.

4- Masukkan semua yang dihiris tadi dalam kuali.. tunggu sampai wangi

5- Bancuh 1/3 sudu besar asam jawa adabi dengan secawan air

6- Bila bahan tumis dah wangi.. masukkan air asam jawa tadi

7- Masukkan 1/2 biji tomato hiris (sebiji pun boleh.. tp tadi aku nak guna 1/2 lg utk masak merah ayam)

8- Perasakan gula & garam

9- Masukkan ikan goreng tadi

10- Tunggu mendidih... dan siap
.
.
.
.

Monday, July 21, 2014

Resepi Ketam Berlada Telur


Hari tu ada yang minta resepi..
Tapi lupa pulak..
Hari ni dah siap masak baru teringat..
Kalau tak dapat buat step by step :)

Resepi asasnya sama cam goreng berlada..

Mesin cili api + cili merah (kisar kasar)
Alih ke lesung..
Campur bawang hiris + garam + serbuk kunyit..
Tumbuk manja..

Panaskan minyak.. masukkan semua bahan tadi..
Tunggu smpi garing.. Masukkan ketam..
Agak-agak ketam separa masak..
Tuang masuk 2 biji telur..

Lepas tuang tu jangan kacau..
Biarkan je smpi telur keras..
Pastu baru kacau2..

Kalau korang pandai ambik telur ketam..
Boleh laa campur sekali..
10 kali lebih sedap tau!!


Ni boleh dilanjutkan dari bahan tumbuk tadi..

Tumis bawang putih hiris + bawang merah hiris
Masukkan cili tumbuk tadi..
Masukkan udang kering..
Goreng garing2..
Pastu masukkan kangkung..

Tunggu kangkung layu..

SIAP

:)
.
.
.

Saturday, May 31, 2014

Kota Kinabalu Part II - Sup Jagung



Ni pun aku 1st time cuba..
Masa kawan aku from S'wak order ni..
Aku terbayang.. sup jernih dalam tu ada putik jagung...
Pastu akak kedai tu cakap.. sup ni ada isi ketam..
So, rupanya cam sup jernih.. ada putik jagung.. ada isi ketam dikorek...

Suspen juga nak tau apa rasanya..

Aku tanya sekali lagi..
Jagung ke putik jagung?
Kawan aku kata jagung..

Masuk lak dalam imaginasi aku..
Rupa cam bubur jagung..
Yang penuh dengan biji2 jagung :)

Sekali dah sampai..
Cam kat gambar tu ler rupanya..

Sekali hirup..

UMANG..  SODAP!!! bak kata orang Rawo..

Kuahnya pekat..
Ada telur pecah..
Jagung ada.. tapi takde laa banyak...
Isi ketam tu.. rupanya crab stick.. yg kaler merah putih..

Rasa memang best!!

Aku ada tanya resepinya..

Dah dapat.. tapi belum buat..
Barang2 dah beli :)

CARA
  1. Tumis bahan2 cam biasa kita buat sup tu..
    (bawang, bawang putih, halia)
  2. Masukkan air
  3. Masukkan crab stick (boleh tambah ayam kalau mahu)
  4. Jagung (beli je yg dalam tin tu).. jangan banyak sangat.. sup ni mmg kurang jagung wpun namanya sup jagung :)
  5. Bancuh tepung jagung.. masuk periuk.. kacau..
  6. Dah pekat tu.. pecah telur
  7. Last.. perasakan garam + lada sulah + sos tiram

.
.
.

Wednesday, May 21, 2014

Resepi sambal udang petai


Kalau aku yang punya resepi..
Memang dijamin mudah..

Bahan

12 biji cili kering.. gunting dan rendam & air panas.. blend
2 biji bawang besar.. hiris
udang & petai.. ikut suka laa

Cara
  1. Panaskan minyak (jgn sikit sangat) 
  2. Tumis bawang hiris smpi naik bau
  3. Masukkan cili kisar tadi.. tgu la smpi cili masak & garing
  4. Masukkan 1 sudu garam + 2 sudu gula
  5. Asam jawa (hujung sudu) + belacan sikit = bancuh dgn air panas sikit je bg larut
  6. Tuang masuk kuali
  7. Masuk petai.. masak lagi...
  8. Agak2 kaler sambal dah cantik.. masuk udang..
  9. Kacau la sampai udang masak

SIAP

Itu sahaja..
Masa masak.. kurang 20 minit..
Yang lamanya.. nak kopek petai :)
.
.
.

Sunday, April 13, 2014

Resepi ikan sepat masin goreng berlada


Ada yang request..
So, jadikan entry supaya mudah dirujuk kemudian hari :)

Memula sepat tu rendam dulu bagi garam tanggal..
Kalau tak masin mokkk ooiii...

Pastu goreng sampai garing..

Sambil menggoreng tu...

1- Tumbuk 6-10 biji cili padi smpi lumat (kalau nak lagi pedas boleh tambah)

2- Bawang besar hiris dan tumbuk manja
    Tumbuk manja ni maknanya takde laa smpi hancur lumat..
    Sket2 je smpi air bawang tu bercampur dengan cili tadi

3- Tambahkan serbuk kunyit sikit + garam sikit

Siap goreng ikan.. buang minyak tersebut..
Kerana minyak goreng ikan masin ni agak kotor..
Nanti bila goreng cili + bawang jadi hitam..

Ikan masin yang dah siap goreng tu ketepikan dulu..
Buh minyak dalam kuali pastu tumis bahan tumbuk tadi..
Tumis dengan api kuat.. jangan lepa haa.. nnt hangus...

Agak-agak cili ngn bawang dah garing..
Kecikkan api dan masukkan ikan masin serta gaul sebati..
Tutup api.. terus angkat masuk pinggan...
Jangan biar dalam kuali.. nanti cili hangus...

Itu sahaja..

-sekian-
.
.
.

Thursday, February 27, 2014

Resepi ikan bilis goreng berlada


Member request.. so aku bubuh sini..
Ada gak entry hari ni :)

Senang je resepi goreng berlada ni..
10 minit siap!!

1- Panaskan kuali + minyak
2- Masukkan ikan bilis (sementara nak garing... pi tumbuk cili)
3- Tumbuk cili api 5-6 biji smpi lumat
4- Tambah bawang hiris 2-3 biji (saiz sederhana) dan sambung tumbuk tapi bukan sampai lumat.. tumbuk-tumbuk manja je..
5- Tambah 1 sudu teh serbuk kunyit + garam (kalau mahu) dan tumbuk manja lagi
6- Kuarkan ikan bilis dan letak tepi kejap
7- Masukkan bahan tumbuk tadi dan kuatkan api. JANGAN TINGGAL!! nnt cili hangus
8- Agak-agak cili ngn bawang dan garing.. masukkan ikan bilis tadi
9- Tutup api dan gaul sebati

SIAP!!

Nak tau dak.. selain dari makan dengan nasi panas + kicap..
Goreng berlada ni jugak sedap buat sarapan..
Ambik roti gardenier putih tu..
Cicah!! masuk mulut..

Sodap wei.. nak2 ada pulak Teh O panas :)

Selamat mencuba!!!
.
.
.


Wednesday, February 26, 2014

Tomyam Kap Kun Kap...


Seperti biasa..
Kalau dah namanya Rawa..
Takde goreng berlado..
Indoh la sah Rawo ek..

Resepi goreng berlada banyak kali dah kot aku buh..
Sama jelah..
Cumanya kali ni guna cili api..
Bawang lebih sket..
Ikan masin mmg best kalau bawang garing banyak2..


Resepi tomyam ni nak masukkan pulak..
Pasalnya ada kawan aku tanya..
Camne nak masak tomyam rasa cam kat kedai...
Ini resepi mak aku ajar..
Rasa sebiji cam kedai siam punya..

Bahan utama..

Pes Tomyam Mae Pranom

Senang je nak dapat kat kedai..
Hat ni mmg best..
Tak payah nak tambah serai.. limau purut.. daun limau ke hape..
Dia je dah cukup..

Lain-lain bahan cam biasa laa
Sayur mayur yg sesuai ngn tomyam..
Isi-isi seperti ayam, sotong, udang, daging..
Bawang holland potong bulat..
Halia 3-4 hiris..
Tomato belah 4..
Nak pedas tambah cili api..
Daun ketumbar banyak mana suka..
Gula batu, garam, air asam jawa..

Air asam jawa ni..
Pandai2 adjust la..
Masukkan sikit2.. pastu test rasa camne..
Kurang masam.. tambah lagi sket..

Lebuhkan je semua dalam periuk..
Rebus jelah sampai semua dah empuk..
Dah masak..

Jadi laa TOMYAM :)

Satu lagi geng tomyam selain ikan masin..
Ialah.. telur dadar..
Camne nak wat garing cam kedai..
Kena guna minyak banyak smpi tenggelam telur tu..
Api mau kuat..

Itu jelah nak kongsi hari ni :)
.
.
.

Wednesday, January 15, 2014

Resepi Sambal Belacan


Laki i cerewet hokay..
I pulak tak pandai wat sambal pencicah..
Yang pass sambal colek tempoyak je..

Kalau sambal belacan.. mmg failed selalu..
Kalau tekak aku layan je.. janji sambal..
Tapi MIJ kalau tak kena mmg dia tak makan..

Ni aku google2..
Jumpa resepi yang senang..


 Panaskan sesudu minyak
Masukkan 2 biji cili merah + 4 biji cili padi + 3 tomato ceri
Belacan 2 inci

 Goreng sampai layu


 Masukkan dalam lesung batu
Tambah gula 1 sudu teh + garam 1 sudu teh
Tumbuk sampai lumat


Perah limau kasturi sebiji
Kemudian masuk dulu dalam peti ais untuk 1-2 jam
Bagi rasa tu sebati..

Memang perrghhh :)
.
.
.

Saturday, October 12, 2013

Resepi Pucuk Ubi Goreng Berlada Udang Kering


Ni kalau arwah wan aku masak..
Sebelah periuk nasi habis aku makan sorang-sorang..

Kalau mak aku masak lak..
Mesti dengan udang geragau yang halus tu..
Perrrghhhhh !!!

Aku lak.. pandai buat ni dengan ikan bilis @ udang kering sahaja..

RESEPI

Pucuk Ubi bape banyak suka... rebus smpi empuk..
Tos dan PERAH sampai betul2 kering..

Tumbuk cili merah + cili api smpi lumat..
Pastu tambah bawang hiris sebiji + serbuk kunyit sket..
Tumbuk lagi manja2.. jgn smpi bawang hancur.. sket2 udah..

Panaskan minyak..
Tumis yang tumbuk tadi tu smpi garing... + garam sket..
Pastu masuk udang kering..

Pastu masuk pucuk ubi tadi..
Goreng sampai pucuk ubi tu garing!!

SIAP..

Kalau guna ikan bilis lain sket..

Goreng ikan bilis pastu ketepikan..
Tumis cili tumbuk pastu masuk pucuk ubi..
Ikan bilis goreng tadi last masuk sebelum tutup api..

Ni kena makan dengan nasi panas renjis kicap manis..

Perrrghhhh wa cakap lu :)
.
.
.

Monday, August 19, 2013

Resepi Mee Sup Sempoi


Hiris - bawang sebiji, 2 ulas bawang putih, seinci halia
Goreng udang dan asingkan
Tumis bahan2 hiris + bunga lawang + pelaga + kayu manis
Masukkan air
Masukkan sayur mayur + fishcake + fishball
Garam + sikit tomato + secubit kuib ikan bilis
Dah mendidih masuk udang.. tutup api
Celur mee dan tos

Siap :)
.
.
.

Sunday, August 4, 2013

Biskut susu migrain...


Malam tadi namanya lain..
Sebab aku tibai susu S26 Hasya smpi 1 cawan..
So, namanya Biskut S26..

Sebab wat biskut ni..
Aku tido jam 3.30 pagi..
Kul 4.30 pagi dah bangun pulak..
Time ni pening sket.. tapi lepas laa masak nasi goreng...

Pastu kul 9.00 pagi..
Aku dikejutkan pulak dengan panggilan telefon urgent!
Masa ni dah makan kiri kanan punya sakit kepala..
Melekat migrain smpi skang..
Nak makan ubat.. puasa..
So, bertahan laa sampai kul 7.30 malam kang...

Resepi biskut ni simple je..
Aku kalau susah tak berani buat..
Kang jahanammmm...

BISKUT SUSU MIGRAIN

250g buttercup
120g gula caster
2 biji telur
400g tepung gandum
200g tepung jagung
120g susu tepung

Cara

Pukul butter ngn gula smpi kembang..
Buh telur.. putar lagi.. klu nak tambah esen vanilla
Pastu buh laa tepung.. gaul2 smpi jadi doh..
Kalau lembik.. tambah laa tepung smpi jd doh..
Simpan dalam peti ais sekejap..
Pastu terap.. hias.. dan bakar
160 darjah celcius - 25 minit

Khaleef suka sangat smpi aku suh dia benti makan..
Dia sorang je malam tadi satu tray tu habis..
Maknanya sedap ler tu :)
.
.
.

Saturday, August 3, 2013

Biskut Cadburry Cheese - version jahanam


Patutnya camni laa lebih kurang rupa dia..
Kemas giler orang ni punya..
Ni aku cilok gambar kat google..

Hat aku punya kat bawah ni..


Ni rupa aku punya..
Aku takde pisau kerat berlengkok-lengkok tu..
So, aku potong ngn pisau yg ada kat umah ni..

Atas cam okay laa..
Untuk orang keras tangan cam aku nikan..

Namun..


Belah bawah hancus!!

Yang paling hitam tu..
Yang aku bakar kali pertama..
Ikut resepinya 140 darjah celcius + 20 minit..
Aku wat 15 minit je.. hancus hitam legam..

Yang tak berapa hitam tu..
Tapi masih kategori hangus..
Aku bakar 120 darjah celcius + 15 minit..
Tak menjadi jugak..

Yang last..
Ada laa dalam 23 ketui je lagi..
Aku bakar 100 darjah celcius + 10 minit..
Baru laa cam okay sket..
Tapi masih tak lawa jugak..

TAPI!!!

Rasa dia sedap yang hamat hokay..
Walaupun yg legam tu..
Rasa pahit telah ditelenggami oleh coklat Cadburry yang sedap :)

RESEPI (untuk 80 ketui)

Bahan A
100g mentega
40g shortening
50g gula icing
1 biji kuning telur
1/2 sudu besar esen vanilla
50g cream cheese

Bahan B
200g tepung gandum
40g tepung jagung

Cara Buat

  1. Pukul bahan A hingga sebati
  2. Masukkan bahan B dan gaul smpi jadi doh
  3. Masukkan dalam peti ais lebih kurang 15 minit
  4. Gelek doh pastu susun coklat (ada yang potong dulu baru buh coklat)
  5. Potong ikut bentuk coklat
  6. Bakar guna API BAWAH shj
    (korang try test cuba laa tgk bape minit & celcius yg OK)
 .
.
.

Sunday, July 7, 2013

Resepi Sambal Nasi Lemak sedap...


Aku dah lama cuba buat sambal cam kat kedai nasi lemak..
Tapi selalu tak jadi..
Terlebih asam la.. kurang rasa la.. kurang pedas la.. pahit laa..

Sampai laa semlm..
Anak buah aku PID dtg join program kat sini...
Bawa nasi lemak dan sambalnya sedap sangat..

Aku minta resepi..

Rupanya resepinya mudah betul..

Bahan-bahan

Cili kisar (ikut laa bape banyak)
Bawang besar hiris nipis (ikut gak banyak mana)
Bilis (segenggam)
Garam
Gula

Cara-cara

Panaskan minyak..
Masukkan ikan bilis dan biar sekejap..
Masukkan bawang hiris.. biar smpi baik bau..
Masukkan cili kisar.. goreng sampai cili masak..
Masukkan garam
Rasa cam cili dah masak.. dah garing..
Masukkan gula lebih sket.. kira seganda-dua dari garam..
Masak lagi sampai laa dapat kaler yang dikehendaki..

Senangkan.. :)

Rasa memang sedap..
Wpun tak setanding yang kawan aku masak tu..
Tapi hat ni pun OK..
.
.
.