Jenuhnya nak ingat...
Ni baru Darjah Dua punya silibus..
Kang dah Darjah Enam..
Apa pulak dia jumpa..
Digraf ialah dua huruf konsonan (selain a, e, i, o, u) yang hadir secara berturut-turut yang mewakili satu bunyi dalam perkataan.
Digraf dikenali juga sebagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Dalam Bahasa Melayu, terdapat lima dwihuruf berbeza untuk konsonan:
gh mewakili /ɣ/ (geseran velar bersuara) - dipinjam dari bahasa Arab, contohnya: ghairah, Afghan dan baligh.
kh mewakili /x/ (geseran velar tak bersuara) - dipinjam dari bahasa Arab, contohnya: khidmat, akhbar dan tarikh.
ng mewakili /ŋ/ (sengauan velar)
ny mewakili /ɲ/ (sengauan lelangit)
sy mewakili /ʃ/ (geseran belakang gusi tak bersuara)
Contoh perkataan digraf:
ng - nganga, bunga, singa
ny - nyamuk, nyanyi, nyala
kh - khabar, khas, khamis
sy - syampu, syabas, syarikat
gh - ghazal, ghairah, ghaib
______________________________________
Konsonan bergabung atau konsonan rangkap pula ialah gabungan 2 huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Ia adalah gabungan 2 konsonan selain daripada gabungan konsonan yang membentuk digraf.
Perkataan yang mengandungi konsonan bergabung kebanyakannya adalah dipinjam daripada Bahasa Inggeris.
Contoh perkataan konsonan bergabung:
kompleks, konkrit, skuter, traktor, drama, teks, stadium, strawberi, dll
.
.
.