Nuffnang Ads
Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)
Showing posts with label D30KG. Show all posts
Showing posts with label D30KG. Show all posts
Monday, January 30, 2012
D30KG - tamat bulan pertama
Hapdet hari ni jer..
Sebab esok aku dah start cuti..
Konpem sibuk wat kek :))
Konon laa sangat!!!
Anyway, oklah tu..
Dari 126.2kg.. tamat Januari.. jadi 123.9kg
So, total penurunan ialah 2.3kg
Tak tercapailah target nak turun 3 kg untuk bulan ini..
Salahkan diri yang selalu lupa diet..
Bila balik rumah mak sendiri..
La ni weekend jer bertunggu tanggak laa kat Gumut Tambahan nun..
Kan adik aku nak kahwin..
So, atas tiket anak kesayangan mak..
Mak aku tentu je masak best2 utk anak comei dia ni..
Kena lak aku ler tinggal paling jauh dengan mak aku..
Heheheh.. jauh laa sangat 7km tu :))
So, peserta lain apa kes?
Jangan lupa hapdet dekat KMMK esok ye..
.
.
.
Tuesday, January 24, 2012
Hello D30KG
How are you people?
Cuti.. diet pun cuti :)
Kena lak aku dok lepak umah mak aku sepanjang cuti CNY ni..
2 hari berturut mak aku masak cikmak...
Sambal telur laa.. sambal ayam laa..
Semalam roti canai pulak.. 3 keping u ols..
Pastu dah dok umah mak kan..
Lupa dah.. malam tak leh makan..
Siap makan nasi 2 pinggan..
Pastu malam last tu belasah pizza..
Pagi ni dah seram nak timbang..
Takut pergi 130kg terus..
IT ISN'T hokay :)
Berat akak pagi nan indah ini..
Selepas makan nasi goreng sepinggan..
Adalah 124.5kg..
Sebab lupa timbang sebelum makan..
Akak rounded jadi 124.0 kg jelah.. (sesuka hati :)) )
Malam tadi dah balik umah sndr..
Stop balik laa makan malam..
Nampaknya.. setakat ni...
Tidak makan malam membuahkan hasil..
Wpun lembab2 gitu..
Jadi laa pada tak turunkan..
Aku pun tak stress sebab masih boleh makan cam biasa :)
So, member2 lain apa kes?
Sapa2 yang hapdet citer pasal d30kg ni..
Leh laaa roger2 kat group KMMK sanun :)
.
.
.
Tuesday, January 10, 2012
D30kg - Pendaftaran tutup hari ni

So, sapa2 yang belum bertindak..
Sila masuk KMMK dah masukkan nama anda sendiri..
Sapa yang dah bubuh nama..
Jangan berlengah lagi..
Diet laa skang..
Aku dah 2 hari tak makan nasi malam..
Makan lain2 masih sama..
Tapi kuantiti nasi dikurangkan..
Pagi tadi timbang, dah turun 1kg :)
Seperti biasa..
Bila diet sket.. mood mula terumbang-ambing..
Asyik nak marah je..
Yelah.. kena masak dinner..
Tapi tak boleh makan dinner..
Mahu tak angin ye tak?!!
Ekceli.. aku makan je malam..
Tapi makan ikan bakar cicah kicap..
Tak makan nasi jelah kiranya pun..
Satu lagi yang ditinggalkan..
Ialah air bergula.. skang ni air kosong sahaja..
Yang lain-lain, apa perkembangan kamu semua?!!
Jangan hot-hot chicken shit tau..
(peringatan untuk aku gak ni)
.
.
.
Sunday, January 8, 2012
Strategi diet bulan pertama

Aku tak nak diet membabi buta lagi cam lepas-lepas..
Sebab resultnya seketika cuma..
Maka, mulai sekarang..
Kena diet ikut plan..
Untuk bulan yang pertama ini..
Target rendah je..
Nak turun 3kg sebulan..
Mulai hari ini..
Makanan yang membawa keburukan akan dikurangkan sedikit demi sedikit..
Yang membawa kebaikan akan ditambah ke dalam menu..
1- Tiada lagi makan nasi 4 kali sehari..
Akan dikurangkan kepada 2 kali sehari.. (sarapan dan lunch)
Nasi tak leh nak ditinggalkan terus.. Hasya masih BF..
2- Tidak boleh tambah nasi..
Skang ni tak tambah 2 kali.. tak sah :)
3- Untuk permulaan.. 2 senduk
4- Air kosong - 4 liter sehari
5- Senaman bila sempat
Nak hari2 tak sempat ler aku..
Maklum laa.. aku ni sensorang je nak nguruskan semua hal..
Sakit tumit menjadi-jadi skang ni wei..
Kalau dah baring @ duduk, nak bangun balik..
Rasa cam pijak paku punya sakit..
I HATE MYSELF AND I WANT TO DIEt :)
.
.
.
D30KG - dah turun 80kg
Ramai yang anta penyertaan tak menepati syarat utama..
Anda mesti berberatkan atas 80kg!!
Diulangi... 80KG ke atas..
Sebab.. berat ni je yang logik nak turun 30 kg..
Kalau anda berat 62kg... turun 30kg.. tinggal 32kg?!!!
APA KES?!!!
Untuk yang lain-lain..
Berat 54.8kg, berat 71.2kg, berat 79.3kg dan sebagainya...
Ada yang akan organize contest diet yang baru di KMMK...
Dengar kata awal bulan Febuari akan dijalankan..
Anda boleh sertai program tersebut..
CONTEST MANA TAK PENTING...
JANJI MISI KITA UTK TURUNKAN BERAT!!!!!
p/s: Sapa nak join, boleh pergi KMMK dan isi document kat sana.. tarikh tutup 11.01.12 petang
.
.
.
Anda mesti berberatkan atas 80kg!!
Diulangi... 80KG ke atas..
Sebab.. berat ni je yang logik nak turun 30 kg..
Kalau anda berat 62kg... turun 30kg.. tinggal 32kg?!!!
APA KES?!!!
Untuk yang lain-lain..
Berat 54.8kg, berat 71.2kg, berat 79.3kg dan sebagainya...
Ada yang akan organize contest diet yang baru di KMMK...
Dengar kata awal bulan Febuari akan dijalankan..
Anda boleh sertai program tersebut..
CONTEST MANA TAK PENTING...
JANJI MISI KITA UTK TURUNKAN BERAT!!!!!
p/s: Sapa nak join, boleh pergi KMMK dan isi document kat sana.. tarikh tutup 11.01.12 petang
.
.
.
Diet 30 kilogram - D30KG
Akak mula ESOK!!!!
Sapa-sapa yang kata nak join hari tu..
Sila laa mula gak dalam minggu depan..
INGAT!!!
Diet ni bukan untuk turun 30kg dalam masa sebulan..
Tapi SETAHUN!!!
So, dalam sebulan lebih kurang kena turunkan 2kg - 3kg
Nak diet... impian kena realistik..
Tak payah nak berangan 10kg sebulan..
Akak dah bosan diet yoyo ni..
Bila ada contest diet poyo-poyo..
Bila abih contest diet pun kelaut..
So, sapa yang nak sama-sama diet setahun ni..
Boleh tinggal comment kat entry ni..
Tak pun PM FB aku..
Make sure korang join FB Kumpulan Manusia Mahu Kurus..
1- Nama
2- Berat sekarang
Kita update laa sekali sekala ek.. at least sebulan sekali..
Tak payah laa tetiap minggu nak snap gambor tepek kat blog, FB apa bagai..
Selalu-selalu timbang pun tak elok..
Kali ni kita wat diet slow and steady hokay..
Takde tekanan..
Cuma nak pastikan.. by the end of 2012..
Kita semua adalah orang yang baru..
Sebagai penaik semangat..
Ada hadiah yang menanti peserta yang berjaya turun 30kg..
Dan nanti akak akan cari juga org yang nak sumbangkan hadiah..
GOOD LUCK !!!!
.
.
.
Wednesday, January 4, 2012
Aku dan Makcik Rehan
MR... jangan carutzzz kan aku pagi2 ni tau..
Jenuh aku korek google nak cari gambor ayu gebaboom ngko ni tau..
Seperti yang dihangatkan minggu lepas..
Aku ngn MR nak diet all out (laaa sangat)..
Tapi tetiba aku ada masalah susu merudum teruk..
Hilang jap semangat nak diet tu..
Tapi pagi tadi selepas naik timbang..
PANGGIL AKU GILA KALAU TAK SEDAR DIRI LAGI NAK DIET..
Berat aku dah 125.7kg..
Sama berat masa aku mula pregnant Hasya dulu..
Tapi, masalahnya aku tak pregnant!!!!
Oleh itu.. bermula Isnin depan..
Aku akan diet..
Ni takde contest montest ke hape..
Aku nak diet setahun sepanjang 2012..
Aku nak turunkan 30kg..
Kalau berat aku turun 30kg..
Lebih kurang cam gambor kat atas ni laaaaaa...
Masih buruk jugak..
Tapi masuk dalam kategori ampun lagi ler...
So, MAKCIK REHAN a.k.a BEHFREN FASRAH FOREBER...
Are you ready?!!!
CABARAN TURUN 30 kg!!!
Sesapa yang mahu bersama kami..
Leh tinggal kat komen..
Nanti akak pollow up hokay..
Yang akan diterima join bersama..
Hanya yang berat atas 90kg sahaja..
.
.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)


