Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, September 26, 2021

Mr Queen


Antara drama yang best tahun 2020
Tayangan dia hujung tahun membawa ke awal 2021
Genre romantic comedy, fiksyen, joseon

Ikutkan Kak Zel kureng sket drama historical ni
Kak Zel start tengok drama ni pun lambat
Dah tengok.. best la pulak


Mula ingat ni hero
Mmg la hero pun
Tapi suara dia je
Dianya ada laa kejap kat awal-awal
Kemudian kat hujung-hujung

Start drama dia pasal Jang Bong Wan ni laaa
Dia dari current time zaman now
Dia seorang chef di Blue House (white house Korea)

Heroin pulak dari zaman Joseon


Satu hari, disebabkan satu insiden Jang Bong Wan ni terjatuh ke dalam air
Dalam sedar tak sedar tu dia nampak seorang perempuan
Lepas jumpa tu dia terus tak sedarkan diri
Bila dah sedar, mereka berdua ni sudah bertukar badan

Jang Bong Wan masuk ke dalam badan Queen Kim So Yong
Dan dia sudah berada pada zaman Joseon
Masa ni suara dalaman guna suara Choi Jin Hyuk
Kim So Yong ni sebenarnya bunuh diri dengan terjun dalam tasik

Kiranya roh dia adalah seorang lelaki yang kerja sebagai Chef
Tapi badan adalah milik seorang perempuan yang bakal jadi Queen
Itu sebab laaa tajuknya Mr Queen


Dia ni berlakon best
Rasanya takde pelakon lain yang boleh ganti tempat dia berlakon dalam drama ni
Watak dia dalam ni jadi lelaki berbadan perempuan
Dengan kasar dia, no manners dan buat apa ikut suka hati dia je

Masa di zaman Joseon ni, sebenarnya dia dah dekat nak kahwin dengan Raja Cheol Jong
Perkahwinan yang diatur oleh nenek raja
Nenek kepada Raja ni dia dari Kim Clan
Jadi dia nak menguatkan keturunan dia, itu yang dia cari bakal permaisuri dari kalangan clan dia juga

Raja tak suka
Dia ada pilihan hati dari Clan musuh nenek dia
Tentu jelah nenek dia tak setuju
Kira Raja ni dia raja atas nama jelah
Semua keputusan adalah di tangan nenek dia



Dia ni pulak masa jadi Kim So Yong, tak peduli apa
Yang dia peduli ialah nak balik ke zaman asal dia tahun 2020
Macam2 cara laa dia cuba

Lama kelamaan dia sedar yang banyak konflik dalam keluarga di Raja
Dia pun confuse nak follow sapa untuk selamat
Raja tak percaya dia sebab depa lain Clan
Nenek Raja dan makcik dia pulak asyik nak mengenakan dia

Disebabkan dia dulu adalah seorang Chef
Dia menggunakan kepakaran dalam bidang masakan untuk ambik hati nenek Raja wpun akhirnya nenek Raja cuba bunuh dia.

Dia kahwin je dengan Raja tu mengikut perancangan
Kekasih Raja pulak diambil jadi gundik
Dan jiwa dia lelaki, dia tak kisah apa pun pasal Raja

Tapi lama-lama bila badan dia yang kat tahun 2020 tu mula nak sedar
Ingatan Kim So Yong yang sebenarnya mula masuk 
Sikit-sikit dia faham la Kim So Yong yang asal ni camne orangnya

Kom So Yong yg sebenarnya ni memang cinta kat Raja Cheol Jong ni tapi dibolayan
Satu sebab dia clan Kim 
Lepas tu Raja dah ada makwe pun
Makwe dia ni cam jahat juga laa sikit-sikit



Sudahnya Raja Cheol Jong jatuh cinta juga pada Kim So Yong
Lama baru dia sedar yang Kim So Yong yang ada tu bukan orang yang sebenar
Raja ni pulak banyak masalah dengan takhta dia sebab nenek dia sangat berkuasa
Ditambahkan pulak dengan pembesar-pembesar negeri yang jahat

Ada 2nd hero tau drama ni


Ni 2nd hero
Dia ni sepupu Kim So Yong dan dia suka queen dari depa kecik lagi
Sedihlah kisah dia ni
Sampai hujung nyawa dia punya jaga Kim So Yong


Secara keseluruhannya, drama ni sangat menghiburkan
Tak berat sangat dan banyak aksi komedi

.

.

.

Wednesday, September 15, 2021

Cuti-Cuti Covid Fasa II - Manjung - Lumut - Teluk Batik

Nampak cam lama je perginya
Sekejap je..
Sampai petang Selasa, tengah hari Rabu dah balik Tg Malim

Omak kilen ni orang meniaga
Walaupun online, tak boleh lambat-lambat settlekan order kat Shopee


Pergi Ipoh hari tu tak puas lagi hati dia
Hari-hari bising ajak pergi jalan
Kebetulan Papa pula cuti lama sampai Hari Malaysia
Moh ler cuti-cuti dalam Perak

Janji dapat naik kereta lama sikit
Dapat tido hotel
Makan boleh order Food Panda
Pasalnya Covid masih tinggi lagi


Pilih Hotel Ritz Garden Manjung
Pasalnya ada bilik Family & luas
Dah rancang nak lepak bilik je kena laa cari yang luas dan selesa

Tak cari pun yang ada kolam renang
Belum berani lagi nak bagi bebudak ni dekat2 dengan orang

Antara syarat nak menginap di hotel

1- Ibu dan bapa mesti full vaccine dan sudah cukup haul dia

2- Mesti ada surat kebenaran perjalanan, surat MITI atau surat kerja

Aku buat book ikut Agoda
Tapi sebelum tu call dulu hotel untuk confirmkan apa2 dokumen yang perlu

Maknanya kalau saja-saja nak tido hotel tanpa tujuan 
Masih belum dibenarkan

Kak Zel ada surat apa??

Ada laa... rahsia!! 😆



Abang dengan Kakak dia harap boleh ikut jelah
Sampai hotel tak boleh gerak ke mana dah
Bawa Adik jelah jalan-jalan

Mula tu ingat nak lalu je tepi pantai dalam kereta
Lepas tu tengok cam takde ramai orang
Masuk laa kawasan parking Teluk Batik

Ada la orang,tapi takde la ramai
Boleh nampak kat gambar tak berapa ada orang

Boleh la bawa Eshaal jalan-jalan tepi pantai
Penakut budak nih
Pasir takut.. air laut takut.. 


Suka laa dia dapat jalan-jalan setelah lama terperuk kat rumah
Boleh rasa dalam 3 orang anak aku
Dia ni paling terkesan PKP lama sangat
Ikut pergi kedai tak boleh masuk kedai
Ikut pos barang, tak boleh masuk pejabat pos




Sebab mengejarkan nak pos barang-barang dagangan
Check out je hotel terus pecut balik Tg Malim
Wpun esok masih cuti, tak dapat nak teruskan holiday

Next time la ye anak-anak kita pergi lama sikit

Biasa skang ni kalau holiday biasanya 4-5 hari baru balik rumah
Tapi sebab ni tiba-tiba je, mami tak sempat nak bersedia utk On Vacation pada kedai Shopee

Jadi laa tu wpun tak sampai 24 jam holiday 😂
 

.

.

.

.

Saturday, September 4, 2021

Budak Nak Sekolah


Mami ni yakin tak yakin je baby Eshaal dah nak mula sekolah 2022 nanti
Abang dengan Kakak dia mmg cepat sekolah
Khaleef 3 tahun lebih dah sekolah
Hasya, genap 4 tahun start Pasti

Eshaal ni sebenarnya tahun 2022, ikut umur sekolah dah 5 tahun
Tapi, sebab dia lahir hujung November
Rasa cam kecik sangat pulak lagi

Dengar kata sessi persekolahan tahun depan mula bulan Mac kan
Lama la lagi tempoh mami nak bersedia
Eshaal pun masih pakai diaper lagi
Satu lagi masalah dia, cakap tak berapa lagi
Kadang2 ada bunyi butir apa dia nak bagitau
Tapi selalunya susah nak faham dan dia suka bunyikan bunyi yang sama
Contoh.. tititi titi tiitittiii

Nak pulak Eshaal dapat Pra-Sekolah SKHB
Sekolah kerajaan
Bukan senang suka-suka nak berhentikan anak sekolah kalau rasa tak sesuai
Peraturan sekolah pun sama laa cam sekolah betul
Lain cam kakak dengan abang dia masuk Tadika 
Khaleef dulu sebulan tak pergi sekolah pun pernah

Saja-saja cuba je memohon hari tu
Rezeki Eshaal dapat la pulak
Bukan senang nak dapat pra sekolah umur 5 tahun!!

Semoga semua baik-baik sahaja
Yang pasti, mami dia akan tunggu berhari-hari kat bus stop tepi sekolah pra
Sedangkan Kalep yang tua tu aku boleh jengah selang sehari kat hostel
Inikan pulak baby momei aku 😆