Aku start emosi dari Sabtu lepas.. Ikutkan tak payah pun nak benci sapa-sapa.. Tapi kalau dah emosi benci tu muncul.. Benci laaa namanya kan...
Dah laaa di hujung-hujung mengandung ni.. Masalah kesihatan tu satu hal ler.. Itu pun lebih kurang semua sudah beransur baik.. Kecuali baby yg kadang2 normal.. kadang2 breech..
Aku tetiba meluat dengan pekerjaan Inche Izman.. Pastu meluat dengan majikannya.. Pastu meluat dengan PM Pej. Pos lain yang takde hati perut.. Pastu meluat dengan Pegawai HR yang cam phundekssssss... Pastu meluat dengan orang-orang yang anggap ni masalah enteng..
Mana aku tak benci..
Dengan bersusah payah.. Aku sanggup booking dekat private hospital.. Biar pun mak aku yang bayarkan.. Tapi duit tu tetap laa duit jugak.. Kurang2.. kalau normal dalam 2.5K.. kalau ceaser, mau lebih 5K.. Sebab utamanya.. NAK PILIH TARIKH..
Supaya laki aku tu tak payah tergesa-gesa.. Ter"emergency" nak balik dari Temoh ke sini.. Tak payah nak risau kot bini tetiba nak beranak malam-malam.. Senang dia nak atur cuti cemana gaya nanti..
Tetiba.. dengan cam takde apa yg berlaku. Sabtu malam lepas.. Inche Izman bagitau.. mungkin dia takkan dapat bercuti lansung.. Sebab.. PM Pej. Pos ganti habaq kata takde sapa nak ganti dia.. Awal tahun semua pej. pos sibuk dengan ASB..
Padahal aku dah rancang nak bersalin.. 3 Januari 2011.. Hari Isnin.. So, cuti ehsan 3 Jan - 5 Jan.. Ambik cuti 6 Jan - 7 Jan.. 8 Jan Sabtu pertama - 9 Jan hari Ahad..
Total sumer.. SEMINGGU JE AKU MINTAK.. Bukan nak suh sebulan laki cuti pun..
Kalau laki aku tu kerja Tentera Pengaman PBB ke.. Aku leh terima lagi aku beranak dia tak dapat balik..
Dah ler sepanjang kehamilan ni.. Semua aku hadap sorang-sorang je.. Orang lain kalau bini masuk spital.. Sejurus kemudian tiba laa laki dia kat spital.. Takpe.. aku redho je.. sampai aku check-out pun laki aku tak muncul2.. Kalau takde adik-beradik aku.. Silap2 tunggu bas kat Slim River tu nak balik Tg Malim..
Tu nasib baik pi spital boleh naik ambulance.. Kalau tak.. terhegeh2 laa ngn kepala pening berputar-putar.. Drive tora terbang tu g admit..
Ni sampaikan aku nak beranak pun tak dapat nak pi spital.. Rasanya.. dah memang wajib aku nak memaki hamun tu.. Wpun tak jelas sapa yang aku nak maki.. Yang jelas.. aku hanya boleh maki dalam hati..
Tak payah suruh bersabar.. Dah lama sangat aku bersabar ni..
Aku bukannya nak doakan yang buruk-buruk.. Tapi ingat laaa.. dunia nikan cam roda.. Pada orang-orang yang terlibat.. MENIDAKKAN HAK Inche Izman untuk cuti ehsan bini bersalin..
Ingat ye.. Satu hari benda ni aku doakan berbalik pada korang balik.. Time tu.. ingat-ingat laa..
AWAK PUN PERNAH BUAT KAT ORANG LAIN CAMTU... . . .
Korek-korek gambor masa Kalep rambut panjang.. Tak sampai hati nak tepek rambut kojek dia..
Setelah hampir semgu dok umah nenek.. Malam tadi aku pujuk gak balik Tg Malim.. Mula-mula takmo.. Aku datang je terus menyorok dalam bilik.. Siap kunci pintu..
Dah 2 jam aku kat sana.. baru mai tunjuk muka.. Baru igt nak peluk cium mami dia.. Tapi tak cakap lagi nak balik..
Sekali tengah main luncur-luncur atas lantai guna sarung bantal.. Salah landing.. terus tersembam.. sampai calar dahi.. Baru ler.. "MAMI JOM KITA BALIK..." Hehehe.. berjaya gak bawak budak Ahmad balik..
Pagi ni tanya nak pi umah Nenek tak? Jawapannya.. TAKMO :) Tapi mami akan anto gak ngko nanti petang.. Sbb ada nak cek BP petang kang dengan esok..
On d way g umah Wan..
"MAMI PLEM..."
"Plem apa?"
"PLEM MAMI..."
"Apa plem tu?"
"PLEM TU MINTAK TOLONG.."
"Please?!!"
"YE MAMI.. PLEASE!!!"
Hehehe jauh tul bunyinya... Kalau dia sebut YIS pun aku leh tangkap lagi.. Ni sampai ke PLEM...
Apa yang di PLEASE kan tu.. = tak tau laaa... . . .
3 hari 2 malam bergelumang dengan 3 budak BAEEEKKK SESANGAT ni.. Lama tu jugak ler adik aku check-in kat KKB.. Terasa bertuah hari tu aku check-in kat HSR.. Ternyata HSR, 8 kali lebih best dari KKB..
Siang-siang bagi depa 3 ni main sepuas hati.. Memang sangat puas.. Sebab rumah Hajah Norlia la ni berwajah baru.. Camne wajahnya.. Nanti aku wat entry lain..
Malam.. kakak Sara padam paling awal.. Pastu nenek depa.. pastu mami depa.. Cam biasa tinggal Kalep sama Kayra.. Yang sama-sama akan tunggu TV..
Kesudahannya.. Kayra akan tido sama abang.. Bila nenek bangun.. baru dia ambik Kayra.. Dalam banyak-banyak orang.. Abang Kalep jugak yang Kayra pilih utk tidokan dia..
Penat rupanya kalau ada anak 3 orang umur rapat2 ni.. (Azrin Sg Pelek... SAYA KAGUM SAMA AWAK!!) Kena lak time ni aku pun dah sarat giler.. Mana nak jeritkan yang besar 2 orang tu.. Lagi yang kecik yang tak reti duduk diam...
Kalau sorang nak susu.. lagi 2 follow.. Pastu kalau tak bertangguh.. 3 biji botol kena basuh.. Kalau malam.. malas nak bangun2... Esoknya 9 biji botol kena basuh sekali gus.. Huhuhuhu.. sangat penat..
Nak mandikan satu hal pulak.. Puas berjerit nak suh sorang2 mandi.. Yang si tecit plak.. Adeh.. berak dalam diaper.. Akak dah lama tak handle hokay najis2 sebegitu..
Apa-apa pun.. Ibu depa dah selamat kuar spital.. So, aku pun heret anak aku balik Kota Malim.. Dengan ucapan pada mereka di Gumut Tambahan..
ESOK JANGAN CALL-CALL ALONG AJAK KE MANA-MANA.. GUA MAU REHAT KAT UMAH..
2 minit lepas pesanan itu.. HP laki aku berbunyi..
"Handphone Along tertinggal kat umah mama.."
Aku senyum penuh makna.. Sambil hati berkata-kata...
Betui laa kan.. Lansung tak henkem rambut kojek camni.. Kalau si Asyraf anak MR.. nmpk ler comeinya sbb putih..
Hari ini dengan penuh muka masam.. Terpaksa ikut mami datang pejabat... Rancangan asal.. pergi sekolah nenek main TINPONG (Ping Pong).. Tapi disebabkan ada hal tak dapat dielakkan.. Tak jadi ler pi main tinpong..
Halnya.. pagi ni adik aku (ibu Kayra & Sara) lak masuk spital.. Halnya pun yang sama cam aku gak.. High Blood Pressure (PIH).. Tapi dia punya lagi dahsyat dari aku.. Bacaan sistolik (bawah) memang atas 100 je.. So, pagi ni naik ambulance ler ke HBKKB..
Aku pun half day gak hari ni.. Esok sangat mungkin.. adalah cuti.. Yelah.. masa aku masuk spital, dia jaga anak aku.. Ni masa dia pulak.. giliran aku ler jaga anak dia.. . . .
Aku terima pendapat dia dengan lapang dada.. Hati terbuka.. minda waras..
Aku bukan cakap sebab tolak rezeki.. Bukan sebab aku benci ada anak ramai.. Bukan sebab aku takde duit nak ada anak ramai..
TAPI..
Sapa-sapa yang ikuti LWC dari awal.. Dari zaman mula2 aku try to conceive tapi tak berjaya.. Ingat tak ada satu Doktor "S" Yang telah mengeluarkan pendapat...
KALAU AWAK NI MENGANDUNG.. BUKAN TAKAT MENYUSAH DIRI.. BAHKAN MENYUSAHKAN ANAK DALAM PERUT...
Ini dia cakap depan-depan muka aku hokay..
Masa tu.. nyaris tak tukar hijau je lagi.. Hanya takat bergaduh mulut je dengan doktor itu..
Selepas disahkan aku pregnant.. Rasa cam nak anto kad ucapan takziah pada doktor tu.. Sebab telahan dia mengatakan aku takde peluang untuk mengandung lagi.. Adalah SALAH!!!
Tapi lepas hari demi hari.. minggu demi minggu... bulan demi bulan.. Baru laa aku terfikir balik.. Apa yang doktor itu cakap adalah BETUL!!!
Walaupun bagi aku yang mengandung ni.. Perkataan MENYUSAHKAN itu sangat kurang ajar.. Tapi hakikat sebenarnya.. itu laa aku lalui selama 8 bulan ni.. Stress tak payah cakap laaa... Dah hujung-hujung ni baru aku rasa cool sket..
Kandungan kali ini.. Aku diawasi oleh 3 oleh pakar O&G.. 2 orang pakar Dietician.. Dan 1 orang doktor biasa..
Isnin lepas.. aku jumpa O&G spital gomen.. Masa tengah check up.. Dia tanya soalan..
INI ANAK KE BERAPA? kedua... YANG SULUNG LELAKI KE PEREMPUAN? lelaki... BERAPA UMUR DIA? 4 tahun..
Lepas tu terus dia cakap..
Awak ni dah masuk kategori beruntung... Sebab orang yang obese selalunya sangat susah untuk mengandung.. Awak dah nak masuk dua orang..
Lepas tu dia sambung..
LEPAS NI NAK MENGANDUNG LAGI TAK? .................... (jawapan dot dot :))
OK, saya cuma nak nasihat.. Dengan berat badan awak lebih 120kg.. Lagi dengan umur yang melebihi 30 tahun.. Ada pulak darah tinggi & kencing manis..
KEHAMILAN AKAN DATANG AKAN LEBIH BERISIKO TINGGI
Takat tu je doktor tu cakap.. Tapi aku pun sekolah tinggi jugakkan.. Dah paham ler tu hint-hint yang dia nak sampaikan..
TAPI... TAPI... TAPI...
Cam mahu seorang lagi ASAP lepas baby girl ni lahir.. And hopefully baby boy pulak.. Sian lak Khaleef, dia sorang je terkontang-kanting.. Cousin2 dia belah mana-mana pun.. sumer pompuan..
Hehehe.. berserah jelah pada Allah.. Kalau dah memang tertulis rezeki dua orang je.. . . .