Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, February 6, 2011

Stok sangat ler...


Ni permintaan khas dari Tok Guru aku..
Nak tengok stok aku yang dah ada..
Ni ler yang ada pun...

Ikutkan aku dah mula mengepam dan simpan smgu lepas bersalin..
Tapi.. dah Hasya malam2 dok tibai susu stok jugak..
So, takde laa banyak mana..

Yang dari bulan Jan punya lansung dah abih..
Ni 10 bekas.. sumer bulan Februari punya..

Hari ni punya target..
6 oz fresh milk utk anto ke umah MIL esok.. (br dpt 1.5oz)
Bersama dengan 2 bekas beku x 3 oz utk stand-by..

Perancangan penyusuan..

Kul 8.00 pagi sampai umah MIL dan terus direct feeding smpi kul 8.45 pagi..
9.00 pagi pergi pejabat..
Harap-harap cukup dengan guna fresh milk utk 2 kali menyusu..
Kul 1.00 tgh Mami pun balik..
So dah boleh direct feeding..
Dan harap2 ada bekalan dibawa dari pejabat :)

MOTIF nak pi keje wpun gaji takde?!!

Aku pun belum pasti apa motif..
Yang pasti aku bukan pi nak bekerja pun..
Saja nak cek situasi semasa je..
Rabu confirm dah cuti.. sbb Hasya inject 1 bulan..
.
.
.




Saturday, February 5, 2011

1st Day Hasya

Ni gambar-gambar dari camera..
Hari tu tak dapat nak letak dlm blog..
Sbb lepas beranak tak tau camera dok mana..

Ni baru jumpa balik..

So, sempena Hasya dah 30 hari..
Layan....

Ni sejurus sebelum pi bilik operation..
Dah pucat lesi kepenatan baring dari kul 9.00 pagi..
Time ni dh lebih 11 jam..

Inche Izman dah ready nak masuk bilik operation..
Time depa tengah buat persediaan tak leh masuk lagi..
Dah belah perut.. baru depa panggil suami masuk teman..

Hasya - 10 minit lepas keluar..
Berdarah lagi tu..
Sekeping ni je laki aku snap..
Jadi laa.. aku tau dia pun penat & panik sumer ada..


Dah anta masuk bilik..
Time ni nurse suh bagi susu badan..
Tapi aku pun tak reti camne nak bagi..
Yang hairannya.. Hasya pandai pulak cari nak nenen..





.
.
.

Friday, February 4, 2011

Emosi..

Nak-nak bila time tak bergaji ni..
Status gaji pun tak tau camne.. ada ke tidak..
Keje lagi ke tidak..
Semua tak confirm..
Apa yang confirm?!!

KEPALA #@*&*&%!# LU LAAAA!!!

Berbalik pada emosi terganggu aku semula..

Skang ni sumer nak meluat..
Kena lak aku takde keje nak buat kat umah..
Selain dari menyusu anak.. memerah susu.. menidokan diri & anak..
Makan.. tu jelah keje..

Maka aku ada banyak masa nak tebeng kat blog org.. kat FB org..

Pastu bila dah baca.. Meluat pulak..
Tapi sbb takde keje.. aku terjah gak pergi baca..
Dah baca loya tekak pulak..

Ke aku mengalami masalah JELES..
Yelah.. aku skang kan banyak masalah..
Tengok orang lain takde masalah.. gumbira.. bahagia..
Lagi anak-anak sume bagus-bagus.. baik-baik.. pandai-pandai..
Anak aku sekolah pun dah tak mau..

Tanda-tanda nak meroyan ke hape ni ?!!

Tapikan.. bila aku tanya kawan-kawan lain..
Depa habaq... KAMI PUN MELUAT SAMA...

Kwang.. kwang... kwang...
.
.
.

Masih lagi...

Hasya masih menyusu badan..
Mami dia masih lagi mengepam susu..
Mula berdebar-debar sbb mgu depan mami akan mula keje..

Kat pejabat.. mmg takde tempat nak pam-pam..
Kecuali dok menyorok dalam toilet..
Lagi tkde tempat nak simpan susu..

Tkpe.. tu kang tgu ler time dah keje apa jadi..

Dedulu.. 2oz utk 2-2 belah nenen..
Skang sudah ada peningkatan..
2.5oz utk sebelah sahaja..

Kalau bernasib baik... sebelah lagi boleh menyumbang gak smpi 1.5oz..
So, simpanan skang dalam 5-6 oz utk 1 hari..
Malam skang Hasya jarang pakai susu simpan..
Kadang2 je.. kalau siang dia banyak tido..
So, malam dia ada banyak masa untuk mengamuk yg bukan-bukan..
Masa ni laa susu simpanan digunakan..
Sbb sumpah aku tak larat wei nak layan klu tiba time baran dia..
Cam nak barai puting aku dia kerokoh..

La ni masih mengamalkan minum air longan..
Pastu mengepam sebelah.. dan sebelah lagi Hasya hisap..
Baru susu pam mencurah-curah..

Selalunya aku tak pam kedua-dua belah..
Sebab takut nanti aku dah abih pam 2-2..
Tetiba Hasya bangun tido kelaparan yang amat..
Susu lak kuar slow..
Harus dia mengamuk smpi merah padam..

So, sebelah lagi selalunya aku pam selepas dia selesai menyusu..

Ke.. teori aku ni salah?
.
.
.

Tuesday, February 1, 2011

Fugitive Plan B


Sememangnya aku bukan peminat Bi Rain..
Tu sebab dalam listing KDrama LWC...

Tiada FULL HOUSE..

Aku dah pernah tgk Full House ni kat TV..

Dan tak paham.. apa yang best sangat citer ni..

Skang ni pun ada tayang balik drama ni kat NTV7..
Tapi.. tetiba lepas tengok Fugitive Plan B..

Bi Rain adalah sangat menarik..
Senyum dia leh wat hati makcik2 aku ni cair hokay..

Sweet bebenor..


OK, bebalik pada drama Fugitive Plan B..
Lama dah aku donlod citer ni.. tapi takde mood nak tgk..
Tak tengok camne nak review kan..

Aku start tengok 2 hari sudah..
dan tak leh stop smpi abih 20 episod..


Mula-mula igtkan citer ni genre action serious cam IRIS..
Tapi lain.. ni action ala2 lawak menjadi laa kira..
So, tengok pun tak tension.. :)



Rain hero bernama Ji Woo merupakan seorang private investigator..
Satu hari heroin Jini, upah dia utk cari siapa yg bunuh family dia..
Dalam misi penyiasatan tu..
Ntah camne.. dipusing-pusing citer..

Tetiba Hero lak yang dituduh membunuh family heroin..


Family heroin yang dibunuh pulak..

Sebenarnya terlibat dalam konspirasi menyorokkan emas..

Dari zaman perang Korea dedulu..

Bila emas tu dah muncul..

Lagi ramai orang jahat muncul berebutkan emas tu pulak..


So, apa kesudahan drama yg sangat best ni..
Adakah Jini sudahnya terpikat dengan Ji Woo..
Apa kes lak awek-awek hero yang bersusun paku punya ramai..
Cam biasa..
Sudah gaharu cendana pula..

Sudah tahu emel laa segera..

. .