Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, January 4, 2012

Susu untuk Hasya sudah sampai penghujung...


Ni ler perkara yang membuatkan aku stress 2-3 menjak ni..
Susu EBM sudah habis..
Pagi tadi dah pakai lagi sepek..
Tinggal laaa 2 jer..

Susu perah pun dah tak meriah..
Dulu leh capai 12oz sehari..
Skang paling2 boleh pergi 7oz..
Hasya pulak minum banyak skang ni..

Esok Hasya genap 1 tahun..
Ikutkan dapat dah Degree dalam penyusuan ibu..
Namun, tak dapat dah nak teruskan smpi dapat PhD..
Kemungkinan besar bermula minggu depan..
Hasya akan campur-campur susu pada waktu siang..

Tak terkejar dah demand dia yang sangat tinggi..
Susu aku pulak makin merendah..

Semlm dah beli susu formula..
Pilih yang murah jer dengan harapan Hasya takkan jatuh cinta dengan FM..
Aku masih nak BF dia time tidak bekerja dan malam..
Kalau beli FM yg rasanya sedap2..
Vanilla ke.. Coklat ke..
Kang lansung dia tak nak BF lagi..



Semalam sedih bebenor hati aku ni..
Memikirkan Hasya akan campur-campur susu..
Dia bukan lagi mendapat susu yang mami hasilkan..

Tapi, bila tengok gambar kat atas ni..

YA ALLAH.. AKU BERSYUKUR DENGAN NIKMAT DAN REZEKI YANG ENGKAU TELAH KURNIAKAN.

Namun skang ni tengah berfikir-fikir..
Aku ada surf kat internet..
Fresh milk adalah jauh lebih baik dari susu formula..
Kos agak tinggi la jugak..
Tapi kalau dibandingkan dengan beli susu FM yang mahal-mahal..
Pakai fresh milk (dutch lady, good day etc) kira ok lagi..

Ada tak sapa2 yang bagi fresh milk untuk baby?
.
.
.

Aku dan Makcik Rehan


MR... jangan carutzzz kan aku pagi2 ni tau..
Jenuh aku korek google nak cari gambor ayu gebaboom ngko ni tau..

Seperti yang dihangatkan minggu lepas..
Aku ngn MR nak diet all out (laaa sangat)..

Tapi tetiba aku ada masalah susu merudum teruk..
Hilang jap semangat nak diet tu..

Tapi pagi tadi selepas naik timbang..

PANGGIL AKU GILA KALAU TAK SEDAR DIRI LAGI NAK DIET..


Berat aku dah 125.7kg..
Sama berat masa aku mula pregnant Hasya dulu..
Tapi, masalahnya aku tak pregnant!!!!

Oleh itu.. bermula Isnin depan..
Aku akan diet..
Ni takde contest montest ke hape..

Aku nak diet setahun sepanjang 2012..

Aku nak turunkan 30kg..


Kalau berat aku turun 30kg..
Lebih kurang cam gambor kat atas ni laaaaaa...
Masih buruk jugak..
Tapi masuk dalam kategori ampun lagi ler...

So, MAKCIK REHAN a.k.a BEHFREN FASRAH FOREBER...

Are you ready?!!!

CABARAN TURUN 30 kg!!!

Sesapa yang mahu bersama kami..
Leh tinggal kat komen..
Nanti akak pollow up hokay..

Yang akan diterima join bersama..
Hanya yang berat atas 90kg sahaja..
.
.
.

Tuesday, January 3, 2012

Drama adaptasi..


Gemersik Kalbu setiap petang kat TV3..

Bicara Hati lak Selasa malam kat Astro Prima..
Hat ni heroin dia nama Siti Zahlia tau..
Nasib baik panggil Lia..
Kalau panggil Zel..
Harus akak perasan hokay :)

Senang dah skang nak wat drama..
Cari jer novel2 yang meleps sket..
Pastu convert jadi drama..

Tak payah pening-pening nak perah otak wat skrip..

Buku-buku ni dah lama aku ada..
Dah baca lama dulu..
Lansung tak ingat dah jalan citernya..

So, malam ni akan mula mentelaah..

:)
.
.
.

Monday, January 2, 2012

Hadiah MIJ dan pemenang contest


Sila emel akak untuk dapatkan hadiah anda..
Alamat emel ada di atas sanun..
Tajuk emel - SAYA MENANG CONTEST :)



Ye.. saya sudah mendapat oven baru :)
Microwave buruk sudah simpan..
Lagipun tak best mengebake pakai microwave..
Kurang feel.. dah tu kek selalu tak masak kat tengah..

Lama gak aku melobi ni tau..
Dari sejak iklan Oven Cornell kuar kat Groupon.my

Memula alasan MIJ bagi..
ALA.. MAMI NI SEMUA NAK..
YANG ADA PUN TAK PAKAI..

Ok takpe.. i redho..

Tiba-tiba semlm sedang sarapan pagi di Restoran Jalal..
Bersebelahan dgn kedai National Panasonic..
Selepas i abih sarapan.. sementara tgu MIJ makan telur half boiled..
Tetiba dia bersuara..

PERGI LA TENGOK OVEN KAT KEDAI SEBELAH..

Tengok watpe?

KATA NAK OVEN...

Sengih sampai belakang telinga hokay.... :)))))))


Puding Roti Huduh
Ni la hidangan pertama dihasilkan dengan oven baru
Puding roti..
Wpunnnnnn.... HODOH (bak kata MIJ)
Tp rasa ada iras2 dah cam mak i buat..
Iras pun jadi laa kan..

Semangat hokay nak buat kek..
Kot2 pasni leh lawan ana suzana pulak :))

.
.
.


Ada sebab rajin... ADA CONTEST DIHUJUNG ENTRY :)


Setelah beberapa malam yang hazab..
Masak cam hape jer..
Semlm lansung takmo masak..
Tetiba hari ni mood ada marey :)

Dapat hadiah awal tahun baru..
Dari MIJ ler..

Besday Hasya yang nak tiba..
Mami dia lak dapat hadiah..

Hadiah apa?!!

Esok ek..

Malam ni citer menu dinner malam ni..

Goreng berlada garing pucuk ubi ikan bilis
Ikan goreng kunyit
Rebus pucuk ubi
Sambal belacan tumbuk..bukan blender ;)


Ok, seperti dijanjikan..
Ada contest yang akan diberi hadiah..
Lamakan akak tak wat contest..

CER TEKA..
APA MIJ BAGI?

Peneka pertama betul pada ruangan komen..
Akan menerima sesuatu dari akak ;)

Selamat meneka....






hint : barang rumah