Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, June 4, 2012

Love Rain


Yang ditunggu-tunggu oleh peminat Jang Geun Suk..
Ni akak dah kuarkan drama yang korang dok tanya-tanya..
Love Rain :)

Drama ni secara amnya..
Kisah cinta 2 zaman..
Satu zaman 70-an..
Satu lagi zaman la ni..

Ini bukan cam Operation Proposal yang berbalik-balik tu..
Ni memang cerita 2 zaman..


Ni yang zaman 70-an..
Hero nama In-Ha, seorang student art..
Sangat famous kat kolej sbb dia hensem...
Pastu selalu wat free gig kat kolej..
Kawan baik dia seorang student medic dan sorang lagi student law..

Satu hari In-Ha ni terserempak dengan heroin, Yoon Hee..
3 saat je masa diambil untuk jatuh hati pada Yoon Hee..
Satu hari, Yoon Hee ni terjatuhkan diari dia..
In Ha jumpa dan baca..
Dari situ dia tau laa kisah hidup Yoon Hee ni..


Sejak tu dia mula melukis potret Yoon Hee..
Kira ni minat sama minat..
Tapi senyap2 sendiri..

Sampai laa.. tiba2 kawan baik hero yg student medic tu..
Bagitau yang dia pun suka Yoon Hee..
Dan akan melamar Yoon Hee jadi awek dia..

Itu laaa masalah kalau lembab nikan..
Kan dah melepas dapat ke orang lain..


Pastu muncul laa zaman 2012 ni..
Muncul pulak hero Seo Joon (anak hero lama In-Ha)
Dengan Ha Na (anak heroin lama Yoon Hee)
Tak payah susah nak teka laa sapa anak sapa..
Dah muka sebijik sejibon cam mak pak dia dulu :)

Depa ni terserempak di Hokaido, Jepun..
Seo Joon yg playboy buat photoshoot kat sana..
Ha Na pulak student dekat Hokaido..
Depa jumpa sebab handphone Ha Na termasuk dalam poket Seo Joon


Untuk yang zaman kini..
Heroin ni berbeza dengan karekter mak dia dulu..
Kalau mak dia zaman 70-an dulu tu..
Sembab.. pemalu.. tak banyak cakap..
Ha Na ni pulak energetik dan ceria..

Kali  ni.. Seo Joon dan Ha Na ni pulak bercinta..

Masalah muncul apabila mak pak depa ni jumpa balik..
Dulukan cinta depa tak kesampaian..
Nak bercinta balik..
Anak-anak depa lak dah bercinta..

Anak-anak pun serba salah..

So, pada akhirnya..
Sapa yang bercinta, berkahwin dan hidup bersama?
Adakah hero dan heroin 70-an?
Atau hero dan heroin 2012?

Cer tengok sendiri :)
.
.
.

Hasya dapat hadiah dari FiZzyEni


Murah tul laa rezeki Hasya ni..
Igt dah jadi baby tua..
Takde dah org nak kasi hadiah :)


Hadiah kali ini diberi oleh FiZzyEni..
Iaitu crochet pin..
Boleh la pakai raya nanti :)

Crochet Pin ni depa jual sebenarnya..
Utk yang nak dapatkan crochet pin ni..
Boleh pi LIKE FB depa..
Kat sana ada banyak pilihan lagi..






Untuk harga..
Kena PM depa terus utk dapatkan senarai harga..

Jangan lupa hokay..
Visit page depa dan Like :)

Majulah usahawan bumiputera untuk negara!
.
.
.


Sunday, June 3, 2012

Aku memang tahu ukur Cekak di kepala sendiri..

gambor ni aku main google je cari


Ini bukan rentetan dari kes MakcikRehan menyakitkan hati sendiri..
Mungkin keredhoan dia sudah semakin menipis..
Sedangkan Akak Zel korang..
Masih lagi dalam mode redho dan pasrah..

Ok, berbalik pada tajuk di atas..

Sedang aku menjalankan tugas-tugas biasa di pejabat..
Tiba2 muncul seorang pemuda di muka pintu..
Pejabat aku sejak banyak perompak ni..
Memang berkunci sentiasa..
Tengok2 brader yang biasa datang guna internet..

"Kenapa akak kunci pintu?"

"Akak takut perompak masuk"

Tiba-tiba.... jeng jeng jeng....

Tiba-tiba dia buka satu ceramah umum..
Bertajuk...

JOM AKAK JOIN SAYA MASUK SILAT C*K*K!

Agak panjang ceramah promo tersebut..
Akak.. cam biasa..
Ala2 burung belatuk sengal leher..
Terhangguk-hangguk macam paham sangat..

Dia siap wat demo lagi..
Macamana BUAH mencekak nih..
Nasib baik tak pasang kekuda je lagi..

"Skang ni ramai orang join.. perempuan.. orang tua.."
"Akak patut join.. at least akak boleh pertahankan diri.."

Aku sengih je...
Bila gigi yg sakit tu kena angin..
Lagi laa tambah nyup nyap nyup nyap..

"Jomlah kak.. minggu depan saya nak ke XXX nak daftarkan peserta baru"

Jawapan selamat - "Nanti akak fikirkan dah tu tanya suami akak dulu"

Baru laa brader tu beredar pi guna internet..
Tengok youtube pasal silat-silat ni..

Jawapan akak dalam hati..

BRO, LU TAU TAK..
GUA NIKAN... JANGANKAN NAK BERSILAT..
DAPAT ANGKAT KAKI 30KG SEBELAH BERJALAN NI PUN DAH SYUKUR TAU!!!

Mode - masih lagi pasrah :)
.
.
.

Kaira AinSaffiyah



Minah ni skang dah pandai menggedik depan kamera..
Kalau dulu.. gambar dia paling susah nak snap..
Kalau dapat pun..
Muka masam je...

Suh la buat apa gaya pun..
Pandai je dia ngikut..


Dia dah boleh cakap sikit-sikit..
Ni geng Kalep gak..
Cakap German lagi banyak pada cakap Melayu..
Tapi Kalep dulu ada gak bunyi sket-sket..
Ni harooommmm...

Dia cakap panjang..
Tapi bunyi apa butir pun takde..
Kalau dalam telefon.. dia ajer yang bercakap..

Yang pasti betul dia cakap..

BOBOI  BOY!!!


Ni kepantangan dia..
Jangan snap gambor tak cantik..
Memang dia marah..

TAK MEI MEI !!

Kalau tunjuk sekali lagi kat dia..
Kena marah lagi :))

Dia cam nak cakap.. DELETE!!!

Heheheh.. ada mami kesah!
.
.
.

p/s: Hapdet ringkas dari aku yang SAKIT GIGI :(

UWAAAAAAAAAAAAAAAA


Friday, June 1, 2012

Laksa Kota Malim



Aku memang suka makan laksa..
Tapi.. kalau g kedai atau mana2..
Aku jarang order laksa..
Sebab... laksa kedai tak pernahnya sedap!!

Paling sedap.. laksa Hajah Norlia ler..
Tapi memandangkan dia sibuk medang..
Pastu catering takde pulak org order laksa..
So, setahun dalam sekali dua jelah dia masak laksa..

Tahun ni...
Aku cuba wat sendiri laksa..
Banyak2 kali buat..
Lama-lama aku rasa.. laksa aku masak pun sodap :)
 
Skang bila2 masa pun aku boleh makan laksa..

BEST!!

Resepinya?!!!

Ini resepi.. sambil pejam mata pun boleh buat..

1 bungkus laksa segera
10 ekor ikan kembung direbus, buang tulang, tulang tu pi blender pastu tapis ambik airnya.
kisar 2 biji bawang besar + belacan 2 inci + cili kering 10 biji..
pastu lebuhkan dalam periuk + baki air rebusan ikan..
tambah 2 asam keping, garam, gula
bunga kantan + daun kesom
biar sampai mendidih.. SIAP!!!


.
.
.