Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, November 7, 2012

Sambungan drama Legoland dan Khaleef


Akhirnya...

Khaleef tetap tak berjaya untuk ke Legoland :(

Setelah cikgu buat pembetulan..
Total markah Khaleef yang pada asalnya 476/700..
Akhirnya meningkat kepada 578/700..

Cikgu bagi report card baru..

Namun, masih tercatat no.2 untuk kedudukan dalam kelas..

Takpe laa...

Takde rezeki kamulah tu..

Takpe, nanti mami cuba2 la pujuk Papa..
Bawakan kamu je Genting Highland..
Hat tu mungkin sepadan dengan no. 2 kamu tu..
Dekat je pun dengan rumah kita..

Akhir kata..


 kah! kah! kah! :))


Tuesday, November 6, 2012

Masih belum putus harapan.....


Dia masih belum putus asa nak ke Legoland..
Semalam tiba2 dia terbuka hati..
Nak tunjuk report card dengan kertas peperiksaan dia pada papa..
Selama nikan dia sorok..
Sebab takut mata papa jadi merah..
Pastu rambut papa kembang..
Dan papa bertukar jadi SINGA!!

Sekali tu, bila Papa cek..
Banyak markah tak sama..
Dekat kertas markahnya lain..
Dekat report card tulis lain..

Banyak beza lak. tu..
Sains, kat report card dapat 42 markah..
Markah sebenar adalah 100 markah..

Tulisan Jawi pun dapat 100..
Tapi cikgu tulis 65 sahaja..
Agaknya cikgu tertulis markah murid lain..

Ada juga yang jadi makin kurang...
Matematik kat report card 100 markah..
Yang betulnya 75 markah..
Maklum laaa 2 mukasurat tak berjawab sebab buang masa katanya..

Mami pun kena bebel laaa sama..
Sebab tak cek :))
Ala.. mami fikirkan, tadika je pun...

Ini memberikan Khaleef harapan..
Kemain semangat lagi nak pergi sekolah hari ni..
Nak suh cikgu betulkan balik semua markah dia..

Sebab papa tercakap..

NTAH-NTAH KALEP PERIKSA NOMBOR SATU!!

Wah!! :))

Menyinar kembali harapan untuk ke Legoland..
Tengok laa kang balik sekolah apa keputusannya..
Pergi ke tidak Legoland..
.
.
.

Monday, November 5, 2012

Golden Time


Drama ni dah lama giler siap..
Sebelum pi Betnam lagi..
Ntah camne.. aku leh lupa review..
Ingatkan dah udah..
Patut laa takde orang order pun... :)

Dah ler nak nunggu episod habih hari tu pun punya la lama..
Asyik bertambah2 je episodnya..
Last2 jadi 23 episod..

Drama ni.. tgk poster pun dah tau..
Citer doktor-doktor..
Kali ni kat Wad Kecemasan..

Ala-ala Grey Anatomy version Korea ler nih..


Ni heroin..
Dia merupakan pewaris Sejung Foundation...
Yang ada 5 biji hospital kat Korea..
Dia ni 1st year intern kat hospital yang dia warisi..

Dia jadi doktor bukan sebab ayah dia ada hospital..
Memang dia jenis suka membantu orang..
Ikutkan dia tak kisah pun harta benda keluarga dia..
Dia nak sendiri kerja dan dapat gaji..


Hero pulak...
Dia ni tak abiskan pun intern year dia..
Pastu dia mengajar secara part time dia pusat perubatan Oriental..

Satu hari, ada kes emergency..
Dia cuba menyelamatkan seorang budak ni..
Malangnya.. kerana dia kurang pengalaman..
Budak tu gagal diselamatkan dan mati..

Perkara  ni memberi kesan yang mendalam terhadap dia..
Maka, dia pun kembalilah ke hospital..
Untuk habiskan internship dia..

Time ni laa dia jumpa dengan heroin..


Secara keseluruhannya..
Drama ni banyak mengisahkan tentang kes-kes di wad kecemasan..
Di mana semua doktor dan nurse perlu bertindak segera..
Untuk menyelamatkan nyawa..

Pastu ada laa beberapa hal lagi..

Untuk yang gemar drama-drama kedoktoran ni..
Ini laa drama untuk kamu..
Ada beberapa drama doktor2 ni lagi..
Tapi belum ada masa nak proses ;)
.
.
.

Kalau dah tekak Gumut Tambahan tu....


Tiba-tiba rasa nak cuba semua resepi ala2 western yg tak pernah dimakan..
Mula2 buat lasagna..
Gambar sebelum dibakar adalah seperti di atas..

Org bagi resepi suh bakar 40 minit..
20 minit pertama guna api atas bawah..
20 minit kedua guna api atas sahaja kurangkan sket suhunya..

Aku lak.. setting oven 50 minit..
Pastu g beramas mesra dengan laki sendiri..
Depan tibi tengok 393 smpi laa tiba-tiba...

TING!!!

Adoyai... aku bantai terus atas bawah 40 minit..


Tak gamak nak snap gambar pas jadi..
Wpun tak hitam..
Tapi coklat gula hangus dah jadinya cheese tersebut..

Pasal aku sendiri yg masak..
Aku makan laa jugak..
3 hari baru habis..



Ni kejadian gatal semalam...
Nak wat baked macaroni pulak..
Masak tak hagak2.. smpi sebungkus makaroni dok rebus..

Last2 nya...

Jadi tawar hebor aku punya makaroni..
Maybe sbb makaroni terlalu banyak..
Kuah pula dah jadi terlalu sikit..

Tapi bercita-cita besar..
Siap anta umah mak aku sebekas..
Umah mil aku sebekas..

Pastu tak tanya dah pendapat sedap ke tidak ke... :))


Pastu tengok pulak Ana Suzana wat sherperd pie..
Tergedik pulak...

Pikir-pikir kentang ada 5-6 biji..
Kuah prego ada suku lagi..
Daging banyak..
Cheese pun melambak..

Namun, sebelum nak kupas kentang..

Tetiba terfikir..

Dalam semua yang masak tuh..
Takde satu pun yang menepati selera aku..
Abih tu watpe aku masak lagi..
Sedangkan intipati utama sama je..
Iaitu daging + sos prego + cheese..

Tak tau laa kan kot tekak aku je kot..
Pasal aku tak tau KPI lasagna dan baked macaroni yang sedap..
Sebab aku tak pernah makan lagi..

Namun.. kalau dah tekak kampungan tuh...

Pada sherperd pie.. baik laaa bergedil kentang..
Pada baked macaroni.. baik laaa char kuey teow Kota Malim..
Pada lasagna... baik laa LAKSA..

Kan Kak Kaseh kannnnnnn....
.
.
.

Thursday, November 1, 2012

Dah pandai...


Kalau dulu jenuh tau nak snap gambor nenit sorang ni..
Kita kuar kamera..
Belum snap..
Tangan dia dah smpi kat kamera..

Pastu jangan laa nak suh senyum ke hape..

La ni..

Dah pandai melentok2 dah..

Tu bukan buat mulut itek..
Tapi dalam mulut dia ada roti canai..

Ok sekian update hari ini..

GUA MATI AKAL!!