Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, February 13, 2013

BR1M - bantuan laaa sangat..


Baru-baru ni Hajah call aku..
Dia suh isi BR1M tu..
Aku cakap ler.. mana layak..
Pastu dia bgtau.. kawan dia kata isi sorang je pendapatan..
Cikgu2 sekolah dia.. 2-2 bekerja ramai yang dapat..

Aku pun semangat ler nak isi..
Tahun lepas dah kena reject..
Mana tau tahun ni lepas..

Kawan aku.. sampai laki bini dapat..
Bini dia konon2 dok umah family..
Sara adik dia 2 orang yang masih sekolah..
So, dapat RM500.00

Laki dia pulak.. sara anak dan bini.. dapat RM500.00
Pastu ayah dia pulak..
Sara mak dan adik2 lain.. dapat lagi RM500.00

Pastu anak2 kawan mak aku..
Pakai kereta haibat2 belaka..
Tak jumpa laa yg iras2 Tora Terbang Merah aku tu..
Setiapnya dapat RM500.00..
Mak dia pun pulun gak RM500.00..

Aku pun isi laa jugak..
Smpi yang pendapatan..
Aku isi MIJ RM1500.00..
Aku punya pun RM1500.00..

Okay.. LEPAS!!!

Sampai tang nak hantar tu..
Ada ler pop up kat situ tulis..
Lebih kurang..

SEKIRANYA ANDA DIDAPATI MEMBERI MAKLUMAT PALSU..
ANDA BOLEH DIPENJARA... (aku lupa bape tahun)..

Terus panggil MIJ..

My Inche Jeman punya ayat berbisa...

"MAMI, JANGAN PASAL NAKKAN DUIT HARAM RM500.00 TU.. NANTI ALLAH BAGI MUSIBAH RM5000.00.."

Huhuhuhuhuhu..

MODE : INSAP!!!
.
.
.

Tuesday, February 12, 2013

Al-Fatihah..


Pagi ini, pakcik saya Khoriri bin Baharuddin telah pergi buat selama-lamanya..

Mohon pembaca LWC, rakan-rakan saya..
Hadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarham..

Semoga rohnya dicucuri rahmat..

Al-Fatihah
.
.
.

Thursday, February 7, 2013

34 tahun



Terima Kasih Ya Allah SWT..
Kerana beri kesempatan untuk aku sampai tahun ke-34..

Sambut kat Secret Recipe Tanjong Malim..
Tentu2 MIJ yang belanja..
Sayangnya.. Khaleef takde menceria suasana..
Memula tu nak ambik.
Tapi, Papa dia kata dah lewat sangat..
Time tu dah 9.30 malam..
Kang nak anta dia balik umah nenek lagi..
Masa call pun..
Nenek kata dia dah ready nak tido..

Takpe laa..

Hari ni 2nd celebration..
Mami pulak belanja makan..


Gambar yang menimbulkan JIWA KACAU aku balik semula..

Hehehehe...

Mentang2 laa malam tadi aku tido cepat..

Tang mana laaa MIJ dapat korek cari gambor zaman kegemilangan aku ni..

Nak tau dak..
Berat aku time ni ialah 75kg..
Bukan memang 75kg..
Berat asal 3 bulan sebelum gambar ni ialah 113kg..

Camne turun berat?

Aku tak makan.. ye TIDAK MAKAN!!
Minum air sahaja..
Pastu selang 2-3 hari ambik laaa sekeping roti..
Atau semangkuk sup..
Pastu aku makan Duromine..

Selain tu.. time ni aku buat 2 keje..
Malam pi wat data entry kat Imigresen..
Masuk kul 11 malam.. kuar kul 7.00 pagi..
Pastu siang masuk keje cashier..
Masuk kul 10.00 pagi.. balik kul 9.00 malam..

Agaknya itu pun salah satu penyumbang camne boleh turun dengan cepat..
Sebabnya aku PENAT!! penat sangat-sangat-sangat


Lupakan laaa kenangan lama tu..

FORGET THE PAST... 
LIVE IN PRESENT... 
THINK ABOUT THE FUTURE...

Dikesempatan ini..
Aku nak ucapkan terima kasih..
Pada kawan-kawan FB.. kawan-kawan blog..
Kawan-kawan PID.. kawan-kawan Pejabat Pos..
Adik-beradik.. saudara-mara..

Yang tidak lupa mengucapkan Happy Birthday pada aku semalam..

Terima kasih jugak kepada Mark Zuckerberg sbb cipta FB..
Sebelum ada FB..
Tak smpi 10 orang pun yang wish aku Happy Birthday :)
.
.
.

Wednesday, February 6, 2013

Jiwa Kacau - Edisi Happy Birthday To Me :)


:))

Mesti ada yg speku..
Gaduh ngn MIJ ke malam besday..

Tidak...

Aku ngn MIJ..
Kalau weekdays mmg baik sentiasa..
Masing2 buat hal sndr.. PENAT KEJE.!!!
Tak payah cakap banyak..
Tak payah sembang2 ke hape..
U.. you... I... ai...

Pasal malam tadi special sket..
Ada laa sembang 20-30 patah perkataan.. :)

Ayat pertama MIJ..

PAPA TAK DAPAT CUTI BESDAY MAMI, DAPAT CUTI JUMAAT..

Ayat pertama bini MIJ..

"Mami tak apply cuti pun sampai Raya Cina"

Ayat kedua MIJ..

MAMI NAK HADIAH APA?

Jawapan bini MIJ..

"Hari tu mami nak beg JURULATIH Papa tak nak beli.."

Ada sambungan ayat lagi... ayat jiwa kacau bini MIJ..

"RASA tak best laa nak masuk 34 tahun ni..
Bie tau tak..
Mami ni lansung takde pencapaian dalam hidup..
Kerja kontrak..
Kereta dok hadap laa tora terbang tu..
Rumah pun takde..
Perancangan masa depan pun takde.."

Tiba-tiba kuar ayat dari mulut MIJ yang menjadikan jiwa aku tambah kacau...

"Satu lagi... BADAN PUN TAK KURUS-KURUS.. "

HUWAAAA!!!!!!!

Takpe Bie...
Awak ready jelah RM300.00 dalam tangan..
Tetiba dalam jiwa kacau ni..
Mami dah terfikir apa hadiah diperlukan..

Esok awak tahu la apa benda :))
.
.
.

p/s : bersuara lagi... elok tak payah beli hadiah.. kan dah kena beli ;) -love u-

Sorang lagi.. bakal loyer...


Mami : HASYA!!!!! ni saper buat?!!!

Hasya : Piiinnnnnn (PEN)


Mami : HASYA!!! Ni saper buat?!!

Hasya : Anannnn (TANGAN)

budak yang "baik" sentiasa :)
.
.
.

Sunday, February 3, 2013

PENGUMPULAN DANA UNTUK PENDIDIKAN ANAK-ANAK YATIM, KURANG BERNASIB BAIK,ORANG ASLI DAN PELARIAN DI MALAYSIA

untuk paparan jelas, klik pada gambar

Bulan Februari dah beramal ke belum?
Wah, soalan....... :))

Ini ada misi baru yang memerlukan bantuan kita semua..

"KUMPULAN MYTEAM (dengan kerjasama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia) akan pergi mendaki Gunung Annapurna untuk menyebarkan KESEDARAN akan KEPENTINGAN PENDIDIKAN dan mengumpul DANA untuk tujuan murni ini.

Saya dengan rendah diri ingin melancarkan KEMPEN PENGUMPULAN DANA KECIL-KECILAN (yang mana rakan-rakan, kenalan, saudara saya mampu)

Derma untuk setiap 1 kaki persegi pendakian adalah RM0.10 atau RM0.20

Saya dengan rendah diri, ingin meminta bantuan kalian bersama-sama berkongsi rezeki dan jika tidak mampu, bolehlah menolong menyebarkan maklumat ini pada kenalan/rakan-rakan/ dan saudara.

Segala derma kecil2an boleh diberikan pada saya melalui CIMB BANK ACC dan diuruskan sepenuhnya oleh saya. Untuk derma dalam jumlah yang besar (seperti syarikat , dan sebagainya)bolehlah menghubungi Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Tugas saya hanyalah sebagai seorang penyampai derma kalian. Semoga usaha kalian dalam membantu anak-anak ini diberkati."


TEPEK DARI FB CIK CIMA AL-SAADI

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan kempen ini..
Boleh lawati link di bawah


Bagi yang  malas nak baca..
Tapi mahu menderma..
Di sini ada sedikit fakta yg telah aku terjemahkan..

1- My Team akan ke Annapurna region in western Nepal from 14 - 30 March 2013. Dan pemergian ini LANSUNG TIDAK MENGGUNAKAN DUIT DERMA ANDA. Awareness program la kiranya nih.

2- Derma yang anda beri akan disalurkan secara terus kepada Yayasan Kemanusiaan Aid Malaysia

3- Derma-derma tersebut akan digunakan untuk
  • beli buku
  • bayar gaji guru
  • pembelian peralatan sekolah
  • penyediaan pakaian sekolah
  • pembekalan makanan seimbang
  • pembiayaan aktiviti dan program berkaitan pendidikan

4- Penerima bantuan
  • Orang Asli sekitar Pahang dan Kelantan
  • Kaum Bajau Laut di Sabah
  • Anak-anak pelarian di Lembah Klang

5- Tidak terlibat dengan mana-mana parti politik :)

Kalau kurang jelas.. bawak-bawak laa bertanya ye...

Untuk yang berminat menderma..
Boleh PM @ emel aku untuk dapatkan no. acc Cima dan maklumat emel dia..

Kalau tak terbuka hati nak menderma..
At least.. SHARE laa benda baik ni di FB anda..
Tak susah pun..

Nampak tak bawah entry ni...
Yang bawah perkataan ZEL YANG KONON2..
Ada 4 butang SHARE..
Apa kata klik butang F..
Maka entry ini akan tersiar juga di Facebook anda..
Harap2 tercatatlah PAHALA buat kita semua..
.

.
.