Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, April 10, 2013

Kota Kinabalu Part 3 - Pantai Tanjung Aru


Oleh kerana flight aku tiba awal.. jam 9.30 pagi..
Manakala flight adik2 aku lak akan tiba jam 2.30 ptg..
Maka.. kami ada banyak masa lapang sebelum depa sampai..

Dapat je kete...
Mula2 pi Promenade dulu..
Wpun tak leh check in lagi..
Just bgtau kat lobi tu yang nak bilik dekat2..
Kalau tak dapat sebelah2.. satu floor pun jadi la..

Lepas tu pusing2 town..
Ntah bape kali pusing..
Last2 decide nak pi lepak pantai dulu..


Tanjung Aru ni dekat sangat dengan KKIA..
Yang pantai sebelah Shangri-la tu free...
Tapi yang pantai ada tempat makan2 ni..
Kena bayar parking..


Kat sini kami sempat ler makan..
Tapi tak sempat bebudak ni nak mandi..
Mengamuk laa depa nak mandi laut tak dapat..
Bukan takmo bagi..
Tapi malas sbb sat lagi nak pi KKIA balik..
Beg baju pulak dah tinggal kat Promenade..

Tabur laa janji nanti petang kita mai lagi..

Namun janji tinggal janji..
Petang tu.. Papa dia bantai tido sampai Maghrib..
Dah laa kat KK gelap cepat..
6.30 petang cam 8.30 malam..

Pastu tabur lak janji esok balik dari Gunung Kinabalu kita pi..
Tak pi jugak..

Pastu kata lak last day sebelum balik kita gi..
Tak pergi jugak..

Last2 papa kata..
Takpe la... nnt Papa cuti Sabtu, kita pi Port Dickson..

Huhuhuhu... PD dgn KK mana sama :)


Ni budak paling banyak ragam...
Asyik2 nak menangis..
Merajuk.. Tak Nak Tawan!!

Satgi melungkup atas jalan..
Menyandor kat dinding...

Cam2 perangai laa dia buat..


Yang ni pun tak kurang hebat jugak..
Memang cukup menekan perasaan holiday kali ni..
Tengok anak orang ok je..
Apsal laa anak2 aku kemain buat perangai lagi..


Time ni pun merajuk jugak..
Papa nak tengok menu..
Dia pun nak jugak..
Papa tak bagi..
Naik atas meja menangis..
Dari mula order... Sampai laa masuk kete balik..

Stress tak?

Baca pun stresskan...
.
.
.

That Winter, The Wind Blows


Drama ni sebenarnya adaptasi..
Bukan dari novel.. tapi dari drama Jepun..
Genre melodrama..
Pelakon-pelakon drama ni semua gred A..
Jo In Sung, Song Hye Kyo dan Kim Bum BOF...


Kalau dah melodrama tu..
Sedia laa tisu banyak-banyak..
Aku tengok sekadar untuk review ni pun..
Asyik jumpa scene sedih je..

Tapi.. Jo In Sung handsome banget wei dalam drama ni..
Tenggelam Kim Bum..
Kim Bum tetap cute seperti biasa..
Tapi dalam drama ni watak dia berat sket..

Supporting actress pun yang hebat2 jugak..
Ada Eun Ji Reply 1997..
Dengan Seo Hyo-Rim.. actress yang selalu jadi jahat tak pernah baik..


Hero ni.. dia hidup sebatang kara..
Parent buang dia sejak kecil..
Pastu makwe dia pulak mati..
Bermula laa hidup tanpa makna..

Dia jadi playboy dan gambler di Cheongdam.. area org kaya-kaya..

Ikutkan dia ni ada makwe dah..
Tapi makwe dia kena sambung belajar ke luar negara..
Dan dia obses sangat dengan hero..
Sampai sanggup buat perancangan supaya hero dipenjarakan setahun..
Selama mana dia sambung belajar..
Supaya hero tak tinggalkan dia..

Gile punya orang..


Ni heroin... dia ni pewaris konglomerat besar..
Malangnya dia ni buta..
Bila mak ayah dia bercerai.. dia ikut ayah, dan abang ikut mak..
Masa ni pulak ayah dia tengah sakit tenat..
Koma punya lama..
Pastu ada perancangan nak rampas harta dia..
Time ni laa dia decide nak cari abang dia

Kebetulan pulak.. abang kandung heroin ni..
Adalah kawan kepada hero..
Pastu dia pi pakai nama yang sama dengan hero..
Oh Soo.. surat menyurat pun dia pakai alamat rumah hero..

Abang dia ni sebenarnya selalu hantar surat pada heroin..
Tapi dia tak pernah dapat sebab mak tiri dia sorok..
Bila dia dapat surat abang dia.. tu yang dia pi cari..

Masa ni laa dia jumpa dengan hero..

Lepas tu..
Ada la satu insiden yang dirancang oleh makwe jahat hero..
Pasal penggelapan duit club 7 billion won..
Tengah kejar mengejar dengan polis..
Abang kandung heroin dilanggar kereta dan mati..
Dalam waktu yang sama jugak..
Ayah heroin yg tengah koma tu pun mati jugak..

SEDIH!!


Kim Bum ni kawan baik hero..
Dia sangat menyanjungi hero..
Kira 2nd man dia la..

Lepas setahun.. hero dibebaskan dari penjara..
Masa ni dia dah takde duit lansung..
Lepas tu.. ketua gangster yang hilang 7 billion tu pulak cari dia..
Suruh dia ganti duit tu dalam masa 100 hari..

Maka dia pun pergi menyorok kat rumah abang kandung heroin..

Pada satu hari..
Ada seorang peguam cari dia..
Peguam tu ingat dialah abang kandung heroin..
Kan nama depa sama..

Peguam tu bagitau laa yang heroin skang hidup sebatang kara..
Dan minta hero jaga heroin..

Hero pun rasa inilah peluang terbaik dia nak selesaikan hutang 7 billion tu..
Jadi dia pun mengaku yang dia abang heroin..

Bila depa jatuh cinta?
Dapatkah hero selamatkan harta heroin?
Apa sudahnya?

Cam biasa okay :)
.
.
.

Tuesday, April 9, 2013

Kota Kinabalu Part 2 - Promenade Service Apartment


Atas saranan Ezey..
Kami menginap di Promenade Service Apartments..
Dekat dengan KKIA..
Dekat dengan pusat bandar KK..
Dekat dengan segala macam pasar..

Letaknya di belakang Marina Court dengan Promenade Hotel..
Dah namanya service apartment..
Memang dok campur2 dengan permanent resident..
Senang je nak beza..
Hat hotel.. pintunya takde grill..
Kalau rumah orang ada grill..

Memang cukup puas hati dok sini..


Yang ni Family Room..
Untuk mak, adik aku + 3 orang anak + adik bongsu aku..
2 katil queen.. sangat luas!!!

Satu malam.. RM110.00 sahaja..

Yang ni bilik aku..
Kecik sket.. 2 katil bujang tu..
Tapi jauh laa lebih luas dari T*ne Hotel..
Hat tu smpi nak solat pun payah punya sempit..

Bilik air pun luas..
Siap ada bath tup..
Lega laa bebudak ni mandi sampai lebam..

Harga.. RM70.00 satu malam..


Paling best.. ADA KITCHEN!!

So, bagi yang rajin.. boleh laa masak..
Serba lengkap..
Periuk nasi karen pun ada..
Pinggan.. periuk.. kuali..
Sudu.. mangkuk nasi.. mangkuk sup..

Kalau was-was..
Boleh bawak sabun Taharah tu.. samak dulu..

Satu je tak best..
Bila dah memasak dalam bilik tu..
Memang lantai berminyak giler..
Sebab bilik yang ada kitchen ni..
Tak pakai karpet..
Pastu bilik tengik laa bau masakan..

Tapi memang syok laa..
Pagi2 bangun pi pasar besar..
Pastu beli sotong, udang, ikan fresh2..
Dah laa murah nak mampus..
Korang pernah dengar SOTONG SEKILO SINGGIT..
Kat Sabah ada :)

Memang puas laa kamiorang makan seafood..
Sampai terasa merindui ayam goreng.. :))

TIPS..

Kalau nak booking Promenade Service Apartments ni..
Better terus book kat website depa..

PROMENADE SERVICE APARTMENTS

Aku hari tu hampir terbook melalui booking & asiarooms..
Nasib baik tak jadi.. sebab bukan lebih murah..
Lebih mahal.. direct lagi jimat..

2 malam = 1 family room + 1 studio = RM417.00
.
.
.

Monday, April 8, 2013

Kota Kinabalu - Part I Bertolak ke sanun..



Akhirnya...
Dalam bergelumang diri sendiri tak sihat..
Sambung lak anak2 tak sihat..
Lepas juga kamiorang ke Kota Kinabalu...

Masa booking hari tu..
Tak dapat 1 flight semua orang..
Kami ada dalam 11 orang termasuk budak2..
Nak tak nak terpaksa booking 2 flight..
Sela masa 4 jam..

Family aku + mak aku bertolak dulu..
Flight 6.30 pagi..
Kelam kabut wei..
Kami sampai.. check in beg.. tup2 FINAL CALL..


Dalam flight... masuk2 je Hasya dah buat perangai..
Rupanya Khaleef & Hasya tak boleh buh duk sama2..
Aku susun.. aku.. khaleef.. hasya..
Pastu MIJ dok dengan Hajah..

CAM NAK GILA AKU WEI!!!!

Depa dok bergaduh berdua..
Adik diam abang usik..
Abang diam.. adik kutil..

Lama-lama.. aku gamit MIJ..
Suh datang depan menenangkan keadaan..
Dah ler dalam flight tu.. depa berdua ni je budak..
Kejap2 FA dtg tanya nak bantuan ke tidak..

Perjalanan 2 jam..
Aku rasa cam 2 hari nak sampai..

Kejap2 Hasya nangis..
Kejap2 kang dia baring atas lantai flight tu merajuk..
Kejap2 kang dia menjerit.

Aku siap cakap kat MIJ...

KALAU BOLEH SEWA KERETA BALIK TG MALIM..
TOUCH DOWN JE SAYA TERUS SEWA KETE BALIK TG MALIM..


Akhirnya.. jam 9.30 pagi.. sampai gak kami ke KK...

Kat pintu kuar KKIA tu..
Ada booth sewa kereta..
Maka malas nak pening2.. sewa kereta dari situ..

Panduan untuk yang nak ke Sabah..

SEWA KERETA TU BOLEH BAWAK BERBINCANG :)

Tapi korang kena ada negotiator yang handal cam Hajah Norlia..

Kami sewa Avanza start jam 10.00 pagi Sabtu - 12.30 tgh Isnin..
Ikut sewaan yang terdapat kat leaflet..

1 hari = RM270.00 (drive sendiri)

Namun, atas kehandalan Hajah Norlia..
Harga yang perlu dibayar untuk 2 hari 3 jam tersebut..

RM430.00 sahaja + insuran RM26.00..

Next entry aku masukkan contact detail Car Rental tersebut..

Dengan ada kereta..
Bermula laa perjalanan kami di Kota Kinabalu..
Tunggu laa ada berapa part aku nak repekkan :)
.
.
.

Wednesday, April 3, 2013

Masa yang ditunggu-tunggu dah tiba... MARI MENGUNDI!!


Cakap banyak tak guna..
Taip bebanyak pun tak guna..
Gebang 10 hari 10 malam pun tak guna..

SEMUA TAK GUNA..
KALAU ANDA TIDAK PERGI MENGUNDI :)

  

Undi anda adalah RAHSIA..
Tapi ada jugak orangkan..
Cakap gini gitu.. Sokong gini gitu..
Tapi sebenarnya dia pangkah benda lain..

BIAR DIA..

Jangan marah sebab itu adalah HAK DIA..
Sekurang-kurangnya dia pergi mengundi..



Kalau setakat beratur panjang-panjang..
Pastu nak buat keje bodoh camni..
Baik tak payah pergi mengundi..

Undi rosak ni selalunya disengajakan..
Bangga sangat laa buat undi rosak ni..
Padahal nilah keje paling bangang sekali..

Kalau tak suka semua calon..
Dok umah diam2 tak payah pi mengundi..
Tak menyusahkan orang yang kira undi..
Tak menyusahkan diri pergi pusat mengundi..



:)

Kak Zel ni.. jenis mengundi tengok calon..
Tak tengok bulan bintang.. dacing roket apa semua tu..

Setakat ni kalau YB wakil rakyat undi yang sama je tetiap kali pun..
Sebab tahu YB yang dipilih boleh buat keje..
Tunaikan janji pada rakyat..
Prihatin masalah penduduk..

Parlimen.. belum tahu lagi..
Tengok nanti kang sapa masuk calon..

Apa-apa pun..

SELAMAT MENGUNDI..
BUAT PILIHAN BIJAK..

Peace to all :)
.
.
.

Monday, April 1, 2013

Khaleef & Hasya


Penatnya dengan bebudak demam ni..
Nak-nak Hasya..
Mami dia ni... nak pi kencing pun susah..
Apa lagi nak pi berak..
Hilang kejap pun tak boleh..
Pastu dia nak beriba panjang..
Kalau baring atas tilam..
Mami kena baring sama-sama dengan dia..
Dah tu tak boleh gerak pi mana-mana..

Hasya ni jarang sakit..
Tapi kalau sekali kena demam..
Memang makan berminggu baru baik..

Semlm.. memula tu cam malas je nak pi hospital..
Lama-lama.. pergi jugak..
Tak jadi pi KKB.. pi spital Slim River..

Sebelum pergi tu dah kasi Hasya makan ubat sesiap..
Sebab bila duduk lama dalam kereta..
Suhu badan dia akan cepat panas..

Sampai spital dalam kul 6.30 petang..
Terus masuk dekat Red Zone Emergency..
MA cek apa bagai.. pastu doktor pun datang cek..
Depa kata tak payah warded dulu..
Sebab bebudak demam ni lagi senang jaga kat umah..
Dari kat hospital..

Itu sangat tepat..
Bayi-bayi ni kalau masuk hospital..
Ada 2 kemungkinan je..
Sama ada tambah sihat..
Atau tambah sakit..
Tau jelah hospital ni penuh dengan penyakit...

So, doktor just naikkan dos ubat Hasya...
Mana yang makan 2.5ml.. jadi 6 ml..
Kecuali ubat batuk..

Uwaaa.... nak bagi 2.5ml pun sangat laa susahnya..
Ni pulak dah smpi 6ml..
Dah tu ada satu antibiotik ni.. dah laa pahit..
Pastu kena bagi makan 8ml..
Memang banyak keluar mulut dari masuk..

Khamis kena pi balik..
Ada check-up dengan pakar ENT..
Tu bape jam pulak berjanggut kat situ tak tau ler..

Khaleef pulak..
Demam dia dah 100% ok..
Cuma perut dia je masih belum OK lagi..
Maybe sebab masa demam dia takmo makan..
So, bila la ni dah boleh makan..
Dia cepat je nak termuntah balik..

Pening gak aku ni..
Sabtu ni dah nak pi Kota Kinabalu..
Bebudak ni pulak tak menentu lagi sihatnya..

Doa-doa laa semoga bebudak berdua ni..
Sihat secepat mungkin..

:)