Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, May 7, 2013

Level 7 Civil Servant


Aku baru habis tengok drama ni..
Memula cam malas nak proses..
Rasa cam drama ni berat..
Rupanya tak pun..

Genre action romantic comedy...
Remaking dari drama lama My Girlfriend as an Agent..


Paling best.. hero Joo Won..
Ini drama pertama dia jadi hero baik & watak tak berat..
Dalam Kim Tak Gu.. dia jadi jahat..
Dalam Bridal Mask.. watak terlalu berat..

Heroin pulak.. Choi Kang He..
Dia ni mmg selalu jadi heroin dalam drama romantic Comedy..
Pada yang tak ingat..
Dia ni dulu berlakon Protect The Boss..

Tapi rasanya.. kalau buh heroin yang lg muda..
Drama ni akan bertambah segar lagi :)


Drama ni berkisahkan tentang hero dan heroin..
Depa ni sebenarnya sama-sama agen perisikan..
Namun, depa saling tak tahu..
Tapi depa pernah jumpa dan kenal masa training..

Hero ni anak orang kaya..
Hidup senang lenang..
Gaya ala2 "Gangnam Style"..

Tapi, sebabkan masa kecik dia minat sangat dengan James Bond..
Maka dia jadi spy dalam agensi kerajaan..

Heroin pulak..
Anak orang kampung.. orang susahlah kiranya..
Seorang agen jugak..
Tapi hero tak kenal dia..

Depa ni saling jatuh cinta semasa bertugas..


Ye betul...
Chan Sung 2PM ada berlakon dalam drama ni..
Jadi 2nd hero..

Giler cute dia dalam drama nih..


Akhirnya terbongkar gak rahsia yang heroin ni agen NIS..
Pastu dia tengah siasat pasal ayah hero yg ada kesalahan salah laku..
Time ni hero marah sangat dengan heroin..
Akhirnya depa ambik keputusan untuk berpisah..


Ni hero jahat..

Level 7 Civil Servant: “Well, if nothing’s going to make sense anyway, might as well make everyone happy! Even the bad guys! Who aren’t really bad! And morally corrupt people who get promoted instead of fired and/or disgraced! And the good guys, who do nonsensical things for nonsensical reasons just so we can have a callback joke at the end that isn’t worth the trouble! Drama miracle happy pills, disburse your powers!”
.
.
.

Monday, May 6, 2013

Selamat Bersara TGNA


Akhirnya TGNA bersara juga dari jawatan Menteri Besar..
Aku yang bukan rakyat Kelantan..
Yang seumur hidup baru 2 kali pergi Kelantan..
Terasa sayu nyer jugak..

Walaupun aku 2 kali je pergi Kelantan..
Namun, semasa kunjungan kali kedua..
Dalam tahun 1992.. Masa tu aku darjah 6..
Ada perkara menarik yang berlaku masa kat sana..

Time tu on the way nak pergi muzium..
Muzium apa aku tak ingat namanya..
Tapi depan muzium tu kayu..

Sampai satu traffic light ni..
Time tu kena lampu merah..
Ayah aku pun bentilah kete.. takkan nak jalan..

Sebelah kami..
Ada kereta buruk je..
Tapi aku lupa apa jenama kereta tu..

Abah ngn Mama aku bising2 kat depan time tu..

Sebelah kereta kitaorang..
Yang memandu tu ialah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat..
Time tu dia dah jadi MB Kelantan..

Masa tu terus cakap kat parent aku..

KENAPA BURUK JE KERETA MENTERI BESAR?

Abah aku jawab..

DIA BUKAN BARISAN NASIONAL..

Oooo...

Masa tu boleh Ooo jelah..
Belum faham lagi politik2 nih..
Time tu yang aku faham..
Nak pakai kereta besar.. lawa... mahal..
Jadilah MB BN :)

Apa-apa pun.. kenangan manis jugalah tu..

Selamat bersara buat TGNA..
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik..
Panjang umur.. Murah rezeki..
Teruskan perjuanganmu..

Amin...


.
.
.

Sunday, May 5, 2013

Perangai depa yang wat aku moody






Depa berdua ni sama-sama kuat merajuk!!
Dah merajuk tu..
Payah pulak nak pujuk..

Selalunya kes2 menghangat hati ni berlaku bila pi holiday.. pi shopping.. pi rumah orang lain.. pi event ke hape.. mesti jadi..

Ubat dia kalau kat rumah..
Memang aku hentam jer..

Tapi jadi kat public selalunya..
Belum dapat ubat lagi..

Si adik takpe gak..
Buleh di dukung2 pujuk..

Si abang.. mmg tak makan saman AES punya jenis..
Pastu skang siap tambah dengan mulut dia..
Ntah hape2 dikatanya kat aku..
Pastu siap menjerit2 lagi..
Itu yang cepat wat darah aku mendidih tu..

Mak aku cakap..
Khaleef ngn Hasya ni..
Depa ada problem saling cemburu...

Depa ni menjadi kalau ada MAMI je..
Kalau takde ok je..

Khaleef lambat dapat adik..
Dah dapat adik.. dia kena tinggal dgn nenek..
Ambik dia time weekend..

Adik pulak terlebih manja sebab dia menetek..
Kebiasaannya dia dok berdua je ngn mami..
Hujung minggu bila abang muncul..
Tu yang buat dia cemburu..

Perangai depa dua nikan..
Kadang2 aku nak pi Billion yang dekat umah pun rasa malas..
Kat supermarket.. pantang nmpk apa menan..
Sume nak..

Tak beli merajuk..
Jalan sorang2..
Pergi jauh2...

Pastu aku cam orang gile terjerit2 panggil anak mana hilang..

Stress tau mami camni..

Kata orang... SEMENTARA NAK BESAR...

Yelah tu..
.
.
.

Friday, May 3, 2013

Pesta Buku Antarabangsa 2013

Ni acara wajib Ibu & Anak setiap tahun...
Bukan mami dan kalep dan hasya...
Kalau dengan budak2 ni..
Mami rela tak pi pun takpa laaa...

Acara tahunan ni..
Hajah Norlia bersama-sama anak sulung dia..




Buku-buku Kisah Sahabat.. Kisah Para Syuhada.. Kisah Pengajaran ni..
Harganya RM1.00 sebuah..
Kalep baca ke tak baca..
Tolak tepi...
Yang penting, beli dulu..

Kalau Khaleef tak baca.. Hasya mungkin baca :)


Ni pulak.. bacaan umum utk mami..
Abd Jalil Ali, mmg aku kumpul semua buku2 dia..

Panduan Menghias Kek tu..
Hehehe.. aku kan ada bakat sket dlm kek mengekek ni..
Rasa tak pernah fail..
Tapi rupa kek.. huduh yang hamat :)

Buku Nik Aziz?!!

Aku dah baca suku..
Memang bagus untuk bacaan dalam mengharungi kehidupan skang ni..
Ada panduan hidup suami isteri..
Ada panduan dalam membimbing anak2..



Yang  ni aku suh penulisnya COD satu ke pej pos..
Namun, tiada respon... :))
Agaknya takde dalam simpanan kot..

Kebetulan masa nak naik eskelator ke atas..
Nampak pulak gerai Dubook Press ni..
Orang punya laa ramai dalam tu..
Sampai mak aku tanya..
Depa jual buku apa?!!
Tajuk pelik2..

Jawapannya kat Dubook Press ni..
Banyak buku Indie..
Bukan penulis tersohor yang hasilkan buku..
Sapa2 pun boleh hasilkan buku :)

http://dubookpress.com/



Novel beli 4 buah je..
Mood membaca aku dah hilang 1 tahun setengah..
Beli je.. baca tidak..
Jadi laaa buah pelepas gian beli novel..

Rasanya dalam lemari tu..
Dah dekat 100 biji novel yang aku tak baca..
Asal org tulis review kata best je..
Laju aku pi beli..
Tapi baca lembab..

Novel kat PWTC ni.. kebanyakkannya 20% off..

Ada gak novel2 lama yang kureng sket..
Jual murah cam 3 buah rm20..
1 buah RM10..

Kena pandai cari laaa kalau nak murah..


Ni buku untuk Khayla Hasya..
Satu set tu ada 5 buah buku..
Satu set = RM8.00..

Murah banget..
Isi kandungannya..
Cam pre-school punya silibus..
Ada sambung2 titik.. warna..
Lagi ada matching bentuk..
Wat perbandingan..

So, RM24.00 dapat 15 buah buku yang sgt best :)


Ni Khaleef punya..
Buku stok lama ni..
Maybe tahun2 lepas punya..
Tapi isi dalaman buku ni masih banyak manfaatnya..

Matematik tetap matematik..
English tetap english..

Tak kisah tahun bila..

Harga = RM1.00 sebuah..


Yang ni pun untuk Khaleef...
Beli ni untuk dia buat kat rumah..
Selalunya dia balik sini weekend..
Hadap TV je keje dia..
So skang nak tgk TV boleh..
Buat laa barang 1-2 mukasurat dulu :)

Harga RM2.00 sebuah..

Total jahanam.. lebih kurang RM200.00 sahaja..
Tapi dapatnya kemain banyak lagi..

So, sapa yang belum pergi pesta buku..
Ada 2 hari lagi smpi Ahad..
Esok lusa pesta ni smpi kul 11.00 malam..

Lepas mengundi tu leh laa pi Pesta Buku smpi malam :)
.
.
.

Monday, April 29, 2013

Iris II


Selepas kecewa ingatkan Anthenna tu sambung Iris..
Akhirnya..
Betul2 keluar IRIS II...

Pelakon yang sama..
Si jahat Baek San tu je..
Yang lain2 muka baru..
Lebih macho..
Lebih handal..

Heroin..
Orang lama.. Lee Da Hae.. (heroin My Girl)


Secara asasnya.. masih pasal NSS (National Security Service) agent...
Nak siasat pasal kewujudan satu organisasi misteri..
Yang dikenali sebagai IRIS..
Ni kisah membawa dari Iris I..

Kisah pasal hero Iris yg mati dulu tu..
Dibongkar semula..

Hero.. belah kiri.. dia leader NSS..
Yang heroin pulak..
Dia ni juara menembak Olimpik..

Heroin ni kenal hero dah lama..
Depa ni membesar bersama.. dan dia ada hati pada hero..


Ingat tak si jahat yang pura-pura baik dalam Iris I..
Dalam Iris II pun dia ada lagi..
Masa nak transfer dia ni dari pusat tahanan..
Tetiba kenderaan yang dinaiki tu di hijack oleh orang2 Iris..
Dan si jahat ni dibawa lari..
Namun, masa dalam helikopter.. dia terjun masuk laut..
Banyak rahsia2 IRIS.. dia laa yang simpan..

Si jahat ada bongkarkan..
Yang akan berlaku satu tragedi di Hungary..
Maka hero pun di hantar ke Hungary..


Namun satu peristiwa yang berlaku di Hungary..
Mengubah kehidupan hero ni..
Tetiba dia diperangkap sebagai pemangsa..
Dan dia seolah dalam pelarian untuk mencari..
Siapa dalang yang sebenarnya..

Dah cam iras Iris dulu la pulak..

 

Drama ni masih lagi menggabungkan Korea Utara dengan Korea Selatan..
Padahal pelakonnya semua dari Seoul je pun :)

Banding dengan Iris yg lama..
Aku rasa Iris II ni lagi best..
Untuk yang tak tengok lagi Iris lama..
Aku masih ada simpan master copy kalau mahu..

Sinopsis IRIS I boleh klik SINI
.
.
.

Tuesday, April 23, 2013

Kota Kinabalu Part 8 - Pasar Kraftangan

Oleh kerana kamera aku dok tertinggal kat umah mak aku..
Maka gambor Pasar Kraf ni aku google je..
Lebih kurang laa dengan gambar2 yang aku snap..
 

Pasar ni letak area Pasar Besar tu jugak..
Sepanjang jalan Tun Fuad Stephen..
Kira jalan ni.. kalau tak pergi..
Umpama tak pergi laaa Kota Kinabalu..

Belakang pasar ni ada Pasar Filipina tu..
Sebelahnya Pasar Ikan Masin..
Sebelah lagi Pasar Besar..
Sebelah lagi ada waterfront..


Anak2 aku.. masuk2 dalam ni nampak gitar..
Kerabat laa sorang satu gitar..
Anak buah aku pun nak gitar jugak..
Semua laa bergitar..

Sabah kan terkenal dengan mutiara..
Namun kamiorang lansung tidak berminat..
Tapi mak aku ada laa beli sket2 wat sourvenir..
Aku lansung tak beli..
Lagipun adik ipar aku baru balik dari Sabah gak..
Dia dah beli buah tangan mutiara ni..
So, takkan aku nak beli jugak yang sama :)


Harga.. ikut pattern..
Cam brooch dalam kotak tu..
Ada 12 ketui dalam tu..
Harga biasa depa jual sekotak tu RM60.00

Tapi.. kalau Hajah Norlia yang beli..
Dia dapat jauh murah dari tu..
Skill dia mmg tiada tandingan hokay :)


Kalau korang nak wat kraf...
Ada banyak yang dijual dalam bentuk panjang2 gini..
Rege.. takde pulak ler aku tanya..


Kalau fridge magnet..
Sini agak mahal..
1 ketui rm6..
Kalau beli 2 ketui rm10..

Mahal ler tu..
Masa aku pi Betnam..
Sedozen RM7.00 jer :)

Pi S'wak... 3 ketui RM10.00..



Key chain pun mahal jugak...
Tapi bentuknya lain dari negeri2 lain..
Berbaloi laa jugak kalau beli..
Namun, aku tak beli pun..

Adik ngn mak aku yang banyak beli souvenir..
Cikgu.. banyak ler kawan2 yang depa nak bagi..
Cam aku dok opis sorang2 ni..
Takde laa nak beli apa :)


Ni 1st time aku pi melancong..
Tak beli t-shirt I LOVE nih!!!

Mahal wei!!

Kalau kat semenanjung ni..
Saiz budak lebih kurang 2 helai RM10.00..
Kat Langkawi leh dapat 3 helai RM10.00..
Saiz dewasa biasanya sehelai RM10.00..

Tapi, kat sana..
Agak mahal sket..
Saiz budak RM16.00..
Saiz dewasa semua atas RM20.00...

Maka, takdelah beli..
.
.
.