Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, January 9, 2014

Kena berpada-pada...


Memula di awal musim durian hari tu..
Aku OK je makan durian ni..
Sebiji sorang steady lagi..

Namun, sejak 2 minggu lepas..
Setiap kali aku makan..
Mesti lepas tu 2-3 hari layan pening..
Sakit tengkuk.. sakit kening..

Mesti darah naik..

Semalam aku makan lagi..
Tapi minum air masak banyak..
Sakit kepala jugak..
Maknanya lepas ni boleh makan 3-4 ulas jelah..

Huhuhuhuh..

Ntah boleh tahan ke tidak...

Kat umah dalam bakul ada 2 biji lagi..
Yang saiz XXXXL lak tu..
Memang padan dengan tuan dia :))
.
.
.

Medical Top Team

Memang musim kot skang ni..
Dalam 1 drama..
Mesti ada 3-4 orang hero jambu..
Dedulu.. yang paling hensem hero..
2nd hero kadang2 hensem.. kadang2 K.O...
Tapi la ni.. dari hero.. smpi 4th hero pun jejambuan lagi..


Medical Top Team..
Tgk tajuk.. ngan gambar.. dah tau ni drama kedoktoran..
Ni selera aku la ni :)

Citernya pasal sekumpulan doktor pakar..
Yang dikumpulkan menjadi satu pasukan..
Kiranya dalam hospital tu depa ni laa yang paling terer sekali..

Depa hanya akan merawat pesakit2 berprofil tinggi..
Atau pesakit yang peluang untuk sembuh bawah 50%..


Yang naik beskal tu hero utama..
Dia bukan pun doktor asal dari Kwang Hee University Hospital..
Ada la sebab2 nyer camne dia boleh terjoin MTT ni..
Ikutkan dia ni jenis doktor yg suka bebas..
Tak terikat dengan mana-mana hospital..

Hero kedua..
Adalah hero drama Goong.. Ju Ji Hoon..
Tapi rambut gitu dia jadi tak hensem laa...
Padan la dengan watak dia dalam drama ni..
Dia jadi Pengarah kepada MTT..

Dia sebenarnya adalah anak tak sah taraf pemilik hospital tu..
Rival dia adalah kakak ipar dia sendiri..

Heroin yang tengah2 antara 2 hero tu..
Dia adalah pakar jantung..
Dia ni hebat.. terer..
Tapi selalu dimanipulasi oleh Ketua Jabatan dia..
Dengan Pengarah Besar hospital tersebut..

Ketua Jabatan dia selalu kenakan dia..
Selalu buat kacau..
Selalu membuatkan dia dalam keadaan serba salah...


A drama about the journey of creating Korea’s best multidisciplinary medical team and the stories of doctors inside. Characters who have different hurts and dilemmas struggle as they get to work together and gradually learn that healing a person is healing oneself.

This drama will center around Paran Hospital's unpaid doctor Park Tae Shin, a skillful medical surgeon who has a warm heart but straightforward to a fault. He is doing good deeds and works as an unpaid doctor for a struggling hospital and attempts to help it gain solid footing by joining the medical staff at Gwang Hye University Hospital.


2nd heroin.. doktor pelatih..
Choi Min Ho Shinee tu suka ke dia..
Tapi dia suka ke hero..



Kalau suka.. sila order :)
.
.
.

Tuesday, January 7, 2014

Butt Bible - Pauline Nordin

Lama tak review workout kan..
Ada banyak ni tajuk nak masuk..
Satu-satu hokay.. :)

Memula.. ampunkan dulu gambor2 yang mengiurkan..
Nama pun Butt Bible khennn..


Aku suka pulak dengar si Pauline ni buat intro..

"Hi, I'm Pauline NORDIN"

Kalau kita orang Mesia..
Mesti cakap anak NORDEN..

Apa-apa pun..
Bont dia mmg mantol..
Nak gitew... kena laa ada Butt Bible ini..



The Butt Bible ni.. programnya adalah selama 6 minggu..
Ada jadual.. so follow jelah..

Ada 2 jenis workout..
Lower & Upper..
Setiapnya ada 3 level..

Peralatan yang diperlukan..

Level 1:   2  -  20 minute workouts
Lower body equipment: A towel
Upper body equipment: A set of dumbbells

Level 2:  2 - 30 minute workouts
Lower body equipment: A set of dumbbells
Upper body equipment: A light set of dumbbells and a heavier set of dumbbells

Level 3:  2 - 40 minute workouts
Lower body equipment: Barbell, a set of dumbbells, a chair
Upper body equipment: A set of dumbbells, a towel and a chair


JADUAL BUTT BIBLE



Kalau dah penumpuannya pada bahagian butt..
Maka bersedia laa untuk banyak buat squat..
Lepas tu ada banyak gak gerakan sambil baring..

Tapi movement2 dalam ni..
Biasa saja..
Takde laa susah sangat..
Takde laa senang sangat...

Kira-kiranya ok-ok laaa..
Untuk yang baru2 berjinak ngn workout pun boleh cuba buat.                                                                                                                                          



The Butt Bible is all about getting your butt into shape. This series of DVDs are designed to be completed over a six week time frame. There are three different levels of the program as well. Each level of workouts is done for two weeks, four times each week. The level one workouts are 20 minutes in length while the level two workouts are 30 minutes and the level three workouts are 40 minutes. These workouts follow the circuit-training workout format, and you are encouraged to add cardio exercise twice per week if you can. This will allow you to see faster results. Each disc offers one upper and one lower body workout, which you will alternate. The workout schedule for the first week of the program is reflected below:
  • Day 1: Butt Bible Lower Body Level 1
  • Day 2: Butt Bible Upper Body Level 1
  • Day 3: Rest or choose a cardio routine
  • Day 4: Butt Bible Lower Body Level 1
  • Day 5: Butt Bible Upper Body Level 1
  • Day 6: Rest or choose a cardio routine
  • Day 7: Rest

Read more at http://www.dietsinreview.com/diets/the-butt-bible/#wmRYAoKGgQ6qEW3q.99




Monday, January 6, 2014

Hasya sudah 3 tahun






Mami & Papa sayang Hasya sangat..
Abam Kalep pun sayang Hasya..
Walaupun dia selalu cakap kat Hasya..
Dia nak adik lain..
Tak mau Hasya..
Sebab Hasya suka sangat buli abang..

3 tahun..

Hasya pandai cakap dah..
Dia tahu banyak perkataan..
Dia pandai susun ayat..
Dia suka menyanyi..
Lagu paling dia suka..

JANGAN PIKIRIN ABAM..
JANGAN RASAIN ABAM..
YANG PENTING HATI SAYA..
NGAK ADA YANG GRATIS ABAM...


Dia dah pandai baca doa makan..
Walaupun doanya makin lama makin pendek..
Dia dah pandai mandi sendiri..
Dia dah boleh disuruh..
Dia dah pandai kayuh basikal..
Dia dah pandai download android game..
Dia dah pandai main PC game..
Dia dah pandai makan durian..
Dia dah pandai kira 1 sampai 10..
Dia dah pandai kira one.. to.. tee.. por...


Hasya suka berenang..
Hasya suka makan pasta..
Hasya suka usik abang..
Hasya suka main kete2 hotwheel abang Kalep..
Hasya suka Oggy..
Hasya suka cium mami..

May this birthday fill your life with happiness and make you glad, delightful and adorable. A very happy birthday to my sweet little baby!




.
.
.





Sunday, January 5, 2014

Pelik pulak iklan nuffnang kat blog aku ni..



Ni kena hack ke hape?
Aku baru perasan hari ni..
Semalam kat umah nampak gak..
Tapi gambar biasa2..
Wpun dok berkata gak dalam hati..
Awat pelik sangat..

Tapi bila nampak gambar nasi lemak rm2.00 tu..
Mesti ada yang tak kena..

Ada ke sapa2 pernah kena?
Camne nak hilangkan iklan pelik2 ni?
.
.
.

Wednesday, January 1, 2014

دوا ريبو امڤت بلس


Kalau takde azam..
Nanti setahun lak hidup tanpa arah tujuan...
Oleh itu..
Inilah azam-azam yang diharap sangat tercapai sepanjang 2014..

Tahu tak..
2013 aku takde azam..
Itu yang terumbang ambing la sangat.. :)

1- Mahu jadi mami yang lebih penyabar.. kurang marah-marah.. tak mahu menjerit-jerit pada anak-anak.

Susah nak capai ni tau..
Dah hampir 8 tahun..
Aku mengamalkan menjadi mami secara semberono..
Anak-anak aku takde peraturan hidup..
Semua ikut suka aku..
Asalkan hidup aku senang.. mudah..



2- Mensistematikkan semua bisnes aku

Dari zaman aku meniaga brooch.. bahan bakar.. P3..
Sampai ler ke la ni..
Aku mmg semberono berniaga..
Aku tak asing2kan untung.. rugi.. duit bisnes.. duit gaji..
Sapa yang dah bayar.. sapa yang belum bayar..
Barang yang dah jalan.. barang reserve..
Semua main tibai.. asalkan akaun berisi :)

PERINGATAN - Sapa yang belum bayar duit DVD.. bersegeralah :)



3- Mahu jadi isteri yang lebih baik

Selama ni aku baik juga wpun laki aku tak pernah puji pun..
Tapi aku tau laa..
Cumanya diharap start tahun ni..
Dan tahun2 mendatang aku akan lebih redho.. ikhlas..
Dan PASRAH!! :))



4- Tingkatkan simpanan

Tau dak.. selama ni ASB aku hanya diisi oleh MIJ..
Kalau dia tak isi.. takde laa :)
Duit aku pi mana?
Sepanjang 2013  ni.. aku akui la..
Yang aku sangat gila-gila berbelanja..
Beli yang pelik2..
Beli baju anak-anak cam depa sehari 18 kali tukar baju..
Beli handbag mahal..
Beli kasut lebih dari yang diperlukan..
Beli novel berpuluh-puluh buah tapi tak baca pun..
Bercuti tanpa perancangan..
Yang dirancang pun banyak..
Jadi celah bedah mana nak simpan duit..



5- DIET

Yang ni kalau tak bubuh sebagai azam..
Kang ada yang maki aku pulak..
Tak sedor diri..

2013 adalah tahun paling jahanam..
Lansung takde penurunan.. kenaikkan lagi ada..

So, doa laa aku akan penuh tekad.. penuh semangat...
Untuk berdiet sepanjang 2014 ni..