Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, May 18, 2009

My HL Today

PID Tg Malim sudah mempunyai peti ais mini
Oleh itu adalah mudah utk aku wat shake


Bahan-bahan asas untuk shake the bon-bon
F1 + F3 + Minuman Yogurt Shine perisa mangga dan oren

Minuman yogurt = 300ml
F1 = 3 scoop
F3 = 1 scoop

Resepi ini diberikan oleh Kaseh

Goncang-goncangkan hingga sebati



DAH SIAP !!!
Rasanya adalah seperti makan ais-krim perisa mangga

Adalah sangat suker
Kalau suh minum 5 kali sehari pun aku sanggup
Tp hanya jika aku mendapat tajaan FOC dari Herbalife

Perasaan aku skang ?!!!
Adalah sangat teringin nak makan nasi lauk ayam goreng
Lapoooooorrrrrrr

Takpe-takpe, aku akan cuba sabar
Sebab semalam dah hilang sabar
.
.
.





My Journey To Gain Weight Part I

Sebab ala2 cam bertekad sangat laaa nak diet kali ni
So, sebelum diet...
Amalan biasa aku adalah makan segala hape aku nak makan

AMALAN INI SALAH ?!!!
I don't care hokay
Atau bahase malay-market nyer
"ADA HAKU KESAH !!!"
Yang penting aku dah makan sumer

Entry ini akan menjejak semula perjalanan aku dari mula balik Mambang
Sampai berakhir nyer Ahad semlm

Khamis (14/5/09)
breakfast - 2 bungkus nasi lemak
lunch - nasi 2 pinggan + sambal sardin + ikan bilis goreng berlada
dinner - Hotplate Yee Mee

Jumaat (15/5/09)
breakfast - roti cicah sardin
lunch - nasi 2 pinggan + ayam goreng kicap + bayam rebus
dinner - Pizza Hut

Sabtu (16/5/09)
breakfast - nasi lemak 2 bungkus
lunch - nasi 2 pinggan + ayam goreng kunyit + cendawan goreng sos tiram
bekalan on d way balik tg malim - KFC
dinner - yong tau fu
supper - maggi perisa tom yam

Ahad (17/5/09)
breakfast - tak makan.. bangun lambat
lunch - kedai mamak Fazlina Maju, KKB - nasi putih + sotong goreng tepung + ayam goreng + sayur kacang panjang masak hape ntah.
minum petang - tuna sandwich + fresh orange kat Old Town White Coffee
dinner - nasi goreng USA
supper - sate

Selang2 waktu makan ini... pi tonggak air F&N Strawberi, Vanilla Coke, F&N Orange kat dalam peti ais.
Lagi ada maruku, kacang2, coklat2, junk food
Adalah sangat heaven percutian aku kali ini.

Keputusannyaaaaaaaaaaaaaa

AKU ADALAH MULA DIET DENGAN BERAT 124kg
Sila highlight utk tahu bacaan sebenar
.
.
.

Dan Sebenarnya...

Sebenar nyer dah ada auto entry utk 2-3 hari pas ni
Apsal auto ?
Sbb rasa cam mgu ni busy semacam je
Aku pun tak tau laa busy pasal apa
Tgu dan nantikan jelah...

APA JADI HARI NI

Merujuk kepada jadual yg konon2 aku nak ikut tu...

Lunch - konon2 nak shake..
Mak aku call suh p sekolah..
dia ada wat sambutan hari guru dan kenduri tahlil


SAMBUTAN ?!!!
Ye-ye-ye
Mak aku sambut dengan Nasi Tomato + Rendang Ayam + Acar timun & nenas

Aku pun "Nasi sikit je Ma.. org diet ni..."
Oh Tidak !!!
Adalah tak cukup nasi sikit itu
Aku pi keruk lagi nasi yg dah smpi tahap kerak2 tuh

Dinner - konon2 nak shake & tido cepat
Yes !! aku berjaya shake the bon-bon
Ikut resepi Cik Kaseh.. siap pi beli Nestle Shine 0% lemak itu

Tetapi.. mak aku ada bekalkan bihun tomyam seplastik
Yang ala2 mula2 aku nak bg kak ipar aku
Tp terlupa pulak

Pastu cam kesian tgk bihun tomyam itu
Maka, aku pun makan semangkuk smbl tgk sinetron Intan

Ooooo.. cakap pasal sinetron
SIALAN tul astro ni kan
Tiba2 122 (Kirana) dah tak berfungsi
Tup2 chanel tu masuk Package Astro Mustika..
+ dengan siaran WARNA + chanel Hindustan = RM12.95

Warna ni Indon gak kan...
Baik tukar nama laa Astro ni.. jadi ASTDON
Dah sumer channel ada je citer Indon sana sini..
Mmg beruk mak nyeh punyer Astro !!!!
.
.
.




Sunday, May 17, 2009

Digital Scale

Equipped with a high precision strain gauge sensor system
2) Capacity: 150kg/180kg/200kg
3) Division: 100g (0.2lb)
4) Kg/lb/st convertible
5) Fat/water (hydration) graduation: 0.1%
6) Memory person: 10 persons
7) 1" (25.4mm) LCD display
8) Tap to switch on
9) Auto zero and auto-off
10) Low battery and overload indicator
11) Power: 2 x 3V CR2032 lithium batteries (included)

.
.
Timbang ini telah diorder dan akan sampai minggu depan
Wpun lambat lagi baru ada timbang baru
Tapi hari ini telah mula ber HL hari ini

Breakfast
1 mug susu anlene
2 biji proimmunise
1 mangkuk besar mee sup daging (ni terpaksa makan-PIL aku paksa)
bawak bekal 1.9L air masak

Lunch
Harap2 tak lupa minum shake

Dinner
Shake sekali lagi dan
Harap2 aku tertidur cepat dah lupa pasal makanan
.
.
.





Saturday, May 16, 2009

GAJAH PUTIH

Ini adalah contoh PROJEK GAJAH PUTIH
Dah melabur kuar duit juta-juta
Tapi tidak digunakan malahan tiada kepentingan

cth penggunaan ayat
"Kami kembali ke pusat bandar Kuala Terengganu dan meneruskan perjalanan ke Pasar Payang. Pelbagai jenis keropok lekor dan makanan tempatan dijual dan yang paling menyedihkan telur penyu terus dijual walaupun diharamkan oleh kerajaan. Di hadapan Pasar Payang, sebuah Bazar Warisan telah dibina namun kelihatan kosong tanpa peniaga - tak lebih dari satu lagi projek 'gajah putih' kerajaan BN Terengganu."

credit to http://qanunfiatdunia.blogspot.com/

Dari segi aspek penggunaan terhadap diri aku pulak...
Pelbagai peralatan & produk utk menguruskan badan
Namun, selalu nyer semua itu hanya laa utk paling lama 1 bulan je
Selepas itu, segala2 nya akan bertapa di tempat terakhir ia ditinggalkan
Maka berlaku laaa pembaziran
.
.
.

ARIL - 2nd place

Sekali lagi mengulang sejarah..
Setiap yg AFMASUK pasti dapat naib juara
But, he really deserved it
Kalau ikut level of performance,
Patut nyer Aril adalah juara.

Konsert final yang paling hambar dalam sejarah AF
Bosan giler
Start from 10pm.. aku layan Grey's Anatomy
Pastu tu baru aku tgk 104.. itu pun dok tekan button "info"
Kot-kot ada cenel lain yg ada citer lagi best

Eeeee meluat lak aku tgk Tomok
sejak menang OIAM ni
cam bagus sgt pulak

Masa kat OIAM tu fake ala2 down to earth giler
Masa tgk final AF ni lak.. ngn terkunyah2 chewing gum dah abih perisa tuh
Pastu tertgk2 kat camera
Eee tak koser laaa..
.
.
.