Tapi lupa laa pulak..
Pagi ni baru teringat balik..
Ingat tak entry lama-lama..
Yang aku bgtau, everytime makan ubat darah tinggi..
Kepala aku terus pusing-pusing..
Sampai masuk spital punya pening...
Lepas tu.. doktor tukar dari Methyldopa 250mg ke Labetolol 100mg..
Pun.. wpun tak sepening masa makan Methyldopa..
Pening tu tetap ada setiap kali pas makan ubat..
Pastu masa check-up.. aku bagitau nurse..
Nurse pun tanya balik..
Camne awak makan 3 kali sehari ni..
Pagi lepas sarapan kat pejabat dalam kul 9.30 pagi..
Tgh hari lepas lunch dalam kul 2.00 ptg..
Malam lepas dinner dalam kul 7.00 ptg..
OOOO.. PATUT LAA AWAK PENING!!!
3 kali selepas makan..
Bukan bermakna setiap kali lepas makan kena ngap ubat..
24 jam bahagi 3 kali = sela masa 8 jam..
Terlebih jam takpe.. tapi jangan terkurang..
Oleh itu.. pihak Kementerian Kesihatan..
Sila tambah instruction pada plastik ubat tersebut..
3 Kali Sehari Selepas Makan / Sebelum Makan (selang 8 jam)
Sebab tak semua orang berfikiran bijak pandai :))
.
.
.

