Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, December 11, 2011

Nak demam angkara...

Weekend lepas menggasak lagi..
Makan tak ingat dunia..
Malam tadi bantai 2 biji sorang-sorang..

Lepas tu..
Tiba2 tengah-tengah kepala rasa sakit..

Terus pergi dapur..
Minum air sejuk satu jag :))

Pastu sejuk laa badan kejap..

Bangun pagi ni kepala sakit..
Mata rasa panas je..
Tekak perit..

Nak demam ler tuh..

Apa-apa pun..
Sangat puas hati..
Sebab semua durian yang aku makan..
Semua sangat sedap!!!
.
.
.

Friday, December 9, 2011

Kenapa akak tak nak?

Sibukkan ke kete Hajah Norlia yang rosak..
Lupa nak citer pengalaman di Sogo baru2 ni..

I stended Sogo je u ols..
KLCC tu boleh dibilang guna gajah..
Bape kali je akak jejak situ utk beli-belah..
Selalunya sekadar meletak kereta di situ untuk pergi ke bangunan lain yang berhampiran sahaja.

Ok berbalik pada Sogo tadi..

Tgh jalan nak pi Gulatis..
Tetiba akak di approach oleh seorang lelaki..
Siap tunjuk gambar dia semasa gemuk..
Dan sekarang dia sudah selim melim..

OHHH.. sangat gampssss!!!

Akak pun terus cakap pada dia..

TAKPE, SAYA NAK CEPAT!!

Dia siap kejor aku lagi..

KAKAK TAK BOLEH KATA TAKPE..
MESTI DENGAR SAYA PUNYA CERITA..

Ooo.. ini sudah lebih..
Aku pun buat tak peduli dan terus menghayun kaki berlalu dari situ..

Rerupanya..
Dia sudah panggil back up woooo...

Elok kuar dari Gulatis, menghala balik ke Sogo..
Siap kena kerumun..

10 MINIT JE KAK, DENGAR PENERANGAN KAMI..
AKAK NAK SLIM TAK?

Dengan muka pasrah..

AKAK TAK NAK SLIM!!!

Masih tidak putus asa nampaknya..

KENAPA AKAK TAK NAK?!!!

Malangnya.. di ketika itu..
Akak lupa perkataan PASRAH yang sering dilaung-laungkan..
Oleh Ahli Pertubuhan Gemuk Pasrah..
Yang mana presidennya Makcik Rehan :))

KENAPA AKAK TAK NAK?!!!

Sorry U ols...
Aku lupa apakah jawapan gampang aku hari itu..
Mungkin Hajah Norlia ingat..
Nanti aku tanya dia balik... :))

Selamat bercuti hujung minggu..

dr akak yang merana duduk rumah terperap sementara sedara mara lain berkumpul untuk kenduri besar esok semata-mata sebab MIJ tak dapat cuti...
.
.
.

Thursday, December 8, 2011

AGD wat perangai





Cam orang dok kata..
Kalau kita berangan nak beli kete baru..
Kete yang dok ada pakai..
Mesti wat hal kaw-kaw punya..

Ini gak ler yg terjadi pada kete mak aku..
Tak semena-mena..
Gear box jammed tgh2 pekan Tg Malim ni..

Dah ler kete jenis KIA ni susah pulak nak baiki..
Kena cari kedai yang boleh buat..
Maka, kereta ni terpaksa ditarik ke pusat servis kat Rawang..

Ini ler sebab tak jadi tgk Ombak Rindu..
Padahal time tu dah smpi Selayang tau..

Takpe laa..
Tgu jelah kuar kat astro 1st nanti..
.
.
.

Wednesday, December 7, 2011

Tegarkah aku bersama Cloth Diaper?

Ramai yang tanya..

Jawapannya tidak :)

Selagi harimau m2u masih mengaum..
Selagi tu laa tak tegar kot..

Aku pakai ikut suka je..
Yang pasti.. malam mesti pakai DD..

1- Tak koser nak bangun tengah2 malam tukar CD..

2- Hasya tido mengiring (menenen)...
kadang2 leaking sbb kencing kuar ikut getah sebelum sempat meresap.

3- Time wajib Hasya berak adalah antara 6.00 pagi - 8.00 pagi..
Maka, dah ada jalan mudah, buat apa nak susah payah ye tak?!!

Tapi, dapat laa juga menjimat dalam 1-2 keping DD sehari..
Selalunya kalau dia memerut awal jam 6,30 pagi..
Lepas cebuk tu aku tak bagi pakai DD dah..
Pakai CD jer smpi laa waktu dia mandi jam 8.00 pagi..

Mandi petang pun gitu..
Pakai la CD smpi malam nak tido..
Baru ganti pakai DD..

Jadi laaaa tu..
Menjimat gakkan..

Tapi, baru2 ni MIJ kompelin..
Apsal bil air sampai rm18.00 +..
Selama ni dalam rm6...paling dahsyat pun rm10.00..

Ni CD laaa punya pasal..
Aku selalu jer letak CD dalam singki bilik air..
Nak bilas laa konon..
Buka air.. pastu g mengangkang tengok TV..
Tau2 dah sejam air terbuang begitu sahaja :))

Untuk yang tidak tahu..

CD - cloth diaper @ lampin moden yang boleh dibasuh dan ulang pakai
DD - dispose diaper.. drypers, mamy poko.. pet pet.. pampers.. etc
.
.
.

Hilang mood

Hilang mood nak hapdet blog..

Rasa ramai gak yang mengalami sindrom ni..
Sbb tgk blog list aku tu..
Ramai yg tak hapdet hari2 dah cam dulu..
Makcik Rehan je menten..

Harap2 bila aku jadi auswipe nanti..
Boleh la menjadi tegar seperti itu :)

Semalam tak jadi tgk Ombak Rindu..

Dan.. bernasib baik laa sangat..
Sebab aku tak pergi KL naik AGD..
Kalau tak mampus kejung kat Sogo nun tetiba gear box jammed..

.
.
.

Monday, December 5, 2011

Kepala Pening


Jangan kang malam ni takde Aril Samseng tu lagi..
Mau dari kepala pening..
Terus jadi migraine...

Mgu lepas bukan aku jer frust tau..
PIL aku yg memang totok humno..
Kira jiwa raga diserahkan..
Pun marah Cinta Elysa takde..

Ni lak aku yang jenis atas pagar ni :))

Dekat dah ek nak ngundi..

Setakat ni aku belum pernah miss mengundi lagi..

MIJ pun tak leh lawan rekod aku ni..

Kadang2 dia bergegar2 gak bagi ceramah politik kat aku..
Orang ni bagus.. orang ni tak bagus..
Orang ni rasuah.. orang ni asyik holiday..
Orang ni salah guna duit..
Orang ni tak leh wat keje..

anyway,

TAK MENGUNDI SILA DIAM!! :))
.
.
.