Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, April 15, 2014

Ipoh II - Pasar Karat Loken, Jalan Horley

Oleh kerana hotel tak menyediakan sarapan..
Maka pagi Ahad tu kami sarapan kat luar..
Terus tersinggah Pasar Loken ni..

Pasar Karat ni lebih kurang sama macam kat Shah Alam tu..
Tapi ni betul2 barang2 karat.. antik.. preloved..
Cam kat Shah Alam tu.. lebih banyak peniaga barang2 lain..
Dari barang2 terpakai..


Ada vcd / cd lama-lama..
Buku-buku.. Kasut lama.. Duit lama.. Setem..
Barang2 antik.. barang tembaga..
Mainan-mainan old skool..

Ada satu gerai ni jual seterika arang.. banyak pulak tu..
Cantik pulak bila dia dah susun..

Aku pi sini mmg takde arah tujuan nak beli apa..
Saja nak tengok-tengok..


Pendek kata..
Cam semua barang yang tak nak dipakai lagi..
Tapi masih boleh digunakan..
Ada jual kat sini..

Aku ada terjumpa walkman Aiwa yg sebijik cam aku punya..
Aku beli tu tahun 1995.. tapi pastu hilang kat hostel..

Masa jalan-jalan tu..
Aku dok terbayang pinggan mangkuk klasik mak aku..
Yang bertimbun2 dalam almari..
Agak-agak.. dia nak tak jual :))


Barang letrik pun banyak..
Boleh tawar sampai dapat harga yang korang suka..
Memula aku berkenan kipas dinding..
Nak bubuh kat bilik game Khaleef..
Tapi mati-mati seller tu nak RM80.00
Poodah laa sangatkan..
Sebabnya 3-4 bulan lepas..
Aku beli kipas dinding jenama Panasonic lagi..
Tak sampai RM100 pun..


Hotwheel tu bukan limited edition pun..
Tapi mahal harganya..
RM15.00 satu..
Kat Tesco.. baru RM6.90 satu..


Alat ganti banyak laa kat sini..
Ada untuk komputer.. speaker.. blender.. rim..
Set karaoke pun ada untuk dijual..
Siap ada tukang nyanyi sekali..


Dah menyangkung ni..
Maknanya nak ler tu..
Tapi aku tak belikan..
Jangan nak mengarut..
Mainan kat rumah sendiri pun dah sendat padat..
Nak menambah pulak lagi..

MIJ pulak cakap...
Jom kita jual mainan budak-budak ni nak?
Boleh juga buat modal beli mainan lain..

Betul jugakan?!!

Mainan depa ni..
Yang zaman aku gila-gila pi Mattel Warehouse sale tu pun..
Melambak tak bukak lagi..
Khaleef pun dah hilang keterujaan nak main atas faktor umur..



Ni aku suka tengok..
Free gift dari produk Nestle..
Tapi.. harganya mahal..
Yelah.. collectible item..


Piring hitam Ahmad Jais..
Masa aku lalu ni..
Depa tengah main lagi GELISAH..
Perrrgghhh nostalgia betul..
Lagi kesukaan arwah abah aku time karaoke..


Ni bukan untuk dijual..
Hasya berkenan sangat dengan motor ni..
Dia sendiri suruh aku snap gambar dia..

Papa dia beli gam kuat..
Gam yang macam air tu..
2 botol = Rm10.00..

Masuk kereta dia tunjuk kat aku..

Bie.. awak kena pembuhung jelah..
Gam ni kat kedai RM2 RIA..
5 tiub tau dua ringgit :))
.
.
.

Monday, April 14, 2014

Ipoh I - Nasi Ganja (Nasi Kandar Ayam Merah)

Wpun aku takde la suka sangat makan kari..
Tapi sebab ramai sangat orang berbicara..
Nak-nak pulak pasal kes hari tu..
Jadi teringin pulak nak rasa..

Kata orang.. kalau tak pekena nasi ganja ni..
Tak sah laa perjalanan anda ke Ipoh :)


Nasib baik aku tengok Majalah 3 hari tu..
So, mmg tau laa..
Kedai nasi ganja ni adalah di bawah nama restoran Cina..
Rumah Tumpangan dan Kedai Makan Yong Suan..

Ada ramai orang salah sangka..
Menyangkakan Restoran Vanggey tu adalah cawangan kepada Nasi Ganja..
Bukan... itu adalah restoran yang lain..
Nasi Ganja ini adalah Nasi Kandar Ayam Merah..
Takde mana-mana cawangan pun...


Paling special..
Ayam merah yang dimasak dengan sambal kelapa..
Sayangnya..
Aku ni jenis tak berani ambik risiko dalam bab-bab makan..

Masalah aku dengan makan lauk kari-kari ni..
Sat lagi kepala aku migrain..
Tekak loya.. mual.. apa sumer mai..

Pelikkan?!

Jadi.. jalan yang selamat..
Kuah kari tak payah bubuh..
Aku pilih telur ikan..
Dengan sepotong ikan kari..

Sedap!!


Ini pulak pilihan MI..
Ayam goreng mamak..
Tapi yang ni version pedas..
Tak tau pulak ada 2 jenis ayam gorengnya..
Kalep makan ayam ni sikit je..
Sebab terlalu pedas untuk dia..

Yang kaler oren tu ler sambal kelapa rasanya..
Tak rasa la pulak camne rasanya..

Harga.. biasa2 je..
Standard rege kedai mamak..
Secara keseluruhannya..
Boleh makan.. sedap..
Tapi tak masuk laa dalam kategori ketagih..

Tapi next time kalau pergi Ipoh lagi..
Nak cuba ambik lauk sotong atau udang pulak :)
.
.
.

Sunday, April 13, 2014

No Breathing


Lama dah tak preview movie..
Sebenarnya banyak gak movie aku download..
Cuma tak proses je..


Filem ni memang ada  dua hero..
Yang  belah kiri tu Wu Sang..
Dia mmg atlet renang..
Tapi sebab ada satu insiden,
Dia terpaksa masuk sekolah berenang balik..

Yang belah kanan.. Won Il..
Dia ni terer berenang..
Dan ayah dia seorang perenang yang hebat..
Tapi.. sejak kematian ayah dan mak dia..
Dia berhenti berenang..
Sampai laa dia terpaksa berhenti sekolah..
Maka pakcik dia paksa dia masuk sekolah berenang..

Kat sekolah tulah depa 2 ni bertemu..


Wu Sang ni.. perangai dia agak dingin..
Eksyen pun ada gak kekadang..
Kat sekolah berenang tu..
Dia berlatih sendiri sorang-sorang..
Tak campur dengan pelatih lain..

Cita-cita dia nak berenang di Sukan Olimpik..
Namun dia sedang berdepan dengan masalah saraf..
Dan juga masalah dengan ayah dia..



Won Il ni pulak.. tak pernah nak serius..
Dia sebenarnya tak suka dengan ayah dia yg dah mati..
Rupa-rupanya..
Depa dua ni.. Won Il dengan Wu Sang..
Adalah musuh renang masa kecik..
Tapi time tu.. Won Il yang selalu menang..
Kiranya cam musuh tradisi bertemu kembali..

No Breathing ni adalah sempena teknik yg ayah dia guna..
Bila berenang.. takde tarik nafas..
So, boleh la berenang lagi pantas..

Namun, sebab teknik tulah ayah dia mati..


Yang tengah tu heroin..
Won Il memang tinggal dengan keluarga heroin..
Sebab ayah heroin bekas jurulatih ayah dia dulu..

Wu Sang pulak..
Dia kenal heroin dari zaman sekolah..
Sampailah dia pindah ke Australia..
Dia terputus hubungan..
Bila dah balik Korea...
Dia cari balik heroin..

Dia sorang je heroin dari mula sampai habis..
Tentu jelah berebut yang sorang ni..
So, sapa yang dapat..
Kena tengok sendiri..
.
.
.

Resepi ikan sepat masin goreng berlada


Ada yang request..
So, jadikan entry supaya mudah dirujuk kemudian hari :)

Memula sepat tu rendam dulu bagi garam tanggal..
Kalau tak masin mokkk ooiii...

Pastu goreng sampai garing..

Sambil menggoreng tu...

1- Tumbuk 6-10 biji cili padi smpi lumat (kalau nak lagi pedas boleh tambah)

2- Bawang besar hiris dan tumbuk manja
    Tumbuk manja ni maknanya takde laa smpi hancur lumat..
    Sket2 je smpi air bawang tu bercampur dengan cili tadi

3- Tambahkan serbuk kunyit sikit + garam sikit

Siap goreng ikan.. buang minyak tersebut..
Kerana minyak goreng ikan masin ni agak kotor..
Nanti bila goreng cili + bawang jadi hitam..

Ikan masin yang dah siap goreng tu ketepikan dulu..
Buh minyak dalam kuali pastu tumis bahan tumbuk tadi..
Tumis dengan api kuat.. jangan lepa haa.. nnt hangus...

Agak-agak cili ngn bawang dah garing..
Kecikkan api dan masukkan ikan masin serta gaul sebati..
Tutup api.. terus angkat masuk pinggan...
Jangan biar dalam kuali.. nanti cili hangus...

Itu sahaja..

-sekian-
.
.
.

Friday, April 11, 2014

Bercuti Medan Part Last - TIPS KE MEDAN




  1. Pastikan ada pen untuk isi borang arrival & departure. Kat dalam flight pun tak sedia pen.. kat Bandara pun takde.. So, kalau tak bawa.. kena la meminjam
  2. Tak payah pre-order makanan.. pasalnya mmg sekejap. Tak sempat nak habis makan.
  3. Pada pendapat aku.. better korang dah chattered seorang tourist guide sebelum tiba ke Medan. Boleh cari sama ada guna google.. atau tanya orang yang dah pergi ke sana.. Lebih mudah. Bincang harga terlebih dahulu sebelum sampai sana.

    Cth nyer.. korang dah boleh jimat tambang teksi ke Bandar Medan. Dari airport, tambangnya lebih kurang Rp200 000.

    Satu lagi.. minta quotation full dengan hotel, makan, tiket dan tips.. Lepas tu kena la study sket.. tgk mana untung.. mana rugi.. contoh bab makan.. kalau makan kat kedai biasa yang harga main sebut je.. kerat jari la.. kalau kita bayar sndr mmg mahal.. tapi kalau tourist guide yang setel.. harganya sangat lain.
  4. Kalau nak beli t-shirt, cenderahati, better beli kat Berastagi. Kat Medan ada juga, tapi harganya berbeza-beza. Ada murah.. ada mahal.. kalau terkena yang murah takpe la.. kalau terkena mahal.. kan dah rugi.
  5. Boleh tawar menawar kat sana.. boleh tekan sampai harga yang kita mahu. Tapi agak-agak la kan.. takkan pilih kain penuh manik dari hujung dada smpi hujung kaki.. minta RM10 untuk 4 meter..
  6. Kalau ada anak bawah 3 tahun.. rasa Danau Toba tu tak penting sangat.. tak payah pergi.. Jalannya berbelit-belit.. naik turun gunung.. pastu kenderaan dibawa dengan sangat laju. 5 jam ko pergi balik...
  7. Tak payah tukar banyak sangat duit rupiah.. sebab Ringgit Malaysia diterima dengan baik :)
  8. Kalau on the wat ke Danau Toba atau Berastagi.. bila nak berhenti makan, pastikan betul-betul kedai makan tersebut Halal.. Kat sana ada kod.. B1 = anjing, B2 = babi
  9. Kalau ramai orang mengekor suh beli macam-macam.. tolak je dengan baik kalau tak mahu beli.. Tapi.. kalau dah penat sangat.. geleng je dah cukup :)) Pasalnya.. sekali ko tertanya harga atau tersembang dengan depa.. Percaya laa.. mereka akan terus ekori dan paksa korang beli.
  10. Waktu malam.. elakkan keluar jalan-jalan kalau takde tourist guide teman. Bandar Medan ni agak bahaya juga. Banyak penyeluk saku dan pencopet.
  11. Boleh tinggalkan passport dalam safety box di hotel. Just snap gambar muka depan passport tu dengan smartphone korang. Pastikan kamu ada nombor telefon hotel.
  12. Elakkan beli makanan dan minuman tepi jalan.. Sebab Bandar Medan ni agak kotor. Bebas gila buang sampah merata kat sini. Tak kisah.. Kat sana.. aku lebih rela kasi anak aku minum air gas dalam botol.. pada minum air bancuh.
  13. Makan kat sana.. takde la murah sangat.. takde laa mahal sangat. Lebih kurang macam M'sia juga harganya. Tapi bab rasa.. seriyes kata AKU MASAK LAGI SEDAP!!!
  14. Cukai meninggalkan Indonesia = Rp75000 seorang. Jangan lupa pulak pi perabih semua duit rupiah :)
  15. Kat Bandara.. sampai je cepat2 ambik troli sndr kalau nak pakai.. Kalau ada yang sambut.. siap sedia laa kena bagi tips :)
  16. Kat sini memang budaya TIPS.. so, kalau rasa susah sangat nak dapat duit kecik Rupiah.. sediakan je duit RM1.00 dalam 20-30 dari M'sia ni. Bagi je sekeping setiap kali perlu bagi tips. Jangan laa sebal sangat hati tu.. anggap jelah sedekah amal jariah. Mereka ni banyak yang susah dari senang.
  17. Kalau pergi musim panas.. tak payah laa bawak sweater dari M'sia ni. Buat berat je..Sebab cuaca even kat Berastagi yang orang kata sejuk cam Cameron tu.. bidaah je semata.. Masa kami pi Berastagi.. situ lebih panas dari Tg Malim.
  18. Dalam menu depa susah jumpa sayur.. kalau ke Vietnam atau Cambodia.. makan apa pun.. sayur sejambak depa bagi.. Kat sana boleh jumpa sayur Chap Cai je.. So, kalau anda jenis sembelit.. minum laa fruit juice sebagai ganti fiber.
  19. Kalau nak beli kartu SIM untuk call atau sms keluarga di M'sia.. pastikan beli Kartu SIMPATI.. harganya murah. Boleh berinternet juga. Tapi tau tak.. internet data depa lebih mengiurkan dari M'sia.

    Cam aku pakai digi.. sebulan RM30 untuk 1G untuk 30 hari. Tapi kat sana.. kebanyakkan kartu untuk data = Rp100000 - Rp250000 = 10G - 20G = setahun. Gila bapak punya jimat. :)

    Namun, kalau nak pakai sim M'sia.. beli je Hotlink yang RM8.80 tu dari M'sia. Pastu top-up la RM30.00 dah cukup. Kat sana hotlink boleh auto roaming data internet & line phone.
  20. Kat sana plug letriknya lain.. so, kena beli travel plug. Kalau takde, boleh request pada hotel.



  21. Satu lagi pesanan... bawa laa semua bekalan ubat-ubatan. Yang penting.. ubat demam, batuk, sakit tekak, selsema, asthma, cirit birit, keracunan makanan. Aku pergi baru ni.. ubat-ubat je.. 1.3kg beratnya.

    Pasalnya.. jangan jatuh sakit di negara orang sebab MAHAL. Tapi.. orang luar.. u r most welcome to sakit in MALAYSIA. Sebabnya our country ni sangat generous. Kalau tidak.. takkan ler kat Klinik Kesihatan penuh warga asing.

    MALAYSIA BOLEH!!!

.
.
.

Thursday, April 10, 2014

Bercuti Medan Part XII - Masjid Raya Al Mashun



Masjid Raya ni betul-betul kat tengah Bandar Medan..
Selalunya kalau ke Medan..
Ni antara salah satu tempat wajib singgah..

Usia masjid ni dah lebih 100 tahun.. (1906)

Selalu masjid cam 4 segi..
Tapi masjid ni bentuknya segi bulat..
Dalamnya banyak menggunakan batu mar-mar..
Wpun dalamnya ada sikit sangat kipas siling..
Tapi suasana dalam tu sejuk..
Maybe disebabkan batu mar-mar tu..



Sebelah MIJ tu tourist guide..
Belakang MIJ tu.. yang bertangga tu..
Tempat azan..

Yang lainnya.. selalu orang azan kat depan..
Tapi tempat azan dalam masjid ni duduk kat belakang..
Kat bahagian jemaah perempuan..



Sebelah jam tu tempat imam mengimamkan solat..
Dalam masjid ni juga ada sebuah Al-Quran tulis tangan..
Aku ada snap gambar..
Sayangnya kabur la pulak..










Nilah tempat terakhir lawatan kamiorang..
Sebelum berangkat ke Bandara Kuala Namu..

Secara keseluruhannya..
Best juga pergi Medan ni..
Tapi kalau dengan anak2 kecik..
Memang elakkan laa pergi ke Danau Toba..
Selain perjalannya jauh.. lama..
Jalannya juga merbahaya..

Orang-orang kat sana memandu mmg tak ikut law..
Ada sekali tu..
Ambulan betul2 belakang kereta Pak Budi..
Tapi.. jangan harap laa ada sapa-sapa nak ketepi..

Next entry aku kongsikan semua tips kalau ke Medan..
Last entry aku citer pasal Bandara Kuala Namu yg sangat cool :)
.
.
.