Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, June 22, 2015

Angry Mom


Drama ni best...
Angry Mom ini juga pemenang anugerah..
MBC Best Scenario in Drama 2014..

Drama ni kurang cintan cintun apa bagai..
Genre family..

Oh Kang Ja adalah Angry Mom dalam drama ni..
Dia ni mak kepada Oh Ah Ran yang menjadi mangsa buli di sekolah..
Satu malam dia nampak badan anak dia lebam sana sini..
Tapi bila ditanya..
Anak dia tak mahu menjawab...


Ni anaknya yang kena buli tu..
Sampai laa satu hari..
Anaknya bukan setakat mangsa buli..
Tapi dah jadi mangsa keganasan di sekolah..
Trauma sampaikan terpaksa masuk hospital sakit jiwa..




Oh Ah Ran ni ada kawan baik
Pasal dia ni laaa Oh Ah Ran selalu kena buli..
Dia ni ada simpan satu rahsia..
Ah Ran tahu tapi dia takut nak beritahu sesiapa..
Sampailah..
Satu hari kawan dia mati dikatakan bunuh diri..
Tapi Oh Ah Ran tahun bukan bunuh diri..
Ada dalang disebalik kematiannya..



Oleh kerana Oh Ah Ran tidak mahu buka mulut..
Oh Kang Ja.. mak kepada Oh Ah Ran mengambil keputusan untuk siasat..
Apa sebenarnya yang berlaku...


Maka, dia menyamar jadi pelajar sekolah tersebut..
Disebabkan masa sekolah2 dulu dia pun gangster sekolah..
Tak susah laa dia nak korek citer dengan guna kekerasan..
Mana yang buli2 anak dia dulu..
Semua dia tibai..

Menjadi pulak tu mak dia jadi pelajar sekolah..
Sampai takde sapa pun syak..


Ini cikgu kelas depa..
Lebih kurang kata.. cikgu ni hero laaa..
Dia pun baru masuk sekolah tu..
Sama hari dengan Oh Kang Ja..
Jadi dia tak banyak tahu berkenaan hal-hal dalam sekolah tersebut..

Bila dia dah tahu sedikit demi sedikit..
Dia bantu Oh Kang Ja untuk bongkar cerita tersembunyi di sebalik sekolah tersebut..





Tapi.. lagi mak dia korek citer..
Lagi laa Oh Ah Ran berada dalam keadaan bahaya...
Orang jahatnya bukan seorang...
Bukan setakat pembuli dalam kelas..
Ada kisah lagi besar dari itu...

Ni kira cam jahat bertingkat-tingkat...
Dari pembuli dalam kelas..
Ke vice principal.. ke director...
ke presiden.. sampai laaa ke menteri...
Ada je jahatnya...




Drama ni episod last-last nya sedih..
Cengeng aku tau menonton..
Ada satu insiden besar yang terjadi kat sekolah..
Masa ni laaa kebenaran muncul sikit-sikit..
Akhirnya depa berjaya juga mengheret semua yang salah ke muka pengadilan...

Tapi.. sampai episod last pun..
Masih ada konflik lagi..
Konflik tamat lagi 15 minit drama nak habis..
So, mmg drama ni sangat berbaloi untuk ditonton..
.
.
.






Wednesday, June 17, 2015

DONE



Status-status yang akan lalu lalang di FB..
Sampai laaa 1 Syawal kang...
Juga akan berserakkan di IG juga...

Itu takpe..

Yang aku pelik..
Kenapa banyak pulak status yang MENYINDIR insan2 yang letak status gini..

Apa masalah anda?

Buat baik kot!!

Ada yang berpendapat..
Itu biar la jadi rahsia dengan Allah swt
Apsal nak heboh2 kat alam media sosial...

Hello...

Boleh tak kesakitan hati kau tu..
Menjadi rahsia diri sendiri..

Selalunya orang yang sakit hati dengan status2 orang lain..
Adalah sebab dia tak buat.. dia tak dapat..

Contoh cam aku kan..

Aku benci betul status orang yang dulu gemuk gedempol..
Skang dah kurus selim melim..

Pastu wat status

SERONOKNYA HARI NI DAH TUKAR SAIZ DARI XXXXXXL ke XS

Sakit hati aku ni tau..

Pasal apa?!!

Pasal aku tak dapat kurus.. tak boleh nak kurus...

Tapi takde laa aku nak merempan meroyan nak sindir2 pulak insan berjaya tersebut..

Berbalik pada status DONE di bulan puasa..

Benda baik gini ada manfaatnya..

Contoh kalau baca artis polan yang terkenal dengan seksinya up status

DoneTerawikh + DoneWitir

Pada mengata dia.. NAK MENUNJUKLAH TU..

Apa kata ubah kepada..

KALAU DIA BUAT.. KENAPA AKU TAK BOLEH BUAT...

Pastu ada pulak yang tulis.. ENTAH-ENTAH SAJA UP JE..

Ok.. yang ni baru laa betul2 antara dia dengan Allah swt..
Dia buat ke tidak.. itu rahsia dia..

Apa-apa pun..

Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua pembaca LWC..
Semoga ibadah kita diterima..
Ampun dan maaf atas semua kesalahan..
Halal semua makan minum..

Lastly...

Kalau tak suka.. UNFRIEND :)

-peace-
.
.
.



Sunday, June 14, 2015

Hasya & Speedo ketat...


Minah ni kan malam tadi terantuk meja..
Natijahnya..
Hari ni tak nak laa dia pergi sekolah..

Aku ada bincang dengan cikgu dia hari tu..
Apa penyebab dia tak suka sekolah..

Cikgunya kata..

Dia selalu komen BORING !!

Adoiyai... baru setengah tahun sekolah tu..
Dah boring...

Dia kalau boleh nak belajar menyanyi je hari-hari..

Adakah dia bakal sertai Ceria Pop Star?!!

Mintak selisih malaikat 44...

Aku ada tengok laa buku kerja Hasya kat sekolah..
Selama ni mmg tak tengok sbb bukunya tak boleh bawa balik..
Kat sekolah..
Dia masih belajar garis-garis..
Buat garisan ombak-ombak..
Buat bulatan..

Kat rumah pulak..
Dia dah belajar tulis abjad..
Ada buku latihan dia..
Cikgu suruh buat garis-garis..
Dia pi tulis huruf2 yang dia tahu..

Agaknya tu pasal ler dia bosan..

Ikutkan aku takde paksa dia belajar pun kat rumah..
4 tahun baru kot!!

Tapi setiap kali abang kena belajar atau buat homework..
Dia sendiri yang ambik buku menulis & melukis..

Kembali kepada baju renang ketat tersebut..
Aku nak jual tu..
Sapa nak beli boleh whatapps aku.. 0125865752
Siapa cepat dia dapat

Jarang pakai.. yelah.. sapa pulak yang berenang setiap hari :)

Brand - Speedo
Saiz - 2-3 tahun
Condition - 8.5/10 (takde stain... takde koyak.. tidak berbulu)
Harga - RM20 termasuk Pos Laju (lebih kurang baju shj = RM13.00)



.
.
.

Wednesday, June 3, 2015

Birth Of The Beauty


Ramai dah ada drama nikan..
Ni review baru nak keluar :)

Drama ni episod awalnya mencengkam perasaan...
Sebab aku faham perasaan heroin itu..


Ni heroin...
Dia seorang yang obese..
Berkahwin dengan seorang lelaki yang hensem..

Suami dia belajar di luar negara..
Dia dok Korea jadi hamba abdi keluarga mertua..
Segala perbelanjaan suami dia.. keluarga.. dia yg tanggung..

Tapi dia pasrah je..
Sebab orang gemuk ni mmg hakikinya camni..
Ambik mudah je.. asalkan gembira..
Makan dalam tu belakang citer..



Ni mmg nasib orang2 gumuk..
Selalu jatuh sana sini..
Pastu takde orang nak tolong...
Kalau ada pun.. tolong tengok..
Tak pun tolong gelakkan...


Ni laaa laki dia yang tak berguna tu..
Dia ni jahat dari episod 1 smpi laa episod akhir...
Sebaik sahaja dia habis belajar..
Dia kembali ke Korea dan menjawat jawatan tinggi di sebuah stesen TV..
Dia tak bgtau pun pada isteri dia..
Sampai laa satu hari kantoi ngn isteri dia..
Yang tambah sakit hati lagi..
Dia dah ada orang lain..


Ni pompuan yang rampas suami dia..
Jahat juga..
Dia ni keje sebagai pengacara di stesen tv yang sama laki dia keje..


Lepas suami dia kata nak ceraikan dia..
Heroin ni dok pujuk gak laki dia..
Bila dah takde jalan..
Dia ugut nak dedahkan hubungan sulit suami dia dengan pengacara tu..
Depa kan selebriti..

Untuk elakkan perkara tersebut...
Boleh laaa suami dia rancang nak bunuh heroin..
Dan dia berjaya bunuh heroin..


Rupanya heroin tak mati...
Dia terselamat...
Cumanya dia tak tahu lagi yg sebenarnya suami dia yg cuba bunuh dia..

Ntah camne dia terjumpa hero...
Hero pulak mengaku dia doktor plastic surgery..
Jadi heroin merayu kepada hero untuk tolong dia..
Dia nak jadi cantik..
Dan nak balas dendam pada suami dia dan perempuan jahat tu..

Maka....

Lepas beberapa kali bedah.. liposuction...
Maka itu yang BIRTH OF THE BEAUTY tu....

Tapi.. awal2 tu dia cam hidup dalam halusinasi..
Kesan penggunaan ubat bius yang terlalu banyak..


Ni hero...
Dia sebenarnya tolong heroin bersebab..
Dia mmg tahu semua cerita heroin sblm heroin minta bantuan dia..

Hero ni cinta sama heroin jahat..
Awal-awal ni dia tak tau laa heroin tu jahat benar...
Dia nak bantu heroin dapatkan balik suami dia..
Dan dia boleh laaa dapat balik heroin jahat tu...


Tapi lama-lama...
Dia pulak suka pada heroin..
Tapi heroin pulak yg pada asalnya nak balas dendam pada suami dia..
Tetiba rasa nak balik semula pada suami dia..
Tapi tu sebelum dia tahu yang suami dia yang rancang kematian dia..
Dan lepas tu rampas semua harta-harta dia..

Drama ni banyak orang jahat sebenarnya..
Kacau jiwa tengok drama ni..
Tak cukup dengan suami jahat... heroin jahat...
Abang tiri hero pun jahat juga...
Mak tiri dia lagi jahat..


So, apa kesudahannya..
Kena tengok sendiri.. ;)
.
.
.