Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, October 30, 2016

Ada Apa Dengan Aiman Tino?


Ikutkan..
Aku dulu kenal Aiman Tino ni dari anak2 aku..
Akukan suka lagu2 terkini..
Tu sebab aku tak suka Sinar FM :))

Makin lama..
Makin jadi kegilaan lak Aiman Tino ni..
Hasya suka.. Kaira suka.. Airis suka..

Sampai laaaa 2 minggu sudah bawa Kaira g cek telinga kat HKL...
Tetiba doktor bagi tarikh operate untuk masuk salur buang air kat telinga dia..
Ni pembedahan kedua dia..
Yang kali pertama tahun sudah..
Buang tonsil..
So, dia dah pernah merasalah camne dok HKL tu..

Susah gak ler nak memujuk dia untuk setuju ngn operation ni..
Keluar laaa cam2 syarat..
Nak tengok Taman Pikachu..
Nak pizza..
Nak itu.. nak ini..

Last2... NAK JUMPA AIMAN TINO!!!

Hari tu ada Aiman Tino ni datang Tg Malim..
Tapi salah info tarikh laaa pulak..
Melepas..

Maka...
Aku pun secara santainya..
Hantar DM pada Aiman Tino..
Mencuba tak salahkan...



Itu butiran DM aku..
Simple je..
Tak payah nak gitu gini..
Straight to the point..

Mntak maaf ye kak...

Sebenarnya.. dia balas tak smpi pun 2 jam lepas aku anta DM..
Mgkn sebab DM ini tidak berunsur gedix..
Cepat laaa dia balas ;)



Baikkan budaknya...
Mak setuju je kalau ni nak jadi menantu :))



Esoknya...
Dia terus up gambar untuk sapa2 yang free nak jumpa dia..
Malangnya aku tak free...
Mak si Kaira ni pun tak free..
Tak dapat laaa jumpa..

Takpe.. kami terus menunggu saat dan ketika..


Tetiba Khamis ke Rabu lepas..
Aiman Tino up info yang dia akan berada di BCH Rawang..
Jauh tak jauh.. Dekat tak dekat..
Tapi ni dah peluang laa kan..
Tak dapat jumpa.. dapat tengok dekat2 pun jadi laaa



Makcik Zel DM lagi...
Senang kalau dah tahu waktu yang sebenar...
Tak payah nak menyangok kat situ lama-lama..

Kul 8.00 malam kami dah smpi tau..
Siap join doa selamat & bacaan Yassin lagi..



9.45 malam Aiman Tino pun muncul....
Adoooiii yaaaiiii...
Sesak dengan bebudak baru nak up..
Terselit segelintiran makcik-makcik yang menjaga anak masing-masing..


Aku tolak-tolak Hasya & Kaira..
Dapat laa depa berdua dok betul2 depan Aiman Tino...


Kaira yang tutup telinga...
Bunyi kuat membuatkan telinga dia sakit..
Tapi dia yang nak sangat jumpa Aiman Tino kan..



Ni nak meet & greet pun bukannya senang...
Nak kena ada resit pembelian dulu..
Berbekalkan resit beli minyak urut..
Dapat juga laaaaa jumpa Aiman Tino dekat-dekat..


Sekali lagi...
Aiman Tino ni baik budaknya..
Kak Punjel pun tetiba cam dah minat sangat ke dia..
Balik ni nak hafal lagu Permata Cinta pulak :))


Tak pasti laa kenapa budak berdua ni muka camni..
Bukan depa yg teruja jumpa Aiman Tino..
Tapi dah cam Aiman Tino pulak yang teruja jumpa depa..


Mula-mula hari tu nak jadi Adik Aiman Tino..
Semalam berubah dah..
Mek Cha bagitau mami..
Dia plan nak kahwin dengan Aiman Tino..
Dan menyerahkan Papa pada mami..
Selama ni Papa laaa dia paling sayang & nak kahwin Papa..

Bye Papa...

Anak dara awak dah ada 1st crush dia!!


Nilah gerombolan rombongan kami...
Tangan makcik tua camni laaa..
Semua gambar kabur..


Tudung biru tu sapa?
Aku igt hari tu dia Naib Presiden Kelab Peminat Aiman Tino..
Tapi bila dia kepung peminat dari serbu Aiman Tino kat belakang dia tu..
Rupanya...
Dia BodyGuard daaaa...

Hahahaha...

Gurau Mak Yong!!!!!
Mak Yong dah smpi hari tu nak melahirnya...

Sebelum pi beranak..
Ni lagu untuk @makcikrehan


Akhir entry..
Aiman Tino ko memang terbaik...
Kalau masuk pencalonan Bintang Popular tahun ni..
Akak janji akan undi ko banyak-banyak kali
.
.
.

Monday, October 17, 2016

Resepi Nasi Ayam Kak Punjel


Nak letak juga..
Walaupun gambar hauk!!
Lapar sangat..
Tak sempat nak snap lawa-lawa..

Nak kongsi resepi sebab sedap wei..

Resepi ni aku dapat kat The Vocket..
Dahsyatkan.. :))

Resepi Nasi

- Rendam beras dalam air kunyit
- Gelegakkan air, bubuh ayam dan rebus 10 minit
- Tumbuk bawang putih + halia sampai lumat
- Tumis guna marjerin bahan tumbuk + kiub ayam (dlm periuk nasi)
- Tos beras masukkan dalam periuk nasi
- Bubuh air rebusan ayam tadi & masak nasi macam biasa

Resepi Ayam

- Bahan perap = tumbuk 2 ulas bawang putih + 2 sudu sos tiram + 2 sudu madu + 1 sudu kicap pekat + 1 sudu minyak bijan + 1sk serbuk lada sulah + 1sk lada hitam
- Perap ayam dalam bahan perap tadi lebih kurang 15-30 minit
- Goreng @ bakar garing

Resepi Sup

- Tumis hirisan bawang putih + halia + bawang merah
- Tuang air rebusan ayam
- Buh laa sayur apa2 pun
- Daun bawang + Daun sup + serbuk lada sulah
- Garam secukup rasa

Setakat tu je..
Sebab kitaorang tak makan sambal merah tu..

Jadilah..

Janji anak2 suka
Makan sampai tak cukup nasi :)
.
.
.

Seqy Matte Lip Cream



Antara kandungan Seqy Matte Lip Cream..
Ialah Argan Oil..

Argan Oil ni merupakan minyak yang dihasilkan dari biji pohon Argan..
Pokok ni hanya tumbuh di Marocco..
Argan Oil sangat terkenal sebagai produk premium dlm dunia kosmetik..
Sebagai pelengkap nutrisi pada perusahaan ubat-ubatan..

Minyak Argan sangat kaya dengan Vitamin E..
3 kali lebih banyak daripada minyak zaitun..

Kelebihan Liptick #seqybeauty ni..
 TIDAK melekat pada cawan
 TIDAK melekat jika terkena baju @ tudung
 TIDAK comot
 TAHAN lama
 CEPAT kering
 
MELEMBABKAN bibir
 Bibir yang MUNGGIL




Pilihan warna yang ada..

 STRONG 
 FORGIVEN 
 BEAUTIFUL 
 RELAX 
 COMFORT 
 PEACEFUL


Pasti ada satu yang sesuai untuk anda..
Nak lagi best..
Beli je satu set terus..

Harga Jualan untuk 5ml

1 batang = RM25 Pos laju excluded
1 set = RM150 free Pos Laju


Cun giler kan...
Tak cair korang tak tau laaa...

Cepat2 order untuk pastikan anda juga ADA ;)

Whatsapp 0125865752 - Kak Punjel
.
.
.




Tuesday, October 4, 2016

W The Two Worlds


Drama ni best sangat..
Tak pernah aku ulang tengok drama..
Secepat W ni...
Baru habis minggu lepas...
Minggu ni dah ulang tengok..

Walaupun drama ni banyak tak logiknya..
Tapi... sebab Kang Chul yg bikin RECIK!!!!
Semua benda jadi real :))


W TWO WORLDS
Maknanya ada 2 dunia..
1 dunia nyata yang kita semua tinggal..
1 dunia webtoon yang Kang Chul tinggal seperti kita kat dunia ni..


Faham tak?

Tak faham.. meh order W ni..


Ni scene pertama..
Kang Chul mewakili Korea dalam sukan menembak..
Bila tengok ni..
Aku terus ingat drama ni pasal sukan menembak..
Rupanya salah tebak..

Dalam webtoon tersebut..
Kang Chul adalah  pemenang pingat emas..
Acara menembak Sukan Olimpik..

Tapi lepas tu.. tak semena-mena..
Family dia kena bunuh.
Dan dia jadi suspek pembunuhan..

Nasib baik disabit tidak bersalah..
Dan dia berdendam untuk mencari pembunuh keluarga dia..

Ni semua berlaku dalam webtoon..
Tapi kat Kang Chul semua tu betul2 terjadi dalam dunia dia..
Walaupun kadang2 dia terasa cam ada tak kena...


Heroin..
Dia seorang doktor pelatih..
Anak kepada penulis dan pelukis webtoon W...
Webtoon W ni dah terbit lebih kurang 7-8 tahun..
So, dia ni memang kenal sangat dengan Kang Chul..


Suatu hari..
Pembantu ayah heroin called..
Katanya ayah heroin dah hilang..
Bila dia smpi kat pejabat ayahnya..
Dia tengok skrin gambar Kang Chul berlumuran darah...
Maknanya ayah dia nak tamatkan webtoon W ni dengan kematian Kang Chul..

Tak semena-mena..
Tiba2 heroin di tarik masuk ke satu dunia yang lain..
Dia masuk ke dunia W!!!!

Dan... jalan cerita webtoon W berubah mengikut apa yang depa buat..


Heroin ni tahu dia dalam dunia webtoon..
Tapi dia tak boleh nak beritahu hero..
Hero pulak hairan dengan kemunculan heroin..
Setiap kali dia dalam bahaya..
Mesti heroin ni muncul..

Sebab...

Dia dah tahu jalan cerita..
So, sebolehnya dia nak selamatkan hero..
Yelah.. diakan peminat Kang Chul..


Tapi heroin ni boleh je kembali ke dunia biasa...
Setiap kali webtoon ni sampai ke penghujung bab..
Akan keluar perkataan BERSAMBUNG....
Dia pun akan masuk balik ke dunia asal..

Waktu dalam webtoon tu juga lebih laju..
Ikut jalan cerita..
Kadang2 dia hanya hilang dalam 20-30 minit je..



Paling best bila dia kena cari ending...
Cam2 laa dia buat..
Hero dari pada biasa-biasa je dengan dia..
Lama-lama suka :)


Sampai laa si jahat ni muncul...
Eee malas laa aku cerita pasal si jahat ni...
Aku suka yang sweet-sweet..
Romantik2 je..






Alooo looo comelnya!!

Aku tak review sampai habis ni..
Korang kena tengok baru tau bestnya drama ni...
Ready stock ni :)
.
.
.



Thursday, September 22, 2016

Bring It On Ghost


3 hari aku marathon tgk drama ni...
Alhamdulillah.. best!!!  :)

Ini kisah seorang pemburu hantu..
Dia bukan buru sesaja..
Dia buru untuk hapuskan dan dapat bayaran...

Duit tu pulak dia kumpul untuk buang kebolehan dia menangkap hantu..

Hero seorang pelajar kolej..
Dia yang ada kebolehan nampak hantu..
Dan dia memang buat servis untuk bunuh hantu..
Tetapi dia pilih2 hantu..
Yang senang2 je dia ambik..
Hantu yang ganas-ganas dia tolak..



Satu hari dia dapat panggilan dari seorang perempuan..
Yang nak dia buangkan hantu kat sekolah..
Dia pun pergilah..
Kat sana dia berjaya bunuh hantu tersebut..

Tapi...

Rupanya perempuan yang call dia tu pun hantu juga..
Iaitu heroin..

Dia ialah hantu yang tak ingat lansung asal usul dia..
Dan macamana dia boleh jadi hantu...

Lepas pada tu...
Dia ikut hero ke mana saja..
Sebab dia rasa hero boleh bantu dia igt balik kisah silam dia..


Hero ni pulak.. anak yatim..
Mak dia mati masa dia kecik..
Dibunuh hantu..
Ayah dia pulak menjauhkan diri dari dia..
Dan dia dijaga oleh seorang sami..

Sami ni tahu yang hero ni boleh nampak dan bunuh hantu..


Ini heroin... Dia hantu...
Tujuan asal dia ikut hero..
Untuk tahu kenapa dia mati..
Dan supaya dia boleh segera naik ke langit..

Tapi dia ni walaupun hantu..
Agak pelik sket..
Sebab warna kulit dia tak cam hantu..
Dan dia takde power cam hantu-hantu lain..

Ikut punya ikut hero tu..
Last2 dia suka pulak pada hero..

Sayangnya hero pulak suka pada orang lain...



Yang  ni hensem tapi jahat!!
Dia ni sebenarnya manusia yang badannya dah diambil alih oleh kuasa jahat..
Cam ada split personality..
Depan orang kemain baik.. kemain sweet..
Rupa-rupanya jahat kemain..


Dalam setiap episod..
Banyaklah hantu yang depa tumpaskan..
Selain daripada cuba mencari kisah sebalik kematian heroin..
Dan beberapa lagi kematian yang disebabkan oleh hero jahat..


Hero ni last-last suka juga pada heroin..
Tapi itu laa pulak..
Sorang manusia.. seorang lagi roh..

Dapatkah mereka bersama akhirnya?!!

Kenalah tengok..

meh order meh ;)
.
.
.
.