Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, October 13, 2022

Love and Deception / Ratee Luang

 


Tertengok sedutan drama ni kat TikTok
Ingatkan ada dalam Viu, rupanya Viu Indonesia je ada
Maka kena laa download

Hero nama PinTai. Dia ni anak kepada pesara tentera jawatan tinggi
Selain tu ayah dia ada banyak bisnes
Kira anak orang kaya la

Bila Tai ni tak minat nak masuk tentera, ayah dia marahlah pada dia
Lagi naik angin bila Tai lebih minat bidang pertanian
Semasa Tai ni belajar, dia tinggal bersama seorang Profesor
Prof ni ada 2 anak perempuan, Koong dan Pla
Tai ni bercinta dengan Koong asalnya

Tapi Koong ni jahat orangnya
Gila harta dengan duit
Lepas tu dia pi goda ayah Tai
Bila Tai dapat tahu, dia terus lari tinggalkan rumah


Semasa lari tu, dia bekerja di sebuah ladang di Chiang Mai
Tokei ladang ni ada anak perempuan nama Pin
Pin ni pulak jatuh cinta gila pada Tai, tapi Tai tak layan

Sudahnya Tai ni jadi anak angkat pada tauke ladang tu

Satu hari dia balik Bangkok sebab ada urusan bank
Kat bank tu dia terserempak dengan ayah 
Malam tu dia intai2 la rumah ayah dia
Sekali tu ayah dia kena bunuh malam tu

Dia nampak Koong lari tinggalkan rumah lepas curi duit
Jadi dia tuduh Koong yang bunuh
Adik Koong, Pla tak percaya yang kakak dia bunuh
Jadi dia tolong kakak dia larikan diri

Tai ni memang marah gila kat dua beradik ni
Sampailah hari peguam bacakan wasiat ayah Tai
Ayah Tai mmg tinggalkan semua harta pada Tai tapi bersyarat

Syaratnya Tai kena kahwin dengan Pla
Kira cam kahwin paksa la
Depa kahwin juga sebab Tai nak harta ayah dia


Lepas kahwin tu Tai bawa Pla balik ke Chaing Mai
Dia bagitau yang Pla tu orang gaji dia

Tapi lama-lama pecah gaklah rahsia yang Pla tu isteri dia sebenarnya


Pin anak tauke ladang tu frust gila bila tau Tai dah kahwin
Masa larikan diri tu dia telah dirogol orang jahat
Menyebabkan dia jadi cam sakit mental
Ayah dia pula bila dapat tahu, terus mati

Tai pula eksiden. Sebab kejarkan Koong dan Pla yang larikan duir dia
Lepas eksiden tu, Pla memang hilang terus
Tai pula hilang ingatan
Jadi Pin ambik kesempatan tipu Tai kata depa dua memang suami isteri sebelum Tai eksiden dan tukar nama Tai kepada Trai



Lepas 6 tahun, Trai terserempak dengan Pla tapi dia tak kenal
Pla pulak lepas lari tu baru tau dia mengandung anak Tai

Drama ni banyak konflik smpi letih jadinya
Tu belum Sahatep punya hal
Dengan pembantu dia yang obses sangat dengan dia
Lagi makcik kepada Pin yang menerukkan lagi keadaan mental Pin

Sampai laa ke episod last pun tak habis2 konflik berat


.
.
.
#LoveAndDeception #RateeLuang #PuenKhanin #ChippySirin

Wednesday, October 12, 2022

May December Romance




Drama ni boleh tengok kat Viu
Aku tertarik nak tengok drama ni sebab hero kot
Nampak kacak dan baik
Ryu Vachirawich yang jadi hero

Dia merupakan pemain ping pong wakil Thailand
Masa ada tournament kat Korea, satu insiden telah berlaku
Menyebabkan dia tidak boleh lagi mewakili negara
Akibat perbuatan abang dia yg ambik rasuah



Heroin ni pulak, dia adalah kekasih kepada Ketua Kontijen Ping Pong
Dalam drama ni umur dia 52 tahun
Disebabkan kekasih dia minta putus, dia telah menjalani pembedahan plastik yang sangat ekstrem di Korea Selatan sehingga wajah dia berubah menjadi muda
Badan yang montel pun jadi kurus

Bila balik ke Thailand, semua orang terkejut dengan perubahan dia
Time ni dia jumpa dengan hero
Hero ingat heroin ni muda lagi
Dari kawan lama2 depa saling suka


Lama-lama hero ni tahu juga yang heroin ni tua sebenarnya
Tapi dia tak kisah, dia nak juga kahwin dengan heroin
Asalnya sebab heroin mengandung
Sayangnya lepas kahwin, heroin keguguran


Selain dari cerita hero dengan heroin ni
Adalah 2-3 lagi cerita sampingan yang aku rasa takde pun takpe
Nak2 pasal samseng adik beradik dari Korea
Mengarut lebih

Lepas tu kisah abang hero
Lagi satu pasal percintaan bekas kekasih heroin
Dia pun dapat awek muda juga

Cerita nenek hero pun banyak juga
Drag gila, nasiblah mati juga nenek dia akhirnya

Patutnya drama ni tumpukan pada Orn dan Tum
Serta cita-cita Tum untuk kembali ke arena Ping Pong
.
.
.
#RyuVachirawich #MayDecemberRomance



 

Tuesday, October 11, 2022

My Romance From Far Away


Takdelah best sangat drama ni
Tapi sebab dah tertengok, tengok jelah sampai habis

Hero dengan heroin ni biras sebenarnya
Adik hero kahwin dengan abang heroin
Heroin ni dari keluarga hado-hado
Sementara hero dan family dia orang pedalaman yang ada ladang kopi

Abang heroin ni kira kahwin tak direstui keluarga
Nak pulak abang dia buat keputusan untuk jadi tentera
Tak mahu warisi family business

Plot drama ni bermula bila abang heroin ni dan isterinya mati kemalangan
Meninggalkan seorang anak lelaki
Anak nilah yang menjadi rebutan antara hero dengan heroin

Kiranya mula-mula drama ni depa dua ni saling tak suka
Akhirnya couple
Tentu-tentu je ayah heroin tak suka
Ayah dia dalam tak sihat tu banyak juga agenda jahat dia

Aku lupalah pulak camne akhirnya depa ni bersama juga
Kiranya happy ending ler juga

Lokasi penggambaran drama ni di Chiang Mai
Sama seperti drama Forever Sunshine dan juga Love Deception
Nampak gayanya satu hari nanti nak kena pergi juga Chiang Mai
Cam lawa je tempatnya
.
.
.
 #MyRomanceFromFarAway #BuaNalintip #PuenKhanin 

Monday, October 10, 2022

Shooting Star Asia Tour - Kuala Lumpur

 


Takde la plan nak pergi pun
Tapi bila tengok ticket price, terus terkeluar..
"Sila Meninggal!!!"

Mahal sangat ni wei utk Free Standing



Apa pun selamat berjumpa Bright 😭😭😭
.

.

.

Monday, October 3, 2022

Kak Zel jumpa Lee Min Ho :)

 

Asalnya aku tertengok kat Tik Tok ada orang redeem free tiket untuk konsert Cuckoo
Cepat2 la aku buka apps Cuckoo, tengok betul ada
Redeem 8000 points untuk 2 keping tiket
Apa lagi, sepantas kilat ler aku
Nak pergi dengan sapa tu belakang citer

Memula aku tanya adik aku, malas ramai2 katanya
Tanya laki aku, tak kenal Lee Min Ho :D
Tanya kawan.. okay ONz


Wpun nampak dari jauh, sebab Kak Zel duduk atas
Nampak jelaslah juga
Memang kacak next level!!
Camtu dia hesmes dalam TV, dalam internet, mmg sama gitu la rupa dia

Berseri-seri muka
Manis pulak tu
Paling cute sebab dia malu-malu je atas pentas tu
Cam sopan & well behave sangat orangnya
Semoga nanti Kak Zel dapat menantu camni... EH!!!

Hahahaha


Dia sorang je yang berjaya selfie dekat camni dengan LMH
Ada banyak SOP dan peraturan ketat artis Korea ni
Tapi rasanya LMH ni okay je, sporting
Pihak pengawal dan pengurusan dia yang ketat sangat

Dengar kat tiktok, tak boleh tegur, tak boleh snap curi2, tak boleh ajak selfie, tak boleh duduk dekat
Hamboi, mmg level dewa-dewa ni
Layankan jelah dah orang sini yang jemput dia

Apa pun puas hati ler
Tapi sebab FREE jelah yang aku menghonjang juga pergi
Kalau nak berbayar-bayar, lepas tu nak main kerumun2 nak tengok
Memang taklah dengan umur2 gini

Lagipun sebenarnya Kak Zel bukanlah peminat LMH ni
Suka-suka tengok gitu je
Drama dia sebenarnya yang Kak Zel tengok dalam banyak-banyak tu ada 2 je pun
Boys Over Flower dengan Personal Taste

Persembahan artis-artis Malaysia pun hebat2 semua
Sound system pun terbaik
Paling suka Naqiu, Floor 88, Tomok dengan Khai Bahar
Paling sedap nyanyi dan paling lawa Kak Zel bagi pada Aina Abdul

Terima kasihlah pada suami Kak Zel yang sporting juga cam LMH 
Syukur dapat suami memahami keligatan bini dia ni dari dulu dan kini 

*wajib puji untuk kemashalatan aktiviti menghoyeh akan datang :D
.

.

.