Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, October 3, 2022

Kak Zel jumpa Lee Min Ho :)

 

Asalnya aku tertengok kat Tik Tok ada orang redeem free tiket untuk konsert Cuckoo
Cepat2 la aku buka apps Cuckoo, tengok betul ada
Redeem 8000 points untuk 2 keping tiket
Apa lagi, sepantas kilat ler aku
Nak pergi dengan sapa tu belakang citer

Memula aku tanya adik aku, malas ramai2 katanya
Tanya laki aku, tak kenal Lee Min Ho :D
Tanya kawan.. okay ONz


Wpun nampak dari jauh, sebab Kak Zel duduk atas
Nampak jelaslah juga
Memang kacak next level!!
Camtu dia hesmes dalam TV, dalam internet, mmg sama gitu la rupa dia

Berseri-seri muka
Manis pulak tu
Paling cute sebab dia malu-malu je atas pentas tu
Cam sopan & well behave sangat orangnya
Semoga nanti Kak Zel dapat menantu camni... EH!!!

Hahahaha


Dia sorang je yang berjaya selfie dekat camni dengan LMH
Ada banyak SOP dan peraturan ketat artis Korea ni
Tapi rasanya LMH ni okay je, sporting
Pihak pengawal dan pengurusan dia yang ketat sangat

Dengar kat tiktok, tak boleh tegur, tak boleh snap curi2, tak boleh ajak selfie, tak boleh duduk dekat
Hamboi, mmg level dewa-dewa ni
Layankan jelah dah orang sini yang jemput dia

Apa pun puas hati ler
Tapi sebab FREE jelah yang aku menghonjang juga pergi
Kalau nak berbayar-bayar, lepas tu nak main kerumun2 nak tengok
Memang taklah dengan umur2 gini

Lagipun sebenarnya Kak Zel bukanlah peminat LMH ni
Suka-suka tengok gitu je
Drama dia sebenarnya yang Kak Zel tengok dalam banyak-banyak tu ada 2 je pun
Boys Over Flower dengan Personal Taste

Persembahan artis-artis Malaysia pun hebat2 semua
Sound system pun terbaik
Paling suka Naqiu, Floor 88, Tomok dengan Khai Bahar
Paling sedap nyanyi dan paling lawa Kak Zel bagi pada Aina Abdul

Terima kasihlah pada suami Kak Zel yang sporting juga cam LMH 
Syukur dapat suami memahami keligatan bini dia ni dari dulu dan kini 

*wajib puji untuk kemashalatan aktiviti menghoyeh akan datang :D
.

.

.



No comments: